Anda di halaman 1dari 2

Sejak mutakhir ini, isu tekanan atau depresi menjadi polemik yang dibincangkan

dalam kalangan masyarakat. (isu.tema) Hal ini demikian kerana, masalah depresi
ataupun tekanan ini mampu menjejaskan kualiti kehidupan seseorang sekiranya
tidak dibendung dengan lebih awal. (Huraian) Justeru, terdapat pelbagai cara-cara
yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tekanan atau stress dalam
kalangan masyarakat Malaysia.(Kata kunci soalan)
Prakarsa utama cara mengatasi masalah tekanan atau stres ialah dengan
mempelajari kawalan emosi kendiri.(isi) Kawalan emosi kendiri merujuk kepada
kawalan tekanan yang dihadapi oleh seseorang dalam menguruskan tekanan sama
ada secara sedikit,sederhana atau berlebihan. (Huraian) Tegasnya, memiliki
kawalan emosi kendiri yang stabil membantu seseorang dalam menguruskan
stress atau tekanan dalam kehidupan. (Penegasan)

Selain itu,tekanan atau stres boleh diatasi dengan berkongsi masalah atau
bercerita tentang perkara yang dilalui dengan orang yang boleh dipercayai. (idea)
Hal ini demikian kerana, ia dapat meringankan beban kita apabila berceritakan
masalah yang menimpa/dihadapi oleh kita. (Huraian). Oleh itu, perkongsian
masalah yang dihadapi dengan orang yang dipercayai dapat membantu
mengurangkan tekanan yang terdapat hati kita.(Penegasan)

Akhir sekali, tekanan atau stres boleh dielakkan dengan melakukan aktiviti riadah
seperti bersukan dan bersenam.(Idea) Hal ini disebabkan kerana aktiviti riadah
dapat merehatkan badan dan minda sambil mengalih perhatian minda dari sumber
tekanan. (Huraian) Jelaslah bahawa, dengan beriadah,seseorang akan dapat
membentuk minda yang sihat dan positif serta bebas dari tekanan.(Penegasan)

Kesimpulannya, terdapat banyak cara yang boleh dilakukan dalam mengatasi


tekanan atau stres. (Rumus)Masalah tekanan atau stres perlu diuruskan dengan
sebaiknya oleh seseorang supaya dapat melahirkan komuniti yang hidup sejahtera,
aman dan harmoni.(Harapan)

(227 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai