Anda di halaman 1dari 4

KATA HUBUNG

Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan
perkataan yang lain supaya menjadi ayat majmuk. Antara contoh kata hubung yang biasa
digunakan ialah dan (and), sambil (while), manakala (while), lalu (then) dan kerana
(because).

1. KATA HUBUNG GABUNGAN


Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan dua ayat
atau lebih yang sama penting kedudukan dan sifatnya. Ayat yang terhasil dari gabungan ini
disebut sebagai ayat majmuk gabungan.

Kata Hubung Maksud dan Contoh


kecuali (except) Maksud : tidak termasuk
Contoh : Semua murid yang ke kelas tambahan itu kecuali Irfan.
serta (as well as) Maksud : bersama
Contoh : Siti seorang pelajar yang pandai serta rajin menolong
orang lain
sambil (while) Maksud : sedang melakukan sesuatu melakukan yang lain juga
Contoh : Ali sedang membaca buku sambil mendengar lagu.
Atau (or) Maksud : antara salah satu (between one)
Contoh : Kamu mahu makan tengah hari atau tidak ?

2. KATA HUBUNG PANCANGAN


 Kata Hubung Pancangan Relatif
Kata hubung pancangan relatif ialah kata yang menghubungkan klausa utama dengan
satu klausa yang kecil.
Bentuk kata hubung yang digunakan dalam kata hubung ini ialah 'yang' (which),
Berikut adalah contoh ayat dalam kata hubung pancangan relatif.
Contoh : i) Erish membeli majalah itu.
ii) Majalah itu dibeli di kedai.
Ayat Majmuk pancangan relatif :

 Kata Hubungan Pancangan Komplemen


Kata hubung pancangan komplemen menghubungkan satu klausa sebagai pelengkap
kepada satu klausa utama. Antara contoh kata komplemen atau pelengkap yang sering
digunakan ialah "bahawa" dan "untuk".
-bahawa : kata hubung yang menjelaskan isi atau huraian
- untuk :
Contoh : Ayat induk : Wais berjanji.
Ayat kecil : Wais tidak akan ponteng sekolah lagi.
Ayat :
Contoh : Ayat induk : Ismail pergi ke pasar.
Ayat kecil : Ismail membeli daging.
Ayat :
 Kata Hubung Pancangan Keterangan
-Kata hubung pancangan keterangan berfungsi untuk memberi keterangan dengan
menghubungkan klausa pertama dan klausa yang jadi penerangan.
-Antara contoh kata yang sering digunakan dalam kata hubung pancangan keterangan
ialah kerana, agar, apabila, sekiranya, sementara, setelah, semenjak dan ketika.
Berikut adalah contoh kata hubung pancangan keterangan dan kegunaannya.
MENERANGKAN WAKTU
Sesudah Sesudah makan Ali menyambung balik tugas beliau.
Setelah Setelah 8 jam perjalanan akhirnya kami sampai jua ke destinasi.
Sampai Ali sampai ke sekolah pada pukul 7 pagi.
Selama Selama 11 tahun merantau akhirnya dia pulang ke kampung halaman.

MENERANGKAN SYARAT ATAU SITUASI

 "Jika kamu nak mainan tersebut kamu perlu dapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan" pesan mak kepada adik.
 Jika
 Andai kata mereka tidak dapat datang ke mesyuarat hari ini kita terpaksa meneruskan tanpa
 Andaikata
mereka.
 Sekiranya
 Sekirannya Siti tidak dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini dia akan
masuk ke kelas tambahan.

MENERANGKAN AKIBAT

 Hingga  Aminah mengulang kaji pelajaran hingga matanya kemerah-merahan akibat kurang tidur.
 Sehingga  Dia tidak makan sehingga dia jatuh sakit.

MENERANGKAN SEBAB BERLAKUNYA SESUATU KEJADIAN


 Kerana kejadian rompakan yang berlaku pada malam semalam penduduk kawan rumah ini menjadi
 Kerana
lebih berhati-hati terutama pada waktu malam.
 Sebab
 Abu tidak hadir ke sekolah kerana dia tidak sihat.

MENERANGKAN PERBANDINGAN
 Seperti  Dia seperti cacing kepanasan apabila ditanya oleh pihak polis.

MENERANGKAN SESUATU PERBUATAN

 Walaupun sudah diberi amaran oleh guru disiplin namun Iqmal masih lagi membuli pelajar-
 Walaupun
pelajar lain.
 Meskipun
 Meskipun kepenatan dia masih meneruskan kerja yang diberikan oleh majikannya.

MENERANGKAN HARAPAN YANG BOLEH CAPAI APABILA MELAKUKAN SESUATU PERKARA


 Agar  "Belajarlah rajin-rajin agar kamu boleh berjaya dalam pelajaran" pesan ibu kepada kami.
 Supaya  Ibu membersihkan halaman rumah supaya kelihatan bersih.

KETERANGAN TUJUAN DIGUNAKAN UNTUK MENERANGKAN MAKSUD SESUATU PERBUATAN

 Bagi  Bagi menjaga keselamatan para pelajar pihak sekolah telah memperkenalkan beberapa peraturan baru.
 Demi  Hakim bersengkang mata untuk belajar demi untuk berjaya dalam peperiksaan.

LATIHAN AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK

1. i) Meon tidak pergi ke padang.


ii) Hari hujan.
Jawapan :

2. i) Ikhsan berdoa.
ii) Ibunya cepat sembuh
Jawapan :

3. i) Ibu bapa Alia telah bercerai.


ii) Ibu bapa Alia bererai tiga tahun yang lalu.
Jawapan :

4. i) Dia memberitahu.
ii) Kakaknya akan melanjutkan pelajaran ke luar Negara.
Jawapan :

Anda mungkin juga menyukai