Anda di halaman 1dari 2

INANDARAN BINTI MOHIZA

KG. INUKIRAN, KUDAT

PEJABAT PERHUTANAN DAERAH, KUDAT


PETI SURAT (P.0 BOX) 27
89507, KUDAT
SABAH, MALAYSIA. 25 FEBRUARI 2024

Tuan,
PERMOHONAN PENYAMBUNGAN REMOVAL PASS UNTUK MENUMBANG DAN
MENGELUARKAN KAYU GETAH SEMULA.
STATUS TANAH : TANAH BERGERAN NT.053043593
KELUASAN : 6.85 EKAR
LOKASI : KG. INUKIRAN, KUDAT
KONTRAKTOR : TIMBERJAYA RESOURCES
RUJ.JPHTN/KKH : 100-4/1/JLD.15/64 BERTARIKH 09/09/2020

Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk.


Pihak kami memohon penyambungan semula Removal Pass untuk menumbang dan mengeluarkan kayu
Getah (kayu tanaman dari tanah milik dikecualikan cukai) di kawasan yang dinyatakan diatas bagi tujuan
proses tempatan dengan syarat-syarat seperti berikut ;
1. Kelulusan ini hanya untuk pengeluaran Kayu Getah dari kawasan tanah bergeran NT .053043646
2. Kelulusan adalah untuk lebih kurang 200M3 (kayu Getah)
3. Kelulusan tidak disalahgunakan.
4. Pengeluaran ‘Removal Pass’ adalah atas nama Inandaran binti Mohiza.
5. Kenderaan membalak dan lori pengangkutan Kayu Getah yang digunakan hendaklah
didaftarkan dengan Jabatan Perhutanan dan yuran dibayar bagi tahun 2024.
6. Setiap pemindahan Kayu Getah harus diringi dengan ‘Removal Pass’ (Form IV) dan mendapat
pengesahan mukim Perhutanan Kudat melalui Tukul FD yang dibubuh pada kayu berkenaan.
7. Tukul Hak Milik terlebih dahulu didaftarkan dengan Jabatan Perhutanan dan yuran dijelaskan.
8. Masa yang dibenarkan untuk pemindahan adalah dari 0700am hinggan 0600 hari bekerja Sahaja.
9. Mematuhi peraturan JPJ dan Trafik jika pemindahan melalui jalanraya awam.
10. Ketibaan Kayu Getah di destinasi hendaklah dilaporkan kepada Pegawai Perhutanan Daerah
berkenaan.
11. Semua peraturan semasa yang berkuatkuasa mengenai pengeluaran kayu Tanaman dari Tanah Milik
– Dikecualikan cukai dari segi undang-undang hutan dan ordinan tanah hendaklah dipatuhi.
12. Pihak Tuan bertanggungjawab untuk mempastikan tiada sebarang aktiviti yang menyalahi undang-
undang hutan atau kesalahan hutan semasa aktiviti pembalakan Kayu Getah.
13. Kelulusan ini akan dibatalkan sekiranya didapati melanggar syarat-syarat 1 hingga 12
14. Kelulusan ini hanya berkuatkuasa selama (1) bulan Sahaja mulai tarikh 15/01/2024 hingga
14/02/2024
15. Kawasan yang telah siap dikerjabalak hendaklah dikosongkan seminggu selepas lesen tamat.
16. Yuran pemeriksaan RM100 hendaklah dijelaskan selaras dengan Pekeliling Ketua Konservator Hutan
CF : 3/2019.
17. Tidak dibenarkan mengangkut kayu pada waktu malam dan hujung minggu.
18. Patuhi SOP COVID-19 yang dikeluarkan KKM dan pihak berkuasa tempatan seperti Jabatan
Perhutanan Sabah (JPS), Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) dan Polis DiRaja Malaysia.
02. Penyambungan semula diperlukan oleh pihak kami kerana keadaan cuaca yang tidak menentu
sepanjang proses pembalakan yang menyukarkan kerja membalak dan keadaan jalan raya yang tidak baik
akibat keadaan cuaca yang tidak menentu,
03. Diharapkan Pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan kami ini dan pihak kami dahului
dengan jutaan terima kasih atas kesudian pihak Tuan meluangkan masa untuk mempertimbangkan surat
permohonan kami ini.

Sekian dan terima kasih.

……………………………………..
(INANDARAN BINTI MOHIZA)

Anda mungkin juga menyukai