Anda di halaman 1dari 12

CARA MEMUPUK PERPADUAN KAUM (Eco Praktis)

Isi Tersurat:
i. Perpaduan kaum dapat dipupuk dengan aktiviti seperti mengadakan
rumah terbuka bagi perayaan besar yang disambut di negara ini.
ii. Aktiviti gotong-royong yang melibatkan semua komuniti setempat dapat
mengeratkan hubungan dan semangat kerjasama.
iii. Ziarah-menziarahi jiran yang sedang sakit.
iv. Mengadakan aktiviti sukaneka yang melibatkan semua kaum.

Isi Tersirat:
i. Rumah terbuka semasa perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri sering dinanti-
nantikan oleh semua kaum yang ada di negara ini kerana mereka dapat
menikmati juadah sambil bertanya khabar.
ii. Aktiviti gotong-royong yang diadakan dapat membersihkan persekitaran
tempat tinggal dan memupuk semangat berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing.
iii. Ziarah-menziarahi merupakan salah satu nilai murni dan dapat dilakukan
pada masa-masa yang terluang. Tidak terhad semasa sakit sahaja.
iv. Aktiviti sukaneka bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan, bahkan
dapat menyemai semangat kesukanan dalam kalangan penduduk.
1
Pendahuluan
Poster menunjukkan maklumat aktiviti gotong-royong penduduk Taman
Mahkota.
Isi-isi Penting
i. Aktiviti gotong-royong diadakan pada 8 Ogos 2020 dan dianjurkan oleh
penduduk setempat dengan kerjasama Persatuan Belia taman tersebut.
ii. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti membersihkan longkang, menebang
pokok, memesin rumput dan membersihkan tempat pembiakan nyamuk
Aedes.
iii. Semua penduduk dijemput hadir dan para peserta akan diberikan
cenderahati daripada pihak penganjur.
iv. Banyak manfaat yang boleh diperoleh daripada aktiviti gotong-royong ini.
v. Hubungan antara penduduk bukan sahaja dapat dipererat malah secara
tidak langsung jumlah kes demam denggi juga dapat dikurangkan.
Penutup
Aktiviti gotong-royong seperti ini bukan sahaja dapat membersihkan
persekitaran tempat tinggal malah memupuk semgangat berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing.
2
3
Soalan 1
Pendahuluan
i. Pada hari Ahad yang lalu, saya dan keluarga saya telah menyertai kegiatan gotong-
royong di kawasan taman perumahan kami.
ii. Aktiviti ini bertujuan untuk membersihkan kawasan kejiranan yang juga merupakan
aktiviti kemasyarakatan.

Isi-isi Penting
iii. Pada kira-kira pukul 7 pagi kami berkumpul di dewan komuniti.
iv. Semua orang yang menyertai aktiviti ini telah membawa peralatan masing-masing.
v. Bagi menjayakan aktiviti gotong-royong ini, taklimat disampaikan oleh pihak penganjur
sebelum kerja dimulakan.

vi. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan kerja-kerja gotong-
royong.
vii. Ini juga bagi memastikan semua kerja dapat dijalankan dengan lebih teratur.
viii. Pelbagai kerja telah dijalankan. Antaranya ialah membersihkan parit supaya air dapat
mengalir dengan lancar.
ix. Selain itu, kami juga membaiki alat permainan dan menyapu sampah sarap di taman
rekreasi.
x. Selepas kerja-kerja pembersihan diselesaikan, kami berehat sambil menikmati jamuan
ringan sambil berbual-bual dengan mesra.

Penutup
xi. Walaupun kami berasa letih namun kami berasa bangga dengan semangat kerjasama
yang ditunjukkan.
xii. Aktiviti gotong-royong seperti ini bukan sahaja dapat membersihkan persekitaran
tempat tinggal malah memupuk semangat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
xiii. Di samping itu, kemesraan dan suasana muhibah dapat menjalinkan silturahim antara
kami.

4
5
GERAK GEMPUR (P12)

KEJIRANAN
Pendahuluan
i. Jiran sangat penting dalam kehidupan kita.
ii. Mereka ialah orang yang tinggal berhampiran dengan kita dan merupakan orang
pertama yang membantu kita apabila kita berada dalam kesusahan.
iii. Kini, semangat kejiranan semakin luntur kerana kesibukan hidup.
iv. Masyarakat hidup bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
v. Sesungguhnya, banyak pihak harus memainkan peranan penting bagi menghidupkan
kembali semangat kejiranan yang semakin luntur.

Penutup
i. Kesimpulannya, semangat kejiranan penting dalam kehidupan kita.
ii. Oleh itu, kita perlu menjadi jiran yang baik bagi mewujudkan masyarakat harmoni untuk
membentuk negara yang aman sejahtera.
iii. Cogan kata ‘Jiran Sepakat Membawa Berkat’ harus dipraktikkan dalam kehidupan kita
sehari-hari.
iv. Negara kita akan sentiasa aman dan damai sekiranya masyarakat berganding bahu
dalam usaha meningkatkan semangat kejiranan.

Semangat kejiranan semakin terhakis dalam kalangan masyarakat khususnya di bandar.


Jelaskan punca-punca masalah ini berlaku.
1 i. Punca utama kelunturan semangat kejiranan ialah peningkatan kos sara hidup.
ii. Hal ini menyebabkan masyarakat sentiasa sibuk bekerja mencari rezeki untuk
menampung kos sara hidup yang kian meningkat.
iii. Kebanyakannya keluar pada awal pagi dan pulang pada lewat petang.
iv. Akibatnya, mereka tiada masa untuk berkomunikasi.
v. Lebih teruk lagi, ada yang tidak pernah bercakap dengan jiran di sebelah dan tahu
siapa jirannya.
vi. Masing-masing bersikap tidak mahu menjaga tepi kain orang.

6
2. i. Selain itu, sikap mementingkan diri sendiri juga mendorong semangat kejiranan
semakin renggang.
ii. Lazimnya, masyarakat yang tinggal di bandar lebih realistik.
iii. Mereka menganggap segala bantuan yang diberikan oleh jiran perlu mendapatkan
balasan.
iv. Mereka kurang membuat kebajikan bersama jiran dan tidak melibatkan diri dalam
aktiviti kemasyaraktan yang dapat merapatkan hubungan silaturahim dengan jiran.
v. Mereka lebih mengutamakan pembangunan material daripada pembangunan
kerohanian kerana menganggap perkara itu tidak mendatangkan sebarang
keuntungan.

3. i. Punca yang seterusnya ialah kebanyakan masyarakat beranggapan bahawa mereka


tidak memerlukan bantuan orang lain.
ii. Mereka berpendapat bahawa mereka boleh mendapatkan perkhidmatan dari mana-
mana.
iii. Misalnya, semasa mengadakan kenduri di rumah, mereka tidak memerlukan bantuan
jiran kerana boleh memesan makanana melalui katering.
iv. Hal ini telah menutup peluang anggota masyarakat untuk bertemu dan menjalinkan
kemesraan bersama jiran.

Bincangkan langkah-langkah untuk menghidupkan kembali semangat kejiranan.


1. i. Usaha yang utama ialah ibu bapa harus mengambil langkah yang proaktif.
ii. Sehubungan dengan itu, ibu bapa harus menyemarakkan budaya ziarah-menziarahi
bagi menjalinkan hubungan yang baik dengan jiran.
iii. Hal ini dikatakan demikian kerana budaya ini dapat membentuk sifat penyayang dan
sikap ambil berat dalam dalam saunubari anak-anak.
iv. Kesannya, kemesraan dan suasana muhibah dapat diwujudkan.

7
2. i. Langkah efektif yang seterusnya ialah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka
untuk menghidupkan semangat kejiranan.
ii. Sambutan hari perayaan seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina,
Hari Deepavali dan Krismas hendaklah dijadikan acara tahunan.
iv. Selain dapat menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah, mereka juga
dapat memahami budaya dan adat resam jiran yang berlainan bangsa dan agama.
v. Selanjutnya, ikatan silaturahim dapat dibentuk dan semangat kejiranan dapat
diperkukuh.

3. i. Selain itu, pihak berkuasa tempatan harus menyemarakkan semangat gotong-


royong.
ii. Melalui aktiviti bergotong-royong, masyarakat yang berbilang kaum akan berkumpul
dan berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan untuk membersihkan taman
perumahan mereka.
iii. Aktiviti gotong-royong seperti ini bukan sahaja dapat membersihkan persekitaran
tempat tinggal malah memupuk semangat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
iv. Di samping itu, kemesraan dan suasana muhibah dapat menghidupkan semangat
kejiranan yang semakin longgar.

Faedah semangat kejiranan


1. i. Semangat kejiranan membawa banyak faedah.
ii. Antara faedahnya ialah menjamin keselamatan tempat tinggal.
iii. Semangat kejiranan dapat mengurangkan kes kecurian, rompakan dan sebagainya
jika jiran membantu mengawasi rumah.
iv. Hal ini dikatakan demikian kerana jiran merupakan orang yang paling awal
memberikan bantuan jika berlaku kecemasan.
v. Dengan itu, amalan tolong-menolong menjadi amalan yang berkesan dalam
memupuk semangat kejiranan.

8
2. i. Dengan mengamalkan semangat kejiranan, hubungan perpaduan dapat diperkukuh
dan dieratkan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan budaya.
ii. Melalui aktiviti bergotong-royong, masyarakat yang berbilang kaum akan berkumpul
dan berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan untuk membersihkan taman
perumahan mereka.
iii. Aktiviti gotong-royong seperti ini bukan sahaja dapat membersihkan persekitaran
tempat tinggal malah memupuk semangat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
iv. Di samping itu, kemesraan dan suasana muhibah dapat menghidupkan semangat
kejiranan yang semakin longgar.

3. i. Faedah yang seterusnya ialah kawasan tempat tinggal kita akan menjadi bersih dan
indah.
ii. Melalui aktiviti bergotong-royong, masyarakat yang berbilang kaum akan berkumpul
dan berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan untuk membersihkan taman
perumahan mereka.
iii. Pembahagian tugas semasa aktiviti bergotong-royong yang dijalankan dapat
mewujudkan semangat bersatu padu.
iv. Aktiviti gotong-royong seperti ini bukan sahaja dapat membersihkan persekitaran
tempat tinggal malah memupuk semangat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
v. Di samping itu, kemesraan dan suasana muhibah dapat menghidupkan semangat
kejiranan yang semakin longgar.

9
Cara-cara Mengukuhkan Perpaduan Kaum
Pendahuluan
i. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan hidup
bersama sehati sejiwa ibarat peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai.
ii. Sehubungan dengan itu, perpaduan amatlah penting dalam pembangunan dan
kecermerlangan negara.
iii. Perpaduan yang kukuh dan kuat merupakan pemangkin untuk negara terus maju ke
hadapan.

Isi-isi penting
1.
i. Antara cara-cara untuk mengukuhkan perpaduan kaum ialah memperkemas subjek
yang berkaitan dengan perpaduan kaum di peringkat sekolah.
ii. Dengan cara ini para pelajar dapat diberikan pendedahan tentang perpaduan kaum.
iii. Isu-isu yang boleh merosakkan perpaduan kaum jika diamalkan dalam kehidupan
boleh diselitkan bagi mengajar pelajar untuk menghormati kaum lain .
iv. Sehubungan dengan itu, pelajar dapat mengenali sejarah tanah air dan menyemaikan
semangat perpaduan dalam diri mereka.

2.
i. Selain itu, menganjurkan amalan rumah terbuka juga dapat memupuk perpaduan
antara kaum.
ii. Masyarakat berbilang kaum di negara ini mempunyai perayaan masing-masing.
iii. Amalan rumah terbuka membuka ruang untuk kita mengenali budaya pelbagai kaum.
iv. Aktiviti rumah ini akan melahirkan semangat toleransi di samping mengikis perasaan
prejudis antara kaum.
v. Sebagai contoh, kita dapat mengetahui pantang larang sesuatu kaum semasa
menyambut sesuatu perayaan.
vi. Perpaduan amatlah penting dalam pembangunan dan kecermerlangan negara.

10
vii. Sehubungan dengan itu, lahirlah masyarakat yang saling menghormati budaya dan
kepercayaan kaum lain.

3.
i. Seterusnya, mengadakan aktiviti kemasyarakatan juga dapat memperkukuhkan lagi
semangat perpaduan.
ii. Melalui aktiviti bergotong-royong, masyarakat yang berbilang kaum akan berkumpul
dan berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan untuk membersihkan taman
perumahan mereka.
iii. Pembahagian tugas semasa aktiviti bergotong-royong yang dijalankan dapat
mewujudkan semangat bersatu padu.
iv. Aktiviti gotong-royong seperti ini bukan sahaja dapat membersihkan persekitaran
tempat tinggal malah memupuk semangat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

4.
i. Dalam pada itu, mengadakan kempen juga boleh memberikan kesedaran kepada
masyarakat.
ii. Media massa dan pelbagai pihak boleh menggembleng tenaga untuk merangka idea
pelaksanaan pelbagai kempen.
iii. Contohnya, kempen “Cintai Bahasa Kita” dan “Perpaduan Teras Kejayaan”.
iv. Kempen-kempen yang diadakan memberikan kesan positif kepada masyarakat
berbilang kaum.
v. Sehubungan dengan itu, mereka dapat hidup dalam keadaan bersatu padu dan
memahami misi kerajaan yang mementingkan perpaduan.

Penutup
i. Konklusinya, usaha-usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini
memerlukan usaha dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh semua pihak.
ii. Perpaduan mesti dipertahankan selaras dengan hasrat dan cita-cita negara.

11
iii. Sekiranya tiada perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat, pastinya wawasan
negara akan terkubur, umpama bernafas di dalam lumpur.
iv. Bak kata pepatah, “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,”
v. Oleh itu, kita haruslah bersama-sama memupuk perpaduan kaum agar keamanan dan
keharmonian negara kita akan terus dipelihara.

12

Anda mungkin juga menyukai