Anda di halaman 1dari 15

KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR

PENGERTIAN

KEPENTINGAN KEMAHIRAN BELAJAR

PENGERTIAN BELAJAR
Belajar ialah proses tindakan yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan suatu perubahan tingkah laku yang baru secara keseluruhan, sebagai hasil pengalaman individu itu sendiri dalam interaksi dengan persekitarannya. Belajar juga adalah merupakan satu proses yang melibatkan seseorang itu memproses maklumat yang diperolehi yang membawa kepada perubahan atau peningkatan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran.

Berdasarkan Woolfolk, A.(2001) beliau telah mendefinisikan belajar sebagai apabila berlakunya perubahan dari segi pengetahuan dan tingkah laku seseorang secara tekal. Untuk mengesahkan pembelajaran itu berlaku perubahan itu dapat dikesan di dalam kehidupan kita sama ada melalui kesedaran kita sendiri ataupun disedari oleh orang yang disekitar kita. Mengikut kamus Inggeris-Melayu Dewan(1992) perkataan belajar diertikan sebagai memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Proses belajar juga berlaku di dalam beberapa peringkat iaitu:


6 peringkat

a. Adanya rangsangan-rangsangan, b. Pemilihan ransangan yang sesuai oleh organ deria, c. Pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak, d. Membentuk pengalaman atau ilmu pengetahuan. e. Mengamalkan dalam situasi yang sepadan, f. Perubahan tingkah laku.

Perkara yang dipelajari itu adalah merupakan proses belajar. Ia adalah berkaitan dengan berlakunya perubahan dan meningkatnya pengetahuan, kepercayaan, dan kemahiran dalam diri kita. Ia juga merupakan satu perubahan yang besar den penting untuk diri kita atau pun perubahan yang hanya sedikit dan kurang memberi makna kepada kita sendiri. Dapat dibuat kesimpulan bahawa belajar adalah merupakan memproses maklumat yang membawa kepada perubahan pengetahuan, tingkah lakudan juga kemahiran.

Ciri-ciri Proses belajar


Perubahan yang berlaku secaran sengaja Perubahan secara berterusan dan tetap

Perubahan bersifat aktif dan positif

Ciri-ciri proses belajar

Perubahan bermatlamat dan terarah

Perubahan tingkah laku secara holistik

Back

Perubahan secara sengaja


Semasa kita belajar kita sedar terjadinya perubahan-perubahan di dalam diri kita. Contohnya kita sedar bahawa pengetahuan dan kecekapan kita semakin bertanbah.

back BACK

Perubahan secara berterusan dan tetap


Hasil dari belajar, kita merasakan adanya perubahan di dalam diri kita dari segi pengetahuan, tingkah laku, kemahiran, perasaan dan seumpamanya. Contohnya kita telah dapat mengeja dengan betul perkataan-perkataan yang dahulu kita sendiri tidak pasti bagaimana ejaan yang betul dan seterusnya tidak melakukan kesilapan yang sering lakukan sebelum ini.
BACK

Perubahan aktif dan positif


Hasil dari belajar, berlaku peningkatan dan perubahan dari segi kecekapan di dalam diri kita. Peningkatan perubahan berlaku apabila adanya unsur baharu di dalam mendapatkan maklumat dan kemahiran. Contohnya dapat menggunakan komputer dengan betul setelah melalui proses belajar yang betul dan berkesan.
BACK

Perubahan bermatlamat dan terarah


Proses belajar berlaku apabila terjadi perubahan tingkah laku di dalam kita sendiri. Untuk memudahkan perubahan tingkah laku terjadi maka belajat perli ada matlamat dan terarah. Contohnya di dalam sesuatu pembelajaran kita ternyata matlamat yang perlu dicapai pada akhir sesuatu pembelajaran itu.
BACK

Perubahan tingkah laku secara holistik


Proses belajar dikatakan telah berlaku di dalam diri kita apabila berlakunya perubahan secara holistik atau secara keseluruhan. Perubahan tingkah laku di dalam diri kita secara holistik membawa pengertian bahawa kita sendiri telah mengalami proses belajar apabila kita telah menguasai perkara yang telah kita perlajari secara keseluruhan dari pemikiran, perasaan, kepercayaan, dan tingkah laku.
BACK

Kepentingan kemahiran belajar


Dapat menggunakan celik akal untuk menyelesaikan masalah-masalah yang wujud. Mengiatkan pengalaman yang sedia ada dengan pembelajaran yang baru. Membangkitkan kesediaan kita terhadap isi pelajaran yang akan dipelajari. Melatih kita menggunakan persepsi dengan tepat untuk membina jalan pemikiran yang rasional.

Perkara yang dipelajari akan berkembang mengikut:


Tahap-tahap perkembangan kognitif Konkrit kepada abstrak Pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru Memupuk motivasi dan menggalakan kita melibatkan diri secara aktif dalam cara belajar.

Akan terbimbing mengenalpasti ciri-ciri khusus untuk membina konsep dan hukum. Dapat mnggunakan sumber-sumber persekitaran yang ada untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan. Meningkatkan naluri ingin tahu kita melalui pelbagai kaedah belajar. Mengukuhkan ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang melalui kaedah menyusun, mengedit dan cara=cara lain yang bersesuaian.

Anda mungkin juga menyukai