Anda di halaman 1dari 1

PROGRAM MEMBACA BUKU Nama pengulas Opsyen Tajuk buku : Marina Mak Nyuk Ting : PISMP PC2 SEMESTER

2 Ambilan 2012 : Panduan Diet Untuk Golongan Darah B

Nama pengarang : Budi Sutomo. S. Pd , Dr. Yoanita Ristyaningrum Bil muka surat No. pengelasan Sinopsis ringkas : 56 : M641.5 BUD :

Peredaran darah dalam tubuh sangat penting. Ia berfungsi untuk mengangkut zatzat yang diperlukan oleh seluruh oragan tubuh seperti oksigen dan gizi. Salah satu cara yang dapat dilakukan agar darah berada dalam keadaan baik ialah dengan cara melakukan diet yang sesuai dengan golongan darah. Buku ini merupakan panduan khasiat dan resepi makanan khas untuk manusia yang mempunyai golongan darah B. Pelbagai jenis aneka makanan, termasuk makanan Barat dan Timur telah diperkenalkan. Dr DAdamo telah menyenaraikan khasiat dan resepi makanan yang sesuai, termasuklah sumber karbohidrat, makanan laut, daging dan sebagainya. Diet yang diperkenalkan boleh menyelaraskan tubuh dengan kandungan gizi yang sesuai dengan jenis darah.

Rumusan pengulas : Dalam dunia yang kian merundum kini, kita tidak dapat terhindar daripada penyakit. Maka, kita sebagai individu perlulah menjaga diri dan orang di sekeliling kita, terutamanya sumber makanan mereka. Kita patut memberi perhatian kepada jenis makanan yang diserap dalam kehidupan harian. Sebagai kesimpulan, buku ini amat memberi ilmu yang penting dalam menceritakan pelbagai elemen dan resepi yang sesuai untuk manusia yang mempunyai golongan darah B. Tubuh akan menjadi lebih sihat dan terhindar dari pelbagai jenis penyakit. Setiap usaha yang dilakukan dalam memilih makanan yang betul dapat menyelamatkan orang yang disayangi.

Anda mungkin juga menyukai