Anda di halaman 1dari 1

Bahan-Bahan Isi Nugget Ayam Tempura

Bahagian Dada ayam (ambil isinya sahaja - potong kecil-kecil)


Secubit garam
Secubit kecil serbuk lada hitam
Secubit kecil oregano kering (kalau ada)
2 biji bawang besar (potong kecil-kecil)
(boleh tambahkan apa-apa sahaja bahan yang anda suka)

Bahan-bahan Kulit Nugget Ayam Tempura
3 sudu tepung gandum (isikan dalam pinggan -boleh tambah secubit kecil garam jika
suka)
1 biji telur putih (isikan dalam pinggan lain)

Cara Buat Nugget Ayam Tempura
1. Campurkan kesemua bahan-bahan Isi Nugget Ayam Tempura ke dalam
blender. Dan
kisar hingga lumat dan sebati. (tanpa ditambah air). Blender biasa yang kita guna
kat rumah tu pun boleh tau.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak untuk menggoreng dengan api kecil
3. Kemudian pindahkan isi ayam yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk bersih.
Buatkan bentuk yang anda suka. (Agak melekat dan melekit sedikit). Saya suka
tambah dan gaulkan dengan isi jagung.
4. Golekkan ke dalam putih telur dan kemudian golekkan pula ke dalam tepung
gandum.
5. Tukarkan api kecil kepada api sederhana besar.
6. Gorengkan Nugget Ayam Tempura hingga ke kuning-kuningan.

Anda mungkin juga menyukai