Anda di halaman 1dari 11

Topik

10
1. 2.

Kecederaan dalam Sukan

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Mengenal pasti jenis-jenis kecederaan sukan; dan Membincangkan pencegahan kecederaan dalam sukan.

X PENGENALAN
Untuk memantapkan tahap pengetahuan bidang kejurulatihan, seseorang jurulatih seharusnya mahir dalam aspek rawatan awal kecederaan sukan. Tanpa pengetahuan tersebut memungkinkan atlet yang cedera mengalami trauma, tidak berkeyakinan, kurang motivasi dan seterusnya membantutkan potensi mereka dalam bidang yang diceburinya. Rawatan awal kecederaan sukan akan membantu mengurangkan risiko kecederaan yang lebih serius.

10.1

PENGENALAN KEPADA KECEDERAAN DALAM SUKAN

Kecederaan dalam sukan merupakan perkara yang sering terjadi kepada atlet sama ada yang baru atau yang sudah lama berkecimpung dalam pelbagai bidang sukan yang diminati. Biasanya sukan yang banyak mengakibatkan kecederaan fizikal adalah berbentuk berpasukan atau individu yang memerlukan tenaga yang banyak untuk melakukan aktiviti seperti sukan berpasukan bola sepak, ragbi dan hoki. Sementara sukan individu atau beregu seperti badminton, tenis dan golf serta sukan yang melibatkan olahraga juga berisiko besar mengalami kecederaan. Lokasi kecederaan pemain melibatkan semua bahagian badan, sama ada serius atau tidak. Oleh yang demikian, pelbagai kaedah keselamatan telah ditetapkan seperti peraturan dan pakaian keselamatan yang bersesuaian telah dirangka

176 X

TOPIK 10

KECEDERAAN DALAM SUKAN

bertujuan bagi mengelakkan kecederaan daripada berlaku. Walau bagaimanapun kecederaan masih boleh berlaku sama ada secara sengaja atau tidak sengaja bergantung kepada situasi atlet itu. Maka peningkatan ilmu pengetahuan tentang punca berlakunya kecederaan ini hendaklah ada pada setiap atlet. Langkahlangkah pencegahan hendaklah diambil kira seperti aktiviti memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti sebenar.

10.1.1

Konsep dan Definisi

Kebanyakan kecederaan atlet adalah disebabkan faktor mekanikal. Daya dan tekanan yang diberi atau diterima boleh menyebabkan kecederaan serta mempengaruhi tahap kecederaan. Kecederaan sukan dapat didefinisikan sebagai kerosakan yang disebabkan oleh trauma fizikal yang dialami oleh tisu-tisu badan. Kerosakan fizikal yang berlaku terhadap tubuh badan semasa mengikut latihan sukan atau pertandingan menyebabkan terjejasnya keupayaan atau menyukarkan perlakuan. Kecederaan akan menyebabkan kesakitan bahagian otot anggota tubuh badan, lenguhlenguh badan, ketidakselesaan semasa bergerak, sebelum melakukan aktiviti, semasa melakukan aktiviti dan sesudah melakukan aktiviti yang melibatkan otot-otot. Punca-punca kecederaan sukan adalah disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi dan kurang penyesuaian dengan aktiviti yang akan dijalankan.

10.1.2

Jenis-jenis Kecederaan dalam Sukan

Kecederaan dalam sukan boleh dikategorikan kepada kecederaan tisu lembut dan kecederaan tisu keras. Kecederaan tisu lembut termasuklah kesemua kecederaan yang berlaku di ligamen, tendon dan otot, manakala kecederaan tisu keras pula adalah kecederaan yang berlaku pada tulang. (a) Ligamen Ligamen adalah tisu serabut kolagen yang kuat. Terdapat dua jenis tisu serabut iaitu serabut putih dan serabut elastik kuning. Ligamen serabut putih adalah kuat dan tidak elastik seperti ligamen elastik kuning. Ini adalah faktor yang menstabilkan sendi serta mengelakkan pergerakan yang berlebihan yang akan merosakkan sendi. Jika tercedera, ia akan sembuh secara perlahan. Ligamen yang tebal memakan masa selama tiga minggu untuk pulih seperti sediakala.

TOPIK 10

KECEDERAAN DALAM SUKAN

177

(i)

Seliuh Seliuh adalah kecederaan pada serat-serat ligamen. Ligamen yang terlibat mungkin terputus sebahagiannya sahaja atau putus kesemuanya. Seliuh sering berlaku kepada sendi lutut, pergelangan kaki, siku, bahu dan pinggang. Seliuh mengakibatkan kawasan yang terlibat membengkak, sakit dan lebam. Jika lebam terjadi di kawasan sendi-sendi tersebut, anda boleh mengesyaki bahawa seliuh atau patah telah berlaku.

(b)

Tendon Terdiri daripada kolagen dan tersusun memanjang. Ia terletak di bahagian hujung otot dan melekat pada tulang yang digerakkan oleh otot. Di abdomen, tendon adalah leper, sementara di bahagian lengan, tendon adalah bulat dan panjang seperti pensel. (i) Tendon Terputus Tendon-tendon yang sering terlibat ialah tendon archilles dan tendon quadricep. Kecederaan yang terjadi mungkin melibatkan keseluruhan atau sebahagiannya sahaja. Individu yang mengalaminya mungkin boleh mendengar bunyi tendon terputus. Anggota badan yang terlibat agak sukar untuk digerakkan sekiranya ini berlaku (sila rujuk Rajah 10.1).

Rajah 10.1: Tiga peringkat kecederaan tendon terputus

178 X

TOPIK 10

KECEDERAAN DALAM SUKAN

(c)

Otot Otot terbahagi kepada tiga jenis iaitu otot kardiak, otot skeletal dan otot licin. Otot kardiak terdapat di jantung, manakala otot licin adalah otot-otot yang terdapat di dinding usus kecil dan besar. Sementara itu, otot yang menggerakkan tulang serta menyebabkan pergerakan di sendi dikenali sebagai kumpulan otot skeletal. (i) Kekejangan Urat dan Kekejangan Otot Kedua-dua istilah ini mungkin agak sama pengertiannya. Ramai ahli sukan pernah mengalami kekejangan urat. Ia terjadi semasa seseorang menjalani latihan atau semasa pertandingan. Kekejangan otot juga boleh berlaku semasa menggeliat apabila bangun dari tidur. Ia juga boleh berlaku semasa menulis, berenang dan melakukan aktiviti fizikal (sukan). Kekejangan boleh terjadi apabila faktor keletihan atau fatigue berlaku. Ini disebabkan oleh pengumpulan asid laktik yang berlebihan di dalam badan. Koyak Otot Otot mungkin terkoyak melibatkan sebahagian atau melibatkan keseluruhan otot. Disebabkan terlalu fokus untuk mendapatkan prestasi yang maksimum, otot-otot bergerak dengan pantas. Ini menyebabkan otot koyak dan atlet rebah (jatuh).

(ii)

(d)

Tulang Tulang terdiri daripada serat kolagen yang dipupuk dengan bahan kalsium, fosforus, oksigen, hidrogen, florida dan magnesium. Tulang adalah tisu yang keras dan elastik. (i) Patah Tulang Patah tulang atau retak di tulang terjadi disebabkan tendangan, hentakan atau pukulan yang kuat. Kawasan tisu-tisu lain seperti otot, saraf, saluran darah juga terlibat. Patah akan mengakibatkan kawasan kecederaan ditakungi darah yang merembes dari pembuluh yang terdapat di hujung tulang yang patah. Tanda-tanda terpenting kecederaan ini ialah kawasan yang patah

deformed atau cacat. Terdapat juga bengkak, sakit (pedih) dan krepitus disebabkan pergeselan hujung tulang yang terlibat.
Sebaiknya apabila kecederaan ini berlaku, kawasan yang terlibat harus di x-ray terlebih dahulu bagi mendapat kepastian.

TOPIK 10

KECEDERAAN DALAM SUKAN

179

(e)

Sendi Sendi ialah kawasan percantuman di antara dua tulang panjang. Sendi dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu fibrous di mana kedua tulang melekat sesama sendiri. Contohnya ialah sendi di antara tibia dan fibula di kawasan tumit. Sendi cartilagenous pula merupakan rawan yang terdapat di antara tulang sendi, manakala sendi synovial merupakan sendi di mana kedua-dua tulang diselaputi rawan dan mengandungi kapsul yang berisi cecair. Ini memudahkan pergerakan sendi itu. Contohnya ialah sendi lutut. (i) Kehelan Sendi (Dislokasi dan Subluksusi) Dislokasi atau kehelan terjadi apabila satu permukaan tulang yang menjadi sendi terkeluar dari permukaan tulang rawannya. Subluksusi terjadi apabila permukaan tulang yang menjadi sendi terkeluar sedikit dari tempat asalnya tetapi sebahagian permukaannya masih bertemu. X-ray adalah cara bagaimana menentukan tahap kecederaan jenis ini.

SEMAK KENDIRI 10.1


Dengan ringkas, nyatakan jenis-jenis kecederaan dalam sukan.

10.2

PENCEGAHAN KECEDERAAN DALAM SUKAN

Subtopik ini akan membincangkan pencegahan kecederaan di dalam sukan dengan lebih lanjut. Subtopik ini akan menyentuh prinsip pencegahan, kepentingan memanaskan badan, ansur maju latihan, aktiviti bagi menggelakkan kecederaan, keselamatan kemudahan dan peralatan dan akhir sekali peralatan perlindungan.

10.2.1

Prinsip Pencegahan

Terdapat 10 prinsip latihan bagi mengelakkan kecederaan (sila rujuk Jadual 10.1).

180 X

TOPIK 10

KECEDERAAN DALAM SUKAN

Jadual 10.1: Prinsip-prinsip Latihan Mengelakkan Kecederaan


Prinsip-prinsip Memanaskan badan Penerangan Amalkan senaman memanaskan badan sebelum menjalani apa-apa senaman latihan yang lebih membebankan. Ini disebabkan jika otot-otot dan sendi-sendi badan tidak disediakan secara menyeluruh, kemungkinan besar kecederaan akan berlaku. Tambahkan beban senaman secara beransur-ansur sedikit demi sedikit. Setiap atlet atau individu memerlukan enam hingga lapan minggu untuk mencapai keadaan fizikal yang baik. Pastikan bahawa tidak bersenam secara berlebihan. Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan jangan berlatih hingga badan menjadi terlalu letih. Tempoh masa yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam 30 minit sehari. Keletihan yang berlebihan akan menyebabkan kecederaan berlaku. Penegasan harus diberikan kepada intensiti atau berat senaman bukan tempoh masa senaman. Adalah lebih berfaedah sekiranya beban kerja ditambah daripada memanjangkan tempoh latihan. Apabila fizikal telah menjadi lebih cergas, penambahan beban senaman boleh dilakukan. Jangan berlatih melebihi paras kesanggupan diri. Ini mungkin akan mengakibatkan kecederaan. Walau bagaimanapun, paras yang terlalu rendah akan menyebabkan kecergasan tidak meningkat. Kekuatan adalah penting bagi mencapai kecergasan yang menyeluruh. Selain itu, ia juga boleh menunjukkan tahap berat senaman yang boleh dilakukan seperti dalam latihan angkat berat. Motivasi adalah faktor yang penting dalam sesuatu senaman latihan. Hasrat mencapai tahap kecergasan yang lebih tinggi merupakan motivasi yang baik. Selain itu, memahami kesan dan faedah senaman akan menggalakkan seseorang itu bersenam dengan lebih tekun dan dapat mengelakkan kecederaan bagi mencapai tujuannya. Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai untuk mencapai tujuan dan objektif. Jika hendak menguatkan jantung dan sistem kardiovaskular, senaman aerobik amat sesuai bagi tujuan tersebut. Bagi menguatkan otot-otot pula, senaman berbentuk anaerobik lebih sesuai bagi tujuan tersebut. Senaman-senaman yang dapat mengurangkan ketegangan atau kelesuan hendaklah diamalkan. Senaman seperti senaman cool-down atau warm-down yang sering dilakukan selepas sesuatu sesi senaman atau aktiviti adalah berfaedah bagi mempercepatkan proses pemulihan dan penurunan suhu badan. Menjadikan program senaman sebagai suatu corak hidup akan mengurangkan risiko mendapat kecederaan semasa melakukan aktiviti fizikal. Senaman harus dilakukan tanpa paksaan dan harus menjadikannya sebagai suatu kebiasaan dalam hidup. Badan yang cergas terhasil daripada otot-otot serta tulang yang kuat.

Penambahan beban senaman secara beransuransur Tempoh latihan

Intensiti

Kesanggupan diri

Kekuatan

Motivasi

Pengkhususan

Relaksasi

Rutin

TOPIK 10

KECEDERAAN DALAM SUKAN

181

10.2.2

Kepentingan Memanaskan Badan

Memanaskan badan atau warm-up digunakan untuk menerangkan beberapa jenis aktiviti seperti regangan (stretching), kelenturan (flexibility), kalistenik dan sebagainya. Aktiviti memanaskan badan merupakan komponen yang amat penting sebelum memulakan sesuatu latihan. Ia bertujuan menyediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran seterusnya di samping melonggarkan otot-otot yang tegang, sendi-sendi dan mencergaskan reaksi atau refleks atlet. Jadual 10.2 menjelaskan beberapa pengertian memanaskan badan mengikut pelbagai sumber.
Jadual 10.2: Pengertian Memanaskan Badan
Pengertian Menyatakan perlakuan memanaskan badan yang betul akan meningkatkan kelajuan dari 0.5 hingga 0.6 saat dalam larian 100 meter, sementara 4.0 hingga 6.0 saat dalam larian 800 meter. Peratus kemajuannya adalah dari 2% hingga 5%. Menyatakan dalam latihan angkat berat, aktiviti memanaskan badan amat penting bagi mengelakkan kecederaan dan juga menambah kecekapan bergerak. Menjelaskan perlakuan yang lebih baik boleh diperoleh dengan memanaskan badan selama 15 minit. Untuk aktiviti latihan biasa, dari yang ringan kepada sederhana, memanaskan badan selama 5 minit adalah memadai. Berpandukan jarak pula, perlakuan memanaskan badan hendaklah selama 6 hingga 30 minit dan boleh disesuaikan mengikut lama masa dan kehebatannya. Menyatakan bahawa aktiviti memanaskan badan penting bagi menyediakan jantung, paru-paru dan otot dalam memenuhi keperluan semasa melakukan aktiviti yang menggunakan tenaga yang lebih. Terdapat tiga jenis latihan memanaskan badan iaitu melibatkan regangan statik, secara umum dan latihan memanaskan badan secara neuromuskular yang spesifik. Menyatakan setiap program yang melibatkan aktiviti yang memenatkan mesti dimulai dengan aktiviti pemanasan. Pemanasan jenis asas mesti melibatkan gerakan badan umum untuk menggiatkan pengaliran darah dan senaman kelenturan bagi meregangkan otot dan melonggarkan sendi. Aktiviti memanaskan badan adalah perlu untuk meregangkan otototot, tendon-tendon dan ligamen-ligamen yang akan digunakan selepas sesi itu. Ia juga penting bagi meningkatkan suhu badan dan seterusnya meletakkan pelajar bersedia secara mental dan fizikal terhadap aktiviti-aktiviti yang akan diceburinya. Sumber Astrand dan Rodhal (1970)

Mohd Ramli (1989)

Vasudevan (1989)

George Mcglynn (1999)

Mohd Ramli (1989)

Wee (1996)

182 X

TOPIK 10

KECEDERAAN DALAM SUKAN

10.2.3

Ansur Maju Latihan

Ansur maju latihan ialah program sukan spesifik yang mengandungi latih tubi (drilling) secara beransur-ansur bagi menyediakan atlet supaya kembali beraksi semula untuk bertanding. Faedah Ansur Maju Latihan Terdapat lima faedah ansur maju latihan iaitu: (a) (b) (c) (d) (e) Mempromosikan kesembuhan; Menyediakan ukuran perkembangan; Mendirikan asas ke pertandingan; Meningkatkan keyakinan diri; dan Memaksimumkan prestasi pada bahagian yang cedera.

10.2.4

Aktiviti bagi Menggelakkan Kecederaan

Dalam sukan, seseorang itu sangat mudah mendapat kecederaan terutamanya dalam permainan-permainan di mana berlakunya sentuhan-sentuhan yang kuat dan kasar. Adalah tidak boleh dinafikan bahawa kecederaan boleh berlaku dalam sesuatu permainan. Seseorang itu hendaklah cuba mencegah atau mengelakkan dirinya daripada mendapat kecederaan. Aktiviti memanaskan badan adalah suatu langkah awal bagi mengelakkan kecederaan. Memanaskan badan perlu mengikut susunan seperti berikut: (a) (b) (c)

Warm-up untuk memanaskan seluruh badan. Warm-up khusus untuk memanaskan otot yang bakal digunakan dalam pertandingan. Warm-up mirip perlakuan pertandingan iaitu dengan menggerakkan otot
mengikut pergerakan sebenar sesuatu jenis sukan.

Menurut Vasudevan (1989), berikut adalah aktiviti-aktiviti memanaskan badan yang dapat mengelakkan atlet mendapat kecederaan semasa pertandingan. (a) Meninggikan suhu badan dengan berlari perlahan-lahan atau jogging sehingga badan berasa panas dan berpeluh.

TOPIK 10

KECEDERAAN DALAM SUKAN

183

(b)

Melunjur (stretching). Ia perlu dilakukan dengan senaman yang senang dahulu sebelum mencuba senaman yang lebih susah. Rancangan senaman melunjur yang lengkap meliputi semua bahagian sendi dan otot-otot utama. Berlari pecut. Ia boleh dilakukan dua atau tiga kali ulangan untuk 60 hingga 100 meter. Kelajuan kali pertama adalah lebih kurang separuh daripada kelajuan maksimum, manakala kelajuan bagi ulangan seterusnya perlulah bertambah tinggi sedikit. Senaman khusus (specific exercise). Ia bermaksud senaman-senaman yang berhubung dengan aktiviti-aktiviti pertandingan.

(c)

(d)

Selain memanaskan badan, berikut adalah pelbagai cara bagi mengelakkan kecederaan. (a) Mengambil tindakan awal terhadap mereka yang merungut sakit di bahagian-bahagian tertentu seperti sendi-sendi dan tekanan (stress). Dalam keadaan yang sedemikian, atlet-atlet ini perlu diberi rehat yang cukup bagi membolehkan kawasan-kawasan yang mengalami kecederaan itu pulih dengan cepat. Memilih permainan yang sesuai berasaskan kepada kebolehan atlet tersebut. Atlet-atlet yang mempunyai sendi-sendi yang longgar hendaklah mengelakkan diri daripada bermain permainan yang mempunyai banyak sentuhan (body contact games). Bagi mereka yang mengalami sendi ketat (tight ligaments), mereka akan selalu mengalami sakit tulang belakang. Mereka ini tidak boleh melibatkan diri dalam gerak kerja berasaskan gimnastik dan ballet. Meminda undang-undang atau taktikal permainan bagi mengelakkan berlakunya kecederaan terutamanya di kalangan kanak-kanak. Kecederaan mudah berlaku di tulang belakang dan tumbesaran kanak-kanak. Mengajar kemahiran-kemahiran asas permainan untuk menyediakan dan membolehkan atlet-atlet bertindak sewajarnya. Taktik menutup muka dengan tangan semasa mengelunsur ke arah base dalam permainan sofbol adalah baik bagi mengelakkan kecederaan. Menggunakan alat-alat keselamatan seperti penutup muka, penutup dada dan lain-lain lagi adalah diwajibkan. Menjalankan conditioning yang baik dan sempurna hendaklah diusahakan. Ini dapat mengelakkan kecederaan di kalangan atlet-atlet.

(b)

(c)

(d)

(e) (f)

184 X

TOPIK 10

KECEDERAAN DALAM SUKAN

(g)

Mengelakkan menggunakan bebanan yang berat atau ulangan yang rendah bagi kanak-kanak. Keadaan ini akan menyebabkan tisu otot-otot kanakkanak koyak. Menggunakan teknik mengurangkan berat badan dengan cepat adalah tidak digalakkan. Menggalakkan atlet-atlet merasa gembira semasa bermain atau melakukan aktiviti. Keadaan emosi yang kurang terganggu akan menyebabkan penumpuan sepenuhnya kepada permainan. Ini akan menghasilkan suatu permainan yang berhati-hati oleh atlet tersebut.

(h) (i)

10.2.5

Keselamatan Kemudahan dan Peralatan

Kecederaan boleh berlaku sekiranya gelanggang atau kemudahan peralatan tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan. Kadangkala peralatan dan kemudahan yang digunakan tidak mengikut peraturan dan undang-undang. Padang atau gelanggang yang tidak rata, berlubang dan licin adalah penyumbang kepada faktor kecederaan sukan. Selain boleh mendatangkan kecederaan, keadaan tersebut turut menjejaskan mutu sesuatu permainan. Keadaan sekeliling gelanggang, padang atau dewan harus diambil kira bagi mengelakkan kecederaan di luar permainan. Sebagai contoh, pokok yang tumbuh di tepi padang boleh mendatangkan kecederaan kepada pemain sekiranya dahan pokok itu patah dan menimpa pemain di bawahnya. Kadangkala terdapat juga bahan buangan yang bahaya seperti kaca dan besi di kawasan permainan.

10.2.6

Peralatan Perlindungan

Selain memanaskan badan dan regangan sebelum memulakan aktiviti sukan, ahli sukan juga perlu menggunakan alatan pencegah kecederaan. Peralatan perlindungan adalah bermaksud alat yang digunakan bagi melindungi diri atau anggota badan daripada sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan. Sebagai contoh, Batting Helmet untuk pemukul (bola lisut, baseball dan kriket) adalah wajib dipakai bagi mengelakkan kecederaan kepala. Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripada peraturan sesuatu permainan tersebut. Penguatkuasaan peraturan akan menjamin ahli sukan akan mendapat kecederaan yang minimum sekiranya berlaku.

TOPIK 10

KECEDERAAN DALAM SUKAN

185

Namun begitu, tidak semua aktiviti sukan memerlukan alatan perlindungan diri. Alatan ini lebih tertumpu kepada sukan-sukan yang berunsur combat atau pertempuran yang memerlukan sentuhan badan (body contact) semasa melakukannya. Antara sukan-sukan yang memerlukan peralatan perlindungan diri ialah hoki, kriket, bola sepak, bola lisut, ragbi, hoki ais, lawan pedang, sukan seni mempertahankan diri seperti taekwando dan silat, tinju, sukan mendaki dan sebagainya.

SEMAK KENDIRI 10.2


Nyatakan langkah-langkah untuk mengelakkan berlakunya kecederaan sewaktu bersukan.

Sebagai seorang jurulatih, guru sukan atau pengamal sukan, asas pengetahuan tentang bidang rawatan awal dan kecederaan sukan seharusnya dikuasai oleh mereka. Kebanyakan golongan ini mengabaikan aspek penting ini menyebabkan wujudnya kekalutan dan panik apabila seseorang atlet di bawah pengawasan mereka ditimpa kemalangan. Penguasaan bidang ini perlu diberikan penekanan memandangkan rawatan awal yang diberikan dapat membantu atlet daripada mengalami kecederaan yang lebih teruk dan seterusnya membantu potensi yang ada pada mereka.

Kecederaan tisu lembut Kecederaan tisu keras Ligamen

Memanaskan badan Tendon

Anda mungkin juga menyukai