Anda di halaman 1dari 15

1

SUMBER SUMBER API, LAMPU DAN KEPENTINGANNYA

DALAM PENGAKAP

Disediakan oleh :

Khairi Azri Bin Kassim

Pemimpin Kumpulan 94 JB

SK Bandar Uda 2, Johor Bahru


2

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menyatakan betapa pentingnya


sumber api itu di dalam kehidupan seharian dan ia adalah salah
satu asas kepada ikhtiar hidup. Api ialah proses oksidasi pantas
yang menghasilkan cahaya, haba, asap, dan pelbagai hasil
tindak balas kimia seperti karbon dioksida dan air. Api lazimnya
diklasifikasikan sebagai pembakaran minyak atau bahan api
dalam keadaan kebakaran sebagai contoh adalah kem api, atau
tempat api bernyala atau dapur, atau satu pembakaran ganas,
berpemusnah dan tidak terkawal seperti dalam bangunan atau
api liar. Penemuan bagaimana membuat api dianggap salah satu
peradaban manusia yang penting, membenarkan hominid yang
lebih tinggi untuk mengusir binatang liar, memasak makanan,
dan mengawal sumber cahaya serta kepanasan mereka sendiri.
3

HALAMAN KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN MUKASURAT

1. MUKA DEPAN 1

2. ABSTRAK 2

3. HALAMAN KANDUNGAN 3

4. 1.0 PENDAHULUAN 4

5. 2.0 FOKUS KAJIAN 5

6. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 5

7. 4.0 KUMPULAN SASARAN 6

8. 5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN 6

9. 6.0 REFLEKSI KAJIAN 13

10. 7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 14

11. 8.0 BIBLIOGRAFI 15


4

1.0 PENDAHULUAN

Ikhtiar Hidup merupakan satu langkah dalam proses kelangsungan hidup mengikut
sesuatu keadaan yang kritikal. Keadaan yang selalunya menyebabkan seseorang itu
memerlukan teknik ini adalah apabila seseorang itu berhadapan dengan sesuatu masalah yang
tidak dijangka akan berlaku dan apa yang akan seterusnya berlaku. Terdapat beberapa asas
kemahiran Ikhtiar Hidup iaitu Perlindungan, Isyarat, Makanan dan Air, Pertolongan Cemas
dan yang paling penting sekali adalah Api. Ini kerana dengan adanya Api, ia dapat membantu
dari segi psikologi seseorang itu dalam meningkatkan moral dan kewarasan akal untuk
berfikir lebih jelas untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), api bermaksud [1] nyalaan daripada
sesuatu yang dibakar atau yang terbakar atau [2] kepanasan atau haba yang digunakan untuk
memasak terutama daripada penunu dapur yang dinyalakan. Api boleh digunakan untuk
memasak air, memasak makanan, memberi isyarat kepada penyelamat, memanaskan badan,
cahaya dan keselesaan, membantu menghalau binatang liar, dan merupakan sahabat ketika
bersendirian. Setiap mereka yang melibatkan diri dengan aktiviti luar “Outdoors” harus
mempunyai pengetahuan cara untuk menyalakan api sekurang-kurangnya dalam dua keadaan,
satu dengan peralatan dan satu lagi tanpa peralatan. Beberapa tompokan unggun api yang
kecil lebih banyak menghasilkan haba berbanding satu tompokan unggun api yang besar.

Cari dan kumpulkan kayu api untuk digunakan pada sebelah malam dan kemudian
kumpulkan lagi dengan jumlah yang sama, kerana sudah pasti anda memerlukannya
kemudian. Jimatkan bahan bakar dengan cara membuat "star fire" dimana cuma hujung kayu
sahaja yang terletak di dalam unggun api, cuma tolak ke dalam jika bahan bakar diperlukan
lagi. Buat pembalik haba dengan seperti tembok atau dinding gua. Duduk diantara api dan
dinding tersebut supaya anda dapat menerima pemanasan dari belakang.
5

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian ini meninjau permasalahan bagi seseorang Pengakap itu bahawa betapa pentingnya sumber api
dalam pelbagai situasi terutamanya dalam Ikhtiar Hidup. Ini kerana Api adalah sumber atau syarat
asas kepada Ikhtiar Hidup. Tidak dapat menghidupkan atau memperolehi sumber api, maka seseorang
Pengakap itu boleh menghadapi pelbagai masalah sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Mereka sudah terbiasa untuk menghidupkan api menggunakan pemetik api atau mancis kayu, namun
cara-cara alternatif lain mereka tidak tahu secara amalinya. Berdasarkan pemerhatian ketika menjalani
latihan, pemimpin mendapati ahli tidak dapat menghidupkan api dengan sumber-sumber atau
persekitaran yang terhad.

Oleh itu, kajian ini saya fokuskan kepada fungsi sumber api, lampu dan kepentingannya dalam
Pengakap. Seterusnya akan dibahagikan mengikut susunan daripada pengenalan sumber atau bahan
api, teknik menghidupkan api dengan betul, jenis-jenis unggun api, serta pantang larang penggunaan
api.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum
Secara amnya, objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran ahli Pengakap Muda
dalam mengenali, memahami dan mengetahui fungsi api, lampu dan kepentingannya dalam
Ilmu Pengakap.

Objektif Khusus

Secara khususnya, melalui kajian ini ahli Pengakap dapat :

 Mengenali dan memahami fungsi api serta lampu.


 Mengetahui cara-cara menghidupkan api dan lampu.
 Mengetahui dan memahami kepentingan api serta lampu.
 Pemimpin dapat menerapkan langkah keselamatan ketika mengendalikan api.
 Memudahkan cara-cara seseorang ahli Pengakap dalam memiliki sumber api.
6

4.0 KUMPULAN SASARAN

Sasaran saya adalah murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 yang terdiri daripada ahli unit Pengakap
Muda. Murid tersebut adalah murid yang sudah mempunyai lencana keahlian dan mahu meneruskan
untuk mendapatkan lencana Usaha, Maju dan Jaya.

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

5.1 Tinjauan Masalah

Saya menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat. Dalam


pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, dan amali.

 Pemerhatian

Ketika sesi perjumpaan mingguan, saya dapati bahawa ada sebilangan ahli
Pengakap tidak dapat menghidupkan api menggunakan bahan serta sumber yang
disediakan terutamanya ahli yang baharu menyertai atas sebab sebelum ini bukan
dari ahli Pengakap. Terdapat juga segelintir ahli yang kurang arif dalam
penggunaan pemetik api atau mancis kayu untuk menghidupkan api. Ini juga
punca menjadi permasalahan yang dihadapi kerana mereka mengambil masa
yang lama untuk menghidupkan api dan banyak membazirkan sumber oleh
kerana cara penggunaan yang tidak betul.

 Amali

Seterusnya saya membuat amali kepada ahli-ahli Pengakap yang saya perhatikan
kurang arif dalam menghidupkan api menggunakan sumber yang terhad.
Peralatan yang digunakan adalah pemetik api, mancis kayu dan juga “Steel &
Flint”.
7

5.2 Analisa Tinjauan Masalah

 Pemerhatian

Dalam perjumpaan mingguan, semasa aktiviti dijalan kan saya akan selitkan sesi
soal jawab tentang sumber-sumber untuk menghidupkan api. Mula-mula sesi
pengenalan, Pemimpin akan memaparkan slaid, gambar rajah dan tayangan video
tentang sumber dan penggunaan api. Seterusnya saya akan minta ahli-ahli untuk
menyenaraikan bahan-bahan mudah terbakar dan juga peralatan yang boleh
digunakan untuk menghidupkan api di dalam peta i-Think. Saya dapati, tiada
kesalahan ketika ahli menyenaraikan bahan-bahan yang mudah terbakar. Akan
tetapi terdapat masalah apabila ahli cuba menyenaraikan peralatan yang boleh
digunakan untuk menghidupkan api.

 Amali

Saya adakan amali dan praktikal dengan meminta ahli untuk menghidupkan api
dengan menggunakan sumber yang terhad iaitu tiga batang mancis, dua biji
bebola kapas, dan seikat ranting kayu. Murid hanya menggunakan sumber
tersebut untuk menghidupkan api. Masalah timbul apabila ahli kurang arif untuk
menggunakan mancis kayu dan berlaku pembaziran dengan menghabis ketiga-
tiga batang mancis sekaligus sedangkan cuma menggunakan sebatang mancis
sahaja sudah memadai.

5.3 Tindakan Yang Telah Dijalankan

Aktiviti 1 : Mengenal

Penilaian pra amali yang saya jalankan keatas mereka amat mengecewakan.
Oleh itu, saya memulakan langkah memperbaiki keadaan ini yang terbaik
untuk ahli-ahli Pengakap yang belum menguasai sumber api, lampu dan
kepentingannya.

Langkah 1 :

Saya memaparkan slaid, gambar rajah dan tayangan video cara-cara zaman
terdahulu mendapatkan sumber api dan lampu. Kemudian, saya menerangkan
betapa pentingnya sumber api ini untuk kehidupan seharian terutamanya
8

ketika dalam keadaan darurat sebagai contoh tersesat di dalam hutan atau
terdampar di sebuah pulau. Saya jelaskan kepada mereka bahawa sumber api
ini bukan sahaja boleh memberi cahaya lampu dan memanaskan badan ketika
waktu malam, malahan dalam segi psikologi ia boleh meningkatkan moral
seseorang untuk berfikiran lebih tenang dan waras serta fokus untuk
melakukan tindakan seterusnya ketika dia dalam keadaan yang darurat.
Adanya sumber api juga boleh menghindarkan diri dari binatang buas serta
memberi isyarat kecemasan kepada penyelamat atau orang luar.

Langkah 2 :

Saya memperkenalkan kepada ahli sumber-sumber api, bahan-bahan yang


mudah terbakar dan langkah-langkah serta cara-cara menghidupkan api.
Sumber-sumber dan bahan-bahan yang diperkenalkan adalah dalam bentuk
maujud dan mudah untuk disentuh.

Peralatan-Peralatan Menghidupkan Api

Gambar Rajah 5.3.1 : “Flint & Steel” (Tradisional)

Gambar Rajah 5.3.2 : “Flint & Steel” (Moden)


9

Gambar Rajah 5.3.3 : Mancis Kayu

Gambar Rajah 5.3.4 : Pemetik Api Moden

Gambar Rajah 5.3.5 : Gerudi Busur


10

Langkah-Langkah Menghidupkan Api

Gambar Rajah 5.3.6 : Cara-cara membuat unggun api


11

Jenis-Jenis Unggun Api

Gambar Rajah 5.3.7 : Jenis-jenis unggun api


12

Aktiviti 2 : Mengklasifikasi

Saya juga memperkenalkan sumber-sumber api yang lain serta jenis-jenis


unggun api yang mesti diingati dan dipelajari oleh setiap ahli Pengakap. Ahli
Pengakap mesti memahami dengan betul sumber-sumber dan bahan-bahan api
tertentu dan ia akan dipraktikkan mengikut situasi yang berbeza. Sumber-sumber dan
bahan-bahan api ini dibahagikan mengikut kesesuaian serta langkah keselamatan
tertentu untuk menghasilkan atau menghidupkan api.

Langkah 1 :

Saya telah menunjukkan paparan gambar-gambar serta bahan-bahan maujud


kepada ahli Pengakap. Daripada maklumat-maklumat yang telah dipamerkan, saya
bahagikan kepada dua bahagian iaitu Tradisional dan Moden supaya mereka dapat
menyesuaikan sumber-sumber tersebut berdasarkan situasi yang bakal dialami.

Langkah 2 :

Saya juga memperkenalkan cara-cara dan langkah-langkah untuk menghasilkan serta


menghidupkan api melalui cara menghasilkan unggun api yang baik (Gambar Rajah 5.3.6).
Ahli Pengakap akan diajar mengikut susunan langkah-langkah yang bermula daripada asas
iaitu “Tinder”, “Kindling”, dan “Fuel”.

Langkah 3 :

Saya telah menerangkan juga jenis-jenis unggun api (Gambar Rajah 5.3.7) serta
fungsinya yang telah diperkenalkan dalam slaid yang telah disediakan. Setiap jenis unggun
api mempunyai fungsi berbeza mengikut keadaan dan persekitaran.
13

6.0 REFLEKSI KAJIAN

6.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan berbantukan Alat Bantu


Mengajar yang secukupnya, proses perbincangan sumber api, lampu, dan kepentingannya
ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Sesi soal jawab dan amali
ketika penerangan sedang dijalankan mendapat sambutan daripada murid-murid berbanding
sebelum mereka memahami mengenai sumber api, lampu dan kepentingannya.

Ketika sesi pembelajaran dan pengajaran, ketika sesi soal jawab saya memaparkan
beberapa gambar rajah tertentu dan meminta ahli memberitahu apakah kaitan gambar rajah
tersebut dengan tajuk yang akan dipelajari hari ini. Ketika ahli mengaitkan gambar rajah, saya
membuka peluang kepada ahli yang lain menyoal dan aktiviti ini berulang-ulang kepada
setiap orang ahli. Aktiviti sebegini mendapat sambutan yang menyeronokan daripada ahli
berbanding sebelum ini.

6.2 Refleksi Ahli Pengakap

Oleh kerana ahli Pengakap mula memahami sumber api dan mereka boleh menyoal
rakan-rakan ahli serta menjawab soalan rakan-rakan ahli dengan betul, maka sesi soal jawab
berlaku dengan meriah. Masing-masing juga berebut untuk mengadakan amali menghidupkan
api mengikut cara-cara dan langkah-langkah yang betul. Ini membuktikan mereka dapat
menghidupkan api dengan baik walaupun dengan sumber yang terhad.

6.3 Refleksi Guru

Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan pencapaian ahli-ahli Pengakap saya yang
sebelum ini tidak dapat menghidupkan api dengan baik dan betul, kini mereka dapat
memahami cara-cara serta mempraktikkan cara menghidupkan api dengan sumber yang
terhad. Lebih menarik apabila mereka membuat uji kaji sumber lain untuk mendapatkan dan
menghidupkan api.
14

7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Untuk kajian seterusnya, saya mencadangkan sekiranya terdapat ahli Pengakap yang ingin
mencuba untuk menghasilkan atau menghidupkan api dengan menggunakan sumber alam.

Saya juga mencadangkan agar ilmu ini diambil oleh pemimpin-pemimpin Pengakap yang lain
untuk diterapkan kepada setiap ahli Pengakap yang ini meneruskan mempelajari Ilmu Ikhtiar Hidup
dalam Pengakap disamping memajukan dan memahirkan diri mereka untuk mendapatkan Lencana
Usaha, Maju dan Jaya. Agar mereka dapat ilmu ini untuk diamalkan dengan baik sepanjang hayat.
15

8.0 BIBLIOGRAFI

1. Wikipedia – Api (Ensiklopedia Bebas Bahasa Melayu), 2018


https://ms.wikipedia.org/wiki/Api

2. Kamus Dewan Bahasa & Pustaka (Edisi Keempat), 2005

3. Ikhtiar Hidup Pengakap, 2014 https://www.slideshare.net/ceedrahmohammad/ikhtiar-


hidup-pengakap-40873244

4. Ikhtiar Hidup – Cara Menyalakan Api, 2009


http://kembarakedah.blogspot.com/2009/03/ikhtiar-hidup-cara-menyalakan-api.html

5. How To Build A Campfire, 2016 https://slideplayer.com/slide/9653641/

6. How To Create The Right Kind of Campfire, 2017


https://www.getoutwiththekids.co.uk/camping/camping-tips/types-of-campfire/

Anda mungkin juga menyukai