Anda di halaman 1dari 17

Pra-Sejarah Seni Lukisan

Muhd. Izzuddin Fahmi Khairi Azri Garusin

Zaman Pra-Sejarah
Mengikut pada sejarah, seni lukis dalam Zaman Pra-Sejarah banyak berhubung kait dengan gambar. Peninggalan pra-sejarah memperlihatkan bahawa sejak beribu-ribu tahun dahulu lagi, nenek moyang manusia telah mula membuat gambar pada dinding-dinding gua adalah gua untuk menceritakan sejarah, adegan-adegan atau babak-babak yang penting dalam kehidupan mereka.

Sebuah lukisan atau gambar kebiasaannya dibuat dengan hanya menggunakan mediamedia yang sederhana seperti arang, kapur, daun-daun, bunga-bunga, buah-buah atau bahan lain yang boleh menghasilkan warna. Salah satu teknik terkenal gambar prasejarah yang telah dilakukan adalah dengan menyapukan tangan di dinding gua menggunakan semburan kunyahan dedaun atau batu mineral yang berwarna.

Contoh Media Yang Digunakan

Hasilnya adalah bekas tapak tangan yang berwarna-warni di dinding-dinding gua yang masih boleh dilihat hingga ke hari ini. Kemudahan ini membolehkan gambar (dan selanjutnya lukisan) untuk berkembang lebih cepat daripada cabang seni lain seperti seni arca dan seni seramik.

Seperti gambar, lukisan kebanyakkan di buat atas permukaan yang rata seperti dinding, lantai, kulit kayu, kulit haiwan, dan bahan-bahan yang lain. Objek yang sering muncul dalam karyakarya purba adalah manusia, binatang dan objek-objek alam semulajadi seperti pokok, bukit, gunung, sungai, dan laut.

Bentuk dari objek yang digambarkan tidaklah menyerupai dengan objek yang asli. Ia disebut sebagai ceritera dan sangat mempengaruhi oleh pemahaman si pelukis terhadap objek yang dilukisnya. Misalnya, gambar seekor lembu jantan yang dihasilkan dengan mempunyai tanduk yang besar dan luar biasa berbanding ukuran tanduk sebenar.

Ceritera ini dipengaruhi oleh pemahaman si pelukis yang menganggap tanduk adalah bahagian yang menjadi fokus utama untuk seekor lembu jantan. Oleh itu, ceritera mengenai satu objek yang menjadi berbeza-beza bergantung dari pemahaman budaya masyarakat setempat.

Pada satu masyarakat, hanya ada beberapa orang sahaja dalam satu kelompok masyarakat pra-sejarah yang lebih banyak menghabiskan waktu untuk menggambar daripada mencari makanan. Mereka mula menjadi mahir dalam mengkarya gambar dan mula menemukan bahawa bentuk dan susunan rupa tertentu. Bila sudah menjadi sedemikian rupa, akan terhasilnya sesuatu yang menarik untuk dilihat daripada biasanya.

Mereka mula menemukan pelbagai citarasa keindahan dalam pengkaryaan dan terus melakukan anjakan paradigma sehingga mereka menjadi pengkarya teragung. Mereka adalah pengkarya-pengkarya yang pertama di muka Bumi dan pada saat itulah kegiatan penghasilan gambar dan melukis mula menjadi teras kepada kegiatan seni.

Contoh Gambar Zaman Pra-Sejarah

Anda mungkin juga menyukai