Anda di halaman 1dari 6

TEMUBUAL

Transkripsi Temubual
Responden

: Puan Yulin Sungkit (Guru Penolong kanan hal ehwal murid)

Tarikh

: 9 mac 2016

Masa

: 9.00 pagi 9.30 pagi

Tempat

: Bilik guru Sk Bangkahak Baru.

Penemubual: Selamat pagi cikgu, saya ingin membuat sesi temubual bersama cikgu
berkenaan dengan kepelbagaian kelompok dan aktiviti sosiobudaya yang
dianjurkan untuk melahirkan sebuah masyarakat sekolah yang bersatu padu,
mesra budaya dan saling hormat-menghormati dalam kalangan murid dan
guru serta implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran. Bolehkah
cikgu?
Responden: Sudah tentu boleh, perkara mana yang perlu saya jawab dahulu?
Penemubual: Bagaimana dengan kepelbagaian kelompok budaya yang terdapat di sekolah
ini, adakah terdapat pelbagai bangsa yang wujud di sekolah ini?
Responden: Berkenaan dengan kelompok budaya yang terdapat di sekolah ini, saya boleh
katakan bahawa majoriti pelajarnya adalah daripada bangsa Dusun iaitu
orang tempatan di sini, ada juga murid yang berbangsa murut, bajau, rungus.
Namun bilangan itu sangat sedikit.
Penemubual: Oh begitu, patutlah semasa saya ke kantin tadi, saya terdengar murid-murid
itu menggunakan bahasa Dusun untuk berkomunikasi sesama mereka.
Rupanya majoriti pulak. Baiklah cikgu, bagaimana pula dengan guru-guru di
sekolah ini, adakah mereka juga berbangsa Dusun?
Responden: Guru-guru di sini juga adalah berbangsa dusun, mereka semua adalah orang
tempatan di sabah.
Penemubual: Oh begitu, baiklah berkenaan dengan agama pula, berapa jenis agama yang
terdapat di sekolah ini cikgu?
Responden: Di sekolah ini terdapat dua agama sahaja yang dapat kita lihat iaitu agama
islam dan agama kristian. Terdapat 31 orang murid beragama islam dan 132
orang murid beragama kristian di sekolah ini.

Penemubual: Baiklah cikgu, sekarang saya ingin bertanyakan pula mengenai aktiviti atau
program yang dijalankan oleh sekolah untuk memupuk nilai bersatu padu
antara warga sekolah. Adakah semua sambutan perayaan yang pelbagai
etnik di Malaysia turut disambut di sekolah ini walaupun majoriti warganya
adalah berbangsa dusun?
Responden: Baiklah, berkenaan dengan aktiviti dan program yang dijalankan di sekolah ini
untuk memupuk semangat bersatu padu antara warga sekolah. Pihak
sekolah selalunya akan mengadakan atau menyambut perayaan sesuatu
adat resam di sekolah bersama-sama, misalnya pada pesta hari kaamatan
yang disambut pada bulan Mei dan Jun, pihak sekolah akan menganjurkan
pertandingan

tarian

tradisional

kaum

dusun

iaitu

tarian

sumazau,

pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar tanpa mengira kaum. Murid
yang berbangsa bajau, murut, rungus dan iranun juga boleh turut serta agar
mereka tidak terpinggir dan dapat belajar serba sedikit tentang tradisi dan
kebudayaan kaum dusun.
Penemubual: Oh begitu, bagaimana pula dengan perayaan kaum minoriti seperti kaum
bajau, rungus dan murut, adakah ianya turut disambut di sekolah ini?
Responden: Memandangkan kaum tersebut terlalu sedikit di sekolah ini, maka semasa
sambutan hari kaamatan di sekolah. Mereka akan turut serta dalam
pertandingan tarian dengan tarian etnik masing-masing. Dengan program
sebegitu. Kita dapat melihat variasi pelbagai kaum dalam satu masa.
Penemubual: Selain daripada program pertandingan tarian, adakah program atau aktiviti
lain lagi yang dapat menyatupadukan warga sekolah?
Responden: Selain itu, aktiviti pihak sekolah juga menyelitkan unsur-unsur tradisional
dalam sambutan hari guru di sekolah ini. Contohnya, semasa sambutan hari
guru, akan diadakan satu sukaneka yang bersifat tradisional yang melibatkan
semua warga sekolah. Antara permainan tradisional ialah upih pinang, boling
kelapa,tarik tali galah panjang. Aktiviti seperti itu sememangnya dapat
mengeratkan hubungan guru dan murid agar ianya bertambah rapat dan
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran kelak.
Penemubual: Wah, sungguh menarik ya aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah ini, saya juga
sangat bersetujuh dengan aktiviti seperti ini, saya rasa aktiviti permainan
seperti ini dapat mendidik diri murid dan guru agar bersatu pada setiap masa

dalam apa jua perkara yang dilakukan. Oh ya, adakah aktiviti nyanyian lagulagu tradisi kaum dianjurkan di sekolah ini?
Responden: Ya, program nyanyian lagu-lagu etnik itu dilaksanakan setiap tahun di sekolah
ini setiap tahun. Biasanya pada bulan september program ini akan diadakan
untuk memperkenalkan bahasa kaum-kaum yang terdapat di sekolah. Antara
lagu-lagu yang dinyanyikan pada program ini ialah lagu Dusun, Rungus,
Murut, Bajau dan Iranun.
Penemubual: Wah banyak juga aktiviti yang bersifatkan sosiobudaya dilaksanakan di
sekolah ini ya walaupun kelompok selain bangsa dusun itu sedikit.
Responden: Ya, kerana pihak sekolah sedar bahawa aktiviti sebegini penting untuk
mengeratkan perpaduan antara pelbagai kaum di sekolah ini dan
mengelakkan daripada warga yang berkaum minoriti daripada rasa tersisih.
Penemubual: Cikgu, apakah kesan positif yang dapat dilihat daripada pelaksanaan aktiviti
sebegini terhadap cara pergaulan pelajar dengan guru dan impaknya kepada
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini?
Responden: Kesan daripada aktiviti ini amatlah ketara sekali ya. Sebagai contoh,
pergaulan antara murid kelihatan semakin sihat dan serasi kerana mereka
menghormati antara satu sama lain walaupun kaum mereka berbeza. Sama
juga dengan pergaulan guru dengan murid, kita dapat lihat pelajar-pelajar di
sini amat menghormati guru, contohnya, apabila terjumpa semasa di luar
kelas, murid-murid akan memberi salam kepada seseorang guru yang
mereka temui walaupun guru itu tidak pernah mengajar atau masuk ke kelas
mereka. Kadangkala, apabila murid itu terjumpa dengan guru sekolah ini di
luar sekolah, mereka masih menghormati guru tersebut dan memberi salam.
Dengan situasi seperti itu, maka proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas pun akan menjadi lebih menyeronokkan kerana berlakunya
proses dua hala antara guru dan murid. di mana setiap pihak memainkan
peranan dan menghormati antara satu sama lain. Contohnya, jika guru itu
berbangsa dusun, dia akan mengajar dan mendidik pelajarnya secara adil
tanpa mengira faktor bangsa muridnya. Dengan sifat warga sekolah seperti
ini, maka prestasi akademik murid-murid di sini boleh dikatakan berada dalam
keadaan yang baik dan memuaskan walaupun sekolah ini berada di luar
bandar dan mempunyai sedikit kekurangan dari segi bahan dan peralatan.

Penemubual: Baiklah cikgu, sekarang saya ingin bertanyakan berkenaan kekangan atau
halangan yang dihadapi oleh warga sekolah untuk merealisasikan perpaduan
ini. Adakah terdapat isu-isu yang mencacatkan perancangan pihak sekolah
untuk menyatupadukan warga sekolah ini?
Responden: Setakat ini, tidak ada isu besar yang dihadapi oleh sekolah dalam
pelaksanaan aktiviti ini, Cuma pada bahagian penglibatan ibu-bapa terdapat
sedikit kekurangan. Sekiranya ada aktiviti sukan atau sambutan perayaan di
sekolah ini, pihak sekolah akan menjemput ibu bapa sekali untuk
memeriahkan lagi majlis sesuatu sambutan atau aktiviti itu, namun tidak
semua ibu-bapa pelajar dapat hadir kerana segelintir daripada mereka terlalu
sibuk dengan tugas atau kerjaya sehingga tidak dapat menghantar wakil atau
penjaga untuk menggantikan tempat mereka. Namun demikian, kami akan
cuba mengatasi masalah tersebut dengan alternatif yang lain contohnya,
semasa ibu bapa datang ke sekolah pada waktu pagi untuk menghantar anak
mereka. Guru-guru di sini akan pergi berjumpa dengan ibu-bapa pelajar yang
kurang melibatkan diri dalam aktiviti sosiobudaya sekolah dan berbual
dengan mereka sambil bertanyakan khabar mereka dan bercakap sedikit
mengenai pencapaian anak mereka di sekolah. Ini untuk mengeratkan lagi
hubungan ibu-bapa dengan guru sekolah agar kesedaran ibu bapa itu
tercetus.
Penemubual: Selain daripada itu, adakah terdapat isu yang timbul kesan daripada
kepelbagaian kaum di sekolah ini?
Responden: Ada juga isu yang timbul tetapi tidaklah begitu serius. Contohnya pelajar di
sekolah ini ramai yang berbangsa dusun oleh itu, bahasa pergaulan yang
mereka gunakan semasa berkomunikasi bersama dengan kawan-kawan
mereka juga adalah bahasa dusun. Oleh itu, penggunaan bahasa rasmi
sebagai bahasa pengantara adalah sedikit dan terhad semasa proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sahaja. Akan tetapi, pihak
sekolah sedaya upaya mengatasi kekurangan penggunaan bahasa Melayu
ini dengan mengadakan kelas tambahan bagi bahasa melayu pada masa
cuti. Dengan usaha ini, kadar penguasaan murid-murid terhadap bahasa
melayu dapat meningkat seiring dengan bahasa kaum mereka sendiri.
Penemubual: Oh begitu, sungguh kagum saya dengan usaha-usaha murni yang dijalankan
oleh sekolah ini untuk memantapkan lagi perpaduan antara kaum di sekolah
ini. Baiklah cikgu, saya sangat-sangat berterima kasih kepada cikgu kerana

sudi meluangkan masa bersama saya dan menjawab segala pertanyaan


yang telah saya ajukan dengan dengan penerangan yang amat jelas sekali.
Responden: Sama-sama. Oh ya, jika kamu ada soalan lagi berkenaan dengan sekolah ini,
jangan malu-malu untuk bertanya. Tanya sahaja kepada saya atau guru-guru
yang berada di sini. Kami akan membantu jika kami mampu.
Penemubual: Baik cikgu.

Jadual menunjukkan jumlah pelajar dan bangsa-bangsa yang terdapat di Sekolah


Kebangsaan Bangkahak Baru.

Prasekolah
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6
Jumlah

Dusun
18
24
21
30
19
17
24

Iranun

Rungus

Bajau

Murut

2
1

1
1
2

163 orang murid

Anda mungkin juga menyukai