Anda di halaman 1dari 2

Soalan 4: Sebagai seorang guru bagaimanakah anda dapat mengajar dengan baik

terhadap anak murid anda yang mengalami berbagai aspek pertumbuhan dan
perkembangan.

Seorang guru yang bijak dapat mengesan perkembangan setiap anak muridnya di
dalam kelas sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran berlaku. Tidak dapat dinafikan
bahawa perkembangan dan pertumbuhan setiap insan adalah berbeza atas beberapa
faktor. Bagi menangani suatu kelas yang diduduki oleh murid-murid yang memiliki tahap
pencapaian yang berkesan dan kurang berkesan, seorang guru boleh membahagikan
murid-murid dalam sesebuah kelas mengikut kemampuan mereka dan seterusnya guru
hendaklah menyediakan rancangan pengajaran yang bersesuaian bagi murid yang pandai
dan lemah.

Seterusnya, setiap guru sewajarnya menggunakan pelbagai kaedah pengajaran


yang berbeza. Murid yang lemah biasanya mempunyai daya tumpuan yang kurang
memberangsangkan. Ini menyebabkan mereka cepat bosan dengan apa yang dipelajari.
Mereka sewajarnya di ajar dengan menggunakan pelbagai medium yang berbeza. Jika satu
sesi pembelajaran mempunyai pelbagai kaedah yang berbeza, minda murid tidak akan merasa
bosan dengan cepat dan akan menarik minat murid untuk mengetahui sesuatu perkara yang
diajar secara lebih mendalam.

Selain itu, guru juga boleh mengajar dengan berfokuskan bahan bantu mengajar. Bahan
tersebut mestilah kreatif dan menggunakan warna yang cerah untuk menarik minat murid-murid.
Malah, saya akan bersikap tegas tetapi bukan garang. Ketika pengajaran dan pembelajaran
berlangsung, guru harus mengamalkan sikap yang tegas tapi bukan sifat yang garang. Sifat
yang tegas akan membuatkan murid dapat membezakan antara yang mana betul dan salah.
Manakala sifat yang garang akan menyebabkan murid-murid takut dan semakin tidak ingin
belajar. Biasanya murid yang lemah terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah displin.
Sikap tegas amat penting untuk membantu mereka memahami apa yang mereka pelajari dan
membantu mereka mematuhi peraturan ketika belajar.

Malah, saya juga akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di persekitaran


yang berbeza yang sememangnya disyorkan dalam Pendidikan Abad Ke-21 (PAK21). Misalnya,
seorang guru haruslah menjalankan aktiviti yang bertemakan mata pelajaran yang diajar di luar
kelas. Murid yang lemah juga biasanya terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah dari
segi memahami sesuatu. Maka, seorang guru hendaklah sentiasa mengulangi apa yang sedang
diajar berulangkali dengan cara yang berbeza. Guru boleh mengulang-ulangnya dengan lisan,
kemudian diulang lagi mengunakan media ataupun dengan menggunakan peta minda yang
menarik menggunakan kreativiti guru itu sendiri. Selain itu, guru boleh menarik minat mereka
dengan sentiasa memanggil nama murid yang lemah berulang kali semasa proses
pembelajaran. Ini sedikit sebanyak akan menyebabkan mereka fokus kepada guru yang sedang
mengajar.

Tambahan lagi, saya juga akan menerangkan tentang kegunaan ilmu yang mereka
pelajari. Kadang-kadang murid merasa tidak minat atau bosan akan perkara yang dipelajari
kerana mereka tidak mengetahui kegunaan ilmu tersebut. Mereka hanya mengetahui bahawa
mereka perlu belajar kerana disuruh oleh ibu bapa mereka atau bagi mereka ia adalah rutin yang
perlu mereka lalui seperti rutin-rutin yang lain. Guru yang baik adalah guru yang mampu
menjelaskan kepada anak muridnya tentang apa yang boleh mereka aplikasikan dengan apa
yang mereka pelajari. Saya juga akan melibatkan pengalaman yang sebenar ketika mengajar.
Murid-murid yang didedahkan dengan pengalaman yang sebenar akan lebih faham berbanding
dengan murid-murid yang hanya belajar teori semata-semata.

Akhir sekali, saya akan menyediakan ganjaran bagi menarik minat murid-murid terhadap
pengajaran. Jika pembelajaran disertai dengan ganjaran yang mampu menarik minat murid ia
pasti akan lebih berkesan. Saya akan memberikan pujian dari semasa ke semasa dan hadiah-
hadiah yang dapat menggembirakan murid-murid dan merangsang mereka untuk terus
bersemangat dalam menimba ilmu. Misalnya, ‘Reward Chart’ boleh disediakan dalam setiap
kelas.

Anda mungkin juga menyukai