Anda di halaman 1dari 1

NAMA: GANESKUMAR A/L ARUMUGAM KULIAH 3

KELAS: PISMP SEJ 1 (SEM 3)


KURSUS: SJHK 3073

BINCANGKAN KEBERKESANAN SURAT-SURAT PERSENDIRIAN DALAM


MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TENTANG PERISTIWA-PERISTIWA SEJARAH.

Surat-surat persendirian merupakan salah satu sumber primer yang amat penting dalam
penyelidikan sejarah. Hal ini adalah kerana surat-surat persendirian kebiasaannya merujuk
kepada pengalaman tersendiri seseorang individu yang telah terlibat secara langsung dalam
sesuatu peristiwa sejarah. Penggunaan surat-surat persendirian dapat meningkatkan
keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) sejarah kerana murid-murid akan
mendapat pengalaman yang baharu yang tidak hanya menggunakan buku teks semata-
mata. Maka, ia dapat menarik perhatian murid-murid untuk memberi tumpuan kepada
pengajaran guru. Seterusnya, murid-murid juga dapat mengenali perwatakan seseorang
tokoh melalui surat-surat persendirian. Selain itu, murid-murid juga dapat mengenal pasti
maklumat-maklumat melalui surat persendirian yang kadangkala tidak dicatatkan dalam
buku teks sejarah. Tambahan lagi, murid-murid juga akan berasa terharu untuk diberi
peluang melihat dan membaca surat-surat persendirian yang begitu lama usianya dan amat
sukar didapati.

Anda mungkin juga menyukai