Anda di halaman 1dari 4

KRB 3013 – PRINSIP PENGAJARAN BACAAN

Soalan 4.

Cadangkan satu inovasi ( sama ada BBM, teknik, aktiviti atau amalan ) untuk meningkatkan
keupayaan membaca bahan sastera dalam kalangan kanak-kanak.

Pengenalan

Keupayaan seseorang kanak-kanak untuk memanami dan menghayati bahan sastera


yang dibaca adalah sukar untuk diukur. Perlu ada suatu mekanisma yang boleh digunakan
oleh pihak guru untuk mengetahui sejauh manakah kanak-kanak tersebut memahami dan
menghayati bahan sastera yang telah dibaca oleh mereka. Di sini, kumpulan kami ingin
mencadangkan satu aktiviti yang boleh dijalankan dalam minggu bahasa Melayu di sekolah-
sekolah. Mungkin perkara ini telah pun dilaksanakan pada suatu ketika dahulu, tetapi
mungkin telah tidak mendapat tempat pada masa kini kerana mungkin kekangan masa untuk
melaksanakannya.

Nama inovasi

“Ceritalah Sayang”

Isu yang berkaitan

Setiap tahun pihak sekolah menghadapi masalah untuk mencari bakat bagi mewakili
sekolah dalam pertandingan bercerita. Jika ada pun, murid yang dipilih adalah berdasarkan
pemerhatian secara rawak oleh guru dan perlu dilatih walaupun kadang-kadang kita dapati
murid tersebut kurang berkebolehan. Ada juga yang memilih anak-anak guru kerana mudah
untuk ibu atau bapa berkenaan melatih anaknya di rumah! Hal ini menyebabkan hasilnya
sekadar mengambil bahagian dalam penyertaan takut nanti pihak pentadbir akan menjawab
dengan pihak atasan jika tiada penyertaan.

Objektif

TUGASAN KUMPULAN Page 8


KRB 3013 – PRINSIP PENGAJARAN BACAAN

Melalui program “Ceritalah Sayang” ini diharapkan dapat;

1. Memberi peluang kepada murid-murid yang benar-benar berkemampuan dan


berbakat untuk mengembangkan bakat mereka.

2. Melahirkan murid-murid yang dapat memahami hasil sastera yang dibaca


dengan menzahirkan hasil tersebut dengan kreativiti mereka sendiri.

3. Dapat menarik minat murid-murid membaca pelbagai hasil sastera mengikut


peringkat umur mereka.

4. Menyediakan peserta yang ampuh untuk mewakili sekolah ke pertandingan


bercerta peringkat sekolah.

Kelebihan inovasi

1. Memberi galakan kepada murid-murid untuk untuk membaca bahan-bahan


sastera seperti bahan fiksyen dan bukan fiksyen sebagai persediaan untuk
mengambil bahagian dalam petandingan yang diadakan.

2. Murid mengetahui bahan-bahan bentuk sastera seperti fiksyen, bukan fiksyen,


fiksyen sains dan sebagainya.

3. Membantu murid-murid membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan


orang ramai.

Prosedur Pelaksanaan

1. Terbuka kepada semua murid tahap satu dan tahap dua. Penyertaan adalah
tidak dihadkan.

2 Boleh diberikan tema yang bersesuaian. Contohnya, cerita tauladan untuk


tahap satu dan tema kehidupan untuk tahap dua.

3. Penggunaan kostum dan prob adalah tidak dibenarkan. Ini bertujuan memberi
lebih peluang kepada murid-murid yang tidak berkemampuan atau tidak
mampu untuk menyediakan bahan tersebut.

TUGASAN KUMPULAN Page 9


KRB 3013 – PRINSIP PENGAJARAN BACAAN

4. Waktu yang sesuai dijalankan ialah pada hari Rabu, sewaktu kokurikulum
Persatuan. Pertandingan boleh diadakan mengikut kesesuaian masa dan
mengikut jumlah perserta.

5. Pihak persatuan Bahasa Melayu boleh menyediakan hadiah melalui


peruntukan Kokurikulum daripada sekolah.

6. Setiap penyertaan perlu dibuktikan dengan bahan bacaan yang dibaca. Murid
perlu menyerahkan buku atau bahan yang dibaca sebagai bukti sebelum
menyertai pertandingan tersebut.

Prinsip Pelaksanaan / Penentu Kejayaan

1. Persediaan awal dengan pengurusan yang baik perlu untuk memastikan


kejayaan aktiviti ini. Perlu ada mesyuarat jawatankuasa pelaksana untuk
pembahagian bidang tugas.

2. Khidmat nasihat daripada pihak yang pakar sangat diperlukan untuk perincian
sesuatu perkara, contohnya aspek pemarkahan , wajaran markah dan
sebagainya.

3. Promosi dan galakan secara besar-besaran dengan menawarkan ganjaran yang


menarik perlu dibuat mengikut masa dan waktu yang sesuai.

TUGASAN KUMPULAN Page 10


KRB 3013 – PRINSIP PENGAJARAN BACAAN

Bibliography
Abd.Ghafar Md. Din. (1993). Meningkatkan Keberkesanan Dalam Penulisan Pembacaan dan
Pemahaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marohaini Yusof. (1989). Strategi pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Karya Bistari.

Safiah Osman. (1990). Peningkatan Kemahiran Membaca dalam Safiah Karim (ed.) Membaca : Satu
Pengenalan. Kuala Lumpur: Berita Publishing.

Sidang Pengarang. (2015). Majalah ASUH. Selangor: Galeri Ilmu Sdn Bhd.

TUGASAN KUMPULAN Page 11

Anda mungkin juga menyukai