Anda di halaman 1dari 3

1. Jelaskan latar belakang Raja Ali Haji.

sasterawan, juga intelektual Melayu terkemuka pada abad-19. Raja Ali Haji adalah
keturunan bangsawan Bugis yang mendiami Pulau Penyengat, tidak jauh dari Tanjung
Pinang (Pulau Bintan). Ayahnya bernama Raja Ahmad. Manakala datuknya bernama Raja
Haji, seorang pahlawan Bugis terkenal. Beliau tercatat juga pernah menjawat jawatan
sebagai Yamtuan Muda (Yang Dipertuan Muda- setaraf Perdana Menteri) ke-4 dalam
Kesultanan Johor-Riau.Raja Haji (datuk kepada Raja Ali Haji) adalah Yamtuan Muda yang
berjaya menjadikan kesultanan Johor-Riau sebagai pusat dagangan dan budaya paling
penting di kawasan itu. Beliau meninggal dunia ketika bertempur melawan Belanda pada
tahun 1784. Raja Haji meninggalkan dua orang putera, iaitu Raja Ahmad dan Raja Jaa´far.
Raja Ahmad (ayah Raja Ali Haji) adalah pangeran pertama dari Riau yang menunaikan
fardu haji.

2. Huraikan isi kandungan salah satu syair Raja Ali Haji.


Setengah Perempuan terlalu janggalnya, Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika
Roma dimuka pula dicukurnya, berdandan seperti mencukur bulu roma di
Seperti taji berandam di keningnya, muka dan membentuk kening. Mereka juga
Kemudian memakai dengan selengkapnya. berhias dan memakai pakaian yang
selengkapnya.
Mengagak mengilai terlalu suka, Terdapat segelintir wanita yang ketawa
Melihat laki-laki tampakkan muka, mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki
Supaya laki2 boleh meyangka, dia akan menunjuk-nunjukkan mukanya
Ianya elok tiada terhingga. supaya lelaki tersebut terpikat akan
kecantikannya.
Setengah perempuan sangat pesolek, Ada sesetengah wanita yang suka bersolek
Berhias berdandan berpakai molek, dan berhias. Mereka juga sanggup
Didalam cermin muka ditelek, membuang masa di hadapan cermin bagi
Kanan dan kiri dibelek-belek. melihat wajah mereka.
Meskipun tiada berapa eloknya, Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu
Ada yang setengah kembang hidungnya, cantik dan jelita. Malahan, hidungnya
Serta pula kepik batangnya, kembang dan tidak mancung seperti besar
Seperti buaya besar mulutny mulut buaya. Namun, mereka tetap
berhias.

Setengah perempuan perangainya cela, Ada sesetengah wanita yang berperangai


Habis dipenuhi rambut kepala, buruk. Mereka membuat sanggul siput
Rambut yang sikit disiputnya pula, untuk menutup kekurangan rambut,
Memakai cemara berjela-jela. malahan ada yang sanggup memakai
rambut palsu.
Terkadang muka dibubuh pupuri, Ada juga yang melumuri bedak di kaki,
Kaki dan tangan,lengan dan jari, tangan, lengan dan jari sehinnga putih
Jadilah rupanya putih berseri, semata-mata untuk mengaburi mata orang
Pekerjaan tipu sangat digemari. yang melihatnya akan kekurangan diri
mereka.
Setengah perempuan yang makan angkat,’ Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji.
memakai gelang bertingkat-tingkat, Mereka memakai gelang sehingga ke
Memandang laki2 matanya lekat, pangkal lengan dengan tujuan untuk
Dengan jantan suka berdekat. menarik perhatian. Mereka juga suka
berpeleseran dengan lelaki.
Kaki dan tangan dinaikkan pula, Ada juga wanita yang mendedahkan kaki
Pura-pura dikatakan ubat segala, dan tangan dengan alasan untuk berubat.
Hakikatnya diketahui Allah taala, Sebenarnya, niat mereka untuk
Supaya laki2 berhati gila. membuatkan lelaki terpikat kepadanya.
Namun, tindakan mereka diketahui Allah.
Berlindunglah kita kepada Allah, Kita hendaklah memohon perlindungan
Daripada perbuatan yang amat salah, daripada Allah agar kita akan terselamat
Mudah-mudahan dilepaskan, daripada segala kemungkaran, malahan
Jangan menjadi betina sempolah. dijauhi daripada berperangai seperti
perempuan yang tidak berakhlak.
Setengahnya suka bermain judi, Sesetengah wanita suka berjudi sehingga
Inilah perangai banyak terjadi, tergadai barang kemas akibat perangai
Habislah tergadai intan serudi, buruknya selama ini.
Kerana perangai sudah membadi.
Laki-laki perempuan bertindih lutut, Pergaulan bebas antara lelaki dan
Banyaklah kelakuan yg tidak patut, perempuan akan mengakibatkan
Sembahyang ibadat sudahlah bantut, berlakunya perlakuan yang tidak senonoh.
Kerana syaitan duduk dibuntut... Mereka juga mengabaikan solat kerana
hasutan syaitan

3. Berdasarkan karya yang anda pilih. apakah mesej utama syair Raja Ali Haji itu?

Syair Siti Sianah merupakan nasihat kepada kaum wanita. Kaum wanita sama ada pada
masa dahulu atau sekarang digalakkan untuk memahami syair ini supaya dapat mengambil
iktibar dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Perkara ini penting agar kaum
wanita menjaga maruah dan dipandang tinggi oleh masyarakat

4. Bincangkan nilai-nilai dan pengajaran yang boleh diperoleh daripada syair Raja Ali
Haji.
1. Nilai kesopanan
Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti jangan
ketawa mengilai-ngilai.
2. Nilai kesederhanaan
Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri.
3. Nilai ketaatan kepada agama.
Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama.
4. Nilai kesyukuran.
Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri.

Pengajaran
1. Seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati oleh orang lain.
2. Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun tidaklah secara
berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah.
3. Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak berlakunya
pembaziran.
4. Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar
terpelihara daripada maksiat.

Anda mungkin juga menyukai