Anda di halaman 1dari 82

PEMILIHAN DAN PENILAIAN BAHAN SUMBER PENDIDIKAN

TOPIK PERBINCANGAN
Bahan Sumber Pendidikan Bahan Sumber EDUWEBTV Pemilihan & Penilaian Bahan Sumber Pendidikan Model Pemilihan & Penilaian Bahan Sumber Pendidikan (Model Assure)

OBJEKTIF MODUL
Menjelaskan kepentingan memilih dan menilai bahan sumber untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Menghuraikan langkah-langkah dalam pemilihan dan penilaian bahan sumber berdasarkan Model ASSURE.
Membanding beza kaedah adopt, adapt dan develop dalam pemilihan bahan sumber.

BAHAN SUMBER PENDIDIKAN


Segala jenis bahan sumber sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik yang mempunyai unsur-unsur pendidikan Contoh: buku, brosur, gambar foto, video, filem dokumentari, kartun dll.

BAHAN SUMBER PENDIDIKAN


Dapat diguna secara langsung atau diubahsuai oleh guru untuk (i) menyampaikan isi pelajaran (ii) mencapai objektif P & P

Perlu digunakan secara sistematik dan tersusun agar mewujudkan minat dalam kalangan murid.

KELEBIHAN BAHAN SUMBER PENDIDIKAN


menarik minat murid terhadap isi pelajaran memudahkan murid memahami sesuatu tajuk mata pelajaran meningkatkan keberkesanan P & P

KELEBIHAN BAHAN SUMBER PENDIDIKAN


mengandungi pelbagai mesej yang disampaikan melalui pelbagai format media bercetak & tidak bercetak Contoh format media video, audio, carta dan gambarajah memudahkan guru mengendalikan proses P & P

LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN BAHAN SUMBER PENDIDIKAN


(i) Prebiu (pra-tonton) - kesesuaian dengan objektif dan ciri-ciri serta tahap kebolehan murid. (ii) Pemilihan bahan sumber - kesesuaian dgn murid, isi pelajaran, objektif P & P dll.

LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN BAHAN SUMBER PENDIDIKAN (iii) Latihan menggunakan bahan sumber
- supaya persembahan guru kelak akan lebih berkesan (iv) Persediaan persekitaran pembelajaran - ergonomik (tempat duduk selesa, pencahayaan mencukupi, pengudaraaan baik, peralatan berfungsi)

LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN BAHAN SUMBER PENDIDIKAN


(v) Kesediaan murid memastikan murid bersedia untuk belajar (fizikal & mental) Contoh: menyatakan overview isi pelajaran atau membuat perkaitan dengan topik yang akan dipelajari

LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN BAHAN SUMBER PENDIDIKAN

(vi) Aktiviti P & P - penyampaian oleh guru di dalam bilik darjah - bahan sumber diguna dengan pelbagai kaedah atau teknik yang sesuai

BAHAN SUMBER EDUWEBTV


Aplikasi bahan sumber EDUWEBTV oleh guru secara sistematik dalam proses P & P Tujuan - untuk menghasilkan pembelajaran yang bermakna, berkesan dan menyeronokkan kepada murid Meliputi bahan-bahan yang disediakan di Portal EDUWEBTV yang boleh diakses secara atas talian.

BAHAN SUMBER EDUWEBTV


Bahan-bahan tersebut terdapat dalam tujuh saluran utama iaitu: Berita Akademik Wawancara TV Pendidikan Interaktif Rencana Siaran Langsung

PEMILIHAN DAN PENILAIAN BAHAN SUMBER PENDIDIKAN


Perancangan sistematik menggunakan bahan sumber pendidikan atau media memerlukan bahan atau media tersebut dipilih terlebih dahulu.

PEMILIHAN DAN PENILAIAN BAHAN SUMBER PENDIDIKAN


Pemilihan melibatkan proses dua peringkat
Peringkat 1: Pemilihan daripada aspek format media sama ada dalam bentuk gambar pegun, visual bergerak, bercetak dan sebagainya.

PEMILIHAN DAN PENILAIAN BAHAN SUMBER PENDIDIKAN


Penentuan pemilihan format media yang paling sesuai berdasarkan:

ciri-ciri dan tahap kemampuan murid objektif P & P situasi pengajaran (kumpulan besar, kumpulan kecil atau pengajaran kendiri).

PEMILIHAN DAN PENILAIAN BAHAN SUMBER PENDIDIKAN


Peringkat 2:

Proses pemilihan, modifikasi atau menghasilkan bahan sumber baharu berdasarkan format yang dipilih.

KONSEP ADOPT, ADAPT & DEVELOP/ INNOVATE


Adopt - pemilihan dibuat berdasarkan bahan sumber yang sudah tersedia ada Adapt - sekiranya bahan sumber tidak dapat diperoleh, maka pengubahsuaian atau modifikasi perlu dilakukan.

KONSEP ADOPT, ADAPT & DEVELOP/ INNOVATE


Proses memodifikasi bahan sumber sedia ada lebih kreatif mencabar kos-efektif berbanding dengan aktiviti menghasilkan satu bahan sumber yang baharu.

KONSEP ADOPT, ADAPT & DEVELOP/ INNOVATE


Develop /Innovate - penghasilan satu bahan sumber pendidikan yang baharu mempertimbangkan faktor-faktor : objektif P & P ciri-ciri dan tahap kebolehan murid kos dan masa kepakaran teknikal kemudahan dan peralatan yang diperlukan
.

MODEL PEMILIHAN & PENILAIAN BAHAN SUMBER PENDIDIKAN (MODEL ASSURE)


Pengajaran menggunakan bahan sumber pendidikan memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik termasuk daripada segi pemilihan dan penggunaan bahan sumber tersebut.

MODEL PEMILIHAN & PENILAIAN BAHAN SUMBER PENDIDIKAN (MODEL ASSURE)


Pemilihan dan penggunaan bahan sumber pendidikan dalam modul ini berfokus kepada Model ASSURE (Smaldino et al. 2008)
Rujukan Smaldino, S.E., Lowther, D.L. & Russell, J.D. 2008. Instructional Technology and Media for Learning (9th edition). New Jersey: Prentice Hall.

Analisis pelajar

Sediakan objektif
Sediakan media dan bahan
Uruskan penggunaan media & bahan

Respon & penglibatan


Evaluasi/Penilaian & Semak Semula

ciri-ciri umum potensi dan kemampuan gaya pembelajaran tahap kebolehan kemahiran memproses maklumat faktor psikologi & motivasi menilai keperluan pembelajaran

Unsur-unsur pernyataan objektif ABCDs:audien atau kumpulan sasaran tingkahlaku/perlakuan kondisi/syarat darjah/ukuran

Klasifikasi objektif:Domain Domain Domain Domain Kognitif Afektif Psikomotor Interpesonal

pemilihan format media perolehan bahan sumber yang spesifik


pemilihan bahan yang tersedia kaji bahan sumber tersebut

kriteria pemilihan senarai semak penilaian media

ubahsuai bahan yg. sedia ada

rekabentuk bahan baharu (inovasi)

prebiu bahan sumber mempraktikkan persembahan

sediakan persekitaran pastikan kesediaan murid persembahkan bahan sumber

Sediakan aktiviti lanjutan Penglibatan aktif murid Aktiviti pengukuhan dan pengayaan

Penilaian pencapaian murid

Penilaian media & kaedah


Penilaian proses P & P Membuat semak semula

RUMUSAN
Pemilihan dan penilaian bahan sumber adalah sangat penting Dapat memastikan bahan yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran adalah bersesuaian - objektif P & P - tahap pencapaian dan kebolehan murid - membantu memudahkan guru membuat pemilihan dan penilaian bahan sumber pendidikan Model ASSURE boleh diaplikasikan

MODEL PENGAJARAN PENGINTEGRASIAN EDUWEBTV DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TOPIK PERBINCANGAN
Video Pengajaran Terus Video Sumber

Teknik Video
Model Pengajaran Menggunakan Teknik EDUWEBTVv

OBJEKTIF MODUL
1. Membuat perbandingan antara video pengajaran terus dan video sumber.
2. Mengenalpasti jenis-jenis Teknik Video yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

3. Menjelaskan kelebihan penggunaan Teknik EDUWEBTV dalam pengajaran dan pembelajaran.

VIDEO PENGAJARAN TERUS

Video yang dirancang dan dihasilkan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran

VIDEO SUMBER
Apa jua video yang berunsur pendidikan boleh dieksploitasikan secara sistematik bagi mencapai objektif pendidikan

TEKNIK VIDEO
Terdapat beberapa jenis teknik video. Antaranya ialah : i. Pemahaman Mendengar (Cloze/Listening Comprehension) ii. Tayangan Senyap (Silent Viewing) iii. Tayangan Bersilang (Jigsaw Viewing) iv. Tayangan Bersilang Dengan Komentar (Jigsaw Viewing With Commentary)

TEKNIK VIDEO
v. Pencarian Harta Karun (Video Treasure Hunt)
vi. Ramalan (Prediction) vii. Ramalan Awal (Reverse Prediction)

viii.Urutan (Sequencing)

JENIS-JENIS TEKNIK VIDEO


Pemahaman Mendengar (Cloze/Listening Comprehension)
berbagai aktiviti boleh dijalankan skrip pencerita (narator) diberi atau perbualan di dalam video dengan beberapa perkataan ditiadakan. mengisi tempat-tempat kosong tersebut dengan teliti menjawab soalan-soalan kefahaman berdasarkan video yang dipertontonkan.

JENIS-JENIS TEKNIK VIDEO

Tayangan Senyap
(Silent Viewing)
Audio ditutup dan guru meminta muridmurid menonton hanya visual yang terdapat pada skrin TV. Murid meneka apa yang diperkatakan berdasarkan kepada apa yang telah mereka tontoni. Boleh memberitahu beberapa kata kunci atau menerangkan dengan menggunakan perkataan mereka sendiri.

JENIS-JENIS TEKNIK VIDEO Ramalan (Prediction)


Ramalan boleh melibatkan apa yang akan berlaku sebelumnya atau apa yang dikatakan seterusnya.

Kedua-dua aktiviti ramalan ini memerlukan murid meramal sekuen video yang diberhentikan secara tiba-tiba untuk mencungkil respon lisan atau tulisan. Berkaitan dengan apa yang akan berlaku seterusnya.
Kemudian murid-murid akan dipertontonkan cerita atau bahan sebenarnya daripada video tersebut.

JENIS-JENIS TEKNIK VIDEO


Ramalan Awal (Reverse Prediction)
Murid ditunjukkan bahagian akhir atau penamat dalam sekuen video yang ringkas. Murid diminta memberi penerangan secara lisan atau bertulis apa yang membawa kepada pengakhiran yang sedemikian. Murid kemudian membentangkan versi mereka. Pembentangan hasil perbincangan boleh dijalankan sebelum keseluruhan video itu ditayangkan daripada mula sehingga akhir.

JENIS-JENIS TEKNIK VIDEO


Pencarian Harta Karun Video (Video Treasure Hunt)
Warna pada skrin TV dikurangkan supaya skrin menjadi gelap dan tiada apa pun dapat dilihat. Hanya berdasarkan kepada perbualan, komentar dan kesan-kesan bunyi yang boleh didengar, murid menerangkan tentang aksi, watak, emosi, objek dan sebagainya yang mereka fikir ada ditayangkan.

JENIS-JENIS TEKNIK VIDEO Tayangan Bersilang (Jigsaw Viewing)


Secara berpasangan setiap murid duduk belakang membelakangi antara satu sama lain. Salah seorang daripada murid itu menghadap skrin TV manakala pasangannya menghadap ke arah sebaliknya. Beberapa soalan spesifik dikemukakan oleh murid yang membelakangi TV bagi tujuan memperoleh maklumat daripada rakannya. Murid yang menonton video perlulah memberikan jawapan yang diperlukan.

JENIS-JENIS TEKNIK VIDEO

Tayangan Bersilang Dengan Komentar (Jigsaw Viewing with Commentary)


Setiap murid duduk secara berpasangan dengan belakang membelakangi antara satu sama lain. Guru menayangkan video dengan audionya ditutup, murid yang menghadap skrin TV memberi komentar secara langsung kepada pasangannya tentang apa yang berlaku dalam tayangan video tersebut. Pasangannya digalakkan untuk bertanya soalan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

JENIS-JENIS TEKNIK VIDEO Urutan (Sequencing)


Murid-murid diberikan skrip video bertulis yang telah di
campur-adukkan. Tugas mereka ialah menyusun skrip itu dalam urutan yang betul. Aktiviti ini paling sesuai untuk video yang menerangkan tentang proses-proses dan melibatkan seorang narator. Aktiviti alternatif lain memerlukan guru menyunting video itu dan mencampur-adukkan peristiwa-peristiwa dalam video itu sendiri. Murid-murid kemudiannya membincangkan tentang sekuen sebenar video yang sepatutnya.

TAYANGAN VIDEO Model Pengajaran Menggunakan Teknik EDUWEBTV

RUMUSAN
Model pengajaran menggunakan Teknik EDUWEBTV memberi pendedahan bagaimana untuk melaksanakan teknik tersebut dalam situasi pengajaran sebenar. Dengan menggunakan bahan sumber dan Teknik EDUWEBTV pelbagai kaedah boleh diadakan bersesuaian dengan penyampaian mata pelajaran kepada murid. Paling utama adalah kreativiti guru dalam memilih bahan sumber serta jenis Teknik EDUWEBTV yang sesuai dengan objektif P & P dan isi kandungan pelajaran serta tahap kebolehan murid.

PERANCANGAN PENGINTEGRASIAN EDUWEBTV DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

TOPIK PERBINCANGAN
Perancangan Pengajaran
Pemilihan & Penilaian Bahan Sumber EDUWEBTV (Model ASSURE)

OBJEKTIF MODUL
Merancang satu pengajaran lengkap dengan menggunakan Teknik EDUWEBTV. Memilih dan menilai bahan sumber EDUWEBTV yang sesuai dengan mata pelajaran dan tahap kebolehan murid.
Mengintegrasi bahan sumber EDUWEBTV dalam rancangan pengajaran.

PERANCANGAN PENGAJARAN
Rancangan pengajaran adalah satu proses melakukan persediaan mengajar berdasarkan kurikulum sesuatu mata pelajaran.

PERANCANGAN PENGAJARAN
Terdapat enam komponen asas yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan rancangan Pengajaran:
murid objektif persekitaran pembelajaran aktiviti pengajaran kaedah pengajaran media pengajaran

PERANCANGAN PENGAJARAN
Penekanan juga diberikan kepada aspek-aspek lain: kemahiran isi pelajaran nilai-nilai murni kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) penilaian pengajaran.

CONTOH FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN


Tarikh: Tahun/ Tingkatan: Mata pelajaran: Tajuk: Kemahiran: Objektif am: Objektif khusus: Pengetahuan sedia ada: Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif : Penerapan nilai-nilai murni: Penggabung jalinan: Media pengajaran: Bahan Sumber EDUWEBTV: Masa: Bilangan murid:

CONTOH FORMAT RANCANGAN PENGAJARAN


Langkah-langkah Perkembangan Pengajaran Langkah Permulaan pengajaran (induksi set) Perkembangan pengajaran Penilaian Pengajaran Penutup Pengajaran Isi Kandungan Aktiviti P&P Media digunakan

PEMILIHAN DAN PENILAIAN BAHAN SUMBER EDUWEBTV MENGGUNAKAN MODEL ASSURE

Bagi menggunakan bahan sumber EDUWEBTV secara berkesan untuk tujuan P & P guru tidak perlu menayangkan keseluruhan bahan tersebut.

Penggunaan segmen-segmen pendek (5 hingga 10 minit) adalah lebih digalakkan.

PEMILIHAN DAN PENILAIAN BAHAN SUMBER EDUWEBTV MENGGUNAKAN MODEL ASSURE

Guru membuat pemilihan dan penilaian bahan sumber EDUWEBTV dengan mengaplikasikan Model ASSURE. Guru menentukan penggunaan teknik yang sesuai untuk menyampaikan bahan sumber yang dipilih untuk diintegrasikan dalam P & P

RUMUSAN
Setiap kumpulan akan dapat menghasilkan satu rancangan pengajaran yang lengkap dengan menggunakan bahan sumber & Teknik EDUWEBTV. Kriteria pemilihan dan penilaian bahan sumber pendidikan adalah berasaskan Model ASSURE. Rancangan pengajaran yang dihasilkan akan digunakan untuk sesi simulasi pengajaran nanti.

SIMULASI PENGAJARAN

TOPIK PERBINCANGAN

Persediaan Simulasi Pengajaran


Pelaksanaan Simulasi Pengajaran

OBJEKTIF MODUL
Mengadakan persediaan bagi melaksana simulasi pengajaran.
Melaksanakan simulasi pengajaran.

Memberi maklum balas berdasarkan sesi simulasi pengajaran.

PERSEDIAAN SIMULASI PENGAJARAN


Peserta yang ditugaskan memainkan peranan sebagai guru perlu bersedia untuk melaksanakan simulasi pengajaran pada sesi berikutnya berdasarkan rancangan pengajaran yang telah disediakan secara berkumpulan.

PERSEDIAAN SIMULASI PENGAJARAN


Peserta lain dalam kumpulan tersebut akan memainkan peranan sebagai murid semasa pengajaran dijalankan.

PERSEDIAAN SIMULASI PENGAJARAN


Secara kolektif setiap kumpulan perlu menyediakan suasana bilik darjah seperti susun atur kerusi meja serta keperluan lain untuk proses simulasi pengajaran nanti.

PERSEDIAAN SIMULASI PENGAJARAN


Semua peralatan serta media pengajaran yang akan digunakan perlu dipastikan dalam keadaan baik serta berfungsi.

PERSEDIAAN SIMULASI PENGAJARAN


Bahan sumber EDUWEBTV perlu terlebih dahulu dimuat turun dan diedit sesuai dengan topik yang akan diajar. Setiap kumpulan perlu mengadakan latihan (rehearsal) terlebih dahulu.

PELAKSANAAN SIMULASI PENGAJARAN


Pelaksanaan simulasi pengajaran dilakukan secara berkumpulan. Peserta daripada kumpulan lain melakukan pemerhatian bagi tujuan memberi maklum balas berkaitan simulasi pengajaran yang diadakan.

RUMUSAN
Tujuan utama simulasi pengajaran dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan pengalaman hands-on menggunakan bahan sumber dan Teknik EDUWEBTV untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

MAKLUM BALAS & REFLEKSI SIMULASI PENGAJARAN

TOPIK PERBINCANGAN Maklum Balas Daripada Murid

Refleksi Guru

OBJEKTIF MODUL
Memberi maklum balas berdasarkan sesi simulasi pengajaran yang telah diadakan. Membuat refleksi berdasarkan pengalaman pengajaran mengintegrasi rancangan dan teknik menggunakan EDUWEBTV.

MAKLUMBALAS DARIPADA MURID


Maklum balas terhadap pengajaran guru diberikan oleh peserta-peserta yang menjadi murid semasa simulasi pengajaran. Maklum balas tersebut menjurus kepada aspek-aspek berkait rapat dengan penggunaan bahan sumber EDUWEBTV dan pengintegrasian Teknik EDUWEBTV dalam pengajaran dan pembelajaran.

REFLEKSI GURU
Peserta yang menjadi guru membuat refleksi akan pengajaran yang telah dilakukannya. Refleksi kendiri merangkumi aspek-aspek seperti kekuatan pengajaran guru, pengalaman yang dilalui, penggunaan dan pengintegrasian bahan sumber dan Teknik EDUWEBTV serta peluangpeluang untuk penambahbaikan.

RUMUSAN
Sesi maklum balas dan refleksi diadakan bertujuan memberi peluang kepada setiap kumpulan untuk membuat penambahbaikan serta memantapkan rancangan pengajaran yang telah dihasilkan.

ISU DAN CABARAN PENGGUNAAN EDUWEBTV

TOPIK PERBINCANGAN

Perbincangan Isu & Cabaran Penggunaaan EDUWEBTV

OBJEKTIF MODUL
Membincangkan isu dan cabaran berkaitan dengan pengintegrasian bahan sumber dan Teknik EDUWEBTV dalam pengajaran dan pembelajaran.

Mencadangkan langkah-langkah menangani cabaran dalam penggunaan EDUWEBTV.

PERBINCANGAN ISU DAN CABARAN PENGGUNAAN EDUWEBTV


Dalam kumpulan kecil peserta-peserta membincangkan isu-isu serta cabaran dalam menggunakan bahan sumber EDUWEBTV.

PERBINCANGAN ISU DAN CABARAN PENGGUNAAN EDUWEBTV


Antara aspek yang dapat dibincangkan ialah: sejauh mana guru dapat menggunakan EDUWEBTV sebagai bahan sumber pengajaran kekangan yang dihadapi langkah-langkah untuk mengatasi Pembentangan kumpulan

RUMUSAN
Perbincangan dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti dan mengatasi kekangan yang mungkin timbul semasa melaksanakan pengintegrasian EDUWEBTV khusus dalam P & P.

Anda mungkin juga menyukai