Anda di halaman 1dari 16

http://www.scribd.

com/doc/53395043/Soalan-PSK#downloadanakarshad ISI KANDUNGAN

Perkara

Muka surat

HALAMAN TAJUK

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0

PENGENALAN DOMAIN PSK DEFINISI DOMAIN SOSIOEKONOMI PSK CIRI-CIRI SOSIOEKONOMI MALAYSIA DASAR-DASAR EKONOMI NEGARA KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI KEPADA NEGARA DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT 3 4 5 7 13

7.0

RUMUSAN Bibliografi

15

Tajuk : KEPENTINGAN DOMAIN SOSIOEKONOMI DALAM PSK DAN KAITANNYA DENGAN KESEJAHTERAAN DAN KEMAJUAN NEGARA MALAYSIA

1.0

PENDAHULUAN Selaras dengan matlamat Falsafah Penddikan Negara demi untuk

membentuk individu yang seimbang dari aspek rohani dan jasmani maka, Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah diperkenal dan mulai diajar sebagai satu mata pelajaran teras persekolahan mulai tahun 2005, di sekolah rendah dan menengah. Suatu ketika dahulu sebagai contohnya, mata pelajaran ini juga dikenali dengan nama Tata Rakyat sekitar tahun 1970an di sekolah rendah. Pada masa dahulu, pendidikan sivik hanya bertumpu pada struktur dan jenis kerajaan. Namun kini, mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa masyarakat serta keperluan masa depannya. Menurut apa yang ditulis oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dalam huraian sukatan pelajaran, Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Manakala kewarganegaraan pula merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya.

2.0

Domain-domain di dalam Pendidikan Sivik dan Kenegaraan

Pendidikan Sivik Kewarganegaraan merupakan salah satu matapelajaran yang diajar dalam persekolahan di Malaysia. Mata pelajaran ini amat diperlukan dan begitu penting dalam melahirkan generasi yang bertanggungjawab dan berguna kepada masyarakat. Gejala-gejala sosial dan segala perkara yang berlaku di dalam Negara telah menimbulkan kebimbingan kepada pemerintah terhadap masa depan Negara. Kesan daripada itu, mata pelajaran ini telah diperkenal dan dilaksanakan demi memastikan kesejahteraan rakyat akan lebih terjamin dan kesejahteraan
3

Negara dapat dipertahankan.

Di samping itu, perpaduan dan juga semangat

patriotisme juga akan dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar menerusi pengajaran dan pembelajaran matapelajaran ini. Sewajarnyalah, mata pelajaran ini diajar di sekolah dengan hasrat untuk merealisasikan matlamat utama mata pelajaran Pendidikan Sivik Kewarganegaraan. Bak kata pepatah kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mengikut huraian sukatan pelajaran yang telah dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, terdapat empat domain utama yang diterapkan dalam Pendidikan Sivik. Kewarganegaraan iaitu sivil, politik, sosioekonomi, politik dan budaya. Kesemua domain ini amat penting dalam memastikan konsep dan matlamat serta objektif utama Pendidikan Sivik Kewarganegaraan akan tercapai. Fokus yang akan saya berikan sebagai tugasan ialah domain yang berkaitan dengan sosioekonomi.

3.

Definisi Domain Sosioekonomi Sosioekonomi merupakan salah satu domain yang memainkan peranan yang

penting dalam membina perpaduan dan semangat patriotisme dikalangan pelajar. Bidang sosioekonomi sebenarnya merupakan suatu kajian hubungan di antara aktiviti ekonomi dan juga kehidupan sosial. Domain ini juga lebih bertumpu pada bidang ekonomi dan bidang psikologi. Ini bermakna, sosioekonomi lebih bertumpu pada keadaan ekonomi yang mencorakkan kehidupan sosial seseorang individu. Tanpa wujudnya ekonomi yang mantap, kehidupan sosial masyarakat akan terus mundur. Ini selaras dengan ekonomi sesebuah negara yang perlu kukuh dalam memastikan kesejahteraan dan kemajuan sesebuah Negara.ala prasarana sekolah akan dapat dipenuhi bagi melahirkan pelajar yang inovatif.
4

Begitu juga dengan pelajar dimana taraf ekonomi keluarga mereka perlulah lebih kukuh supaya tidak disingkirkan daripada kehidupan disekolah. Oleh itu, menerusi domain sosioekonomi ini, kami akan menghuraikan segala aspek termasuklah dari segi pelaksanaan dan juga amalan domain tersebut serta keadaan sosioekonomi disesebuah sekolah.

4.

CIRI-CIRI SOSIOEKONOMI MALAYSIA

Perkembangan Sosioekonomi Zaman Penjajahan Ketika zaman penjajahan British mereka telah memperkenalkan sistem kapitalisme & dasar laissez faire dalam kegiatan ekonomi di Tanah Melayu. Dasar British pada masa itu menitikberatkan eksploitasi kekayaan semulajadi di Malaya, Sabah & Sarawak. Mereka bertapak di Malaya untuk mengeksploitasi sumbersumber semulajadi dalam bidang perlombongan bijih timah, industri getah dan perladangan hasil mahsul (eksport). Kerajaan British telah menetapkan dasar untuk mengasingkan kaum-kaum yang berbagai etnik ini dengan menggalakkan komuniti-komunti tersebut

menceburkan diri dalam bidang-dbidang ekonomi yang berlainan. Sebagai contohnya, kaum Melayu telah ditentukan oleh mereka untuk mengusahakan bidang yang berkaitan dengan pertanian melibatkan bidang penanaman padi dan buahbuahan, penangkapan ikan dan perkhidmatan awam bagi golongan yang terpelajar. Bagi kaum Cina pula, mereka terlibat dalam kegiatan perniagaan, perusahaan, pembinaan, penanaman sayur, penternakan dan pekerjaan swasta. Manakala, kaum India pula tertumpu kepada pekerjaan buruh di estet-estet, pembinaan jalan raya dan landasan kereta api serta perkhidmatan kerajaan

Kesan

daripada

itu,

mengakibatkan

berlakunya

pengenalan

identiti

masyarakat berdasarkan kegiatan ekonomi. Sistem kapitalisme dan dasar laissez faire yang diperkenalkan di Malaya, Sabah dan Sarawak telah mewujudkan dualisme sosioekonomi di kalangan kaum Melayu dan bukan Melayu. Selain daripada itu, wujudnya jurang ekonomi antara kaum dan juga berlakunya kadar pembangunan yang tidak seimbang antara bandar dan luar bandar. Dasar pecah dan perintah British telah meninggalkan kesan-kesan negatif dalam hubungan etnik selepas Malaya mencapai mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Sejak awal lagi, sasaran Malaysia adalah untuk menjadi sebagai sebuah Negara industri. Ianya dilaksanakan secara berperingkat-peringkat, Peringkat pertama perlaksanaannya, Negara lebih menumpukan kepada peningkatan inftastruktur ekonomi. pembangunan pertanian dan indusrti gantian impot. Pada peringkat ke dua pula, menjelang tahun 1960an pembangunan dan lebih ditumpukan kepada pembangunan teknologi dan peralihan daripada industri gantian-impot kepada industry berorientasikan ekspot. Manakala pada peringkat akhirnya pula, mejelang tahun (2000an), kerajaan mensasarkan berteraskan pembangunan ekonomi

K-ekonomi. Hasrat dan keinginan kerajaan melaksanakan pelbagai

dasar dan rancangan ini adalah untuk memastikan Negara mencapai kemakmuran dan memastikan kesejahteraan rakyat tercapai.

5.

DASAR-DASAR EKONOMI NEGARA

Dasar-dasar Ekonomi Lama (1956-1970) Hasrat dan keinginan kerajaan untuk memastikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat telah dibuktikan melalui pelbagai rancangan dan program pembangunan ekonomi yang telah dan sedang dilaksanakan. Fasa pertama kea rah itu, kerajaan telah melaksanakan dasar-dasar ekonomi lama yang bermula dengan rancangan Malaya Pertama (1956 1960 ), diikuti oleh Rancangan Malaysia Ke 2 (1961-1965). Di bawah pelaksanaan ke dua-dua rancanagan ini, pihak kerajaan telah memberi penekanan terhadap pembangunan pembinaan kemudahan asas dan pembangunan sosioekonomi secara menyeluruh selepas merdeka. Melalui dasar yang telah diperkenalkan, adalah diharap taraf ekonomi bagi semua kaum dan pembangunan infrstruktur bagi seluruh kawasan dapat dipertingkatkan. Kesannya penjanaan dan sebaran zon ekonomi dapat diperluaskan. Ini mampu

mempertingkatkan sosioekonomi rakyat.

Dasar Ekonomi Baru (1970 1990)

Setelah berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kerajaan telah memperkenalkan


suatu dasar baru yang dikenali dengan Nama Dasar Ekonomi Baru. Ia juga dikenali sebagai Rangaka Rancangan Jangka Panjang 1. Hasil daripada postmortem yang telah dilakukan, pihak kerajaan mendapati bahawa perkara ini berlaku kerana wujudnya jurang antara kaum di bidang ekonomi. Kaum Cina sebagai contohnya menguasai bidang ekonomi sebanyakoleh kaum India dan Melayu. Dasar ekonomi ini merupakan strategi serampang dua mata oleh pihak kerajaan dengan tujuan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengirakaum dan penyusunan semula masyarakat tanpa mengekalkan identiti masyarakat melalui penguasaan ekonomi. 7

Sebelum dasar ini diperkenalkan, kedudukan pegangan ekonomi mengikut kaum memperlihatkan perbezaan yang ketara mengikut kaum. Berdasarkan makluumat daripada Jabatan Perangkaan 1970, pembahagian pekerjaan mengikut kaum-kaum di Malaysia pada tahun tersebut mendapati 67.6 % orang Melayu terlibat dengan aktiviti pertanian, 19.9 % orang dan 11.5% orang India terlibat dengan aktiviti pertanian manakala bakinya pula oleh kaum-kaum yang lain. Ini memperlihatkan ketidakseimbangan kaum dalam bidang ekonomi yang diceburi. Melalui dasar baru yang telah diperkenalkan, pengenalan kaum mengikut aktiviti ekonomi hendak dihapuskan. Ini akan meningkatkan hubungan yang baik di antara semua penduduk Malaysia yang berbilang kaum.

DASAR PEMBANGUNAN NEGARA (1991 2000)

Untuk memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin, pihak kerajaan seterusnya telah memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional setelah tamatnya DEB mulai tahun 1991 hingga 2000. Dasar ini telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Matlamat utama dasar ini dilaksanakan bagi meneruskan kesinambungan DEB serta objektif utamanya untuk mengekalkan perpaduan antara kaum. Selain daripada itu, dasar ini juga dilancarkan dengan strategi Pembangunan sumber manusia bagi menghasilkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta mahir
8

untuk menghadapi cabaran pembangunan dalam masyarakat perindustrian tanpa jejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat Keadaan penduduk yang bersatu padu akan mewujudkan suatu faktor pemangkin kepada Negara luar untuk melabur di Malaysia. Kesan baiknya ekonomi akan berkembang dan ini akan memberikan manfaat kepada rakyat.

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA

Malaysia

dikenali

sebagai

sebuah

Negara

pertanian

pada

awal

kemerdekaannya. Aktiviti Negara yang bersumberkan kegiatan pertanian ketika Era


Pra- & Kemerdekaan 1950-an and 1960-an) ekonomi telah menyumbangkan hasil

kepada Negara. Namun demikian, hasrat kerajaan untuk menjadikan Negara ini sebagai Negara yang mempunyai pelbagai sumber kepada Negara telah memberikan ilham kepada pentadbir ketika itu melaksanakan Program Perindustrian Negara. Sekitar tahun 1970 Industri eksport telah berjaya menyediakan peluang kerja yang besar Negara. Ini memberi suatu gambaran yang baik kepada kerajaan mengenai kebaikan system ekonomi tersebut. Bergerak daripada apa yang dapat dilihat, pelbagai strategi telah dilaksanakan untuk mempertingkatkan kekuatan ekonomi Negara dalam pelbagai perindustrian.

Peralihan daripada sebuah Negara yang bergantung kepada sumber pertanian kepada Negara pelbagai sector terutama yang berkaitan dengan
9

bidang perindustrian. Melalui pelaksanaan dasar ini kerajaan telah menumpukan kepada 12 industri khusus untuk diperluaskan bagi industri Negara melalui eksport ke luar Negara (perkilangan) dan berasaskan sumber tempatan iaitu : Tumpu kepada 12 industri khusus untuk perluas industri negara; eksport ke luar (perkilangan)- berasaskan sumber tempatan: Getah, Sawit, Kayu-kayan, Makanan, Logam Bukan Ferus, Kimia, Galian Bukan Logam 5 sektor lain = elektrik/elektronik, alatan pengangkutan, mesin/kejuruteraan, tekstil & Pakaian

Majukan secara intensif industri-industri berasaskan sumber utk. eksport + pelbagai & meningkatkan industri bukan berasaskan sumber untuk eksport Majukan industri berat terpilih utk. sokong industri eksport e.g. kereta nasional Membangunkan teknologi dan sumber manusia (tenaga

rakyat)penyelidikan serta pemindahan teknologi dari Negaranegara yang telah maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Jerman, England dan lain-lain lagi. Semua ini dirangka dengan hasrat untuk mempertingkatkan pendapatan Negara dan memastikan kesejahteraan rakyat adalah terjamin.

10

Model Baru Ekonomi Selepas tamatnya era DEB dan DPN kerajaaan telah memperkenalkan satu lagi dasar Negara yang lebih komprehensif untuk menangani ketidak seimbangan pegangan ekonomi serta pasaran ekonomi secara global. Dasar tersebut ialah Model Baru Ekonomi yang mana ianya terkandung di dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Ianya telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri di Parlimen pada hari Khamis, 10 Jun 2010 pada jam 11.30 pagi. Berikut adalah antara pertikan ucapan beliau:

"Rancangan Malaysia Kesepuluh mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan pendapatan tinggi,

keterangkuman dan kemampanan. Rancangan ini merencanakan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang dengan matlamat untuk menyampaikan hasil yang dihasratkan untuk semua rakyat. Rancangan ini menyediakan pentas bagi transformasi struktur utama yang diperlukan oleh ekonomi berpendapatan tinggi serta hala tuju dasar, strategi dan program baharu yang membolehkan negara tampil sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi..."

- Perdana Menteri, Malaysia

11

Model Baru Ekonnomi (MBE) ini telah dirancang pelaksanaanya dengan tujuan dan strategi untuk meningkatkan Kualiti Taraf hidup Rakyat melalui sasaran; a) Peningkatkan pendapatan sasaran perkapita untuk setiap rakyat adalah sebanyak US15,000 -20000 menjelang tahun 2020 b) Pembangunan Sosoiekonomi Secara Inklusif memastikan semua kaum mendapat faedah daripada hasil pembangunan Negara c) Membangun berasakan kekuatan Negara Memenuhi keperluan semasa tanpa mengorban masa depan generasi akan datang d) e) f) Mewujudkan persekitaran untuk menjayakan persekitaran ekonomi. Membangun dan mengekalkan modal insane bertaraf dunia Mentrasformasikan kerajaaan kearah mentransformasikan Malaysia

Kesemua ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memenuhi keperluan rakyat dan menjadikan kesejahteraan rakyat adalah keutamaan dalam sesebuah Negara.

12

6.0

KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI KEPADA NEGARA DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

Melalui pelbagai dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak dari zaman selepas merdeka sehingga kini, peningkatan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat dapat dipertingkatkan. Sebagai contohnya, kesan daripada pelaksanaan dasar-dasar tersebut pengenalan identiti sesuatu kaum mengikut aktiviti ekonomi dapat dikurangkan. Kini kita akan dapat bahawa hamper semua kaum utam di Malaysia terlibat dalam semua sector ekonomi untuk membangunkan Negara. Ini akan menguragkan rasa praksangka rakyat antara satu kaum dengan satu kaum yang lain. Perpaduan dapat dipupuk dan keharnonian dapat diwujudkan. Selain daripada itu, pembangunan sosioekonomi dalam Negara telah memberikan kesan yang positif dalam mempertingkatkan peluang pekerjaan dikalangan msyarakat. Keadaan ini mampu memberi impak yang baik terhadap suasana kehidupan yang lebih baik berbanding dengan kesuraman ekonomi yang pernah dialami oleh Negara pada suatu ketika dahulu. Ini juga turut

menyumbangkan kejatuhan dalam indeks jenayah, maka kesan daripada itu keselamatan dan kesejahteraan rakyat akan lebit terjamin. Peningkatan sosioekobomi Negara dalam dan luar Negara telah memberikan lebih banyak pembukaan kawasan baru yang menjadi pemangkin kepada sumber ekonomi kepada kesejahteraan rakyat. Kawasan yang telah dimajukan ini mampu menyediakan prasrana yang lebih baik kepada penduduk setempat. Sebagai contohnya pembukaan Bandar Proton di Tanjung Malim, Perak telah mengakibatkan peluang ekonomi yang lebih luas kepada penduduk sekitar. Ini seterusnya membuka peluang kepada wujudnya pelbagai Institusi Pengajian Tinggi dan ini member ruang

13

kepada pertumbuhan ekonomi bagi kawasan tersebut dan kawasan berhampiran. Kesan baiknya kesejahteraan dan taraf hidup rakyat dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa. Selain daripada itu, melalui kekuatan ekonomi yang ada pihak kerajaan melalui Kementerian Pertahanan telah mampu membelin Kapal selam yang pertama di Malaysia pada tahun 2009 dengan kos yang begitu tinggi. Ini tidak mungkin akan dapat dilaksanakan oleh Negara seandainya sumber kekuatan ekonomi yang tidak baik. Hasil daripada ini imej Negara di mata dunia semakin kukuh, keselamatan Negara semakin terjamin. Maka ini sudah tentu, dapat menjadikan rakyat yang tinggal di Negara ini merasa terjamin keselamatan mereka. Akhirnya penumpuan masyarakat kepada peningkatan taraf hidup dapat dilaksanakan. Maka suda tentu kesejahteraan dan keselesaan rakyat akan lebih terjamin. Melalui penguasaan ekonomi yang baik, Negara kita telah juga diberi pelabagai gelaran dan jolokan yang menunjukkan peningkatan dan penguasaan ekonomi Negara di rantau ini. Kekuatan ekonomi yang ada telah membolehkan pihak kerajaan membina pelbagai kemudahan asas yang moden seperti monorel, LRT dan jaringan jalan raya yang baik antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Pembinaan bangunan yang menjadi mercu tanda bagi Malaysia seperti Menara Berkembar Petronas, KLCC dan KLIA menjadi bukti kekukuhan sector ekonomi di Malaysia. Bila mana perkara-perkara ini tersebar luas sentaro dunia, ianya menjadi satu tarikan kepada para pelancong. Hasil daripada itu, lonjakan ekonomi kesan daripada kedatangan pelancongan ke Negara ini dapat dirasai oleh pelbagai sector ekonomi di Malaysia. Maka sudah tentu kesejahteraan rakyat dapat di penuhi .

14

7.0

Kesimpulan

Maka jelaslah kepada kita melalui domaian sosioekonomi yang terdapat didalam Pendidikan Sivik dan Kenegaraan, seandainya ia dilaksanakan secara bijaksana, tidak dinafikan bahawa kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat mampu dicapai. Ini sudah tentu mampu untuk menjadi pemangkin kepada hasrat kerajaan untuk menjadi Negara maju menjelang 2020.

15

BIBLIOGRAFI

1.

Chamhuri Siwar & Mohd Haflah Piei, 1988. Isu, Konsep dan Dimensi Kemiskinan. Penerbitan Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

2.

Mohd Rosli Mohammad & Mohammed Aslam Gulam Hassan, 2003. Pembangunan Ekonomi Malaysia Era Globalisasi. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

3.

Sulong Mohammad (Penterjemah),Pembangunan dan Persekitaran Di Semenanjung Malaysia.,1994. Dewan Bahasa& Pustaka .Kuala Lumpur.

4.

Victor T.King & Nazaruddin Mohd Jali, 1992. Dewan Bahasa& Pustaka .Kuala Lumpur .

5. 6. 7. 8.

http://.scribd.com/doc/30315540/2-1-Ekonomi Malaysia http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view. http://www3.pmo.gov.my/ Rancangan Web /Rancangan 1.nsf http://www.epu.gov.my/ homef

16

Anda mungkin juga menyukai