Anda di halaman 1dari 4

PEMBENTUKAN KERAJAAN

KELANTAN
Kerajaan Kelantan merupakan salah satu
daripada kerajaan-kerajaan Melayu yang baru.
Pada asalnya, Kelantan diperintah oleh
beberapa orang raja di daerah yang berasingan.
Namun demikian, rakyat Kelantan telah bersatu
semasa Long Yunus menjadi Raja Kelantan.
Tahun 1777: Raja Long Yunus memindahkan ibu
kota kerajaan Kelantan dari Kota Kubang Labu
ke Kota Bharu.
Tahun 1794: Angkatan perang Terengganu cuba
untuk menyerang Kelantan kerana Sultan
Terengganu memberi tentangan kepada Raja
Long Yunus, pemerintah Kelantan.
Tahun 1795 dan 1800: Terengganu menyerang
Kelantan dengan bantuan Patani dan berjaya
menawan Kelantan.
Tahun 1801: Putera kepada Raja Long Yunus,
Long Muhammad melancarkan serangan balas
terhadap Terengganu dari Ulu Kelantan.
Serangan tersebut telah berjaya
membebaskan negeri Kelantan daripada
kekuasaan Terengganu.
Long Muhammad kemudiannya mengisytiharkan
dirinya sebagai sultan Kelantan dengan gelaran
Sultan Muhammad I.
Sultan Muhammad I menjalinkan hubungan
diplomatik dengan kerajaan Siam.
Tujuannya adalah untuk:-
Mengelakkan serangan luar
Menjaga kemerdekaan Kelantan
Tahun 1818: Kelantan menghantar bunga emas
kepada Siam 3 tahun sekali.
Siam pula akan membalas dengan hadiah-hadiah
yang berharga.
Hubungan diplomatik ini menyebabkan
Terengganu tidak lagi mengancam Kelantan.
Catatan Rentse: Kelantan terletak di laluan
perdagangan antara Timur dan Barat.
Kuala Sungai Kelantan telah menjadi tempat
persinggahan para pedagang dan peniaga
sebelum ke Teluk Siam, Kemboja dan China.
Negeri Kelantan mengeluarkan wang emas yang
dinamakan dinar dan wang pitis.

Gambar di atas merupakan contoh wang emas dinar


yang dikeluarkan oleh Kelantan

Anda mungkin juga menyukai