Anda di halaman 1dari 25

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I

TAJUK 1 CIPTAAN MELODI SESUARA


SINOPSIS Ciptaan melodi sesuara adalah satu tajuk pembelajaran yang menumpukan kepada teknik teknik ciptaan lagu yang mudah dan berpandu dengan latihan. Ia bermula dengan mencipta melodi sesuara dari lapan sehingga enam belas bar.ianya bermula dengan motif dan seterusnya imitasi dan juga sekuen. Penciptaan dengan menggunakan anacrusis dan juga berasakan kord. HASIL PEMBELAJARAN (UNTUK TAJUK INI) Dapat mencipta irama dan meldi mudah sesuara Menghasilkan melodi sepanjang 4, 8, 12 dan 16 bar Mencipta melodi secara mudah dengan anacrusis Mencipta melodi berasaskan motif Mencipta melodi berasaskan kord KERANGKA TAJUK-TAJUK (dengan peta minda yang sesuai seperti contoh di bawah)
Ciptaan melodi sesuara

motif

sekuen

imitasi

Ciptaan irama Melengkapkan irama mudah sepanjang 4 bar dan irama yang mempunyai anakrusis Ciptaan irama sepanjang 8,12 dan 16 bar berasaskan ciri-ciri ciptaan

Ciptaan melodi sesuara Prinsip asas melodi sesuara

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I Apabila menghasilkan melodi anda boleh bermula dengan satu baris melodi yang berirama mudah dengan beberapa garis panduan. Pengetahuan yang menyeluruh tentang tatacara penulisan melodi adalah asas utama dalam penciptaan. 1.1 Irama yang mudah, sebagai contoh satu not satu detik 1.2 Kontur- ini adalah satu baris melodi. Pada kebiasaanya terdapat satu not paling tinggi dan satu not paling rendah yang di panggil Peak. Sekiranya not Peak berturutan ia akan kehilangan kesannya. Oleh yang demikian penting untuk mengekalkan hanya satu peak dalam satu kontur. Terdapat berberapa kontur asas yang biasa digunakan pada baris melodi. a. Arch kontur yang paling popular. Bermula dengan rendah, seterusnya menaik hingga ke titik tinggi di sekitar pertengahan melodi sebelum menurun semula ke not akhir yang lebih rendah.

Berikut adalah contoh kontur arch:

Pembalikan kontur di atas pula menterbalikkan bentuk ini ke bawah dengan peak terendah muncul hanya sekali.

b. Ramp Kontur ini terhasil bila peak rendah atau peak tinggi muncul pada not terakhir. Kontur ramp menaik bermula sekitar not terendah dan secara gradual dan berterusan menaik ke peak tertinggi. Kontur ramp menurun pula adalah keterbalikan dari proses

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I ini, yang bermula dengan titik yang tertinggi dan berakhir dengan yang terendah. Kontur Ramp Menaik

Kontur Ramp Menurun

Walaubagaimanapun, melodi di atas adalah contoh yang dipermudahkan. Baris melodi yang sebenar boleh jadi berlegar di antara kontur-kontur ini atau pun gabungan kedua-duanya. Melodi yang popular di bawah ini mengandungi kedua-dua kontur arch dan kontur ramp menurun.

Baris melodi yang tidak mempunyai kontur akan berbunyi hambar dan berlegar-legar pada beberapa not-not tertentu sahaja. Cuba anda bandingkan melodi di atas dengan baris melodi yang di bawah ini, yang manakah lebih menarik?

1.3 Penulisan melodi asas Ramai orang dapat menyanyi, hum dan siul dengan ciptaan sendiri dengan mudah jika tiada orang mendengarnya. Hanya segelintir sahaja dapat mengingati apa yang diciptakan oleh mereka

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I secara spontan dan juga terdapat dua jenis ciptaan yang dicipta iaitu musical sense dan musical nonsense Disini ditunjukkan satu contoh lagu yang dibuat mengikut frasa yang mempunyai elemen musical sense dalam figure 1 dan musical nonsense dalam figure 2.

Bagi membantu untuk menulis musical sense bagi frasa melodi pertama anda, frasa anda perlulah pendek dan mudah untuk anda dengar dan ingat dan berikut adalah antara latihan. 2 a) Latihan yang di buat dalam tandamasa dan 3 dalam 4 4 major sahaja b) Setiap frasa mestilah panjangnya 2 bar sahaja c) Not terakhir mesti berakhir dengan not tekanan yang kuat d) Irama melodi mestilah di buat dalam dua frasa, frasa yang pertama hanya boleh di habiskan dengan apa saja not kecuali do (so, ti, re dan mi adalah pilihan terbaik) dan frasa terakhir disudahi dengan do. e) Cuba susunkan mengikut pergerakan berturutan bertangga (stepwise) elakkan jeda ke 3 kecuali chord yang menggunakn so dan do.

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I

Penulisan melodi dengan limitasi ini akan di besarkan sedikit demi sedikit berdasarkan kebolehan dan perolehan ilmu. 1.4 Frasa dua bar - Soal dan jawab Frasa pendek yang mengandungi dua bar selalunya diimbangi oleh frasa yang lain, dipanggil Soal dan Jawab. Di sini di beri satu motif untuk di jawab contoh dalam Figure 3 (a) dan (b)

Latihan. Jawab kepada Soalan Berikut yang di beri dibawah, dengan menggunakan ritma dan juga motif yang diberi. Penghujung frasa Jawab perlu di habiskan dengan Do. Pastikan anda dapat menyanyikan Soalan (frasa lagu pertama) dengan baik sebelum anda menjawab.

Latihan 1.

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I Latihan 2 dan 3 (menulis melodi mudah) Menjawab soalan frasa dengan menggunakan aturan yang diberikan sebelum ini .

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I

TAJUK 2 CIPTAAN SENIKATA KEPADA MELODI SESUARA


SINOPSIS Pelajaran di dalam tajuk ini akan membantu pelajar menulis senikata lagu berpandukan melodi yang telah disediakan HASIL PEMBELAJARAN Mencipta senikata kepada melodi yang disediakan KERANGKA TAJUK-TAJUK

Peraturan dalam penulisan senikata mengikut bahasa

Perkataan satu sukukata

Perkataan melebihi satu sukukata

Tekanan dalam pertuturan

Tekanan metrikal

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I 1. Perkataan satu sukukata Sebelum kita menulis stanza muzik yang lengkap, kita perlu juga memikirkan tentang senikata yang bakal ditulis. Berbanding bahasa Melayu, bahasa Inggeris mempunyai lebih banyak perkataan-perkataan yang terdiri daripada satu sukukata sahaja.Terdapat beberapa peraturan berkaitan penulisan muzik dan senikata yang perlu dipelajari. 1.1 setiap sukukata mesti ditulis dengan tepat dibawah not yang berkaian dengannya. Untuk tujuan ini, not-not perlulah ditulis berjarak lebih jauh daripada biasa untuk memberi ruang kepada suku kata yang panjang seperti yang dan through. Oleh yang demikian perlulah menjadikan kebiasaan menulis notasi dengan kadar jarak yang sewajarnya bagi muzik yang mempunyai senikata. menulis suku kata dalam jarak yang sesuai dari baluk di atasnya supaya tidak bertembung dengan not-not yang ditulis di luar garis baluk dan menyukarkan untuk menulis sukukata dalam garis yang lurus. Dalam muzik instrumental, not-not dihubungkan kerana berada dalam detik yang sama. Dalam muzik vokal, not-not ini perlu di asingkan untuk sukukata atau perkataan yang berlainan.

1.2

1.3

1.4

Adalah payah untuk menyanyikan not-not tinggi pada setiap masa berbanding menyanyikan not-not yang lebih rendah dengan sedikit not-not yang agak tinggi. Oleh yang demikian elakkan lompatan ke not tinggi dengan suku kata yang tidak penting. Juga elakkan not-not tinggi terhadap bunyi vokal yang tidak sesuai.

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I Latihan 1. Tuliskan melodi untuk perkataan-perkataan di bawah dengan menggunakan irama yang diberikan. Letakkan setiap perkataan dibawah not-notnya dan pisahkan stemnya di mana perlu. a. Crack goes the whip, and through the strees we go.

b. Ther birds do call and sing ; how gay is the spring.

c. Down by the brook lived a small wee elf.

2. Perkataan melebihi satu sukukata 2.1 Perkataan yang mempunyai dua atau lebih suku kata lazimnya memerlukan satu not untuk setiap suku kata. Setiap suku kata ditulis dibawah setiap notnya dan dipisahkan daripada suku kata yang lain dengan sempang. Not-not yang mewakili perkataan yang mempunyai lebih daripada satu suku kata lazimnya tidak disambung dengan notnot lain walaupun daripada perkataan ataupun bit yang sama. Contoh: 2.3 Cara pengasingan yang betul untuk perkataan menjadi suku kata kadangkala menimbulkan kesulitan, khasnya dalam bahasa Inggeris. Oleh yang demikian pengetahuan tentang nahu sesuatu bahasa dapat membantu seseorang penyanyi menganalisa sesuatu perkataan. Huruf konsonan selepas satu sebutan vokal yang panjang mesti diletakkan pada permulaan sukukata yang berikutnya, manakala

2.2

2.4

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I satu sebutan vokal yang pendek memerlukan huruf konsonan yang berikutnya di dalam suku kata yang sama. Contoh: di-late, dis-tance; ba-by, bab-oon. 2.5 Diftong tidak perlu dipisahkan tetapi dua sebutan vokal yang berturutan memerlukan dua not yang berasingan. Kebanyakan bunyi sebutan dalam Bahasa Inggeris disenyapkan dalam pertuturan atau disebutkan dengan sangat ringan dan tidak memerlukan satu not lain untuk menyanyikannya. Contohnya perkataan flower lebih elok dinyanyikan dalam satu suku kata. Pisahkan perkataan-perkataan di bawah ini kepada sukukata. Summer, every, hillocks, hollow, labour, spangle, tender, hawthorn, nibbling, enthroned, neighbour, untwisted, thoroughly, violet, procastination, absurdity, shadowy, wonderful, consolation, solitude, adversity, generous, migration, dominion, pioneer, heavenly, encasement.

2.6

Latihan 2:

3. Tekanan Dalam Pertuturan 3.1 Setiap perkataan mempunyai penekanan tertentu pada sukukatanya yang dapat mempengaruhi rentak dan corak pemasaan sesebuah lagu. Contoh: be-cause. Tekanan adalah pada sukukata kedua. Oleh yang demikian cause perlu dinyanyikan pada bit yang lebih bertekanan daripada be da berkemungkinan terdapat satu garis bar di antara dua sukukata ini. Dalam bahasa Inggeris, perkataan-perkataan seperti an, to, of dan by adalah sukukata yang lemah dan tidak diletakkan pada bit yang bertekanan dalam muzik. Perkataan-perkataan yang mempunyai dua suku kata atau lebih akan mempunyai satu sukukata yang lebih bertekanan daripada yang lain.

3.2

3.3

Latihan 3:

Pisahkan perkataan-perkataan di bawah menjadi sukukata dan letakkan tanda tekanan pada sukukata yang lebih kuat. Between, morning, intensely, disappoint, beauiful, indescribable, Immemorial, myriad, murmuring, obscurest, melacholy, gardener, consent, enchantment.

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I

4. Tekanan Metrikal 4.1 Dalam senikata lagu, tekanan akan berulang selepas dua atau tiga sukukata. Perkataan dengan empat sukukata atau lebih, selalunya akan ada dua atau lebih tekanan yang tidak sama kuatnya. Jika tekanan ini berulang secara tetap seperti dalam rangkap, polanya dapat ditulis seperti berikut: / v; v /; / v v; v / v; v v / Lima jenis kaki metrikal ini dapat ditunjukkan seperti berikut: (a) Trochaic. (v) (v) (Blake)

4.2

4.3

/ v / v / v / Piping down the valleys wild / v / v / v / Piping songs of pleasant glee. (b) Iambic.

v / v / v / v / I wandered lonely as a cloud v / v / v / v / That floats on high oer vales and hills. (c) Dactylic. / v v / v v / v v / (v v) How do you like to go up in a swing.

(Wordsworth)

(Stevenson)

(d) Amphibrachic. v / v v / v v / v v / The lights from the parlour and kitchen shone out v v / v v / v v / Through the blinds and the windows and bars. (Stevenson) (e) Anapaestic. v v / v v / vv / I am out of humanitys reach v v / v v / v v / I must finish my journey alone.

(Cowper)

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I

Latihan 4:

Masukkan tanda tekanan ke atas frasa-frasa berikut di bawah sebagai membuktikan anda dapat mengenal pasti meter.

(a)

There lived a sage in days of yore And he a handsome pigtail wore. (Thackeray)

(b)

Where the pools are bright and deep, Where the grey trouts lies asleep. (Hogg)

(c)

Home from the Indies and home from the ocean ; Heroes and soldiers, we shall come home. (Stevenson)

(d)

Jenny kissed me when we met, Jumping from the chair she sat in. (Leigh Hunt)

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I

TAJUK 3 CIPTAAN SUARA KEDUA KEPADA MELODI SESUARA


Sinopsis Dalam bidang ini, pelajar akan didedahkan kepada topik menentukan kordkord yang sesuai digunakan pada melodi sesuara. Pengetahuan ini akan diaplikasikan dalam penciptaan suara kedua alto atau deskan. Selain daripada itu, pelajar juga akan didedahkan dengan

Hasil Pembelajaran 1. Mencipta suara alto dan deskan kepada melodi yang disediakan.

Kerangka Tajuk

Apakah

kord?

Kord adalah kumpulan tiga not atau lebih yang dibunyikan pada masa yang sama. Hampir setiap kord tercipta di atas asas triad. Kord C major adalah sama sebagai triad C major kerana kedua-duanya terdiri daripada tiga not yang sama: C-E-G. Kebanyakan kord terdiri lebih daripada tiga not, bermula dengan triad major atau minor dan ditambah lagi not kepadanya. Triad C major ditambah not keenam dinamakan kord C6. Triad C major ditambah not ketujuh dinamakan kord C Major 7, dan sebagainya. Jadi, apabila triad boleh dianggap kord, tetapi kord tidak boleh dianggap sebagai triad.

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I Apakah perbezaan antara kord major dan kord minor? Perbezaannya ialah kord major berdasarkan triad yang mengandungi jeda major ketiga dan minor ketiga. Kord C major adalah C-E-G manakala kord C minor adalah C-E flet-G. Kedua-duanya masih triad yang mengandungi not perdu, ketiga dan kelima. Satu-satunya perbezaan adalah kord minor mempunyai jeda minor ketiga di dalamnya dan kord major mempunyai jeda major ketiga.

Apa yang anda dapat jika not ketiga tidak dimainkan sama sekali dan menggunakan hanya perdu dan kelima? Anda akan dapati jeda perfek kelima dimainkan. Contohnya, jika anda memainkan kord C major tanpa not ketiga, anda memainkan not C dan G sahaja. Ini sebenarnya tidak benar-benar kord dan sudah tentu ia bukan major atau minor.

Kord-kord yang terbentuk daripada skel C major.

C:

ii

iii

IV

vi

vii

I = C major (C-E-G) : C ii = D minor (D-F-A) : Dm iii = E minor (E-G-B) : Em IV = F major (F-A-C) : F V = G major (G-B-D) : G vi = A minor (A-C-E) : Am vii = B diminished (B-D-F) : B dim. atau B Kord-kord yang terbentuk daripada skel A minor.

a:

ii

III

iv

VI

vii i

i = A minor (A-C-E) : Am ii = B diminished (B-D-F) : B dim. atau B

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I III = C major (C-E-G) : C iv = D minor (D-F-A) : Dm V = E major (E-G-B) : E vi = F minor (F-A-C) : Fm vii = G# diminished (G#-B-D) : G# dim. atau G#

Langkah-Langkah Mengharmonikan Melodi

Dalam bahagian ini, anda akan mempelajari langkah-langkah penting yang harus diambil kira sebelum mengharmonikan sebuah melodi sepanjang 4 bar. Antara langkah-langkah tersebut adalah :i. ii. Kenal pasti nada lagu tersebut Pastikan anda mengetahui kord-kord yang boleh digunakan dan tidak boleh digunakan dalam nada tersebut. iii. Sebelum mengharmonikan sesebuah melodi tentukan kord dalam bar tersebut. Ini akan membantu anda untuk mengenal pasti jenis harmoni yang sesuai. iv. Pada amnya, dalam satu melodi yang mudah, satu bar akan mempunyai satu kord. v. vi. Jenis harmoni yang paling mudah adalah harmoni major ke-3 Dalam harmoni ini, jeda di antara baris melodi dan harmoni berada pada jarak jeda ke-3 vii. Jeda lain yang boleh digunakan ialah jeda ke-5, tetapi pastikan anda tidak menggunakan jeda ini secara berterusan kerana ia akan menghasilkan parallel 5th yang merupakan pergerkan harmoni yang kurang sesuai. viii. Barisan suara harmoni yang baik selalunya akan berada di bawah suara melodi. ix. Barisan suara melodi harus sentiasa berada di atas. Ini adalah untuk memastikan bahawa suara melodi sentiasa boleh didengar dengan jelas dan tidak akan ditindih oleh suara harmoni.

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I x. Akhir sekali, pastikan harmoni yang anda tulis adalah sedap untuk didengar dan mempunyai pergerakan yang licin.

Mengharmonikan Melodi 4 bar Mengikut Peraturan Harmoni

Sebelum anda mula mengharmonikan sesebuah melodi, anda perlu faham peraturan harmoni terlebih dahulu. Antara peraturan harmoni yang penting adalah pergerakan selari ke-5 (parallel 5th) ke-6 dan ke-8. Dua not bersebelahan yang mempunyai parallel ke-5, ke-6 dan ke-8 adalah teknik harmonisasi yang kurang baik dan ia adalah tidak digalakkan. Dalam penulisan harmoni pergerakan selari ke-5 (parallel 5th) ke-6 dan ke-8 harus dielakkan kerana ia menghasilkan bunyi harmoni yang kurang sedap didengar. Jika anda telah menggunakan jeda ke-5, ke-6 dan ke-8 untuk bahagian harmoni yang pertama, pastikan bahawa anda tidak mengulangi pergerakan harmoni tersebut untuk not melodi yang seterusnya. Ini akan menghasilkan jeda selari yang bertentangan dengan peraturan harmoni.

Contoh pergerakan harmoni parallel ke-5, ke-6 dan ke-8 yang bertentangan dengan peraturan harmoni adalah :

Gunakan petanda parallel ke-5, ke-6 dan ke-8 yang ditunjukkan di atas sebagai panduan untuk menyemak penulisan harmoni anda. Jika harmoni anda mempunyai mana-mana parallel ini, anda harus menukar not harmoni kepada not yang lain daripada kord tersebut.

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I

TAJUK 4 CIPTAAN ENSEMBEL REKODER

SINOPSIS Pelajaran di dalam tajuk ini akan membantu pelajar menulis suara kedua untuk permainan rekoder soprano, alto, tenor dan bass untuk menghasilkan ciptaan ensembel. Seterusnya pelajar akan dapat mempersembahkan hasil gubahan ini secara berpasukan. HASIL PEMBELAJARAN menghasil dan mempersembahkan gubahan suara deskan, alto, tenor dan bass bagi melodi yang diberi KERANGKA TAJUK-TAJUK

Ciptaan ensembel rekoder

Ciri-ciri gabungan warna ton keluarga rekoder

Ciptaan melodi mudah dua suara rekoder

soprano alto tenor bass

Nada C Nada F Julat

Soprano dan alto

Soprano dan tenor

Soprano dan bass

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I 1. Ciri-ciri gabungan warn ton keluarga rekoder 1.1 Rekoder adalah alat muzik tiupan yang berasal dari Eropah. Alat ini dibuat dalam berbagai saiz dan lazimnya dalam nada C atau F. Terdapat juga rekoder dalam nada D, Bb, G dan Eb yang masih digunakan di beberapa negara lain. Dalam jadual di bawah, kita dapat melihat ciri-ciri rekoder yang lazim digunakan di sekolah-sekolah di Malaysia berada di kalangan keluarga rekoder ini.
KELUARGA REKODER Nada C Julat Nada F Julat

garklein

sopranino

deskan (soprano)

treble (alto)

tenor

bass (bass dalam F)

great bass (bass dalam C)

contra bass

subcontra bass/ contra great bass

subsubcontrabass/double contra bass (octocontrabass)

1.2 Rekoder soprano, alto, tenor dan bass adalah yang lazim digunakan dalam pemainan ensembel kerana saiz mereka yang dapat disesuaikan oleh kebanyakan orang. Great basses dan contrabasses juga digunakan tetapi harga mereka lebih mahal.

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I 1.3 Rekoder sopranino tidak begitu cocok bila digabungkan dengan ensembel tetapi lebih menyerlah di dalam orkestra rekoder dan permainan concerto.

2. Ciptaan Melodi Mudah Dua Suara Rekoder 2.1 Soprano dan Alto

2.2 Soprano dan Tenor

Dalam gubahan 2.1 dan 2.2 di atas, kedudukan not-not alto dan tenor ditulis lebih tinggi daripada not-not soprano kerana dalam keadaan sebenar bunyi not-not soprano adalah satu oktaf lebih tinggi daripada yang tertulis.

2.3 Soprano dan Bass

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I Latihan Tuliskan not-not suara kedua untuk keratan-keratan melodi di bawah. Pastikan anda menentukan kod-kod terlebih dahulu pada setiap bar. Latihan 1

Latihan 2

Latihan 3

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I

TAJUK 5 SINOPSIS Koir

GUBAHAN KEPADA SKOR KOIR

adalah

sebuah

ensembel

muzik

yang

dinyanyikan

secara

berkumpulan. Para penyanyi akan menyanyi secara beramai-ramai untuk menghasilkan nyanyian berharmoni. Koir juga dikenali sebagai nyanyian padu suara yang biasanya mempunyai lebih daripada satu suara. Dalam nyanyian koir semua penyanyi haruslah menyanyi dalam pic, irama dan rentak yang sama. oleh yang demikian, nyanyian koir memerlukan latihan yang banyak dan setiap penyanyi perlu menguasai melodi, irama dan lirik lagu dengan baik.

Untuk menjadikan sesebuah kumpulan koir yang berkualiti dari segi mutu nyanyian, ciri-ciri berikut perlu diambil kira dan diamalkan.

pitching yang baik - menyanyi dalam pic tengah mempunyai suara bebas daripada tekanan Bunyi yang natural, sedap didengar tanpa sebarang jeritan teknik vibrato yang baik-suara yang sihat, suara yang dikeluarkan adalah bebas. pernafasan adalah betul dan pitching yang betul dan bergema

mempunyai persefahaman yang baik antara penyanyi Mempunyai pitching sebutan lirik, irama dinamik suara dan overal balance of tune dalam koir

HASIL PEMBELAJARAN

1. Mengenalpasti lagu-lagu yang sesuai untuk koir 2. Mengenalpasti kord-kord lagu dalam skor

KERANGKA TAJUK-TAJUK

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I

Gubahan Pada Skor Koir

Lagu-lagu yang sesuai untuk koir


Julat suara yang sesuai Lirik dan mesej lagu mudah difaham Gubahan lapisan suara yang harmoni Sistem frasa dan ekspresi yang menarik

Kenalpasti kordkord lagu

1. Lagu-lagu yang sesuai untuk koir

Pemilihan lagu memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan persembahan sesebuah kumpulan koir. Lagu yang dipilih mestilah bersesuaian dengan konsep acara dan tema majlis yang diadakan.

Antara acara yang sering melibatkan persembahan koir adalah majlis perpisahan, pertandingan, hari kemerdekaan, konvokesyen dan

sebagainya. Oleh itu guru bertanggungjawab menetapkan pilihan repertoire lagu yang bersesuaain.

Antara kriteria yang perlu diambil kira dalam pemilihan repertoire lagu adalah: Mengenal pasti konsep persembahan yang akan diadakan. Guru

perlu berbincang dengan pihak penganjur tema majlis yang akan diadakan. Mengambil kira tahap kemampuan ahli kumpulan koir untuk

menyanyikan lagu. ini merangkumi aspek umur, jumlah ahli serta kemampuan vokal ahli kumpulan. Mematuhi syarat pertandingan sekiranya menyertai pertandingan. Mengenal pasti tetamu terutamanya tetamu kehormat yang diraikan. Guru juga perlu mendapatkan maklumat apakah genre lagu

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I kegemaran tetamu kehormat agar beliau lebih tertarik dan terhibur dengan lagu yang dipersembahkan. Mendapat pandangan dari rakan-rakan yang lebih berpengalaman untuk mendapatkan idea persembahan yang lebih mantap

menghiburkan.

Berikut adalah ciri-ciri lagu yang sesuai untuk persembahan koir adalah:-

1.1 Julat suara yang sesuai

Sebelum menetapkan lagu pilihan, terlebih dahulu guru perlu meneliti not yang paling tinggi dan rendah dalam lagu itu. Julat suara atau vocal range lagu perlu sesuai dengan umur ahli-ahli koir. Julat suara kanak berumur 7 hingga 9 tahun berbeza dengan pelajar berumur 15 hingga 17 tahun. Kanak-kanak lebih sesuai menyanyikan lagu yang mudah dan tidak mempunyai julat suara yang tinggi dan berubah-ubah.

Antara lagu yang sesuai untuk kanak-kanak ialah Burung Kakak Tua, Musim Buah-Buahan, Suriram lagu-lagu patriotik dan sebagainya. Setelah mengenal pasti pic tinggi, rendah dan melompat dalam skor lagu, guru perlu membuat latih tubi bahagian-bahagian pic tersebut sehingga ahli dapat menguasainya dengan baik dan tepat.

1.2 Lirik dan mesej lagu mudah difaham

Lirik dan mesej lagu juga penting perlu diambil kira dalam pemilihan lagu. Lirik yang mudah difahami membolehkan ahli kumpulan berupaya menyampaikan mesej dengan berkesan. Jika mereka kurang

memahami maksud lagu, mungkin juga penghayatan

akan kurang

seterusnya akan menjejaskan mutu persembahan mereka.

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I Dari segi sebutan, guru juga perlu pandai memilih lagu-lagu yang bersesuaian dengan perbezaan kaum ahli kumpulan. Kalau ahli

kumpulan terdiri daripada kaum India dan Cina, kemungkinan besar mereka menghadapai kesukaran sebutan dalam bahasa Melayu. Begitu juga dengan pelajar berbangsa Melayu yang sukar menyebut lirik dalam bahasa Tamil mahu pun Cina. Bagi lagu bahasa Inggeris pula, guru boleh meminta bantuan guru Bahasa Inggeris untuk memperbaiki sebutan lirik dengan jelas.

1.3 Gubahan Lapisan suara yang harmoni Lapisan suara atau harmoni merupakan aspek yang penting dalam persembahan koir. Lagu koir yang baik adalah lagu yang mempunyai lapisan soprano, alto, tenor dan bes (SATB). Lapisan suara ini akan menghasilkan nyanyian harmoni . Biasanya bahagian ini dianggap sukar kerana setiap kumpulan SATB perlu menyanyikan pic yang berbeza antara satu sama lain. Dalam hal ini pelajar harus membiasakan diri dalam nyanyian berharmoni agar mutu nyanyian yang dihasilkan seimbang dan menarik. Antara latihan yang guru boleh lakukan untuk memperkukuhkan nyanyian berharmoni adalah:

Memulakan nyanyian dalam suara unison atau suara yang sama, iaitu menyanyikan melodi sebenar lagu tersebut. Membuat pecahan dalam kumpulan mengikut agihan suara tanpa memperkenalkan melodi lagu sebenar. Membuat pecahan dalam kumpulan mengikut agihan suara SATB setelah mengenali melodi sebenar.

1.4 Sistem frasa dan ekspresi yang menarik

Sistem frasa berkait rapat dengan pernafasan dalam nyanyian. Dalam mengkaji lagu, guru perlu menanda tempat-tempat yang sesuai bagi penyanyi untuk menarik nafas. Menarik nafas seeloknya dilakukan secaara serentak di tempat yang sesuai dan bukannya dilakukan mengikut

MZU 3113 : CIPTAAN DAN ENSEMBEL I kehendak individu. keseragaman menarik nafas memberi kesan kepada mutu nyanyian dan pnyampaian lagu.

Ekspresi merupakan salah satu aspek yang penting dalam persembahan koir. Ia merangkumi mud, dinamik dan perubahan tempo sesebuah lagu. Ekspresi melibatkan mimik muka penyanyi semasa menyanyi manakala perasaan sedih, garang, gembira dan bersemangat dapat mewarnai mud lagu. Dinamik pula melibatkan nyanyian secara perlahan, kuat, sangat kuat dan sangat perlahan, sederhana kuat dan sederhan perlahan. Kumpulan koir yang mengaplikasikan ekspresi dalam persembahan akan lebih menonjol dan berketrampilan menarik.

Anda mungkin juga menyukai