Anda di halaman 1dari 2

Mengikut Kamus Dewan edisi keempat (DBP, 2010), refleksi bermaksud

bayangan atau gambaran. John Dewey (1933) menjelaskan refleksi sebagai cara
khas penyelesaian masalah melalui proses kognitif, secara aktif dan sedar untuk
menyelesaikan masalah praktikal pengajaran. Menurut Hanipah (1999) pula, refleksi
bermaksud proses merenung, menganalisis, mencari alasan, membuat cadangan
dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan berterusan. Dalam konteks
perguruan, refleksi pengajaran adalah inisiatif untuk melihat kembali pengajaran dan
pembelajaran yang telah berlaku, membina semula, melakon semula dan mengingat
semula peristiwa, emosi dan pencapaiannya. Kemampuan membuat refleksi akan
membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil
daripada apa yang telah dilaluinya. Refleksi membantu guru mendokumentasikan
dan menerangkan setiap tindakan mereka. Apabila proses pengajaran dan
pembelajaran selesai, refleksi perlu dilakukan untuk menilai samada murid telah
memahami atau tidak isi kandungan pelajaran yang telah disampaikan. Ia juga dapat
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan guru dan dapatan ini dapat digunakan
untuk usaha penambahbaikan atau tindakan segera yang perlu dilakukan demi
memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.
Tanpa refleksi, tahap pengajaran guru menjadi statik, tiada penambahbaikan,
stereotaip, terkongkong dan menjemukan murid. Guru hanya melaksanakan tugas
sebagai rutin yang berulang tanpa mempedulikan kesan dari segi pencapaian
objektif dan hasil pembelajaran. Fenomena ini tentunya sesuatu yang amat malang
bagi sistem pendidikan negara secara keseluruhannya. Antara peranan utama
refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan justifikasi untuk
mengubah tingkalaku atau amalannya. Calderhead (1989) merumuskan bahawa
amalan refleksi dalam pengajaran membolehkan seseorang menilai keberkesanan
dirinya sebagai guru dan menyoal tujuannya. Bagi John Dewey (1933), seseorang
yang mengamalkan pemikiran reflektif akan terhindar daripada bersifat impulsive.
Seseorang yang reflektif adalah lebih berhati-hati dan ini membolehkan guru
membuat keputusan yang lebih baik dalam proses pendidikan. Van Manen (1977)
pula berpendapat amalan reflektif adalah amalan yang membawa ke arah
pertumbuhan profesional, manakala Steffy (2000) pula menyatakan bahawa adalah
sukar untuk mencapai pertumbuhan profesional tanpa amalan reflektif dalam karier
seorang guru. Rumusannya, refleksi membolehkan seseorang guru:

1.

Membuat penilaian kendiri.

2.

Berfikir secara analitik, kritis dan kreatif.

3.

Menganalisis perkara-perkara penting tentang proses dan hasil kerja.

4.

Melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan.

5.

Mencari penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral, nilai dan estetika.

6.

Mengubah tingkahlaku.

Anda mungkin juga menyukai