Anda di halaman 1dari 4

1. Jelaskan ciri-ciri jurulatih dalam konteks sukan dan permainan.

a. Berfalsafah Kejayaan
Jurulatih perlulah berfalsafah kejayaan dengan mengetahui prinsip-prinsip kejayaan
sejagat sehingga mendapat mengatur strategi yang lebih praktikal. Contohnya,
jurulatih perlulah membina kejayaan yang seimbang dalam semua aspek aktivit
sukan dan kemahiran yang berkaitan. Selain itu, dia juga perlu mengamalkan nilai
dan harga diri dalam sesuatu kejayaan.

b. Berpengetahuan
Jurulatih perlu menguasai peraturan-peraturan dalam sesuatu permainan, mahupun
peraturan keselamatan. Selain itu, jurulatih perlu menguasai teknik dan taktik,
pengetahuan berkenaanisu sukan supaya prestasi atlet dapat meningkat.
Contohnya,

c. Beretika.
Seorang jurulatih perlulah beretika seperti mempunyai kelayakan yang telah diakui
oleh pihak tertentu sebelum menjadi seorang jurulatih, mengamalkan etika sebagai
dari aspek tingkah laku seperti pertuturan, sikap dan sebagainya. Selain itu, dia juga
perlu berdisiplin dengan menepati masa dan mematuhi segala peraturan yang
ditetapkan.

d. Komitmen Yang Tinggi


Jurulatih perlu mempunyai komitmen sosial dengan atlet agar sebarang masalah
timbul, dapatdiatasi dengan pembincangan bersama. Hal ini akan menggalakkan
respon positif daripada atlet.

e. Kualiti Seorang Jurulatih.


Seorang jurulatih perlulah mempunyai kualiti yang amat tinggi seperti berkemahiran
untuk menunjuk cara semasa latihan terutama kepada atlet-atlet baru.

f. Mewujudkan Keseronokan Dalam Latihan.


Jurulatih juga mesti mewujudkan keseronokan dalam latihan dengan
mengganggapkan para pelajar atau atlet sebagai rakan dengan memberi ruang
kepada atlet untuk meluahkan perasaan dan masalah dan masa untuk meneratkan
hubungan antara jurulatuh dan atlet.

g. Membangun Personaliti Atlet dan Jurulatih


Seseorang jurulatih juga patut membangunkan personality atlet seperti sifat suka
berjenaka, tegas, sifat penyayang, bersemangat tinggi, kerap memberi motivasi, dan
bersikap adil terhadap semua atletnya.
h. Bermotivasi
Jurulatih juga perlu mempunyai ciri sebagai seorang perangsang (motivator) dengan
menjadikan sumber semangat kepada atlet supaya mereka dapat menghasilkan
prestasi terbaik.

i. Proaktif.
Seseorang jurulatih perlu merangka dan mengawalkan tindakan yang dilakukan jauh
lebih awal daripada jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian.
2. Terangkan prinsip-prinsip latihan
a. Prinsip lebihan bebanan : Prinsip ini menjelaskan sistem latihan yang direka
bentuk haruslah mengenakan tekanan dalam jangka masa yang sesuai supaya
dapat mengadaptasi dengan beban kerja yang berlebihan. Oleh hal yang demikian,
segala latihan mestilah mengenakan beban melebihi had biasa demi meningkatkan
perstasi komponen kecergasan fizikal yang hendak ditingkatkan.

b. Prinsip Perbezaan Individu : Prinsip ini memastikan semua program latihan


perlulah bersifat individu disebabkan oleh mengandungi perbezaan antara individu
dari segi matlamat, fisiologi, motivasi, genetic dan persekitranan. Lantaran itu,
program latihan yang sama tidak akan mendatangkan kesan yang sama ke atas
semua individu.

c. Prinsip Kekhususan : Program latihan yang dirancangkan patutlah


menjurus kepada matlamat yang hendak dicapai dan melibatkan aktiviti-aktiviti yang
dapat mempertingkatkan kekuatan dan daya tahan otot, kelenturan dan lain-lain
aspek kecergasan fizikal.

d. Prinsip Kebolehbalikan : Prinsip ini menekankan latihan yang dijalankan


perlulah konsisten disebabkan oleh kesan dan hasilnya tidak kekal. Penurunan ke
atas prestasi akan berlaku jika latihan dijalankan tidak berterusan dan umumnya
penurunan berlaku dengan lebih cepat daripada masa yang diambil untuk
membinanya.

e. Prinsip Kepelbagaian Latihan : Prinsip tersebut mempelbagaikan latihan supaya


menghilangkan kebosanan dan rasa jemu atlit. Aplikasi penyilangan latihan adalah
salah satu cara dapat mengurangkan kebosanan dari mental dan fizikal.
3. Apakah perbezaan antara konsep kecergasan, senaman, kesenggangan, aktiviti
fizikal dan sukan
i. Kecergasan bermaksud berada dalam keadaan cergas dari segi fizikal dan
mental serta berkebolehan melaksanakan tugas harian dengan efisyen
tanpa merasa letih atau kelesuan dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti riadah
di samping masih memiliki tenaga bagi menghadapi saat-saat yang tidak terduga
dan kecemasan.
ii. Senaman adalah satu bentuk aktiviti fizikal atau riadah yang selalunya
dilakukan dalam jangka masa tertentu secara berulangkali dan bertujuan
meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan.
iii. Kesenggangan merupakan aktiviti yang boleh dilakukan diluar rumah dan diluar
sekolah ataupun dikatakan masa terluang yang digunakan untuk melalukan
aktiviti yang menyeronokkan dan memberikan kepuasan kepada seseorang
individu. Ia boleh menenangkan fikiran dan menyihatkan tubuh badan.
iv. Aktiviti fizikal bermakna segala pergerakan tubuh badan yang menggunakan
tenaga seperti duduk, bangun; berjalan, berlari, melompat, mendaki dan lain-
lain.
v. Sukan merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan seperti
pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran dan kecemerlangan.
Misalnya berenang secara bersaing di hadapan penonton dianggap sukan
namun berenang bersendirian di kolam dianggapkan aktiviti rekreasi
(kesenggangan)

4. Membanding bezakan komponen kecergasan yang berasaskan kesihatan dan


komponen kecergasan yang berasaskan kemahiran.
Antara komponen kecergasan yang berasaskan kesihatan adalah komposisi badan,
daya tahan kardiovaskular, kelenturan, kekuatan otot dan daya tahan otot.
Manakalan kecergasan yang berasaskan kemahiran adalah kelajuan, ketangkasan,
kuasa, imbangan, masa reaksi dan koordinasi.

Anda mungkin juga menyukai