Anda di halaman 1dari 3

2.

PRINSIP-PRINSIP LATIHAN
Dalam sains sukan prinsip-prinsip latihan terbahagi kepada dua iaitu prinsip
latihan berdasarkan fizikal dan kecergasan:
2.1

Prinsip latihan berdasarkan fizikal


a.

2.2

Prinsip latihan berdasarkan kecergasan


Latihan yang dirancang secara sistematik dengan jadual yang teratur dan
berdasarkan prinsip-prinsip latihan akan memberi faedah dan kesan latihan kepada
pelakunya. Jika latihan dilakukan sesuka hati dan tidak mematuhi prinsip-prinsip
latihan, kesan-kesan negative boleh berlaku kepada tubuh badan dari segi jasmani
dan fisiologi, termasuk kecederaan akibat salah amalan.

a. Prinsip Perbezaan individu


Prinsip ini bermaksud, setiap individu berbeza, memiliki keunikan
terdendiri. Disebabkan perbezaan masing-masing, program latihan untuk
setiap orang adalah berbeza. Satu program latihan tidak semestinya sesuai
untuk semua. Program latihan yang direka perlu berdasarkan perbezaan
individu. Perbezaan ini mungkin berkait dengan saiz badan, bentuk badan,
genetic, pengalaman, kecederaan yang mungkin ada, jantina, umur dan
sebagainya. Oleh itu, untuk merangka sesuatu program latihan yang
berkesan perlulah mengenal pasti perbezaan. Sebagai contoh, permpuan
memerlukan masa pemulihan yang lebih berbanding lelaki.
b. Prinsip Lebihan beban
Untuk meningkatakan tahap kecergasan ketahap yang lebih tinggi
daripada tahap yang sedia ada, atlet diwajibkan berlatih pada tahap yang
9

lebih tinggi daipada sebelumnya. Contohnya atlet yang selalu berjoging


antara 30 minit selang sehari, kecergasan kardiovaskular atlet tersebut boleh
ditingkatkan dengan menambah jangka masa latihan secara beransur-ansur
dari seminggu ke seminggu.
Sekirannya atlet ingin mengekalkan jangka masa latihan, lebihan
beban boleh ditingkatkan menerusi peningkatan intensiti latihan dengan
larian yang lebih laju daripada kebiasaannya , yang mampu meningkatkan
denyutan nadi lebih tinggi daripada latihan biasa.
c. Prinsip Pengkhususan
Komponen-komponen fizikal atau system tenaga adalah berbeza
antara satu sukan dengan sukan yang lain. Latihan yang dijalankan
hendaklah dikhususkan

kepada kehendak sukan yang diceburi. Sebagai

contoh atlet acara pecut, dimana latihan yang diberikan perlulah yang
berkaitan untuk meningkatkan keupayaannya dalam acara tersebut.

d. Prinsip Ansur maju


Ansur maju membawa maksud melakukan sesuatu aktiviti yang
berdasarkan tertib langkah demi langkah agar tidak berlaku kejutan ke atas
sistem badan yang mana boleh mendatangkan kecederaan. Ini bermaksud
berlatih daripada aspek mudah kepada aspek yang lebih kompleks, secara
sedikit kepada banyak, dari ringan kepada berat dan dari singkat kepada
lebih lama.
e. Prinsip Kebolehbalikan
Latihan fizikal untuk komponen kecergasan atau otot yang sama jika
tidak diulang-ulang selepas Sesuatu masa maksimum akan mula mengalami
kehilangan kecergasannya. Ia dikenali sebagai kebolehbalikan. Oleh itu, atlet
perlu menjalani latihan secara berterusan untuk mengelak berlakunya
9

penurunan tahap kecergasannya. Jika latihan tidak dijalankan dalam satu


tempoh yang lama selepas satu sesi program latihan, maka tahap kecergasan
atlet tersebut itu kembali ke tahap pralatihan semula. Lazimnya presatasi
fizikal akan menurun jika latihan tidak dilakukan lebih dari 72 jam.

f. Prinsip Kepelbagian Latihan


Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan minat
individu dalam sesuatu aktiviti latihan fizikal atau untuk mengelakkan
kebosanan. Kepelbagaian latihan juga menjurus kepada kebolehan jurulatih
memberikan latihan yang pelbagai tetapi masih berkait dengan sukan yang
diceburi. Sebagai contoh, atlet jarak jauh boleh diberikan latihan berbasikal,
untuk mengelakkan kebosanan ketika menjalani sesuatu sesi program
latihan.

Anda mungkin juga menyukai