Anda di halaman 1dari 4

Prinsip-Prinsip Latihan

Sesuatu program latihan yang berkesan perlu mengambil kira


prinsip-prinsip latihan seperti berikut:

1. Perbezaan Individu
Setiap individu adalah unik dan bertindakbalas secara berlainan
terhadap latihan. Antara faktor-faktor yang memepengaruhi
latihan terhadap individu boleh dibahagikan kepada berikut:

1.1 Kebolehan yang diperturunkan melalui genetik(baka)


1.2 Kematangan fizikal dan mental
1.3 Pemakanan
1.4 Kerehatan dan tidur
1.5 Tahap masuk kecergasan fizikal
1.6 Kecederaan atau penyakit
2. Adaptasi
Sistem badan perlu disesuai dengan intensiti dan beban fisiologi
yang dihasilkan melalui latihan. Sistem fisiologi badan perlu diberi
satu tahap intensiti serta pengkhususan untuk mencapai kesan
yang positif.
(SID-Specific Adaptation to Impose Demand)

3. Penambahan Beban (Overload)


Ketahanan sistem badan mampu menerima tekanan fizikal hanya
pada limitasi tertentu sahaja. Lebihan latihan dari segi intensiti,
kekerapan dan jangkamasa kerja akan mendatangkan kesan yang
positif. Penambahan beban hendaklah diberikan dengan cara
yang cermat dan beransur-ansur

4. Ansur Maju (Progression)


Beban dari segi intensiti, kekerapan dan jangkamasa seharusnya
ditingkat dengan cara beransur-ansur. Untuk mengelak kesan
negatif terhadap sistem badan jurulatih perlu menyimpan profail,
biodata serta rekod yang terperinci.
5. Spesifisiti
Program dan aktiviti-aktiviti latihan perlu dibina dan dibentuk
sesuai dengan keperluan tenaga sebenar bagi jenis sukan yang
diceburi. Kefahaman tentang sistem tenaga yang dominan bagi
sesuatu jenis sukan boleh membantu keberkesanan dalam sistem
latihan.

6. Variasi
Untuk mengelak kejemuan serta kebosanan semasa menjalani
latihan, aktiviti-aktiviti perlu dipelbagaikan. Sebagai contoh, satu
segi latihan yang berat seharusnya diikuti dengan masa rehat
atau aktiviti yang ringan.

Anda mungkin juga menyukai