Anda di halaman 1dari 5

Tutorial 1

Bina perenggan kreatif.


Group 1
Pada suatu hari, Encik Farhan berjalan kaki menuju ke
rumahnya.
● Tiba-tiba, dia ternampak seekor arnab di tepi jalan.
● Dia mendekati arnab itu dan membawa arnab itu balik ke rumahnya.
● Namun begitu, Encik Farhan ditegur oleh ibunya.
● Ibu meminta Encik Farhan untuk menghantar arnab tersebut kepada
pemilik.
● Akhirnya, Encik Farhan memulangkan arnab tersebut kepada
pemiliknya selepas memberi makanan dan minuman.
Group 2
Pada suatu hari, Encik Farhan berjalan kaki menuju ke
rumahnya.
● Namun begitu, dia telah tersandung pada batu lalu jatuh di tepi jalan.
● Seorang gadis yang cantik mengetawakan Encik Farhan kerana reaksinya yang lucu.
● Encik Farhan terjatuh cinta pada gadis itu.
● Namun begitu, gadis itu tidak suka Encik Farhan dan memberitahu Encik Farhan
bahawa dia sudah mempunyai teman lelaki.
● Encik Farhan menangis teresak-esak dalam hujan setelah gadis itu berjalan
meninggalkannya.
Group 3
Pada suatu hari, Encik Farhan berjalan kaki menuju ke
rumahnya.
● Semasa berjalan, dia melalui sebuah kedai alat mainan dan berhenti di kedai
tersebut,
● Dia tertarik dengan sebuah model kereta yang berwarna merah kerana ia seperti
model yang pernah ada di rumahnya sejak kecil.
● Farhan teringat kenangan yang manis dengan bapanya semasa kecil.
● Sejak kecil, bapa Farhan akan membawa dia pergi ke mana-mana tempat untuk
berekreasi seperti bermain bola di gelanggang badminton, membeli-belah di pusat
beli-belah, melancong di dalaman negara dan sebagainya.
● Walaupun sibuk bekerja, bapa Farhan sanggup meluangkan masa untuk menemani
anak kesayangannya.
● Akhirnya, Encik Farhan tidak membeli kereta tersebut kerana harga kereta itu
terlalu mahal.
Group 4
Pada suatu hari, Encik Farhan berjalan kaki menuju ke
rumahnya.
● Tiba-tiba, dia nampak seorang pemuda sedang menunggu ketibaannya di depan pintu
rumahnya dan dia terkejut kerana pemuda itu merupakan dia sendiri yang masih muda.
● Dia pun pergi bertanya apakah kehendaknya datang ke sini.
● Rupa-rupanya, pemuda itu memerlukan bantuan dan ingin mengetahui bahawa
bagaimanakah masa depannya jika dia memilih untuk menjadi seorang guru.
● Oleh itu, encik Farhan membawanya ke sekolah untuk melihat suasana semasa mengajar
di sekolah.
● Akhirnya, Farhan yang muda itu kembali ke zaman asalnya dengan mesin masa
Doraemon kerana dia berasa puas hati dengan masa depannya dan ingin meneruskan
perjuangannya di bidang pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai