Anda di halaman 1dari 1

Pada pendapat saya, kebaikan peperiksaan atas talian ialah keselamatan dan kesihatan

calon dapat terjamin. Hal ini disebabkan kerana calon yang mengambil peperiksaan di
rumah dapat mengelakkan diri berhubung dengan orang lain dan dapat mengurangkan
risiko menghidapi penyakit COVID-19. Selain itu, kebaikan peperiksaan atas talian ialah
calon dapat mengambil peperiksaan dalam keadaan selasa. Hal ini demikian kerana calon
yang mengambil peperiksaan atas talian akan dijalankan di dalam rumah dan mereka tidak
perlu berada dalam suasana peperiksaan yang agak tekanan dan stress. Kelemahan
peperiksaan atas talian ialah calon peperiksaan berkemungkinan menghadapi masalah
kelemahan talian semasa peperiksaan atas talian. Hal ini akan menyebabkan calon tidak
dapat menerima soalan dalam masa dan akan menyebabkan calon lambat menjawab
soalan dan secara langsung akan mengakibatkan bahawa calon tersebut tidak dapat
menghantar dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, kelemahan peperiksaan atas talian
yang kedua ialah calon berkemungkinan melakukan perbuatan meniru semasa menjalankan
peperiksaan atas talian. Sebagai contoh, calon berkemungkinan menjalankan perbuatan
meniru dengan merujuk kepada buku atau mencari maklumat melalui internet.

Anda mungkin juga menyukai