Anda di halaman 1dari 3

Berhadapan dan Menangani Kemarahan Kanak-Kanak Oleh : Aziah Binti Mohamad Jurupulih Perubatan Carakerja

Berdepan dengan kanak-kanak apabila mereka marah kadangkala memberi perasaan kecewa kepada ibubapa. Secara normalnya kanak-kanak tidak diajar cara untuk meluahkan perasaan marah itu dengan cara yang boleh diterima oleh orang lain. Apabila mereka marah, mereka akan cuba melepaskanntya kepada orang lain, menyalahkan orang lain, menjerit, mencederakan diri sendiri dan orang lain dan kadangkala melakukan beberapa perkara atau tingkahlaku yang tidak sesuai. Mereka berkelakuan sedemikian kerana mereka belajar dari alam sekeliling mereka. Segelintir kanak-kanak membesar dengan pengertian bahawa marah adalah perasaan yang tidak bagus dan tidak elok untuk ditunjukkan dan diluahkan. Padahal hakikat sebenarnya adalah lebih baik sekiranya kanak-kanak itu mengetahui marah adalah satu emosi yang semua orang ada dan normal untuk merasa marah dan yang lebih penting bagaimana cara untuk meluahkannya.

Tip-Tip Untuk Menangani Kemarahan Kanak-Kanak


Fokus kepada tingkahlaku, bukan kepada kanak-kanak Marah adalah tidak seteruk jika dibandingkan kemaraha tersebut diluahkan dengan menyakiti perasaan atau mencederakan orang lain atau diri sendiri

Ajar kanak-kanak yang perasaan marah sesuatu yang boleh dikawal Bantu kanak-kanak untuk melihat apa yang membuatnya marah dan cara untuk mengatasinya mencari alternative kepada perasaan marah tersebut

dan

Bantu kanak-kanak meluahkan perasaan marah secara perkataan Ibubapa menjadi contoh kepada kanak-kanak belajar menggunakan perkatan untuk memberitahu bagaimana kanak-kanak rasa (feel), bukan apa yang kanak-kanak fikirkan (think) mengenai orang lain. Contohnya, Saya berasa sedih awak tidak benarkan saya bermain dengan awak; bukan Saya bencikan awak, kerana awak mengambil barang saya

Mengajar melalui contoh Menjadi Role Model adalah cara yang terbaik kepada kanak-kanak. Sekiranya ibubapa menggunakan perkataan untuk meluahkan perasaan marah, kanak-kanak pun akan melakukan perkara yang sama. Sekiranya ibubapa menjerit atau membuang barang ketika marah, kanak-kanak merasakan itu adalah tingkahlaku yang biasa dan diterima. Bila ibubapa telah mengajar kanak-kanak menggunakan tingkahlaku yang kasar untuk meluahkan perasaan marah, mereka akan buat seperti apa yang dilihat

Bantu kanak-kanak untuk meluahkan perasaan malah melalui aktiviti fizikal Contohnya : bersukan seperti berjogging, menumbuk punching bag adalah satu cara untuk melepaskan perasaan marah. Disamping melakukan aktiviti fizikal ajar kanak-kanak untuk tenang dengan melakukan breathing exercise, mengira 1,2,3..10

Kata Kunci : Pengurusan Marah


Alihkan kanak-kanak dengan orang dewasa/ibubapa apabila marah sehingga mereka tenang Jangan membebel atau berleter apabila kanak-kanak sedang marah Berbincang dan bercakap dengan suara yang sesuai apabila kanak-kanak dan ibu bapatelah kembali tenang Belajar untuk membiarkan atau ignore pada tingkahlaku yang tidak diingini Jangan kritik, menjatuhkan maruah atau melabelkan nama kepada kanak-kanak. Elakkan dari melakukan hukuman fizikal (pukul) atau menakutkan anak

Anda mungkin juga menyukai