Anda di halaman 1dari 24

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TAWAU

MENINGKATKAN PENGLIBATAN AKTIF AKTIVITI DEKLAMASI SAJAK BEBAS BAHASA


MELAYU DI KALANGAN SISWA GURU INSTITUT PENDIDIKAN KAMPUS TAWAU
MELALUI INTERVENSI ANJAKAN NURANI

Oleh :

Encik Mohd Malim Esanuddin

Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau

ABSTRAK :

Kajian yang telah saya jalankan ini bertujuan untuk mengkaji masalah penglibatan yang kurang aktif
siswa guru dalam aktiviti deklamasi sajak bebas. Seramai 22 orang siswa guru program persediaan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, ambilan
September 2021 terlibat dalam kajian ini. Di samping itu , saya juga ingin meningkatkan penghayatan
siswa guru dalam menyampaikan sajak. Tinjauan awal yang saya telah laksanakan melalui pendedahan
kepada siswa guru tentang sajak dalam kuliah yang telah saya sampaikan. Apa yang saya dapati
daripada tinjauan awal saya adalah siswa guru sering mengelak daripada menjadi deklamator sajak
walaupun mereka berjaya menghasilkan sajak mudah mereka sendiri dengan bimbingan. Melalui
pemerhatian tersebut, saya simpulkan bahawa siswa guru saya agak keberatan untuk
mempersembahkan sajak mereka, sedangkan untuk menjadi guru , seseorang itu mestilah menampilkan
contoh yang wajar diikuti. Untuk membantu siswa guru mengatasi masalah yang mereka hadapi, saya
telah menyediakan satu set intervensi yang membantu mereka meraih keyakinan diri untuk bersajak ,
meningkatkan kualiti deklamasi sajak dan meningkatkan penghayatan mereka terhadap sajak yang
mereka cipta. Saya namakan intervensi tersebut sebagai Intervensi Anjakan Nurani. Hasil yang saya
dapat perhatikan selepas intervensi saya ialah terdapat peningkatan dalam persembahan deklamasi
sajak oleh siswa guru saya. Siswa guru saya berasa semakin seronok membuat aktiviti sajak ketika
kuliah. Saya juga berasa teruja untuk meneruskan aktiviti yang dijalankan dalam kuliah saya. Selepas
ini,saya bercadang untuk meluaskan intervensi yang saya telah adakan ini kepada kemahiran
komunikasi bahasa Melayu yang lain.

1.0 PENGENALAN

Sajak bebas adalah puisi Melayu moden yang berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris ,
perkataan sebaris, rangkap, rima dan sebagainya. Sifat sajak bebas yang dimiliki oleh genre ini
bermaksud keupayaan dan kesediaan sajak dalam menerima bentuk-bentuk yang terdapat daripada
puisi tradisional mahupun kemunculan bentuk-bentuk baru yang dihasilkan berdasarkan kreativiti dan
sensitiviti penyair mahupun gabungan daripada bentuk-bentuk sedia ada. Kebebasan sajak inilah
menjadi kunci cetusan nilai estetika yang merangsang bukan sahaja minda tetapi jiwa mereka yang
menjadi penonton deklamasi sajak tersebut.

Melalui Refleksi saya, saya dapati bahawa sebilangan siswa guru adalah tanpa atau kurang
pengetahuan sastera, khususnya sajak bebas. siswa guru mengalami kesukaran untuk
mempersembahkan deklamasi sajak bebas kerana keyakinan diri yang rendah. siswa guru menunjukkan
bahawa mereka tidak minat dalam mempelajari bahan sastera dan tidak suka untuk membaca karya
sajak moden mahupun tradisional. Saya juga dapat perhatikan bahawa siswa guru hanya mendekati
tajuk sajak dan bahan sastera lainya hanya untuk mendapatkan maklumat supaya dapat menjawab
kertas peperiksaan ataupun hanya mahu memenuhi tugasan kursus yang diberi.

Saya khuatir sekiranya siswa guru terus bersikap sedemikian, maka aspek penghayatan sajak akan
gagal , seterusnya menyukarkan siswa guru tersebut melatih murid-murid mereka untuk menghargai
bahan sajak. Sesungguhnya , sajak itu menghidupkan rohani seseorang manusia dan membina sahsiah
peribadi .

2.0 TINJAUAN LITERATUR

1
2.1 Apa itu Sajak Bebas?

Sajak adalah satu genre sastera bahasa Melayu yang berbentuk moden dan paling senang untuk
dipelajari.Pengajaran sastera bahasa Melayu adalah asas kepada pengukuhan jati diri bangsa terutama
bagi generasi muda (Ani Omar , 2012). Ia adalah usaha berterusan untuk menyemai nilai, jati diri dan
memberi rasa estetika kepada jiwa seseorang insan. Ia juga memberi ruang kepada seseorang itu untuk
menjelmakan ekspresi diri serta memberi satu perspektif terhadap kehidupan yang mungkin tiada atau
terlepas pandang oleh orang lain.

Menurut Kamaruzzaman A. Kadir ( 1998 :114) , Puisi Melayu moden atau dikenali sebagai sajak
bermula pada era Perang Dunia Kedua di Malaya. Pembaharuan yang berlaku pada ketika itu adalah
penegasan terhadap pemikiran moden yang berbeza dengan pemikiran yang lama. Hal ini dapat dilihat
dengan memerhatikan bahawa sajak adalah puisi yang lebih tegas, lantang, dan bebas berbanding
dengan genre-genre sastera Melayu yang lain.

Dasar kepada sajak ini adalah berpaksikan kepada ekspresi jiwa yang tidak semestinya mengikut
kepada peraturan-peraturan puisi klasik serta norma tradisional seni bahasa masyarakat Melayu lama.
Pemodenan puisi kepada bentuk yang baharu sudah menjadi terlalu sebati sehingga ia hanya dikenali
masyarakat awam sebagai sajak.

Sajak begitu penting kepada masyarakat Melayu masa kini kerana ia adalah lambang kepada identiti
bangsa. Justeru , sekiranya negara Jepun mempunyai Haiku , negara barat mempunyai rhythm and
poetry, maka negara kita Malaysia mempunyai sajak.

Justeru , dalam konteks masyarakat alam Melayu , Keperihalan manusia yang disampaikan oleh
manusia kepada manusia itu membawa erti pengajaran yang layak dijadikan suri teladan dan pedoman
hidup ( Suria Janib , 2007).

Objektif jangka panjang pembelajaran sastera kepada siswa guru termasuklah membina apresiasi
terhadap bahan sastera seterusnya membentuk sahsiah peribadi yang terampil melalui pembelajaran
dan penerapan nilai. Objektif jangka masa pendek mempelajari sastera pula adalah untuk menempuh
pengalaman estetika sastera dan memperkukuh kemahiran bahasa ( Adeyanju, T.K. Elt Journal 32/2) .

2.2 Bagaimana untuk belajar dengan berkesan?

siswa guru perlu mendapatkan kaedah pembelajaran yang berkesan demi memantapkan kemahiran
mereka untuk mendeklamasi sajak. Gaya pembelajaran yang baik dapat merangsang siswa guru
meningkatkan motivasi dan keyakinan diri untuk belajar sajak bebas ( Hidayah Hashim , 2016). Bagi
memperoleh keberkesanan pengajaran dan pembelajaran optimum, pendidik harus mengenal pasti gaya
pembelajaran siswa guru dan menggunakan strategi pengajaran yang sesuai.

Oleh itu, Gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau kaedah bagaimana seseorang itu belajar
dalam memperoleh pengetahuan. (Dr Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012). Pembelajaran pula
merupakan kebolehan seseorang mengambil maklumat , menrekod dan failkan maklumat tersebut
supaya ia menjadi mudah untuk digunakan apabila digunakan. Selain itu, gaya pembelajaran juga
merupakan cara seseorang individu bertindak balas terhadap dunia sekitarnya dan menggunakan gaya
pembelajarannya berinteraksi dengan persekitarannya.

Menurut Rita Dunn (1990), sesetengah individu dapat belajar dengan amat berkesan dalam keadaan
yang sejuk, senyap dan teratur. Ada pula yang hanya boleh belajar dengan adanya muzik. Beliau juga
memetik Peterson (1979) & Steward (1981), gaya pembelajaran boleh merujuk kepada pendekatan
pengajaran digemari oleh seseorang siswa guru. Ada siswa guru yang gemar cara belajar sendiri.
Tambahan pula, pengalaman individu akan menentukan sama ada seseorang itu gemar pengalaman
yang baru, menjalankan refleksi, mencuba idea-idea baru atau bersifat objektif. Dengan itu, jelaslah
gaya pembelajaran berkaitan dengan pengalaman seseorang. Rita juga telah mendefinisikan gaya
pembelajaran sebagai “keadaan pendidikan di mana murid-murid boleh belajar”. Oleh itu, gaya
pembelajaran tidak menekankan kepada apa yang dipelajari malahan menekankan bagaimana
seseorang itu belajar.

Tiada ada satu gaya pembelajaran yang dikatakan paling baik atau buruk. Oleh itu, gaya pembelajaran
yang dipilih adalah bergantung dengan individu tersebut. Seseorang siswa guru A yang telah mencapai
keputusan yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran, membawa makna siswa guru ini telah

2
menggunakan gaya pembelajaran yang berkesan bagi dirinya. Sama juga dengan siswa guru B yang
tidak dapat mencapai matlamatnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini mungkin disebabkan
oleh siswa guru ini masih tercari-cari jenis gaya pembelajaran yang paling sesuai untuk dirinya ( Eva
Cheong, S.C. Chong, H.N. Ling ,2012)

3.0 FOKUS KAJIAN

Saya memberi fokus kajian ini sebagai intervensi membantu para siswa guru mengenal pasti dan
mengamalkan kemahiran komunikasi yang berimpak tinggi , khususnya dalam deklamasi sajak. Fokus
ini dilaksanakan semasa kuliah berlangsung di kalangan 22 orang siswa guru Program Persediaan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, ambilan
September 2021. Saya telah mengenal pasti punca utama mereka tidak dapat mempersembah deklamasi
sajak dengan baik kerana kurang minat untuk berada di hadapan khalayak ramai dan menyampaikan
persembahan sajak. Selain itu, saya juga dapati bahawa tahap penghayatan siswa guru terhadap bahan
sajak adalah terhad dan perlu ditingkatkan.

Sebelum melaksana intervensi, saya jalankan tinjauan pra-intervensi kepada siswa guru dengan
meminta mereka mengisi borang penilaian kendiri yang menggunakan skala likert bagi menjawab
persoalan-persoalan yang saya pecahkan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama soalan tinjauan adalah
menyentuh tentang keyakinan diri mereka membuat deklamasi sajak. Bahagian kedua pula bertujuan
untuk mengukur penghayatan mereka terhadap bahan sajak. Bahagian ketiga pula bertujuan untuk
mengukur kesedaran mereka terhadap deklamasi sajak yang baik.

Intervensi yang saya jenamakan sebagai Intervensi Anjakan Nurani bertindak memberi simulasi
persekitaran kodusif bagi siswa guru meningkatkan penghayatan bahan sajak dan memberi mereka
petunjuk untuk menambah baik kualiti deklamasi sajak mereka melalui latihan nada suara di tempat
terbuka , latihan mimik muka dan bahasa badan, latihan kesedaran ruang, dan latihan kesedaran
pencahayaan ruang persembahan.

Selepas melaksana intervensi, saya jalankan sekali lagi tinjauan yang mana saya namakan sebagai
tinjauan pasca intervensi dengan tujuan untuk melihat sama ada ada perbezaan skor dengan tinjauan
pra-intervensi. Oleh itu , lengkap satu gelung dalam kajian saya setakat ini.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum : Membantu siswa guru terlibat secara aktif aktiviti deklamasi sajak dengan
menggunakan Intervensi Anjakan Nurani.

Objektif Khusus :

1. Membantu siswa guru mengenal pasti persembahan deklamasi sajak yang baik.

2. Mengukur tahap penghayatan siswa guru terhadap bahan sajak melalui borang penilaian kendiri.

3. Melihat sama ada berlaku perubahan signifikan tahap penglibatan siswa guru dalam aktiviti
deklamasi sajak , dalam tempoh masa sebelum intervensi dan selepas intervensi.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Saya telah mensasarkan 22 orang siswa guru untuk menjalani kajian melalui borang penilaian kendiri
sebelum intervensi , mengikuti intervensi dengan bimbingan , dan mengisi borang penilaian kendiri
sekali lagi selepas menjalani intervensi.

6.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

Pelaksanaan tindakan kajian ini berlandaskan reka bentuk kajian kuasi-eksperimental (Christensen &
Johnson (2000).Tindakan kajian dimulai dengan mengenal pasti siswa guru yang mempunyai
penguasaan deklamasi sajak yang rendah atau sederhana. Peringkat ini dilaksanakan melalui aktiviti
deklamasi sajak dalam kumpulan besar. siswa guru dipilih dan disenaraikan sebagai peserta intervensi
Anjakan Nurani. Peserta intervensi diminta untuk mengisi borang penilaian kendiri dan menjawab
skala likert dengan bimbingan . skala likert tersebut mengandungi pilihan jawapan yang mana skala

3
satu (1) menunjukkan paling tidak setuju , skala (2) menunjukkan kurang setuju, skala (3)
menunjukkan tidak pasti , skala (4) agak setuju, skala (5) paling setuju.

Selepas itu, peserta intervensi akan menjalani intervensi anjakan nurani dengan melakukan latihan nada
suara di tempat terbuka , latihan mimik muka, latihan kesedaran ruang, dan latihan kesedaran
pencahayaan ruang persembahan dalam persekitaran yang kondusif dan terkawal . tempoh intervensi
ini adalah seminggu ( 7 hari x 2 jam interaksi). Satu sesi persembahan deklamasi sajak dilaksanakan
khusus bagi peserta intervensi hari ketujuh intervensi.

Setelah intervensi, siswa guru tersebut diminta untuk mengisi borang penilaian kendiri sekali lagi.
Dapatan skor daripada kedua-dua tinjauan dianalisis dan satu laporan dapatan/keputusan kajian ditulis.

7.0 KEPUTUSAN KAJIAN

Fasa Pra Intervensi

Setelah mentadbirkan soalan tinjauan pra intervensi pada 4 Oktober 2021 ,saya telah rekodkan 22
responden yang terdiri daripada siswa guru unit Pendidikan Islam, Program PPISMP Ambilan Jun
2021, IPGK Tawau. Mereka semua sedang mengikuti subjek yang saya ajar iaitu subjek Penghantar
Bahasa Melayu Komunikasi. Saya dapati bahawa terdapat beberapa orang siswa guru yang
memerlukan intervensi anjakan nurani . Figur 1.0 dan jadual 1.0 menunjukkan bilangan siswa guru
yang memerlukan intervensi anjakan nurani berdasarkan skor muktamad mereka dalam Instrumen
Penilaian Kendiri siswa guru Penilaian Terhadap Penghayatan Sajak Bebas:

Figur 1.0 : Skor muktamad responden Instrumen Penilaian Kendiri siswa guru Penilaian Terhadap Penghayatan
Sajak Bebas ( pra intervensi).

BIL. KATEGORI RESPONDEN BIL. RESPONDEN

Penyajak yang kompeten.


1 0
( Cemerlang)

Penyajak yang kompeten


2 14
terbimbing.

Penyajak yang perlukan


3 8
intervensi.

Jadual 1.0 : Bilangan responden( siswa guru) dan kategori responden ( pra intervensi).

4
Berdasarkan maklumat diatas , saya dapati bahawa peringkat pra intervensi, bilangan siswa guru yang
sederhana adalah paling tinggi dengan bilangan siswa guru seramai 14 orang siswa guru. Saya juga
dapat amati bahawa ada lapan ( 8) orang siswa guru saya yang agak rendah penguasaan dan
penghayatan mereka terhadap sajak bebas. Tiada langsung siswa guru yang mempunyai penguassan
cemerlang dalam penyampaian deklamasi sajak bebas. Hal ini juga menunjukkan bahawa siswa guru
sebenarnya boleh menulis sajak yang bagus tetapi tidak mampu menyampaikan sajak itu dengan baik,
seperti dalam penilaian mereka sendiri. Oleh itu, kita lihat di sini bahawa sebenarnya , terdapat dua
kemahiran yang perlu dikuasai iaitu kemahiran menulis sajak dan kemahiran menyampaikan sajak.
Melalui soalan instrumen ini juga, siswa guru juga dapat mengenal pasti aspek-aspek penting yang
perlu ada dalam persembahan deklamasi sajak bebas yang berkualiti.

Fasa Pasca Intervensi

Setelah mentadbirkan soalan tinjauan pasca intervensi pada 20 Oktober 2021 ,saya telah rekodkan 22
responden yang terdiri daripada siswa guru unit Pendidikan Islam, Program PPISMP Ambilan Jun
2021, IPGK Tawau. Mereka semua sedang mengikuti subjek yang saya ajar iaitu subjek Penghantar
Bahasa Melayu Komunikasi. Saya dapati bahawa terdapat beberapa orang siswa guru yang berjaya
meningkatkan skor mereka setelah melalui intervensi anjakan nurani. Figur 2.0 dan jadual 2.0
menunjukkan bilangan siswa guru yang telah menjalani intervensi anjakan nurani berdasarkan skor
muktamad mereka dalam Instrumen Penilaian Kendiri siswa guru Penilaian Terhadap Penghayatan
Sajak Bebas:

Figur 2.0 : Skor muktamad responden Instrumen Penilaian Kendiri siswa guru Penilaian Terhadap Penghayatan
Sajak Bebas ( Pasca intervensi) .

BIL. KATEGORI RESPONDEN BIL. RESPONDEN

Penyajak yang kompeten.


1 15
( Cemerlang)

Penyajak yang kompeten


2 7
terbimbing.

Penyajak yang perlukan


3 0
intervensi.

Jadual 2.0 : Bilangan responden( siswa guru) dan kategori responden ( pasca intervensi).

5
Berdasarkan maklumat diatas , saya dapati bahawa peringkat pasca intervensi, bilangan siswa guru
yang kompeten adalah paling tinggi dengan bilangan siswa guru seramai 15 orang siswa guru. Saya
juga dapat amati bahawa ada tujuh (7) orang siswa guru saya yang telah meningkat kepada skor
sederhana penguasaan dan penghayatan mereka terhadap sajak bebas. Hal ini menunjukkan bahawa
intervensi anjakan nurani telah berjaya membantu siswa guru untuk lebih aktif bergiat dalam aktiviti
sajak , penghayatan mereka terhadap sajak juga semakin meningkat. Selain itu, kualiti persembahan
deklamasi sajak mereka juga telah meningkat dengan signifikan.

8.0 RUMUSAN KAJIAN

Saya sediakan semua bahagian kajian ini bagi memastikan saya dapat membantu siswa guru membuat
persembahan deklamasi sajak dengan baik.

Selepas menjalani intervensi anjakan nurani, para siswa guru PAI 1 PPISMP 2021 telah berjaya
mengenal pasti persembahan deklamasi sajak yang baik. Deklamasi sajak yang baik adalah
persembahan yang mempunyai nada suara pelbagai, terdapat penekanan pada sesuatu perkataan dalam
sajak dan ada jeda tertentu yang boleh menaikkan kualiti persembahan. Deklamasi sajak yang baik juga
disampaikan dengan riak wajah dan bahasa badan yang bersesuaian dengan sajak tersebut. Riak wajah
dan bahasa badan menampilkan perasaan yang ingin disampaikan penyajak kepada penonton.

Melalui intervensi anjakan nurani ini dan soalan-soalan tinjauan, siswa guru dapat mengukur tahap
penghayatan mereka terhadap bahan sajak . sajak mereka sendiri dapat dihayati oleh rakan selepas
rakan mereka memberi tafsiran terhadap apa yang telah disampaikan kepada mereka.

Alhamdulillah , siswa guru saya semakin aktif melibatkan diri dalam aktiviti deklamasi sajak. Mereka
sering bertanya kepada saya sekiranya ada masa terluang untuk melihat mereka membuat deklamasi
sajak. Saya juga akui bahawa kualiti persembahan mereka juga meningkat secara signifikan berbanding
dengan persembahan mereka sebelum intervensi berlaku.

9.0 REFLEKSI

Sepanjang saya melaksana intervensi Anjakan Nurani ini , saya dapat membuat andaian bahawa ada
amalan terbaik yang perlu dikongsi bagi pengajaran subjek Penghantar Bahasa Melayu Komunikasi.
Hal ini berdasarkan kepada apa yang saya perhatikan bahawa siswa guru yang pernah menjadi pelajar
cemerlang SPM dengan pelbagai gred A dalam subjek-subjek STEM dan bahasa Melayu hanya
mengetahui sajak secara teori sahaja. Mungkin dengan kata lain, saya dapat anggap bahawa siswa guru
ini belajar bahasa Melayu dengan tujuan utama untuk menjawab peperiksaan sahaja dan tidak
mengambil intipati ajaran ke dalam sanubari mereka. Apabila saya memulakan intervensi saya pada
malam 13 oktober 2021 yang lalu , siswa guru didapati kelihatan amat kurang yakin untuk membuat
deklamasi sajak. Mereka teragak-agak untuk menyampaikan sajak.Riak rupa mereka pula amat kosong
seolah-olah tidak menjiwai sajak yang mereka deklamasikan. Bahasa badan mereka menunjukkan
bahawa mereka ada keyakinan diri yang rendah. Bahasa badan ini termasuklah menyembunyikan
tangan, terlalu kerap menggaru dahi, dan ketawa kecil . ini membuktikan bahawa kemahiran membuat
deklamasi sajak dan kemahiran menulis sajak adalah dua kemahiran yang amat berbeza. Saya semakin
percaya bahawa dalam menaksir siswa guru dengan lebih holistik, ujian atas kertas tidak memadai.
Siswa guru memang perlu ditaksir berdasarkan persembahan mereka yang mana mereka boleh
menyebar maksud atau mesej yang ingin mereka sampaikan dengan lebih berkesan.

10. CADANGAN

Pembelajaran bermakna membawa maksud pengalaman yang menyentuh hati siswa guru ketika
menimba ilmu. Apabila seorang pensyarah dapat melaksana perkara tersebut , maka ilmu serta
nilai-nilai insaniah lebih mudah diterapkan ke dalam hati siswa guru sehingga menjadi darah daging
mereka dan amalan seharian mereka.

Ilmu yang ditatar melalui pengajaran biasa hanya akan melekat di minda.hujung tahun, usai semester,
selesai peperiksaan, pelajar lupa sudah.Namun puisi indah tetap akan berada didalam hati dan jiwa
pelajar.pembangunan insaniah tidak akan lengkap tanpa sajak.melalui sajak , nilai insaniah dapat
berbekas di hati.melalui aktiviti sajak , datanglah pengalaman belajar yang bermakna.

6
Oleh itu , wajar bagi saya mencadangkan supaya setiap siswa guru mengambil cakna tentang
kemahiran bersajak supaya boleh membina diri untuk menjadi guru yang terampil dan mampu memberi
pengalaman belajar yang lebih bermakna kepada pelajar.

RUJUKAN DAN BACAAN LANJUT

Adeyanju, T.K . “Teaching Literature and Human Vallues In Esl”, In ELT Journal 32/2

Ani Omar , 2012. Nukilan Sajak Merdeka dalam membangunkan Bahasa, Sastera dan Budaya Bangsa
melalui Pengajian Kesusteraan Melayu .
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1123

Eva Cheong, S.C. Chong, H.N. Ling ,2012. Konsep Gaya Pembelajaran.
http://dpliprasekolahsunshine.blogspot.com/2012/09/by-eva-cheong-s.html

Kamaruzzaman Abd. Kadir (Dharmawijaya), 1998. Puisi Melayu. Selangor: Penerbit Universiti Putra
Malaysia.

Nukilan Sajak Merdeka, 2007. Kuala Lumpur: Kementeriaan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
Malaysia (KEKKWA).

Rahman Shaari, 1998. Kesusasteraan dalam pendidikan sastera. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Ragbir Kaur Joginder Singh,2012.Panduan ilmu pendidikan untuk DPLI pedagogi.Subang Jaya,
Selangor: Kumpulan Budiman.

Rita Dunn (1990) Understanding The Dunn And Dunn Learning Styles Model And The Need For
Individual Diagnosis And Prescription, Journal of Reading, Writing, and Learning Disabilities
International, 6:3, 223-247, DOI: 10.1080/0748763900060303

Samsina Hj. Abd. Rahman, 1997. Falsafah dan pengajian kesusasteraan Melayu. Selangor: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.

Suria Janib, “Sastera Jiwa Masyarakat” Dewan Sastera, Jun 2007. Kuala Lumpur: DBP.

Zahirah Aziz, “Penerapan Seni Budaya dalam Sukatan siswa guruan”. Kertas kerja dalam Simposium
Kebudayaan dan Drama, pada 19-21 Oktober 2000, Tanjong Malim.

Zainal Abidin Bakar, “Kemunculan Puisi Melayu Moden Tanah Air”. Dewan Sastera, Disember 1975:
42-43. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

7
LAMPIRAN 1

Instrumen PRA INTERVENSI Penilaian Kendiri Pelajar Penilaian


Terhadap Penghayatan Sajak Bebas.

Instrumen ini bertujuan untuk mengukur pencapaian pelajar melalui 3


bahagian iaitu :

Bahagian 1- maklumat diri responden.

Bahagian 2 - Keyakinan diri saya untuk menyampaikan sajak.

Bahagian 3- sejauh mana penghayatan diri saya terhadap bahan sajak.

Bahagian 4- setinggi mana kesedaran saya tentang deklamasi sajak yang


baik.

Bahagian 1. Maklumat diri responden.

Tarikh lahir :
Umur :
Jantina :
Unit :
Program Pengajian :
Semester :
Tahun ambilan :

Bahagian 2 . Keyakinan diri saya untuk menyampaikan sajak.

Rujukan Skala Likert . :

1. amat tidak setuju

2. Tidak setuju

3. Tidak pasti

4. Setuju

5. Amat setuju

8
Bil . Soalan Skala Likert

1 2 3 4 5

1. Saya amat tidak yakin menyampaikan apa sahaja


genre sastera selain sajak.

2. Saya hanya tidak yakin untuk menyampaikan


sajak.

3. Saya berasa gemuruh ketika berada di hadapan


khalayak.

4. Saya berasa tidak selesa berada di atas pentas.

5. Saya berasa tidak seronok ketika menyampaikan


sajak.

Bahagian 3- sejauh mana penghayatan diri saya terhadap bahan sajak.

Bil . Soalan Skala Likert

1 2 3 4 5

6. Saya percaya sajak adalah sesuatu yang tidak


bermakna dan membuang masa.

7. Saya percaya bahawa penghayatan saya terhadap


bahan sajak adalah amat tinggi.

8. Saya mempunyai rasa kagum ketika melihat


penyajak menyampaikan sajak.

9. Saya merasakan ada perubahan dalam emosi


saya ketika saya menonton/mendengar
penyampaian deklemasi sajak.

9
10. Saya berasa seronok ketika rakan-rakan saya
menyampaikan sajak.

Bahagian 4- setinggi mana kesedaran saya tentang deklamasi sajak yang


baik.

Bil . Soalan Skala Likert

1 2 3 4 5

11. Saya amat memahami tema/ mesej /gaya


penyampaian sajak yang ingin saya
persembahkan.

12. Saya tahu dibahagian sajak yang mana saya perlu


berhenti/ menekan suara/ meninggikan intonasi/
memanjangkan sebutan.

13. Saya amat yakin bahawa bahasa badan saya


adalah sesuai ketika mempersembahkan
deklemasi sajak.

14. Saya amat yakin bahawa riak wajah saya adalah


sesuai dengan sajak yang saya persembahkan

15. Saya berasa mempunyai pengertian terhadap


sesuatu puisi.

16. Saya sanggup mengucapkan kata demi kata pada


tiap baris puisi disertai kesan yang terlihat pada
airmuka saya.

17. Saya sedar bahawa saya mesti menghayati makna


dan isi sajak yang mahu dideklamasikan.

18. Saya sedar tanpa menghayati sajak yang


dideklemasikan , maka sudah tentu persembahan
saya bakal hambar, lesu dan tak bertenaga.

10
19. Saya pastikan bahawa mimik / gerak badan saya
tidak bertentangan dengan sajak yang saya
sampaikan.

20. Saya pastikan bahawa masa gerak badan saya


adalah sesuai dengan penyampaian sajak saya.

Kategori /Julat Markah.:

Skor jawapan anda hendaklah dikumpulkan ( bahagian kedua adalah nilai


negatif, bahagian ketiga dan keempat adalah nilai positif dan didarab 1.5)dan
menjadi jumlah kepada skor muktamad anda. Jumlah skor tersebut dapat
dinilai mengikut kategori julat markah yang disediakan dalam jadual berikut :

Bil. Kategori / penjelasan Julat markah

1. Penyajak yang kompeten.

Anda seorang deklemator yang baik dan telah


berjaya menghayati sajak yang ingin anda
sampaikan. Anda hampir pasti sepenuhnya 81-87.5 markah.
bahawa anda mampu memberikan nilai
estetika kepada penonton anda

2. Penyajak yang kompeten terbimbing.

Sama seperti kategori yang pertama (1), 50-80 markah


cuma anda perlu mendapat lebih latihan dan
bimbingan untuk menyampaikan sajak yang
lebih berkualiti.

3. Penyajak yang perlukan intervensi.

Anda amat memerlukan bantuan dan 20-49 markah


intervensi supaya anda dapat
mendeklemasikan sajak dengan baik.

11
Contoh pengiraan markah :

( jumlah skor Bahagian Ketiga + Bahagian Keempat) x 1.5 + ( jumlah skor


Bahagian kedua) = Jumlah Skor muktamad.

(25+50) x 1.5 + (-25) = 87.5

87.5 skor maksimum

20 skor minimum

12
LAMPIRAN 2

Intervensi Anjakan Nurani ™ (versi 1.0 Beta)

Mohd Malim Esanuddin

Unit Bahasa Melayu

Jabatan Bahasa

Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau

Intervensi ini adalah satu inovasi untuk membantu pelajar membina keyakinan
diri dalam menyampaikan deklamasi sajak bebas, meningkatkan kualiti
persembahan pelajar dan memperkasa penghayatan pelajar terhadap sajak
bebas yang mereka telah sediakan. Tempoh intervensi ini dicadangkan untuk
berlangsung selama 1 minggu.

Latihan 1 .Latihan Nada suara di tempat terbuka.

Latihan 2. Latihan Mimik muka dan bahasa badan.

Latihan 3. Latihan kesedaran ruang.

Latihan 4. Latihan Kesedaran Pencahayaan ruang.

Latihan 5. Mengabungjalin semua kemahiran dalam satu persembahan.

Latihan 1 . Latihan Nada suara di tempat terbuka

60 minit.

Alatan/keperluan : sebuah tempat yang terbuka dan tiada orang/dihadapan


sekumpulan rakan / laluan orang ramai ( pilih satu tempat yang anda rasa
paling selesa, selepas itu tempat yang selesa, dan seterusnya tempat paling
tidak selesa).

Objektif :

1. membantu mengurangkan rasa gemuruh anda ketika berada


di khalayak ramai.

13
2. Membentuk keyakinan diri semasa melakukan deklamasi
sajak.

Langkah:

1. Anda diminta untuk menulis satu sajak bebas.

2. Anda perlu membawa sajak itu ke lokasi yang telah anda pilih.

3. Anda baca tajuk sajak bebas anda.

4. Anda kemudian cakap “ hasil nukilan ( nama anda)

5. Mula membuat deklamasi sajak anda.

6. Ulang sajak anda di satu lokasi sebanyak 2 kali.

7. Untuk kali kedua, kurangkan melihat teks sajak dan lebihkan


“eye-contact” kepada penonton.

8. Selepas persembahan, cuba catat pemerhatian anda terhadap


persembahan anda sendiri. ( sama ada ada rasa gemuruh
seperti tapak tangan berpeluh, badan rasa gementar, ada rasa
mahu lari atau sebagainya).

9. Selepas membuat aktiviti ini , anda akan dapati bahawa


perasaan gemuruh anda semakin berkurangan kerana anda
telah membiasakan diri melaksanakan deklamasi sajak dan
anda sebenarnya tidak terganggu oleh persekitaran , tetapi
sebenarnya terganggu akibat persepsi anda sendiri.

Latihan 2 . Latihan Mimik muka dan bahasa badan.

60 minit.

Alatan/keperluan : Cermin muka yang besar.

Alat rakaman video . ( telefon , camera, atau alat lain yang


sesuai).

Objektif :

14
1. membantu melatih diri untuk menyesuaikan riak wajah
/bahasa badan dengan deklamasi sajak

2. Membentuk keyakinan diri semasa melakukan riak


wajah/bahasa badan semasa melakukan deklamasi sajak.

Langkah:

1. Anda diminta untuk berdiri di hadapan cermin yang besar.


Mulakan rakaman video anda.

2. Anda perlu mengurut wajah anda terutama bahagian pipi


dalam bentuk putaran.

3. Anda buka sedikit mulut anda dan keluarkan bunyi /a/,/e/,/o/.

4. Anda kemudian cakap “ lion face” sambil melakukan gaya


singa dan riak wajah singa.

5. Anda kemudian cakap “ lemon face” sambil melakukan gaya


seperti anda telah makan sebiji lemon yang masam dan buat
riak wajah lemon.

6. Ulang langkah 4 dan 5 secara selang seli selama 10 minit.

7. Selepas itu, sila baca sajak anda tanpa sebarang riak wajah
atau bahasa badan.

8. Ulang semula sajak dengan mencuba riak wajah atau bahasa


badan.

9. Catat perubahan yang telah anda lakukan.

10. Anda akan dapat melihat bahawa terdapat perbezaan dalam


deklamasi sajak anda.

Latihan 3 . Latihan kesedaran ruang.

60 minit

Alatan / keperluan : Mikrofon/ prop mikrofon( batang kayu, botol atau


sebagainya).

Pentas awam.

Objektif :

15
1. membantu melatih diri untuk peka terhadap ruang pentas .

2. Membiasakan diri untuk berada di tengah pentas, tepi pentas ,


persembahan statik atau lokomotif.

Langkah:

1. Anda diminta untuk berdiri di bahagian tengah pentas

2. Anda perlu melihat keadaan sekitar anda.

3. Anda lontarkan suara anda sekuat yang anda boleh.

4. Anda mulakan deklamasi sajak anda secara statik. ( tidak


berpindah tempat atas pentas.).

5. Anda gunakan bahasa badan dan riak wajah yang anda telah
tetapkan dalam sajak anda.

6. Anda ulang deklamasi sajak anda secara lokomotif.

7. Ulang langkah 4 sehingga habis sajak anda.

8. Catat perubahan yang telah anda lakukan.

9. Anda akan dapat melihat bahawa terdapat perbezaan dalam


deklamasi sajak anda.

Latihan 4 . Latihan Kesedaran Pencahayaan ruang

Kadang kala , persembahan deklamasi sajak dilakukan pada satu lokasi yang
memerlukan pencahayaan lampu sorot yang amat terang dan tertumpu
kepada anda. Jika anda tidak biasa dengan perkara ini, ia mampu
mengganggu persembahan anda. Jadi anda perlu berlatih supaya gangguan
ini dapat anda atasi.

60 minit

Alatan / keperluan : Mikrofon/ prop mikrofon( batang kayu, botol atau


sebagainya).

16
Pentas awam.

Lampu sorot.

Kaca mata hitam

Objektif :

1. Membantu melatih diri agar dapat melakukan deklamasi sajak


dengan pencahayaan lampu sorot( Spot Light) .

2. Membiasakan diri untuk dengan konsep bahawa anda dilihat ,


jadi anda bertindak sebagaimana anda mahu dilihat.

Langkah:

1. Anda diminta untuk berdiri di bahagian tengah pentas.

2. Anda perlu memakai kaca mata hitam.

3. Anda lontarkan suara anda sekuat yang anda boleh.

4. Anda mulakan deklamasi sajak anda secara statik. ( tidak


berpindah tempat atas pentas.).

5. Anda gunakan bahasa badan dan riak wajah yang anda telah
tetapkan dalam sajak anda.

6. Cuba senyum ketika lampu sorot dipancarkan ke muka anda.

7. Anda ulang deklamasi sajak anda secara lokomotif.

8. Ulang langkah 4hingga 7 sehingga habis sajak anda.

9. Catat perubahan yang telah anda lakukan.

10. Anda akan dapat melihat bahawa terdapat perbezaan dalam


deklamasi sajak anda.

Latihan 5. Mengabungjalin semua kemahiran dalam satu persembahan.

Setelah menjalani semua latihan yang lalu, tiba masa anda melakukan
deklamasi sajak sebenar tanpa bimbingan . Percayalah , anda sememangnya
boleh melaksana deklamasi sajak yang baik. Limitasi diri anda adalah anda
sendiri , bukan orang lain mahupun persekitaran. Sebaik sahaja anda memilih

17
untuk menjadi lebih hebat dan komited terhadap pilihan tersebut, anda pasti
menjadi lebih hebat berbanding diri anda sebelum latihan ini.

5-10 minit

Alatan / keperluan : Mikrofon/ prop mikrofon( batang kayu, botol atau


sebagainya).

Pentas awam.

Lampu sorot.

Penonton .

Objektif :

1. Membuktikan kepada anda bahawa anda sebenarnya sudah


boleh melakukan deklamasi sajak dengan baik.

2. Membiasakan diri untuk dengan konsep bahawa anda dilihat ,


jadi anda bertindak sebagaimana anda mahu dilihat.

3. Mendapatkan maklum balas penonton tentang persembahan


anda.

Langkah:

1. Anda diminta untuk berdiri di bahagian tengah pentas.

2. Anda perhatikan keadaan sekitar anda dan penonton anda

3. Anda mulakan deklamasi sajak anda sebagaimana yang anda


telah rancangkan.

4. Anda sebut tajuk sajak anda.

5. Anda sebut “ nukilan ( nama anda) “.

6. Anda kira dalam hati sebanyak 2 detik.

7. Anda mulakan deklamasi sajak anda.

18
8. Anda gunakan bahasa badan dan riak wajah yang anda telah
tetapkan dalam sajak anda.

9. Cuba senyum ketika lampu sorot dipancarkan ke muka anda.

10. Catat maklum balas penonton anda selepas persembahan,


perhatikan reaksi penonton terhadap perubahan yang telah
anda lakukan.

11. Anda akan dapat melihat bahawa terdapat perbezaan dalam


deklamasi sajak anda.

19
LAMPIRAN 3

Instrumen Pasca Intervensi Penilaian Kendiri Pelajar Penilaian Terhadap


Penghayatan Sajak Bebas.

Instrumen ini bertujuan untuk mengukur pencapaian pelajar melalui 3


bahagian iaitu :

Bahagian 1- maklumat diri responden.

Bahagian 2 - Keyakinan diri saya untuk menyampaikan sajak.

Bahagian 3- sejauh mana penghayatan diri saya terhadap bahan sajak.

Bahagian 4- setinggi mana kesedaran saya tentang deklamasi sajak yang


baik.

Bahagian 1. Maklumat diri responden.

Tarikh lahir :

Umur :

Jantina :

Unit :

Program Pengajian :

Semester :

Tahun ambilan :

Bahagian 2 . Keyakinan diri saya untuk menyampaikan sajak.

Rujukan Skala Likert . :

1. amat tidak setuju


2. Tidak setuju
3. Tidak pasti
4. Setuju
5. Amat setuju

20
Bil . Soalan Skala Likert

1 2 3 4 5

1. Saya amat tidak yakin menyampaikan apa sahaja


genre sastera selain sajak.

2. Saya hanya tidak yakin untuk menyampaikan


sajak.

3. Saya berasa gemuruh ketika berada di hadapan


khalayak.

4. Saya berasa tidak selesa berada di atas pentas.

5. Saya berasa tidak seronok ketika menyampaikan


sajak.

Bahagian 3- sejauh mana penghayatan diri saya terhadap bahan sajak.

Bil . Soalan Skala Likert

1 2 3 4 5

6. Saya percaya sajak adalah sesuatu yang tidak


bermakna dan membuang masa.

7. Saya percaya bahawa penghayatan saya terhadap


bahan sajak adalah amat tinggi.

8. Saya mempunyai rasa kagum ketika melihat


penyajak menyampaikan sajak.

9. Saya merasakan ada perubahan dalam emosi


saya ketika saya menonton/mendengar
penyampaian deklemasi sajak.

10. Saya berasa seronok ketika rakan-rakan saya

21
menyampaikan sajak.

Bahagian 4- setinggi mana kesedaran saya tentang deklamasi sajak yang


baik.

Bil . Soalan Skala Likert

1 2 3 4 5

11. Saya amat memahami tema/ mesej /gaya


penyampaian sajak yang ingin saya
persembahkan.

12. Saya tahu dibahagian sajak yang mana saya perlu


berhenti/ menekan suara/ meninggikan intonasi/
memanjangkan sebutan.

13. Saya amat yakin bahawa bahasa badan saya


adalah sesuai ketika mempersembahkan
deklemasi sajak.

14. Saya amat yakin bahawa riak wajah saya adalah


sesuai dengan sajak yang saya persembahkan

15. Saya berasa mempunyai pengertian terhadap


sesuatu puisi.

16. Saya sanggup mengucapkan kata demi kata pada


tiap baris puisi disertai kesan yang terlihat pada
airmuka saya.

17. Saya sedar bahawa saya mesti menghayati makna


dan isi sajak yang mahu dideklamasikan.

18. Saya sedar tanpa menghayati sajak yang


dideklemasikan , maka sudah tentu persembahan
saya bakal hambar, lesu dan tak bertenaga.

19. Saya pastikan bahawa mimik / gerak badan saya


tidak bertentangan dengan sajak yang saya

22
sampaikan.

20. Saya pastikan bahawa masa gerak badan saya


adalah sesuai dengan penyampaian sajak saya.

Kategori /Julat Markah.:

Kategori /Julat Markah.:

Skor jawapan anda hendaklah dikumpulkan ( bahagian kedua adalah nilai


negatif, bahagian ketiga dan keempat adalah nilai positif dan didarab 1.5)dan
menjadi jumlah kepada skor muktamad anda. Jumlah skor tersebut dapat
dinilai mengikut kategori julat markah yang disediakan dalam jadual berikut :

Bil. Kategori / penjelasan Julat markah

1. Penyajak yang kompeten.

Anda seorang deklemator yang baik dan telah


berjaya menghayati sajak yang ingin anda
sampaikan. Anda hampir pasti sepenuhnya 81-87.5 markah.
bahawa anda mampu memberikan nilai
estetika kepada penonton anda

2. Penyajak yang kompeten terbimbing.

Sama seperti kategori yang pertama (1), 50-80 markah


cuma anda perlu mendapat lebih latihan dan
bimbingan untuk menyampaikan sajak yang
lebih berkualiti.

3. Penyajak yang perlukan intervensi.

Anda amat memerlukan bantuan dan 20-49 markah


intervensi supaya anda dapat
mendeklemasikan sajak dengan baik.

Contoh pengiraan markah :

23
( jumlah skor Bahagian Ketiga + Bahagian Keempat) x 1.5 + ( jumlah skor
Bahagian kedua) = Jumlah Skor muktamad.

(25+50) x 1.5 + (-25) = 87.5

7.5 skor maksimum

20 skor minimum

24

Anda mungkin juga menyukai