Anda di halaman 1dari 5

TAJUK: ROSAKNYA KAUM NABI LUTH

(dialog - nada tinggi)


“Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu termasuk
orang-orang yang benar!”

Assalamualaikum wbt.

Barisan hakim yang adil lagi bijaksana, serta hadirin yang


dirahmati Allah.

Demikianlah kesombongan satu kaum di kota Sadom, yang


kemudiannya dibinasakan Allah, disiksa dengan siksaan yang
sangat berat kerana perbuatan mereka yang keji dan mungkar.

(pantun)
Kasihnya ibu bersengkang mata
Kasihnya ayah rela berkorban
Rosaknya kaum Nabi Luth tajuk cerita
Mari dengarkan ambillah pengajaran

Hadirin yang dimuliakan,

Di sebuah tempat bernama Kota Sadom, tinggallah satu kaum


yang mengamalkan gaya hidup homoseksual, iaitu mereka
berhubungan lelaki sesama lelaki.

Mereka mengikuti kebodohan mereka dengan meninggalkan


fitrah menyukai wanita.

Sebahagian mereka menikahi para wanita hanya untuk


menyambung zuriat.

Mereka mempunyai penyakit jiwa yang sangat besar, sehingga


sanggup melempiaskan syahwat terhadap anak lelaki sendiri.

Ada yang tega membunuh ayah anak lelaki itu demi


berebutkannya. Lihatlah, betapa rosaknya akhlak dan keimanan
mereka!
Allah lantas mengutus Nabi Luth as, yang berusaha memberi
peringatan demi peringatan, tetapi ibarat mencurah air ke daun
keladi.

Kata mereka, “Usirlah Luth beserta keluarganya dari negerimu,


sesungguhnya mereka itu orang-orang yang (mendakwakan)
dirinya bersih.” (Surah An-Naml ayat 56)

Berkata Nabi Luth as, “Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki


di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan
oleh Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang
melampaui batas.”

Hadirin yang dirahmati Allah,

Nasihat Nabi Luth seperti hujan jatuh ke pasir. Dengan


sombong kaumnya mencabar, “Datangkanlah kepada kami azab
Allah, jika kamu termasuk orang-orang yang benar.” (Al-Ankabut:
ayat 29)

Sombongnya mereka mencabar Allah!

Nabi Luth as kemudian berdoa,

“Ya Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpakan azab) atas


kaum yang berbuat kerosakan itu.” (Al-Ankabut: ayat 30)

Sehinggalah satu waktu, menurut riwayat, Allah mengutus


malaikat Jibril, Israfil dan Mikail mendatangi Nabi Luth as dengan
rupa lelaki yang sangat tampan dan perkasa.
(Syair - Irama Hiasan)
https://youtu.be/T9PUk93O8Hc

Murkanya Allah tidak terbilang


Diutus Jibril panglima perang
Bawa perintah bukan sebarang
Hapuskan kaum cabar menentang

Kedatangan mereka dirahsiakan kerana kaumnya melarang


Nabi Luth menerima tetamu. Malangnya dibocorkan sendiri oleh
isteri Nabi Luth, lalu mereka berlari-lari mendatangi rumahnya.

Berkata Nabi Luth, “Hari ini hari bala yang paling besar!”

“Hai Luth, berikan tetamu kamu itu kepada kami!”

“Ini anak-anak perempuan saya, nikahi mereka, mereka lebih suci


bagimu,” nasihat Nabi Luth.

Mereka menolak dan terus mendesak!

Maka jawab Nabi Luth, “Kalaulah aku punya kekuatan untuk


menentang kamu, tentulah aku akan membinasakanmu!”

Beritahu malaikat, “Wahai Luth, sesungguhnya kami ini utusan


Allah, dan mereka tidak akan dapat memudaratkan kita.”

Dengan izin Allah, malaikat Jibril membutakan mata kesemua


mereka yang menceroboh masuk ke dalam rumah Nabi Luth.

“Wahai Luth, janji ancaman untuk mereka telah tiba.


Sesungguhnya Subuh sudah sangat dekat. Keluarlah kamu
bersama keluargamu, kecuali isterimu.

Dan usah toleh ke belakang, kerana azab itu akan


menggeletarkan tubuhmu melihatnya.”

Menjelang Subuh, datanglah janji Allah, iaitu azab yang amat


pedih. Negeri mereka diangkat lalu diterbalikkan dan mereka
dihujani dengan batu-batu dari langit yang dibakar!
Kesan peninggalan mereka ditemui oleh Ilmuan Muslim, di
wilayah Yordania di Laut Mati. Terdapat gunung yang terbalik
kedudukannya dengan bahagian atas gunung yang runcing
terletak di bawahnya.

Alangkah dahsyatnya siksaan bagi orang yang melanggar


perintah Allah.

Hadirin sekalian,

Menurut kajian perubatan, homoseks boleh mengakibatkan


kerosakan pada saraf otak, melemahkan akal serta mengundang
penyakit berbahaya seperti AIDS.

Akhbar Utusan bertarikh 2 Ogos 2018 melaporkan golongan


LGBT mewakili 50 peratus kes baharu AIDS sepanjang 2017.

Mengerikan, pada Himpunan Hari Wanita Sedunia yang lalu,


terdapat kelompok yang mempromosikan hak kebebasan dan
gaya hidup LGBT iaitu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender,
serta pelacuran secara terang-terangan.

Mengapa golongan ini begitu berani?! Tidakkah mereka takut


akan hadis Nabi saw, daripada Ibnu Abbas ra, “Rasulullah
melaknat lelaki yang menyerupai perempuan, dan perempuan
yang menyerupai lelaki.”

Hadirin yang dimuliakan Allah,

Kaum Muslimin dari semua golongan dan mazhab telah


berijma’ sepakat bahawa perbuatan homoseksual adalah
termasuk dalam dosa-dosa besar.

(lagu: Sudah Cukup Sudah | Kumpulan: Nirwana Band | Minit:


1.04)
https://youtu.be/BdhBJd5u8GU

Cukup cukup sudah


Usah disebar diremeh dosa
Takut peritnya azab Allah
Jangan pernah diundang murka
Takutlah azab Allah yang akan tertimpa bukan pada seorang
tetapi satu kaum yang mendiamkannya!

Seperti kain kasa di atas duri, isu LGBT ini sangat besar dan
sulit menanganinya.

Ikutlah kata pepatah, buka kulit ambil isi. Pihak berwajib perlu
tegas melakukan pembicaraan secara berterus-terang dan
memperkasakan undang-undang bagi memerangi perbuatan yang
amat tercela serta merosakkan masyarakat dari pelbagai aspek
kehidupan.

Ciri-ciri orang yang beriman adalah rasa takut akan azab Allah
dan rasa harap dari rahmat Allah. Sama-sama kita renungkan.

Sekian dahulu dari saya,

(pantun 2 kerat)
Cantik sungguh si cenderawasih
Mohon undur diri, terima kasih

*Nota:

1. Seperti hujan jatuh ke pasir


Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu pekerjaan yang sia-
sia

2. Seperti kain kasa di atas duri


Suatu perkara yang terlalu sukar menyelesaikannya, harus
sabar dan hati-hati

3. Buka kulit ambil isi


Pembicaraan atau perundingan secara berterus-terang

Anda mungkin juga menyukai