Anda di halaman 1dari 2

"PERAK EXCELLENT"

Ruj. Kami : J.Pend. Pk.(AM) 5131 Jld 4 ( 77 )


Tarikh : 26 Ramadan 1436
13 Julai 2015

SEMUA
Guru Besar Sekolah Rendah
Negeri Perak
(U.P. Pembantu Tadbir Kewangan / Penyelaras Program j-QAF)
Tuan,

LAPORAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN KEM BESTARI SOLAT 2015


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk untuk tindakan tuan.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pendidikan Islam telah menyalurkan
peruntukan Kem Bestari Solat ke Sekolah-sekolah Rendah melalui Unit Kewangan
Jabatan Pendidikan Perak.
3.
Sehubungan itu, tuan dipohon untuk membuat perbelanjaan sepenuhnya
pada tahun semasa dan menghantar laporan perbelanjaan penggal pertama ke PPD
masing-masing beserta salinan buku akaun subsidiari Kem Bestari Solat atau
salinan cetakan dalam sistem e-SPKWS sebelum 31 Julai 2015 seperti lampiran.
Kegagalan pihak sekolah mengemaskini data berkaitan akan menjejaskan proses
penyaluran peruntukan ke sekolah tuan pada tahun hadapan.
4.
Satu salinan laporan bercetak hendaklah dimasukkan di dalam fail panitia
untuk tujuan pemantauan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai
Pendidikan Islam PPD masing-masing. Kerjasama tuan dalam perkara ini amat
dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(HAJAH SALMIAH BINTI SABRAN A.M.N)


Ketua Sektor Pendidikan Islam
Sektor Pendidikan Islam
b.p. Pengarah Pendidikan Perak
s.k.

SEMUA Pegawai Pendidikan Daerah

LAMPIRAN
Laporan Perbelanjaan Kem Bestari Solat Penggal Pertama 2015
Bil

Perkara

Butiran

i.

Tahun

2005

ii.

Baki Tahun Lepas

iii.

Terima 2015

iv.

Belanja

v.

Baki Terkini

Sila kembalikan borang ini beserta salinan buku subsidiari atau salinan cetakan
dalam sistem e-SPKWS sebelum 31 Julai 2015 ke PPD masing-masing. Peruntukan
ini mesti digunakan sepenuhnya sebelum 31 Ogos 2015.

Anda mungkin juga menyukai