Anda di halaman 1dari 4

TEKS SYARAHAN AGAMA : TEMA IMAN

Bismilahirahmanirahim…

Lafaz Bismilah pembuka segala,Putera Sekolah Menengah


Kebangsaan Agama Kuala Lumpur memulakan bicara. Sebelum
bibir menitip kata membawa wacana ‘Iman dan Taqwa Asas Jati
Diri Muslim’ izinkan saya mengucapkan apresiasi saya untuk
pemimpin dewan yang budiman, kombinasi panel hakim yang
adil lagi bijaksana, guru-guru yang saya hormati, dan seterusnya
hadirin hadirat sekalian. Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.

Hadirin sekalian,

Iman dan Taqwa Asas Jati Diri Muslim adalah satu pegangan
untuk membentuk umat Islam supaya mempunyai satu
keperibadian yang unggul. Iman yang bermaksud tasdiq iaitu
iktiqad dengan hati kepada apa yang diketahui daripada ‘Deen’
Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w serta ikrarnya
dengan lidah dan amal.

Warga dewan yang dihormati,

Iman juga boleh didefinisikan sebagai kepercayaan yang tertanam


di lubuk hati dengan penuh keyakinan tanpa syak dan
ragu.Imanlah yang mempengaruhi pandangan hidup,perilaku,dan
amalan seseorang. Lidahnya mengucapkan syahadah,hatinya
mengakui,dan anggota badannya membuktikan dalam bentuk
tingkah laku. Taqwa pula merupakan satu istilah yang
mempunyai pengertian yang amat luas.Andainya iman itu dijiwai
oleh taqwa baharulah sempurna keislaman seseorang dalam erti
kata yang sebenarnya. Justeru, memang sewajarnya iman dan
taqwa menjadi asas jati diri muslim kerana melalui iman dan
taqwalah akan terbentuknya keperibadian unggul seseorang
muslim yang dapat mengawal diri daripada azab api neraka
dengan mengerjakan suruhan Allah swt dan meninggalkan
larangannya.
Hadirin yang dirahmati Allah,

Jati membawa maksud asli,murni,dan tidak bercampur.Namun


jika kita lihat dasawarsa kini anak-anak remaja kita sudah
terhakis nilai jati diri dalam diri mereka.Remaja hari ini rata-rata
amat menyanjungi budaya hedonisme.Mengapakah hal ini
terjadi? Pokok pangkalnya fenomena ini berlaku kerana iman
mereka senipis kulit bawang.Lantaran itu,iman dan taqwa amat
penting sebagai asas jati diri seseorang muslim.

Sidang dewan yang dikasihi,

Sebagai orang Islam kita sepatutnya mengamalkan budaya dan


etika Islam yang menjadi cerminan peradaban.Kita sepatutnya
sentiasa mempertahankan ciri-ciri dan budaya Islam supaya
dihormati oleh agama lain.Namun akibat,iman dan taqwa yang
senipis kulit bawang ini budaya Islam kini semakin ternoda
kerana diresapi kegilaan memuja dan menyanjung Bollywood dan
Hollywood,mabuk akan Shah Rukh Khan, Salman Khan,
Kajol,Leanardo De Caprio dan entah siapa lagi?Jati diri kita
semakin terhakis.Tersiat daripada amalan Islam yang
sebenar.Kenapa ini berlaku?Pesoalan ini akan terjawab kerana
umat Islam pada hari ini tidak mempunyai asas dan benteng iman
dan taqwa yang kukuh.

Hadirin sekalian,

Di dalam Al Quran, iman itu dibandingkan sbagai tanah yang


subur.Di atas tanah yang subur inilah lahirnya tamadun yang
kuat,teguh,kukuh,dan mencapai kebahagiaan.Dengan syarat
tamadun itu dibina di atas keimanan,ketaqwaan dan amal salih.
Selain itu,Al Quran juga membandingkan dunia ini sebagai kebun
Allah.ia disediakan untuk manusia agar dapat dijadikan tempat
bercucuk tanam dengan keimanan,ketaqwaan,ibadat,amal salih
seperti mana dijelaskan di dalam ayat Surah Al Nisa,4:124
‘ Sesiapa yang beramal salih,dari lelaki atau perempuan,sedang
mereka beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan
mereka tidak dianiaya walau sedikit pun.’.

Sidang dewan yang dihormati,

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas b Malik


terjemahannya..
‘Perumpamaan iman itu ialah laksana pohon kayu yang tumbuh
dengan teguh dan tegap.Iman adalah akar-akarnya,sembahyang
adalah urat-uratnya,zakat adalah ranting-rantingnya,puasa
adalah dahan-dahannya,bersakit-sakit menegakkan agama Allah
adalah tumbuh-tumbuhannya,budi pekerti luhur sebagai daun-
daunnya dan menahan diri daripada segala yang diharamkan oleh
Allah adalah buahnya.

Kesinambungan daripada hadis ini dapatlah disimpulkan bahawa


iman dan taqwa itu merupakan asas jati diri muslim yang kukuh
dan unggul.Iman diibaratkan sebagai tanah yang subur,kebun
yang rimbun dan pohon yang rendang.Iman dan taqwa perlu
dipelihara,dipertingkatkan,diperkukuhkan dari semasa ke semasa
kerana iman akan berkurangan dipengaruhi oleh faktor
persekitaran dan musuh utamanya iaitu iblis,syaitan,dan hawa
nafsu manusia sendiri.Justeru,iman dan taqwa yang kukuh perlu
untuk membentuk jati diri muslim yang unggul.

Hadirin yang dimuliakan,

Setiap yang bermula pasti akan berakhir,sebelum lidah berhenti


bicara,sebelum kaki mengatur langkah,ingatlah bahawa iman dan
taqwa asas jati diri muslim yang perlu dibajai selalu.Jika tanpa
iman dan taqwa jadilah kita seperti kapal di tengah lautan yang
hilang kemudinya dipukul gelombang entah ke mana haluannya?
Sekian,Putera SMK Agama Kuala Lumpur mengundur
diri.Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai