Anda di halaman 1dari 2

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SKePP 2020

FAQ TENTANG PUASA RAMADHAN

1. Siapa yang diwajibkan puasa Ramadhan ?


J :- Orang Islam
- Telah baligh ; yang belum baligh adalah digalakkan
- Berakal ; orang gila tak wajib
- Berkemampuan; orang sakit atau uzur tidak diwajibkan puasa
- Bermukim; tetap di suatu kawasan, jika bermusafir tidak diwajibkan puasa
- Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan

2. Bagaimana nak dapatkan puasa yang sah?


J :- Mestilah orang itu beragama Islam
- Berakal dan Mumaiyiz ( puasa kanak2 sah jika mumaiyiz)
- Suci daripada haid dan nifas. Puasa wanita “uzur syar’ie tidak sah)

3. Apakah rukun puasa yang wajib dipenuhi?


J :- Wajib berniat puasa. (puasa apa, bila nak puasa, sunat@wajib, kerana Siapa)
- Sentiasa menahan diri daripada apa sahaja perkara yang membatalkan puasa bermula
terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

4. Bagaimana nak berniat puasa?


J :- Niat wajib dilakukan di dalam hati kerana Allah Taala
- Sunat melafazkan niat.
- Lafaz niat puasa seperti :

‫السنَ ِة هَّلِل ِ تَ َعاىَل‬


َّ ‫ن ََويْ ُت َص ْو َم غَ ٍد َع ْن َادَا ِء فَ ْر َض َشهْ ِر َر َمضَ َان َه ِذ ِه‬
Maksudnya : Sahaja aku berpuasa pada esok hari bagi menunaikan fardhu
Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.
- kita boleh bermula niat selepas maghrib hinggalah sebelum masuknya waktu subuh
- walaubagaimanapun bagi mengelakkan kita terlupa niat, pada malam-malam tertentu,
kita boleh berniat untuk sebulan penuh. Lafaz niatnya seperti ini :

‫ن ََويْ ُت َص ْو َم َشهْ ِر َر َمضَ َان لُك ِ ّه فَ ْرضً ا هَّلِل ِ تَ َعاىَل‬


Maksudnya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan, fardhu
Kerana Allah Taala

5. Apa pula perkara yang menjadikan puasa kita batal?


J :- Makan atau minum dengan sengaja. Terlupa adalah dimaafkan dan perlu diberhentikan
serta merta makan atau minum tersebut sekiranya baru teringat.
- Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja
- Muntah dengan sengaja seperti menjolokkan jari ke dalam mulut
- Keluar haid dan nifas
- Gila
- Murtad ( keluar daripada agama Islam)
- Mengeluarkan air mani dengan sengaja walau dengan apa cara sekalipun
- Bersetubuh pada siang hari

6. Apakah lagi amalan dalam bulan puasa yang boleh menambahkan pahala sunat?
J :- Segera berbuka apabila masuk waktu berbuka. (makruh kita melambatkan berbuka
puasa)
- memulakan berbuka dengan kurma atau juadah yang manis
Sunat membaca doa sebelum menjamah makanan. Doanya seperti :
‫َاللَّه َُّم كَل َ مُص ْ نَا َوب َِك آ َمنَّا َوعَىَل ِر ْز ِق َك َأفْ َطراَن‬
Maksudnya : Ya Allah, bagi Engkaulah amalan puasa kami ini, kepada Engkaulah
kami beriman dan dengan rezeki Engkaulah kami berbuka.
- Melambatkan bersahur
- Banyakkan membaca Al-Quran, zikir, selawat, dan amal kebajikan
- Sentiasa bersedekah
- Jauhkan dari bercakap yang sia-sia seperti perkataan-perkataan yang buruk dan keji

7. Siapa lagi yang dibolehkan tidak berpuasa?


J :- ada penyakit yang serius@berat iaitu jika berpuasa juga, akan menambahkan lagi
kesakitan
- Orang yang bermusafir
- Orang yang terlalu tua dan amat lemah
- Orang yang tersangat lapar dan dahaga disebabkan melakukan kerja berat, dan jika ia
meneruskan juga puasanya akan memudaratkannya.
-wanita yang hamil atau wanita yang sedang menyusukan anak

8. Adakah puasa kena ganti@Qada? Siapa pula yang terlibat dan diwajibkan Qada puasa?
J :- Orang yang sakit yang sakitnya ada harapan sembuh
- orang yang bermusafir
- wanita yang haid dan nifas
- orang yang meninggalkan niat puasa
- orang yang pitam/mabuk sepanjang hari
- orang yang tersangat lapar dan dahaga
- orang yang sengaja melakukan perkara yang membatakkan puasa (lihat no.5)

9. Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?
J : Boleh. Tetapi dalam mazhab Shafie, makruh memberus gigi selepas waktu zohor

10.Bagaimana pula semasa berwuduk, boleh tak berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung?
J : Boleh. Namun memadai berkumur dengan air yang sedikit. Boleh juga memasukkan air ke dalam
hidung namun hanya rongga luar sahaja. Jika tertelan air, dimaafkan kerana tidak sengaja dan kita telah
menjaga dengan sebaik mungkin untuk mengelakkan batal.

11. Batal atau tidak jika kita mendapatkan rawatan suntikan?


J : Tidak

12. Bagaimana dengan puasa kita, jika kita tidur selepas sahur dan bangun ketika maghrib? Sah tak
puasa kita ?
J : Sah

13. Saya dengan tidak sengaja menghisap hujung pensel atau pen semasa melakukan kerja sekolah?
J : Tidak batal

14. Saya mengumpul air liur dan menelannya. Batal atau tidak?
J : Tidak batal. Namun jika air liur itu telah keluar dari mulut dan kita menelannya, maka batal
puasa.

*FAQ ini disedikan khusus untuk murid-murid SK PASIR PANJANG dengan tujuan untuk memberi
sedikit kefahaman sebelum menjalani ibadah puasa. NAMUN peranan ibubapa juga perlu dalam
memberikan penerangan semasa tempoh PKP Covid-19 ini.
Rujukan : 1.Kitab Fiqh Manhaj. 2.Kitab Sabilatul Muhtadin 3. Buku Indahnya Hidup Bersyariat

Disediakan oleh :
Panitia Pendidikan Islam
Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang (SKePP)
Edited by @ustMFK

Anda mungkin juga menyukai