Anda di halaman 1dari 10

4.

0 MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI MURID MASALAH PENGLIHATAN

Kecacatan penglihatan atau buta adalah sejenis kecacatan fizikal di mana


sebahagiannya daripada alat-alat pacaindera telah rosak samada rosak teruk atau
mengalami kehilangan yang sedikit

sehingga meninggalkan kesan yang negatif

terhadap pertumbuhan seseorang kanak-kanak.


Dari aspek pendidikannya bermasalah penglihatan bermaksud :
i)

Cacat separuh atau kurang nampak ialah mereka yang berkemampuan untuk
membaca dan melihat huruf biasa.

ii)

Buta

ialah

mereka

yang

langsung

tidak dapat

melihat

dan

perlu

menggunakan kod braille untuk membaca.


Oleh yang demikian bagi kanak-kanak yang cacat penglihatan, mereka juga terlibat
dengan beberapa masalah dalam aspek pembelajaran kerana pertumbuhan deria
pacaindera mengalami masalah seterusnya sedikit sebanyak memberi kesan kepada
perkembangan mental. Maka tidak hairanlah ada segelintir daripada mereka mengalami
proses perkembangan yang lambat seperti respondan

yang boleh dikatogerikan

sebagai multiple handicap. Ini bermaksud kanak-kanak tersebut mengalami cacat


penglihatan (B2) dan perkembangan lambat.

4.1

MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI MURID MASALAH PENGLIHATAN

Bahasa merupakan satu elemen yang penting dalam komunikasi dua hala. Oleh yang
demikian apa pun kecacatan yang di alami oleh seseorang individu perlu menguasai
kemahiran tersebut agar dapat bersosiolisasi dalam masyarakat dengan penuh
keyakinan . Berikut adalah antara kepentingan menguasai bahasa bagi kanak-kanak
cacat penglihatan:
1. Sebagai saluran untuk memenuhi kehendak individu.
2. Memberi keyakinan dalam pertuturan dan penulisan

3. Dapat berinteraksi dengan jelas dan berkesan


4. Boleh menjalinkan perhubungan sosial dengan baik
5. Memberi dan menerima arahan dengan jelas
6. Menyampai dan mentafsi maklumat dengan tepat
7. Menimba ilmu dari pelbagai media dan sumber
8. Dapat berurusan dalam pelabagai bidang dengan lancar serta bermakna
Antara masalah bahasa yang dapat dikenalpasti bagi murid masalah penglihatan ini
ialah:

Komunikasi yang kurang berkesan

Sebutan yang kurang jelas.

Kurang perbendaharaan kata

Dailek ( pengguguran / penambahan)

Kesalahan ejaan dan kurang pemahaman

Kenal huruf tetapi belum boleh membaca dengan lancar

Hanya boleh membaca perkataan dengan dua suku kata.

Kelihatan seakan-akan boleh membaca.

Membaca dengan mengeja terlalu lambat.

Tidak boleh membaca perkataan yang sukar seperti 'eksklusif', 'infrastruktur''atau


'penyelesaian'

Tidak boleh membaca perkataan yang tidak dikenali.


http://www.slideshare.net/cikgusuepkhas/laporan-kaijian-bahasa-murid-masalahpenglihatan

4.2

CIRI KOMUNIKASI MURID MASALAH PENGLIHATAN

Pada keseluruhannya tiada perbezaan dengan kanak-kanak normal kecuali pd peringkat awal,
penggunaan bahasa dihadkan kpd pengalaman visual dan lebih bersifat egosentrik. Kecacatan
tidak jejas mereka memahami dan menggunakan bahasa Guna auditory sebagai deria
pembelajaran bahasa (kemahiran mendengar bahasa kekadang lebih daripada kanak-kanak
normal) Mungkin lebih bermotivasi utk menggunakan bahasa kerana pertuturan merupakan
cara yang paling utama utk berkomunikasi.
3.3

MASALAH PERKEMBANGAN BAHASA MURID MASALAH PENGLIHATAN

masalah perkembangan bahasa yang

berkaitan dengan kanak-kanak masalah

penglihatan bolehlah dilihat aspek berikut:


1) FONOLOGI DAN MORFOLOGI
kanak-kanak cacat penglihatan yang kurang pengetahuan berkomunikasi dan
tidak dilatih bertutur dengan lancar akan menghadapi masalah memasuki alam
persekolahan. Ini kerana penerimaan, penyimpanan dan pernyataan idea
mereka adalah sangat kurang. Dalam perkembangan bahasa kanak-kanak
normal akan dapat mempelajari peringkat demi peringkat berkomunikasi dan
dapat mendiskriminasikan bunyi dan sebutan. Lama kelamaan kanak-kanak
tersebut

akan

memahami

bunyi

sebutan

itu

sebelum

mengeluarkan

pertuturannya dengan yakin. Kesukaran membunyikan huruf-huruf yang sama

bentuk seperti b, d, p, c, s m, n dan r menyebabkan kesukaran


mengeja perkataan dan membunyikan perkataan .
Masalah sebutan yang tidak jelas ini adalah disebabkan oleh pelat. Menurut
Dewan Bahasa Dan Pustaka pelat bermaksud tidak dapat menyebut sesuatu
perkataan dengan betul dan tepat. Contoh seperti makan jadi akan , cikgu
jadi egu dan sebagainya. Dalam kes ini kanak-kanak mengalami kesukaran
dalam proses-proses tertentu. Pelat terjadi kemungkinan kerana kanak-kanak
tersebut mengalami masalah kawalan alat pertuturan(artikulasi) yang tidak dapat
dikesan pada peringkat awal lagi. Pengaruh persekitaran termasuk ibubapa dan
adik beradik mungkin berbahasa pelat juga agar mudah difahami oleh kanakkanak tersebut. Ini secara tidak langsung turut mempengaruhi bahasa pertuturan
kanak-kanak tersebut. Masalah yang ketara ialah ada beberapa sukukata atau
sebutan itu terdiri daripada kesengauan suara dimana tidak boleh menyebut
dengan jelas sesetengah vokal dan konsonan.
Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan sengau sebagai keadaan atau sifat
bunyi yang dikeluarkan dari hidung: huruf ~ huruf yg diucapkan melalui
rongga hidung (spt n, ng dll). Masalah yang berlaku ini sedikit
menganggu

pengucapan-pengucapan

Penyebutan kata dan susunan

yang

berkaitan

dengan

sebanyak
fonetik.

bunyi pertuturan menjadi sengau dalam

perbualan harian. Bila berada di alam persekolahan kanak-kanak terpaksa


menyesuaikan diri dengan keadaan yang mempengaruhi emosi dan keyakinan
diri berhadapan dengan situasi baru.
2) SINTAKSIS
Berkaitan dengan semua permasalahan diatas kanak-kanak ini biasanya akan
menulis mengikut apa yang disebut dan didengar. Banyak kesalahan ejaan berlaku
semasa menulis . Ini semua disebabkan oleh masalah dailek, pelat , sengau dan
kurang kefahaman semasa berkomunikasi. Kanak-kanak yang terlibat dengan
perkembangan lambat sangat ketara kesalahan yang dilakukan oleh mereka dalam

aspek penulisan. Kebanyakan mereka ini membaca dengan sangat lambat,


memerlukan tulisan yang besar dengan menggunakan alat bantuan bagi meningkat
kefahaman. Kesalahan ejaan sangat ketara kerana kanak-kanak rabun ini menulis
mengikut apa yang didengar. Berlaku pengabaian sukukata dan penambahan
mengikut kefahaman mereka sahaja. Mereka tidak boleh menyusun sukukatasukukata bagi menjadi satu perkataan yang bermakna dengan tulisan tangan yang
sangat tidak kemas.

3) SEMANTIK DAN PRAGMANTIK


Perkara yang sering berlaku dalam perkembangan bahasa bagi kanak-kanak cacat
penglihatan ini ialah kesukaran mereka mengikuti dan menggunakan bahasa
berdasarkan aspek bahasa yang sepatutnya. Semantik menyentuh perkara-perkara
yang berkaitan dengan maksud atau erti sesuatu perkataan. Kemampuan kanakkanak ini memahami sesuatu maksud perkataan bergantung kepada ciri-ciri sesuatu
perkataan tersebut samada ianya melambangkan objek yang konkrit atau abstrak.
Contohnya perkataan angin dan peranginan. Ini memerlukan kanak-kanak
tersebut membuat andaian bagi dengan maksud yang sebenarnya. Adalah satu
cabaran yang sukar bagi kebanyakkan kanak-kanak cacat penglihatan dengan
pelbagai kecacatan ini memahaminya. Mereka dapat merasakan angin kerana
mereka

mempunyai

deria

lain

tajam

tetapi

bagaimana

mereka

membayangkan peranginan itu dengan masalah sebutan yang tidak

dapat

jelasnya.

Ketidakupayaan inilah menyebabkan mereka kurang mampu berkomunikasi dengan


sepenuhnya.

Kesukaran

membaca

dengan

lancar

menyebabkan

mereka

mempunyai pengetahuan yang terhad dalam bahasa dan dalam keterbatasan itu
menyebabkan mereka menggunakan sukukata-sukukata yang mudah sahaja.

Bahasa dan pertuturan adalah satu alat yang digunakan untuk tujuan komunikasi.
Komunikasi atau proses interaksi dapat dilakukan dengan menggunakan lima deria
yang utama:
i.

Pendengaran/pertuturan

ii.

Penglihatan

iii.

Sentuhan

iv.

Hiduan/bau

v.

Rasa

Keupayaan berkomunikasi di antara satu sama lain membolehkan penyampaian


idea yang kompleks dengan menggunakan satu sistem perhubungan yang tersusun.
Ianya bukan sahaja dapat menggalakan perhubungan sosial tetapi dapat juga
memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kognitif . Komunikasi
memerlukan sebarang maklumat yang bermakna dan memahami maklumat yang
diterima. Ketidakupayaan seseorang itu dalam berkomunikasi terutama menerusi
percakapan, pendengaran, bacaaan dan tulisan akan menyebabkannya kurang
mampu untuk berkomunikasi sepenuhnya.
Selain daripada itu gangguan perkembangan sosial dan gangguan emosi
menjadikan kanak-kanak ini mempunyai perkembangan bahasa yang terhad.
Dewan Bahasa dan Pustaka mengatakan dialek/loghat adalah bahasa daerah atau
bahasa setempat yang digunakan seharian. Loghat ini digunakan pada semua isi
rumah kerana mudah difahami dalam komunikasi. Walaubagaimanapun masalah
akan timbul sekiranya kanak-kanak tersebut tidak dapat membezakan antara
bahasa loghat ini dengan penggunaan bahasa buku. Sebutan-sebutan yang dasar
yang sebenarnya. Sebagai contoh ikan menjadi ikang, padang menjadi
padam,

dan

sebagainya.

Faktor-faktor

ini

akan

saling

berkait

dengan

perbendaharaan kata yang selalu digunakan dengan sebutan yang kurang jelas,

termasuk pelat dan sengau. Masa mereka lebih lama dirumah merupakan punca
pengaruh dailek ini sukar diperbetulkan. Gangguan persekitaran dengan berbagai
bahasa dailek akan cepat mempengaruhi mereka kerana mereka suka dengan
perkataan yang mereka rasa mudah disebut dan mereka fahami sendiri. Bahasa
mereka kadangkala sukar difahami tetapi kebanyakan mereka boleh berkomunikasi
dengan rakan sebaya dengan bahasa mereka sendiri.

3.4 KAEDAH MEMPERTINGKATKAN PERKEMBANGAN BAHASA DAN LITERASI KANAK-KANAK AUTISME

Perkembangan komunikasi sangat dipengaruhi oleh kematangan

intelek dan

mental,umur,persekitaran dan alat pertuturan. Ibubapa dan guru adalah agen utama
yang boleh melatih kanak-kanak ini melalui proses-proses yang tertentu. Oleh yang
demikian mereka perlu dilatihtubi berulangkali dengan penuh kesabaran dan keyakinan
tanpa rasa jemu terutama bersama ahli keluarga. Mereka perlu berinteraksi secara
lebih kerap dan menggunakan semua deria utama yang ada sehingga menimbulkan
rasa ingin maju dan terus mencuba.Menurut Karen A. Erickson .(2007) secara
semulajadinya sikap positif atau negatif ibu bapa memberi kesan yang hebat terhadap
perkembangan kanak-kanak cacat penglihatan. Samada di rumah atau sekolah yang
paling penting ialah kanak-kanak tersebut membesar dengan perkataan atau frasafrasa yang selalu didengar dan menggunakannya pada situasi yang betul. Contohnya
seperti pengucapan selamat pagi , terima kasih dan sebagainya. Dalam perbualan
harian mereka perlu dibantu dengan mengembangkan perbendaharan kata mengenai
benda-benda dipersekitarannya. Walaupun tidak dapat melihat / rabun kita galakkan
mereka meneroka dengan menggunakan deria lain seperti sentuh, bau ,rasa dan

dengar. Berikut adalah aktiviti yang boleh dikongsi bagi menggalakan mereka
berkomunikasi dengan yakin.
1. Membacakan buku cerita di waktu senggang.
2. Galakan mereka

bermain dengan rakan sebaya

supaya mereka dapat

meluahkan dan berkongsi perasaan .


3. Menonton dan mendengar rancangan kegemaran bersama.
4. Melihat buku-buku bergambar atau buku skrap yang boleh diubah suai mengikut
tahap kecacatan mata.
5.2 Masalah sebutan yang kurang jelas dan kurang perbendaharaan kata
Masalah ini dikaitkan dengan pelat atau sengau. Oleh yang demikian latihtubi perlu
dijalankan dan memerlukan masa yang panjang bagi membetulkan masalah sebutan
tersebut. Masalah menjadi lebih berat kerana kanak-kanak ini mempunyai pelbagai
kecacatan. Pelbagai kaedah perlu dijalankan termasuk latihtubi sebutan

atau

mendengar pita rakaman dengan menggunakan kad imbasan atau melalui cctv serta
kanta pembesar. Masalah ini juga dapat diatasi dengan meningkatkan pergaulan
dengan rakan sebaya agar mereka dapat berkomunikasi dengan sebutan yang
betul.Ibu bapa digalakkan berjumpa dengan pakar pertuturan agar kanak-kanak ini
dapat melalui proses terapi yang sesuai.
Guru juga digalakan menggunakan perkataan yang mudah difahami pada peringkat
permulaan dan secara beransur menggunakan penambahan-penambahan yang sesuai
yang mudah dengan gambaran yang jelas. Juga dicadangkan membawa kanak-kanak
ini meneroka ke sesuatu tempat atau benda dengan menggunakan semua deria yang
ada.
Berbagai teknik

dan kaedah yang perlu dijalankan bagi memotivasikan mereka.

Antaranya adalah seperti berikut:

1. Membacakan buku cerita di waktu senggang.


2. Galakan mereka

bermain dengan rakan sebaya

supaya mereka dapat

meluahkan dan berkongsi perasaan .


3. Menonton dan mendengar rancangan kegemaran bersama.
4. Melihat buku-buku bergambar atau buku skrap yang boleh diubah suai mengikut
tahap kecacatan mata.
Kesimpulannya masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah penglihatan ini ialah
lemah dalam komunikasi, sebutan yang tidak jelas, kurang kelancaran,bahasa dailek
dan kesalahan ejaan. Intervensi awal perlu dijalankan agar mereka tidak akan jauh
ketinggalan dari kanak-kanak normal terutama dalam pemerolehan bahasa. Masalah ini
akan merupakan penyebab kepada terjejasnya pencapaian mereka dalam aspek
pembelajaran. DARJA KOBAL GRUM .(2010) menegaskan Penglibatan ibu bapa dan
persekitaran sangat penting dalam memberi sokongan dan bimbingan terhadap
perkembangan bahasa mereka. Mereka perlu sentiasa berintraksi dan bersosiolisasi
bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka. Ibu bapa merupakan faktor dalam
menentukan laluan pendidikan mereka dengan mengubah sikap dan sentiasa
berhubung dengan pihak sekolah.

Anda mungkin juga menyukai