Anda di halaman 1dari 5

2.

MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI MURID PENDIDIKAN KHAS

Murid pendidikan khas terdiri daripada murid yang bermasalah dari segi penglihatan, pendengaran dan
pembelajaran. Secara spesifik, bahagian ini mengkategorikan murid bermasalah pembelajaran bercirikan
sindrom Down, autisme ringan, gangguan hiperaktif defisit perhatian atau attention deficit hyperactive
disorder (ADHD), terencat akal minimum dan bermasalah dalam pembelajaran spesifik (Jabatan
Pendidikan Khas, 2004:1).
Masalah bahasa dan komunikasi seringkali terjadi pada kanak-kanak yang berkategori kanak-kanak khas. Antara
contoh kanak-kanak yang akan mengalami masalah bahasa dan komunikasi ini adalah seperti kanak-kanak sindrom
sown, cerebral palsi, autisme dan lain lain lagi. Masalah bahasa adalah ketidakupayaan seorang kanak-kanak
seorang kanak-kanak menguasai kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen iaitu fonologi, morfologi
, sintaksis , semantik dan pragmatik. Manakala masalah komunikasi pula terjadi apabila terdapat satu penyimpanan
daripada pendengaran pertuturan atau bahasa yang normal mengganggu komunikasi. Contohnya adalah seperti
kesengauan dan juga gagap di kalangan kanak-kanak.

Tugasan ini memfokuskan kumpulan murid dalam kategori bermasalah pembelajaran Autisme sahaja
kerana pelbagai kategori murid tersebut belajar dalam kelas yang sama yang memungkinkan ramai dalam
kalangan mereka mengalami masalah komunikasi. Kemudian kami juga turut memfokuskan masalah
Bahasa dan komunikasi murid yang mempunyai masalah pendengaran dan juga penglihatan.
2.1

MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI MURID AUTISME (MASALAH


PEMBELAJARAN)

Menurut istilah.Autisme berasal dari perkataan autos iaitu diri sendiri danisme yang bermaksud aliran. Jadi dalam
erti kata lain kanak-kanak autisme diertikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri. Oleh sebab
itu, jika kita lihat kanak-kanak ini sukar didekati dan berkomunikasi secara verbal. Hal ini kerana, seperti yang sedia
maklum, kanak-kanak autism adalah merupakan seorang kanak-kanak yang sukar untuk didekati kerana sikapnya
yang suka untuk bersendirian. Autism merupakan salah satu daripada kecacatan yang kadangkala dipanggil
pervasive developmental disorders ataupun autisme spectrum. Walaupun symptom autism berbeza, namun terdapat
beberapa perwatakan yang biasa. Ini termasuklah, kelemahan interaksi sosial. Perbezaan dalam hubungan sosial
kemungkinan ciri yang paling menonjol dalam spectrum disorders. Kanak-kanak ini kebiasaannya sukar memberi
respons kepada ibubapa ataupun penjaga yang lain.
Rutter and Shoppler, (1987) , menyatakan bahawa sesetengah daripada kanak-kanak autisme ini tidak faham apa
yang dipertuturkan. . Kesukaran komunikasi dan berbahasa adalah bukti bagi kebanyakan kanak-kanak yang
mengalami autism dan ini berlanjutan sehingga dewasa. Selain itu juga, kanak-kanak autism sering berkelakuan aneh
dan berbeza berbanding budak normal yang lain. Kanak-kanak ini sering dianggap berkelakuan pelik seperti suka
memukul kepala mereka, menepuk tangan dan membuat apa saja yang mereka suka. Mereka juga akan merasa sedih
jika terdapat sesuatu yang berlainan daripada asal.(Puttar& Schopler, 1987).
Antara sebab-sebab yang menyebabkan autism ini ialah disebabkan faktor genetik. Selain itu ada juga mencadangkan
kecacatan dalam sistem otak mungkin menyebabkan kesukaran dalam memproses maklumat dan kelakuan streotaip
pada kanak-kanak autism.(Tanguny&Edwards,1992). Folstein &Rutter (1988) pula mengatakan punca autism adalah
organic daripada psikososial.

2.1.1

CIRI- CIRI KOMUNIKASI MURID AUTISME

Kanak-kanak autisme ini lebih suka bernyanyi dan bercakap bersendirian. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak
ini hanya akan berkomunikasi dengan rancak dengan dunia sendirinya sahaja.
Dalam aspek pertuturan juga, kanak-kanak ini tidak dapat mengungkapkan ayat yang panjang. Ini adalah disebabkan
faktor bahasanya yang terhad tadi. Seperti kanak-kanak normal yang lain, kanak-kanak autisme juga mengalami
echolalia iaitu jenisdelayed echolalia. Sebagai contoh semasa proses pembelajaran, mereka tidak akan
menumpukan perhatian sebaliknya akan bermain dan melalukan aktiviti yang disukainya .
Dari aspek komunikasi, perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung, mereka kadang-kadang kelihatan

Perkataan atau
jawapan yang dituturkan oleh mereka tidak sesuai dengan pertanyaan mereka turut mengeluarkan bahasa
yang tidak difahami meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya; dan menarik tangan
orang lain bila meminta sesuatu bantuan.
seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain.

2.1.2

MASALAH PERKEMBANGAN BAHASA MURID AUTISME

Menurut

Howard Goldstein

(2002) B

ahasa individu yang mempunyai masalah Autisme ini adalah


terhad dan tidak fleksibel. Bagi yang boleh bertutur mereka banyak bergantung kepada ingatan secara
hafalan daripada menggunakan peraturan asas bahasa secara kreatif. Tajuk perbualan adalah terhad
disamping bermasalah dalam bahasa badan (gesture) yang bersesuaian. Masalah bahasa kanak-kanak
autistik dapat dibahagikan seperti berikut.
(A) Nonsegmental Phonology
I.

Kanak-kanak autistik lemah dalam menghasilkan pertuturan yang nonsegmental atau dikenali juga sebagai prosodi.
Kelainan prosodi yang ditunjukkan adalah seperti berikut:

II.

Irama yang stereotaip atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan.

III.

Pengeluaran bunyi vokal yang berubah-ubah turun naiknya dan tidak seperti biasa.

IV.

Pertuturan yang monotonus dengan nada suara yang terhad.

V.

Tidak menunjukkan perbezaan dalam intonasi dalam percakapan.

(B) Bahasa Idiosinkratik


Kanak-kanak autistik dikatakan mempunyai bahasa mereka yang tersendiri, iaitu perkataan dan frasa yang dikeluarkan adalah unik.
Semua bentuk bahasa yang dikeluarkan menunjukkan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam kefahaman. Mereka
berkecenderungan mengingati perkataan-perkataan yang mereka belajar pertama kalinya, tetapi gagal membuat generalisasi untuk
menggunakan perkataan tersebut dalam situasi yang baru.

(C) Masalah Kata Ganti Nama


Penggunaan kata ganti nama dalam pertuturan kanak-kanak autisme kerap menimbulkan kekeliruan terutamanya yang melibatkan
rujukan jantina seperti "he" atau 'she". Kata ganti nama kedua "you" digunakan untuk dirinya dan "I" untuk orang lain. Keadaan ini
berlaku kerana kanak-kanak autisme sukar memahami dan menggunakan perkataan yang berubah maknanya mengikut konteks.
(D) Ekolalia
Ekolalia bermaksud kanak-kanak autisme mengulang-ulang apa yang dicakapkan tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara
automatik. Secara kasar kita dapat membezakan jenis ekolalia seperti berikut:

Ekolalia serta merta (immediate ecolalia) - iaitu pengulangan yang tepat dan serta merta apabila perkataan disebut.

Ekolalia lewat (delayed ecolalia) - diucapkan agak lewat atau agak lama selepas perkataan disebut.

Ekolalia ringan (mitigated} - pengulangan segera tetapi terdapat perubahan apa yang dipertuturkan.

Menurut K.A. Razhiyah (2006), kanak-kanak autisme mempunyai tumpuan belajar yang
singkat, mudah jemu dan tidak berminat terhadap pembelajaran secara teori. Hal ini
mengakibatkan kanak-kanak autistik sukar untuk berjinak dengan bahan bacaan
memandangkan tumpuan belajar (attention span) mereka amat singkat. Roziah Abd Hamid
(2005) dalam jurnal Tiong Leh Ling & Zaidatun Tasir menyatakan bahawa,
Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan pelajar tidak dapat membaca
dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan
dikemukakan.

2.1.3

KAEDAH MEMPERTINGKATKAN PERKEMBANGAN BAHASA DAN LITERASI KANAK-KANAK AUTISME

Merujuk kepada masalah bahasa dan komunikasi murid autisme, terdapat pelbagai punca-punca
yang menyebabkan kanak-kanak akan mengalami masalah ini. Justeru, pelbagai pendekatan dan
pencegahan perlu dilakukan bagi membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bahasa dan
pertuturan. Antaranya ialah:
Tempatkan murid hampir dengan guru
Guru perlu menarik perhatian murid sebelum mulakan pengajaran
Percakapan dan arahan guru perlu terang dan jelas
Guru perlu mengulang arahan yang agak sukar difahami oleh murid
Murid digalakkan untuk bercakap
Jangan memaksa murid menghafal
Guna pendekatan komunikatif iaitu peranan guru menjadi kurang manakala murid
banyak
berinteraksi
Teknik pemusatan pembelajaran murid

Teknik peniruan
Teknik modelling
Latih tubi
Pendekatan mainan
Guru tidak boleh tekankan murid dengan perkataan yang sukar
Guru memberi penerangan kepada ibu bapa supaya sentiasa gunakan perkataan yang
betul dan
mudah.
Pengulangan bacaan
Menggunakan peluang persekitaran untuk menggalakkan pertuturan
Pastikan masa dan keadaan yang sesuai untuk perbualan yang panjang dan spontan.
Di sini dapat dirumuskan bahawa langkah-langkah pencegahan untuk kanak-kanak yang
mengalami masalah bahasa dan pertuturan ialah dari segi peranan guru itu sendiri dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini,guru amat penting dalam proses interaksi dengan
murid-murid perlu ditempatkan hampir dengan guru. Guru perlu menarik perhatian murid
sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran. Percakapan dan arahan guru perlu terang dan jelas.
Guru juga perlu selalu mengulang arahan yang agak sukar difahami supaya murid dapat
memahami perkara yang disebutkan oleh guru. Dalam konteks ini, murid digalakkan untuk
bercakap supaya mereka dapat membiasakan diri dalam proses bahasa dan komunikasi. Namun,
yang penting murid jangan dipaksa untuk menghafal dan perlulah elakkan murid daripada
merasa tertekan.
Selain itu, guru perlu memastikan supaya murid-muridnya menggunakan bahasa semasa proses
berinteraksi. Dapat ditekankan di sini, murid perlulah diajak berbual dan topik yang dibualkan
itu mestilah berkaitan dengan pengalaman murid tersebut. Langkah seterusnya ialah guru perlu
memberi pendekatan komunikatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini,
peranan guru menjadi kurang. Hal ini supaya murid banyak berinteraksi . Menurut Sussman, F.
(2012) melalui pendekatan komunikatif ini, murid-murid akan mempunyai kecekapan untuk
berkomunikasi. Di dalam aktiviti komunikatif ini, aktiviti yang dirancang kepada kemahiran
lisan iaitu mendengar ,menyebut, bertutur, berbincang dan membentuknya di dalam penulisan.
Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan kemahiran komunikasi kepada murid-murid. Gerak
kerja dijalankan di dalam kumpulan kecil dan tidak mengasingkan murid-murid yang cerdas.
Dengan ini, berlakulah kerjasama iaitu murid-murid cerdas membantu murid-murid bermasalah.
Di samping itu, aktiviti peniruan juga boleh digunakan untuk menggalakkan murid-murid
bertutur contohnya, guru menunjukkan budak sedang berlari sambil menyebut Dia sedang
berlari. Seterusnya kanak-kanak mungkin hanya menyebut dia.Guru terus mengulang
perkataan secara berkali-kali sehingga murid dapat menjawab dengan baik. Langkah seterusnya
adalah melalui aktiviti modeling iaitu guru memerlukan seorang pembantu untuk membantunya
sebagai model. Di sini model menunjukkan gambar kepada kanak-kanak manakala murid-murid
mendengar apa yang dipertuturkan oleh model tersebut. Di sini murid-murid akan mendengar
dan mula berbahasa dan bertutur dengan baik. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga,

penggunaan bahasa yang sukar perlu ditukar kepada bahasa yang mudah untuk difahami, Muridmurid yang mengalami masalah akan dapat berbahasa dengan baik apabila guru mula
menggunakan bahasa yang mudah dan senang difahami.
Di samping itu, peranan ibu bapa juga amat penting di dalam penggunaan bahasa dan pertuturan.
Di ruman ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam proses berinteraksi. Di sini ibu bapa
memerlukan penggunaan bahasa yang betul, mudah serta ringkas pada permulaannya. Lamakelamaan anak-anak dapat berbahasa dan bertutur dengan baik dan ini memepengaruhi
penggunaan bahasa yang baik oleh kanak-kanak. Ibu bapa juga perlu melatih anak-anak supaya
berkomunikasi dengan baik , supaya anak-anak dapat menyesuaikan diri dengan penggunaan
bahasa dan pertuturan. Di sini, peranan ibu bapa itu sangat penting dalam penggunaan bahasa
yang betul seterusnya mempengaruhi pertuturan kanak-kanak autisme ini.

Anda mungkin juga menyukai