Anda di halaman 1dari 2

Sepertimana yang kita ketahui, isu mengenai ketidakprihatinan guru semakin menjadi-

jadi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Banyak masalah-masalah disiplin yang berlaku
namun guru terlepas pandang akan hal-hal ini. Kes pelajar hamil diluar nikah dan melahirkan
anak di tandas sekolah berlaku berulang kali. Apa yang menghairankan, tidak seorang guru pun
yang dapat mengesan bahawa pelajarnya.itu sedang sarat mengandung dan hanya menunggu
masa untuk melahirkan. Selain itu, turut menjadi isu yang merosakkan profesion keguruan
adalah apabila guru sendiri mengambil tindakan yang tidak wajar ke atas anak murid yang
masih kecil dengan mendenda memakan rumput serta mencuci tandas walhal guru mempunyai
pelbagai jenis dendaan yang berunsurkan ilmiah dan pengajaran seperti menyalin nota. Apa
yang menyebabkan hal seperti ini berlaku adalah disebabkan kurangnya keprihatinan guru
terhadap kebajikan dan perkembangan murid-murid.
Antara langkah-langkah bagi mengatasi isu ketidakprihatinan dalam kalangan guru
adalah dengan cara memastikan guru-guru menjiwai profesion mereka dengan ikhlas. Ini
kerana, rata-rata mereka yang menjadi guru pelatih merupakan mereka yg dipaksa oleh ibu
bapa dan bkan kehendak sendiri. Ini menyebabkan, guru yang dilahirkan dan ditugskan di
sekolah-sekolah menjalankan tugas mereka umpaman melepaskan batuk di tangga. Mereka
tidak bersungguh-sungguh menjalankan tugas apatah lagi menjaga kebajikan murid-murid.
Apa yang boleh dilakukan bagi menyelamatkan golongan ini agar tidak menjadi punca
kepada masalah ketidakprihatinan dalam kalangan guru adalah dengan memantapkan lagi
program bina insan guru yang sememangnya sudah wujud di institute pendidikan guru.
walaupun program bina insan guru ini mampu untuk menanam semangat jati diri seseorang
guru pelatih itu, namun ia masih belum ampuh untuk membolehkan guru-guru pelatih menjiwai
bidang keguruan ini sehingga satu tahap mereka merasa sangat prihatin terhadap kebajikan
murid-muridnya. Oleh itu, adalah penting bagi program bina insan guru ini dinaiktaraf dan
digubal semula agar ia lebih mantap dalam membentuk jati diri seorang guru.
Bukan itu sahaja, dalam melahirkan guru yang prihatin sekaligus menangani masalah
ketidakprihatinan ini, langkah yang boleh diaplikasikan ialah dengan cara merapatkan jurang
antara guru dan ibu bapa murid-murid. Apa yang cuba dsampaikan adalah, guru dan ibu bapa
perlu duduk semeja dan berbincang mengenai masalah disiplin serta masalah yang berkaitan
dengan kebajikan murid.guru dan ibu bapa boleh berkongsi serba sedikit maklumat mengenai
murid-murid di sekolah itu. Selain merapatkan silaturrahim, guru-guru juga sedikit sebanyak
dapat memupuk sikap prihatin terhadap muird-murid apabila sudah mengetahui serba sedikit
latar belakang dan mengenali ahli keluarga mereka.
Selain itu, guru juga harus mempunyai kesedaran kendiri mengenai tanggungjawab
yang dipikul. Tugas guru bukan sahaja datang ke sekolah dan mengajar, guru juga
bertanggungjawab dalam mendidik dan membimbing murid-muridnya agar menjadi manusia
yang berguna. Guru perlu sedar bahawa nasib negara pada masa hadapan bergantung dengan
kemenjadian insan kecil dihadapan mereka. Apa akan jadi jika guru tidak prihatin terhadap
kebajikan dan perkembangan moral murid-murid pada masa akan datang. Bukan itu sahaja,
guru perlu mengambil tahu tentang perkembangan murid-muridnya. Guru perlu tahu dimana
muridnya berada pada waktu persekolahan dan apa sebab muridnya tidak dapat hadir ke
sekolah jika murid itu tidak hadir.ini bagi mengelakkan kes ponteng dan juga masalah
pergaualan tidak sihat dalam kalangan murid-murid. Selain itu, guru perlu peka dengan bakat
dan minat murid-murid agar dapat mengembangkan potensi mereka ke tahap yang maksimum.
Ini akan dapat memupuk semangat murid untuk terus memajukan diri dan bersaing secara sihat
dengan rakan-rakan mereka.
Kesimpulannya, guru mrupakan insan yang terpilih untuk membimbing murid-murid agar
menjadi manusias yang seimbang dari segi JERIS. Tugas ini tidaklah semudah yang
disangkakan kerana amanah yang telah diamanahkan kepada insan terpilih ini perlu
disempurnakan dengan baik. Kemenjadian seorang manusia itu adalah bergantung kepada
dirinya sendiri serta pembimbingnya. Kanak-kanak merupakan insan yang perlu perhatian dan
tunjuk ajar agar mereka tidak hanyut ke destinasi yang tidak sepatutnya.

Anda mungkin juga menyukai