Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA AN MAJLIS

SKSN

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM “SEKOLAHKU


SEJAHTERA: SEPAKAT DAN SELAMAT”
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI NAFAS, BELURAN

Hari : KHAMIS Tarikh : 18 OGOS 2022


Masa : 8.00 pagi – 12.00 tgh hari Tempat: MINI DEWAN
SKSN
PERGERAKAN
KELUAR / PENGACARAAN MAJLIS CATATAN
MASUK
PELAJAR
MENGAMBIL Semua murid diminta mengambil tempat. Majlis kita akan bermula
TEMPAT sebentar sahaja lagi.

KETIBAAN / Bismillahirohmanirahim.
PERARAKAN
MASUK VIP Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan
salam sekolahku sejahtera.

Yang Dihormati
En Palmis Suhi
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sungai Nafas

Yang Berusaha
Puan Rosni Bt Mohamed Razlan
Guru Penolong Kanan 1,

Puan Kertinah Bt Kadir


Guru Penolong Kanan HEM

En Sharif Abdul Salam Sharif Kayong


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Sungai Nafas

Yang Dihormati
En _________________________
Wakil PIBG
Sekolah Kebangsaan Sungai Nafas

Yang Dikasihi
Barisan guru-guru SK Sungai Nafas
Dan semua murid yang dikasihi sekalian.

“SELAMAT DATANG KE MAJLIS PELANCARAN


TEKS PENGACARA AN MAJLIS
SKSN

PROGRAM SEKOLAHKU SEJAHTERA : SEPAKAT


DAN SELAMAT PERINGKAT SK SUNGAI NAFAS
BAGI TAHUN 2022”

NYANYIAN Hadirin diminta bersedia untuk nyanyian lagu


LAGU Negaraku
Dan
Lagu Sekolahku Sejahtera

BACAAN DOA *Hadirin dipersilakan duduk.

Terbang tempua ke semak berduri,

Hinggap sebentar di pohon rumbia;

Tangan ditadah sepuluh jari,

Mohon berkat Yang Maha Esa.

Bagi memohon keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Mohd Danial Bin Ahmad Zaki. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

*Amin amin ya rabbal alamin. Terima kasih diucapkan atas pimpinan


bacaan doa sebentar tadi.
TEKS PENGACARA AN MAJLIS
SKSN

PENERANGAN Sebelum kita beralih kepada acara yang seterusnya, ingin saya
RINGKAS kongsi sedikit tentang Program Sekolahku Sejahtera ini.
SEKOLAHKU
SEJAHTERA Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan
konsep baharu dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah iaitu Sekolahku Sejahtera.
Konsep SEKOLAHKU SEJAHTERA merupakan penerapan 14
elemen nilai kehidupan secara semula jadi kepada murid semasa
sesi PDPC.

Tujuan konsep ini adalah ke arah pembentukan budaya amalan baik


di sekolah oleh guru dan murid. Selain itu, konsep ini juga bertujuan
untuk mewujudkan suasana sekolah yang selamat, aman, selesa,
menggembirakan, membina dan inklusif ke arah mencapai
kesejahteraan masyarakat.

Antara elemen penting selaras dengan perkataan SEJAHTERA itu


sendiri adalah
S – selamat, seronok, sihat
E – Etika, Empati
J – Jati Diri
A – Adab Sopan
H – Harmoni
T _ Tekun, teliti, Terampil
E – Eksplorasi
R – Rasional
A – Artikulasi

Guru boleh menerapkan pendekatan yang menggunakan elemen-


elemen tersebut dalam aktiviti PDPC di dalam kelas.

SIARAN Baiklah, majlis diteruskan lagi dengan tayangan siaran langsung


LANGSUNG pelancaran program sekolahku sejahtera: Sepakat dan Selamat
PELANCARAN yang kini berlangsung di SMK Putrajaya Presint 14 (1), Putrajaya.
PROGRAM
SEKOLAHKU Mari sama-sama kita saksikan.
SEJAHTERA

REHAT 10.00 PAGI

PROGRAM AADK Majlis kita diteruskan dengan slot Agensi AntiDadah Kebangsaan
(AADK) yang akan disampaikan oleh penyelaras AADK SKSN iaitu
Ustaz Farid.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.


TEKS PENGACARA AN MAJLIS
SKSN

PENUTUPAN Bunga dedap di atas para


MAJLIS Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Di atas dahan burung tempua


Melihat rusa tepi perigi
Salam perpisahan untuk semua
Di lain masa bersua kembali

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah s.w.t. dan segala
kelemahan adalah dari diri kami sendiri.

Kini majlis kita sudah berada di penghujungnya.

Para hadirin boleh menikmati jamuan yang telah disediakan.


Sekiranya hadirin ingin menyumbangkan suara, dipersilakan.

Sekian, Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai