Anda di halaman 1dari 1

RANCANGAN 

PENGAJARAN HARIAN
KELAS PEMULIHAN KHAS
TARIKH/HARI/MINGGU 10 April 2023 ISNIN 4
MATA PELAJARAN BM
KELAS 2 Beta
MASA 7.30 – 8.30
KEMAHIRAN PEMULIHAN HURUF VOKAL (a,e,i,o,u)
Kumpulan JATI WIRA WAJA
1. Murid dapat menyebut semua bunyi huruf vokal dengan sebutan yang betul dan jelas.
Kandungan / Objektif 2. Murid dapat menyebut secara lisan contoh perkataan yang bermula dengan setiap bunyi vokal dengan betul.
3. Murid dapat memadankan huruf vokal dengan gambar yang betul berdasarkan lembaran kerja yang diberikan.
1. Guru menunjukkan video lagu vokal kepada murid dan meminta murid untuk menyanyikan lagu tersebut
bersama-sama. Guru bersoal jawab dengan murid tentang bunyi huruf yang terdapat dalam lagu tersebut sekaligus
mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran pada hari ini.
2. Guru menunjukkan Bahan E-Literasi Bilik Darjah kepada murid menggunakan komputer riba. Murid
Proses / Aktiviti diperdengarkan lagu animasi setiap huruf vokal (a,e,i,o,u) kemudian bersoal jawab dengan murid.
3. Murid diminta untuk menyebut secara lisan contoh perkataan yang bermula dengan setiap bunyi huruf vokal
yang dipelajari.
4. Murid diberikan lembaran kerja. Murid diminta untuk memadankan huruf vokal dengan gambar yang betul.
5. Guru dan murid menyemak jawapan bersama-sama.
Produk / Hasil  Lembaran kerja

Refleksi/impak : ___ / ____ capai objektif

___ / ____ belum capai objektif

Tindakan susulan : Aktiviti PDPC tentang kemahiran Huruf Vokal ini akan diteruskan pada sesi kelas yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai