Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PRORAM

PEMBANGUNAN BOLA SEPAK


TAHUN 2020

SK KAMPUNG IGAN,
DALAT
1.0  PENDAHULUAN

Sukan Bola Sepak merupakan satu sukan yang popular di Malaysa amnya bahkan
ianya merupakan sukan utama di dunia. Keadaan ini juga dapat kita lihat turut menular di
kalangan pelajar dan warga  sekolah yang mana kebanyakan daripadanya meminati sukan
ini. Melalui sukan Bola Sepak ini juga kita dapat mengeratkan hubungan di kalangan warga
sekolah. Oleh yang demikian panitia PJPK telah mengambil satu inisiatif untuk
menganjurkan satu program pembangunan Bola Sepak bagi mencungkil bakat-bakat baru
untuk mewakili sekolah dalam pertandingan Bola Sepak di samping memberikan latihan
awal kepada murid secara berterusan.

2.0 RASIONAL

Program pembangunan Bola Sepak di peringkat sekolah bertujuan untuk


memperkasa dan meningkatkan kualiti dan kuantiti murid dalam permainan Bola
Sepak. Selain itu, ia juga akan memberikan ruang dan peluang kepada semua warga
sekolah terutamanya murid-murid untuk menceburkan diri dan mengembangkan bakat
yang mereka ada di dalam permainan Bola Sepak. Di samping itu, penerapan nilai-nilai
murni dalam kalangan warga sekolah akan dapat disemai melalui program ini sebagai
contohnya nilai cintakan budaya bersukan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

3.0 MATLAMAT

Melalui permainan Bola Sepak, semua murid akan diberikan peluang untuk
mencungkilkan bakat mereka semenjak dari kecil lagi. Program ini juga bertujuan
untuk melahirkan pemain Bola Sepak yang berdisiplin,
berkemahiran, berketrampilan disamping untuk memastikan perkembangan yang
seimbang dan menyeluruh melalui aspek-aspek intelek, rohani, emosi, jasmani
dan akhlak, nilai-nilai murni dan sosial ke arah Matlamat Pendidikan Negara. Oleh
yang demikian, khidmat jurulatih luar yang bertauliah akan digunakan bagi
memastikan program ini berjalan dengan lancar dan berkesan kepada seluruh
warga sekolah khususnya untuk murid- murid sekolah ini.
4.0 OBJEKTIF

Melalui Kejohanan Sukantara ini, diharapkan guru pelatih dapat:


1. Memperkembangkan pertumbuhan intelek, rohani, jasmani dan emosi murid agar
dapat membantu murid menjadi insan yang berdisiplin, berdikari, dan bernilai
murni tinggi.
2. Memberi latihan awal agar dapat mengembangkan kemahiran murid di dalam
permainan Bola Sepak.
3. Melahirkan atlit yang berpotensi di dalam permainan Bola Sepak di
samping mempunyai latar belakang akademik yang tinggi.
4. Mempertingkatkan kualiti pengurusan sukan dan permainan dalam kalangan warga
sekolah. 
5. Memberikan pengetahuan asas permainan Bola Sepak kepada semua warga
sekolah.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Oktober 2019 sehingga November 2019


Hari Masa Tempat Sasaran Tindakan
Isnin 0730-0930 Padang SKKI / SMKAI *rujuk lampiran 1 Jurulatih
Rabu 0730-0930 Padang SKKI / SMKAI *rujuk lampiran 1 Jurulatih
Khamis 0730-0930 Padang SKKI / SMKAI *rujuk lampiran 1 Jurulatih

6.0 SASARAN
Bil Kelas Jumlah
1 Tahun 2 10
2 Tahun 3 10
3 Tahun 4 15
4. Tahun 5 15
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1 Peralatan

Harga
Bil. Perkara Kuantiti Jumlah
RM 90.00
1 Bola Bola Sepak (size 4) 4 biji RM360.00
RM 70.00
2 Sarung Tangan Penjaga Gol 1 pasang RM70.00

Jumlah RM430.00

7.2 Sumber Kewangan

Sumber Jumlah
Bil.

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

1.       Penasihat :  Azman Bin Madaud

2. Pengerusi : Zulkifli Abdullah

3.       Penyelaras :  Ismawi Bin Jakariah

4.       Setiausaha :  Mohd Firdaus Bin Ismail

5. Jurulatih : Ismawi Bin Jakariah / Mohd Firdaus Bin Ismail

6       Ahli Jawatankuasa :  Semua warga sekolah

9.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO


Dalam melaksanakan program ini, risiko yang bakal dihadapi turut
dikenalpasti. Oleh yang demikian, Pelan Pengurusan Risiko disediakan untuk
memastikan tindakan susulan dapat diambil oleh semua peringkat pelaksana supaya
objektif dan KPI inisiatif ini berjaya dicapai.

ASPEK RISIKO TINDAKAN MENANGANI RISIKO


Sumber Jurulatih bagi setiap Jurulatih memaklumkan kepada ketua
Manusia acara bercuti panjang jurulatih untuk melaksanakan aktiviti
atau pendek, tersebut.
berkursus, mesyuarat,
berbengkel dan
sebagainya di luar
sekolah.

Kewangan Peruntukan tidak Meminta sumbangan daripada PIBG


mencukupi
Peruntukan lewat Meminta sumbangan daripada PIBG
diterima
Tempat Cuaca hujan dan 1.Menunda aktiviti kepada tarikh yang
dan Cuaca tempat digunakan oleh dijadualkan semula.
orang lain. 2. Menjalankan aktiviti dalaman secara
kelas.

10.0 PENUTUP
Diharapkan semoga perancangan yang telah dibuat dapat dilaksanakan dengan jayanya
oleh seluruh warga sekolah. Peruntukan yang diberikan diharap akan memberikan impak
yang positif kepada warga sekolah khususnya kepada murid- murid di Sekolah Kebangsaan
Kampung Igan.

Disediakan oleh, Disahkan Oleh,

(MOHD FIRDAUS BIN ISMAIL) (AZMAN BIN MADAUD)


Jurulatih, Guru Besar,
Sukan Bola Sepak, SK Kampung Igan.
SK Kampung Igan.

Disemak oleh,

(Zulkifli Abdullah)
Penolong Kanan Kokurilum,
SK Kampung Igan.

Anda mungkin juga menyukai