Anda di halaman 1dari 3

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

(Ministry OF Education Malaysia)


BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
(Human Resource Managemen( Division)
ARAS 1-5 DAN 12-14, BLOK E12, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN Telefon : *603 8894 6000 (Talian
62604 PUTRAJAYA Umum) FaT‹s: +603-0880 6292
Laman web - hItp•//www.moe.gov.my

Ruj. Kami: KPM.500-6/8/4 Jld. 7 (§g )


Tarikh Januari 2019

SEPERTI SENARAI EDARAN

YBhg. Datuk/Dato’/Datin Sri/Dr./Tuan/Puan,

KEPERLUAN MEMENUHI LIMA (5) HARI LATIHAN DI


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sepertimana YBhg. Datuk/Dato'/Datin Sri/Dr./tuan/puan sedia


maklum, Pengurusan Tertinggi KPM amat menitikberatkan pencapaian
kehadiran dalam usaha memastikan warga kerja KPM mempunyai tahap
kompetensi yang sesuai untuk melaksanakan tugas harian. Atas kerjasama
semua pihak, seramai 525,099 orang (99.71 peratus) warga KPM telah
memenuhi sasaran yang ditetapkan pada tahun 2018 sepertimana
direkodkan di dalam Sistem Pengurusan Latihan (SPL) KPM dan Sistem
Pelaporan Latihan (PELAT). Terima kasih atas usaha berterusan yang
dilakukan oleh pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin Sri/Dr./tuan/puan sehingga
prestasi cemerlang ini tercapai.

3. Untuk makluman, selaras dengan penstrukturan semula dan


penggabungan Kementerian, YBhg. Dato’ Dr. KSU pada 23 Januari 2019
telah bersetuju supaya:

(a) Jumlah hari latihan di KPM ditetapkan pada sekurang-


kurangnya lima (5) hari setahun dan terpakai sehingga JPA
mengeluarkan arahan/pekeliling terkini; dan

1
(b) Sasaran KPI Generik Penjawat Tier 2 ditetapkan pada 85
peratus warga kerja di bawah seliaan menghadiri lima (5)
hari latihan setahun.

4. Dalam hubungan ini, kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato'/


Datin Sri/Dr./tuan/puan dimohon untuk melaksanakan keputusan ini serta
memastikan tiada warga kerja di bawah seliaan masing-masing yang
berstatus Tidak Pernah Kursus (TPK) melalui pelaksanaan blended
training approach seperti pembacaan buku, perkongsian ilmu, sesi
mentoring dan pembelajaran kendiri yang lain bagi memenuhi jumlah
kursus warga kerja di bawah Bahagian/Jabatan masing-masing.

5. Selain itu, kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/


Datin Sri/Dr./tuan/puan juga dimohon untuk mengemas kini maklumat
pegawai di dalam SPLKPM berdasarkan pengisian di Bahagian/Jabatan
selaras penstrukturan dan penggabungan Kementerian. Semua maklumat
latihan warga kerja perlulah sentiasa dikemas kini di dalam SPLKPM bagi
memastikan data adalah tepat dan terkini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

(DATO’ AHMAD NADZRI BIN E BONG)


Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
b.p. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

2
Thank you for using www.freepdfconvert.com service!

Only two pages are converted. Please Sign Up to convert all pages.

https://www.freepdfconvert.com/membership

Anda mungkin juga menyukai