Anda di halaman 1dari 1

7/15/2020

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (PEMBANGUNAN)


DEPUTY SECRETARY GENARAL (DEVELOPMENT)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Ministry Of Education Malaysia
Aras 7, Blok E8
Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Tel: 038846101
62604 Putrajaya Faks: 0388894352
Malaysia Laman Web: www.moe.gov.my

Rujukan Kami : KPM.300-1/1/5 (18)


Tarikh : 16 Ogos 2019
WILLIAM ILIAS
NO. KP: 950920126757
SK ULU SAPI

PELANTIKAN SEBAGAI PEGAWAI PEMVERIFIKASI STOR

Selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan – Tatacara Pengurusan Stor, saya sebagai


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Kementerian, dengan ini
melantik tuan/puan sebagai Pegawai Pemverifikasi Stor.
2. Tempoh pelantikan adalah selama dua (2) tahun berkuatkuasa mulai tarikh surat ini
dikeluarkan. Dalam tempoh tersebut, tuan/puan diberi kuasa untuk menjalankan tugas-tugas
seperti berikut:
a) Melaksanakan verifikasi mengikut Rancangan/Program/Jadual yang ditetapkan oleh
Unit Pengurusan Aset di Stor Pusat dan Stor Utama setahun sekali dalam tahun
semasa bermula 1 Oktober dan berakhir pada 31 Disember;
b) Menentukan tiada berlaku sebarang transaksi stok semasa verifikasi dilaksanakan;
c) Memeriksa dan mengira baki fizikal stok secara seratus peratus (100%) dan membuat
perbandingan dengan rekod di Kad Daftar Stok;
d) Menyediakan dan melengkapkan Borang Verifikasi Stor KEW.PS-10;
e) Membuat pengesahan dengan mencatatkan nama dan tarikh pada akhir transaksi di
Kad Daftar Stok;
f) Melaporkan prestasi pengurusan stor secara keseluruhan dengan menyediakan dan
melengkapkan Borang Penilaian Prestasi Pengurusan Stor KEW.PS-11;
dan
g) Mengemukakan KEW.PS-10 dan KEW.PS-11 kepada Unit Pengurusan Aset.

3. Tuan/puan adalah bertanggungjawab terhadap penyediaan laporan-laporan tersebut dan


mengemukakannya kepada Ketua Jabatan.
4. Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh menghubungi Pn. Nurhaja binti Mohd Nazri di
talian 0388842395 .

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


"Saya Yang Menjalankan Amanah"

DATO' AZIZAN BIN MOHAMAD SIDIN


Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan)
Kementerian Pendidikan Malaysia

*Ini adalah cetakan komputer. Tandatangan tidak diperlukan


slpa.moe.gov.my

1/1

Anda mungkin juga menyukai