Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN KURSUS FROG VLE UNTUK GURU-GURU SK (P) METHODIST 2012

Kursus Frog VLE untuk guru-guru SK (P) Methodist telah dijalankan pada hari Rabu , 7 Oktober 2012. Kursus ini telah disertai oleh semua guru SK (P) Methodist dan dijalankan di pusat siber SK (P) Methodist. Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Mohamad Akmal Bin Mat Rodzee selaku Pembantu ICT SK (P) Methodist. Antara lain, tujuan kursus ini dijalankan ialah untuk memberi gambaran serta pendedahan berkaitan laman Frog untuk guru-guru di samping menjayakan matlamat di bawah Program 1Bestarinet oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Melaluinya guru-guru diharap mampu memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam urusan berkaitan pendidikan termasuk semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Sepanjang kursus ini berlangsung guru-guru mempelajari cara menggunakan laman frog ini sebagai medium komunikasi , berkongsi sumber pengajaran dan pembelajaran serta penyediaan takwim individu. Melalui kursus ini juga, guru-guru telah didedahkan cara untuk menggunakan laman frog ini untuk menjemput guru lain untuk menghadiri sesuatu program berdasarkan calendar. Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya dijalankan dengan baik dan diharap guru-guru dapat memanfaatkan laman Frog VLE ini untukmelancarkan tugas-tugas seharian pada masa akan datang.

Disediakan oleh, (MOHAMAD AKMAL BIN MAT RODZEE) Pembantu ICT, SK (P) Methodist, Pulau Pinang.

Disahkan oleh, . (CHUAH POH CHEOH) Guru Besar, SK (P) Methodist, Pulau Pinang.

Anda mungkin juga menyukai