Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8884 9370
62604 PUTRAJA YA Faks : 03-8884 9315
MALAYSIA Laman Web : www.moe.gov.my

Ruj. Kami KPM.600-17/1/21 Jld.3 ( 17


Tarikh O¥Januari 2020

Semua Pengarah Pendidikan


Jabatan Pendidikan Negeri

YBhg. Dato'/Tuan,

PENGISIAN REKOD AMALAN BAIK DI DALAM SISTEM SAHSIAH DIRI MURID VERSI
2.0 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
memperkenalkan Sistern Sahsiah Diri Murid (SSDM) Versi 2.0 pada 1 O Mei 2016 bagi
menggantikan Sistem Salah Laku Disiplin Murid yang dilaksanakan sejak tahun 2012.
Antara penambahbaikan yang dibuat ke atas sistem adalah daftar masuk untuk pelbagai
peranan seperti Guru Biasa, Guru Disiplin, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Penyelia
Petang, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan Pengetua/Guru Besar,
perekodan amalan baik murid, penjanaan status sahsiah setiap murid serta penjanaan surat
bagi hukuman yang dikenakan ke atas murid.
3. Untuk pengetahuan pihak YBhg. Dato'/Tuan, perekodan salah laku dan amalan baik
di dalam SSDM kepada murid memberi kesan secara langsung kepada status sahsiah
setiap murid sekolah KPM yang dijana secara automatik secara dalam talian setelah amalan
baik dan salah laku direkodkan oleh guru. Setiap amalan baik yang direkodkan oleh guru
akan menyebabkan penambahan mata skor murid manakala setiap hukuman yang
dilaksanakan ke atas murid pula akan membawa kepada pengurangan mata skor murid.
Hasilnya, setiap murid akan dikategorikan kepada status sahsiah berikut iaitu Terpuji, Amat
Baik, Baik, Perlukan Perhatian dan Perlukan Perhatian Serius berdasarkan mata skor murid
terse but.

4. Mulai tahun 2020, KPM telah memutuskan agar perekodan amalan baik hanya
berfokus kepada murid yang mempunyai status sahsiah perlukan perhatian dan
perlukan perhatian serius. Status sahsiah bagi setiap murid di sekolah boleh dijana
melalui log masuk Guru Penolong Kanan HEM atau Guru Disiplin. Status sahsiah tersebut
boleh dijana dengan menekan butang Laporan Prestasi Sahsiah di paparan menu hadapan
SSDM dan senarai semua murid di sekolah dengan status sahsiah masing-masing
dipaparkan dan sedia untuk dicetak.
5. Manakala bagi perekodan amalan baik yang dilakukan oleh murid yang berstatus
baik, amat baik dan terpuji pula adalah bergantung kepada pengurusan sekolah. Pihak
sekolah diberikan autonomi untuk merekodkan amalan baik murid kategori tersebut
mengikut keperluan dan pilihan sendiri.

6. Kerjasama dan keprihatinan YBhg. Dato'/tuan adalah dimohon untuk memanjangkan


surat makluman ini kepada semua sekolah di bawah kawalan pihak YBhg. Dato'/tuan.
Sekiranya pihak YBhg.Dato'/tuan mempunyai sebarang kemusykilan berkaitan perkara ini,
pihak YBhg.Dato'/tuan boleh menghubungi Encik Wan Ahmad Fakhrurrazi bin Wan Yusoff,
Sektor Pembangunan Sahsiah Murid di talian 03-88849339 atau a.fakhrurrazi@moe.gov.my.

Sita catatkan rujukan Bahagian ini apabila berhubung


PENGISIAN REKOD AMALAN BAIK DI DALAM SISTEM SAHSIAH DIRI MURID VERSI 2.0 KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
KPM.600-17/1/21 Jld.3 ( 17 Tarikh :C3.l_ Januari 2020

Kerjasama YBhg. Dato'/tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

s.k.:

1 . Ketua Pengarah Pelajaran


Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Sekolah)


Kementerian Pendidikan Malaysia

3. Pengarah
Sahagian Pendidikan Khas

4. Pengarah
Sahagian Pendidikan Swasta

5. Pengarah
Sahagian Pendidikan Islam

6. Pengarah
Sahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian

7. Pengarah
Sahagian Pengurusan Sekolah Serasrama Penuh

8. Pengarah
Sahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional

Anda mungkin juga menyukai