Anda di halaman 1dari 23

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5

Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

4.0

2014

STANDARD KANDUNGAN DAN


STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK
SENI BAHASA

Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid mengungkapkan


keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti seni bahasa
secara kreatif. Guru perlu menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini secara
didik hibur supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih berketrampilan
serta menghayati kandungan seni bahasa itu. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran
seni bahasa, guru harus menetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Seni Bahasa yang disediakan.
Standard Kandungan Seni Bahasa
Murid patut mengetahui dan boleh:
4.1
Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik
hibur.
4.2

Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan secara kreatif
semasa bercerita secara didik hibur.

4.3

Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif
melalui lakonan secara didik hibur.

4.4

Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa
yang indah secara didik hibur.

Standard Pembelajaran Seni Bahasa


4.1.1

Menyebut dan memahami lirik lagu melalui nyanyian dan sambil berlakon.

4.1.2

Memahami
dan
mengubah
suai
lirik
lagu
secara
mempersembahkannya melalui nyanyian secara didik hibur.

4.2.1

Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul,dan jelas serta laras
bahasa yang sesuai semasa bercerita.

4.2.2

Mengujarkan cerita dengan menggunakan bahasa yang indah untuk menyampaikan


idea dengan bahasa badan yang kreatif.

4.3.1

Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas, dan bahasa
badan yang kreatif melalui lakonan secara didik hibur.
110

berpandu

dan

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

2014

4.3.2

Mengujarkan dialog yang dihasilkan daripada bahan rangsangan untuk


menyampaikan nilai murni dengan menggunakan bahasa yang indah dan bahasa
badan yang sesuai melalui lakonan.

4.4.1

Melagukan syair dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik
hibur serta memahami syair tersebut.

4.4.2

Membina syair secara terkawal dan melagukannya dengan sebutan dan intonansi
yang betul dan jelas secara didik hibur serta memahami syair tersebut.

111

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

5.0

STANDARD KANDUNGAN DAN


STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI
BAHASA

Semasa
menyediakan
strategi
pengajaran dan pembelajaran Seni
Bahasa,
guru
perlu
memberi
pertimbangan aktiviti yang sesuai dan
menarik sebelum, semasa dan selepas
pengajaran dan pembelajaran seni
bahasa yang diajar. Pengajaran dan
pembelajaran kemahiran ini boleh
dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti
secara terancang bagi mencapai
objektif yang telah ditentukan. Guru
boleh merancang strategi pengajaran
dan pembelajaran dengan pelbagai
cara seperti dalam contoh rancangan
mengajar yang disediakan ini.

112

2014

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

TEMA

Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

TAJUK

Pencemaran Air

2014

MASA

STANDARD
PEMBELAJARAN

4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul


dan jelas serta laras bahasa yang sesuai semasa bercerita.

OBJEKTIF
PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran, murid dapat:


i.
mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan jelas serta laras bahasa yang sesuai semasa bercerita.
ii.
bercerita secara spontan dalam sebutan dan intonasi yang
betul.

PENGISIAN
KURIKULUM

Ilmu : Dunia Sains dan Teknologi, Pendidikan Moral


Nilai : Kebersihan fizikal dan mental, Semangat bermasyarakat,
Kerjasama
Celik Kewangan
EMK : Kreatif dan Inovasi, TMK, Keusahawan
ENT : BCB-mendengar dengan berkesan,intensif
KP-muzik,visual ruang, KB-menjana minda, Kajian masa
depan, menjangka akibat

SISTEM BAHASA

Sebutan dan Intonasi


Kosa kata : toksik dan pencemaran

BAHAN BANTU
BELAJAR

Slaid

PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi menggunakan


laras bahasa yang sesuai. Bercerita secara spontan dalam
sebutan dan intonasi yang betul.

REFLEKSI

113

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

2014

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

AKTIVITI

PENGISIAN
KURIKULUM

CATATAN

Didik Hibur
1.

Murid mendengar rakaman lagu Nilai : Kebersihan fizikal


Atuk Oh Atuk dan menyanyi
dan mental sekitar
dengan bimbingan guru.
Ilmu : DST dan
2. Murid menjawab secara lisan
Pendidikan Moral
soalan yang dikemukakan oleh
guru berpandukan gambar dan
seni kata lagu.
Contoh:
a. Apakah jenis pencemaran
yang terdapat dalam lagu?
b. Apakah punca yang
menyebabkan sungai kotor
dan tercemar?
c. Apakah punca yang
menyebabkan berlakunya
banjir?

Lagu: Atuk Oh Atuk


http://www.youtube.
com/watch
Media:ICT
KB: Menjana minda
Kajian masa depan
KP : Muzik
Visual ruang
Lampiran 1

Menghasilkan Cerita Berdasarkan


Gambar
1.

2.

Murid berbincang dalam


kumpulan untuk menghasilkan
cerita bentuk autobiografi
berdasarkan gambar sungai yang
tercemar.
Wakil kumpulan bercerita
menggunakan isi cerita hasil
daripada perbincangan
kumpulan.

EMK : Kreatif dan Inovatif

KP : Verbal linguistik

Nilai : Kerjasama

Gambar sungai
tercemar

Ilmu : DST, Pendidikan


Moral

Bercerita menggunakan dialog


yang disediakan

114

Lampiran 2

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

AKTIVITI
1.

2.

Murid bercerita dengan


mengujarkan dialog yang
disediakan.

PENGISIAN
KURIKULUM
EMK : Kreatif dan Inovatif

2014

CATATAN
KP : Verbal linguistik
Lampiran 3

Setiap kumpulan memberi


pendapat tentang cerita
tersebut.

Penilaian
1.

Secara berkumpulan, murid


diminta berbincang untuk
menghasilkan lakonan
berdasarkan suasana sungai
yang bersih.

2.

Secara berkumpulan, murid


melakonkan tajuk yang
dibincangkan.

3.

Murid menyatakan nilai dan


pengajaran berdasarkan lakonan
setiap kumpulan.

KP

: Verbal linguistik

BCB : Bacaan intensif

115

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

2014

Aktiviti 1
Lampiran 1
Dengar dan nyanyikan

Atuk Oh Atuk
Ikan oh ikan, kenapa engkau lembik?
Macam mana aku tak lembik,
Air sungai kotor,
Aku tak boleh bernyawa.
Sungai oh sungai, kenapa engkau kotor?
Macam mana aku tak kotor,
Depa buang sampah,
Depa kata ...Tak pa...??
Ikan kekek mak iloi-iloi
Ikan gelama hidup merana
Buang sampah berbakul-bakul
Tabiat tak pa jadi budaya

Ikan kekek mak iloi-iloi


Ikan gelama rasa berbisa
Tabiat tak pa tidak berbaloi
Angkara kita bumi binasa
Atuk oh atuk, kenapa atuk batuk?
Macam mana atuk tak batuk
Tanah gambut kena bakar
Udara pun tercemar

Atuk oh atuk, kenapa jadi banjir?


Hai, macam mana tak jadi banjir
Orang tebang pokok,
Orang potong bukit.

Atuk oh atuk, kenapa atuk batuk?


Macam mana atuk tak batuk
Tanah gambut kena bakar
Udara pun tercemar

Bumi oh bumi,
kenapa makin panas
Macam mana aku tak panas
Kesan asap toksik

Atuk oh atuk, kenapa makin panas?


Ha....la... kau jawablah, aku letih lah
Macam mana tak makin panas
Orang makin lalai, orang dah tak kisah
Ikan kekek si ikan keli
Ikan gelama tidak bermaya
Hentikanlah cemari bumi
Angkara kita bumi binasa

116

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

2014

Aktiviti 2
Lampiran 2
Andaikan kamu sebatang sungai.
Ceritakan tentang gambar di bawah

117

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

2014

Lampiran 3
Ceritakan semula mengikut watak
berdasarkan dialog di bawah

Aduh, sesaknya
dadaku!

Aku tak boleh bernafas.


Air sungai ini kotor.
Manusia memang tidak bertanggungjawab. Mereka
sepatutnya sedar kita merupakan sumber protein
utama manusia. Kita juga boleh menjana sumber
pendapatan mereka. Mengapakah mereka tak mahu
menghargai sumber alam?

Betullah. Semenjak manusia membuang


sisa toksik ke dalam sungai, aku sering
tidak sihat. Spesisku pun semakin terancam
dan pupus.
Kenapa
ikan?

Ya, ikan. Kau tengoklah badan aku ini yang


duhulunya putih kini bertukar hitam dipaluti
minyak.
Patutlah minggu lepas, aku nampak banyak
bangkai ikan terapung di permukaan sungai.
Kelihatan juga sampah sarap yang hanyut
dibawa air. Sungai kita sudah tidak sihat lagi.
Ya, aku setuju ikan. Jika kita dihargai, mereka akan
mendapat keuntungannya. Mereka untung, kita juga
akan sihat. Alam kita pula akan bersih dan ceria.
118

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

TEMA

EKONOMI / KEUSAHAWANAN

TAJUK

Karnival Jualan

2014

MASA

STANDARD
PEMBELAJARAN

4.3.2 Mengujarkan dialog yang dihasilkan daripada bahan


ransangan untuk menyampaikan nilai murni dengan
menggunakan bahasa yang indah dan bahasa badan yang
sesuai melalui lakonan.
Pada akhir pengajaran, murid dapat:

OBJEKTIF

i.

PENGISIAN
KURIKULUM

Ilmu: Matematik
(Celik kewangan)
Nilai : Hormat-menghormati, Hemah tinggi ,Kerjasama
TKP - Kecergasan pelbagai
EMK : Keusahawanan, Kreatif dan Inovatif ,TMK
Pengurusan kewangan

SISTEM BAHASA
BAHAN BANTU
BELAJAR
PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

berlakon dengan mengujarkan dialog dengan sebutan yang


betul, intonasi yang jelas dan gaya yang sesuai secara didik
hibur.

Sebutan dan Intonasi


Tatabahasa ayat seru
Petikan dialog, lembaran kerja , video

Berlakon dengan mengujarkan dialog secara didik hibur.

REFLEKSI

119

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

2014

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


AKTIVITI

PENGISIAN
KURIKULUM

CATATAN

Main Peranan
1. Guru bersoal jawab dengan murid
berkaitan dengan gambar.

EMK : Keusahawanan
dan TMK

2. Murid menyaksikan paparan video


petikan cerita Ahmad Albab
semasa situasi berjual beli di
pasar.

Nilai : Kerjasama

KP Verbal
linguistik
- Kinestatik
Lampiran 1

Ilmu : Matematik
Celik kewangan

Video cerita
Ahmad Albab
http://youtu.be/uED3UbNNRyE

3. Murid melakonkan semula dialog


yang diujarkan dalam petikan
cerita tersebut.

(youtube Ahmad Albab


part 6/11)

Lakonan
1. Murid meneliti petikan dialog yang
diberi untuk memahami isi
kandungan petikan tersebut.
2. Murid melakonkan dialog secara
bergilir gilir dengan intonasi dan
sebutan yang betul dengan
bimbingan guru.

EMK : Pengurusan

KB

- Menilai

Nilai : Celik kewangan


Berhemah

BCB - Bacaan
mentalis

Peraturan sosiobudaya
- kesantunan berbahasa

Lampiran 2

EMK : Keusahawanan.
Kreatif dan inovatif
Nilai : bijak

KP : Kinestetik
Verbal
linguistik

3. Berdasarkan dialog, murid


berbincang tentang cara
berbelanja yang bijak.

Nyanyian
1. Murid menyanyi lagu Duit
dengan gerak laku mengikut
rentak lagu Lompat Si Katak
Lompat.

Lampiran 3
2. Murid dikehendaki meneka benda
120

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

AKTIVITI

PENGISIAN
KURIKULUM

2014

CATATAN

yang ada di dalam kotak misteri.


3. Guru dan murid bersoal jawab
tentang definisi duit dan fungsinya.

PENILAIAN
1. Guru memberi sepucuk sampul
surat yang mengandungi situasi
yang akan mereka lakonkan
kepada setiap kumpulan.

Nilai : Keadilan
Menghargai rakan
Kreatif dan Inovatif

KB

- Menjana
idea
TKP - Verbal
linguistik

2. Murid berbincang untuk membina


rangka cerita.

Penilaian berdasarkan
kutipan bintang

3. Setiap kumpulan akan berlakon


secara spontan berdasarkan
situasi yang diberi.

Cara pelaksanaan
- Setiap kumpulan
diberikan 6
bintang
- Kumpulan yang
menilai akan
mengangkat
sejumlah bintang
yang sepatutnya
sebagai markah.
- Pada akhir
persembahan, jumlah
bintang terbanyak
akan diisytiharkan
sebagai pemenang.

4. Setiap kumpulan menilai lakonan


kumpulan lain dari segi pertuturan
yang jelas dan intonasi yang betul
serta gaya persembahan yang
menarik dengan mengangkat
simbol bintang.

121

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

2014

Lampiran 1
Perhatikan gambar di bawah dan
ceritakan peristiwa yang kamu lihat.

122

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

2014

Lampiran 2
Baca dialog di bawah.
Kemudian lakonkan situasi
tersebut.

Hari Kantin sekolah telah diadakan bagi mengutip dana untuk menaik taraf
sekolah. Mereka menjual berbagai-bagai jenis makanan, minuman dan
barangan yang lain. Sebagai penjual di gerai, mereka menggunakan pelbagai
cara untuk menarik perhatian para pengunjung.
Penjual 1

: Mari! Mari! Singgah ke gerai kami. Kami ada menjual


berjenis-jenis makanan dan minuman. Ada air milo, air
jagung, air cincau dan air mata kucing. Harganya
RM1 sahaja. Kami juga menjual nasi lemak berlauk
sotong, udang dan nasi lemak biasa.

Suzy

: Jom kita beli makanan untuk alas perut. Ibu beri saya duit
saku.

Milah

: Boleh juga tetapi saya rambang mata melihat pelbagai


makanan yang dijual di gerai sana.

Suzy

: Apa kata kalau kita beli nasi lemak satu bungkus dan air
satu gelas dulu, kemudian kita ke gerai lain.

Penjual 2

: Singgah! Singgah! Sila singgah ke Gerai Kraf Tangan Jaya.


Pilihlah mana-mana yang kamu suka. Harga runtuh
dan sangat berpatutan. Semua kraf tangan ini
bekas tangan murid sekolah ini. Pilih! Pilih! Semuanya
cantik. Cepat sebelum terlambat.

123

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

Leela

: Suzana, mari kita tengok! Penjualnya banyak mulut.


Mungkin kraf tangannya bagus dan menarik.

Suzana

: Mungkin juga. Saya ada hati juga nak tengok dan


beli. Mari kita pergi.

Leela

: Eh, cantiknya bekas pensel ini! Saya ingin membeli bekas


pensel berwarna biru ini. Berapakah harga bekas pensel
ini?

Penjual 2

: Harga bekas pensel ini RM5.50 sahaja. Murah, kan?

Suzana

: Baiklah. Nah, ini duit RM10!

Penjual 2

: Ini duit baki awak, RM4.50. Terima kasih.

Suzana

: Sama-sama.

124

2014

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

2014

Lampiran 3

Baca salah satu kad situasi dan


lakonkan mengikut arahan yang diberi.
.

Situasi 1
Kamu seorang penjual ikan.
Lakonkan situasi apabila ramai pelanggan datang untuk
membeli pelbagai jenis ikan di gerai kamu.

Situasi 2
Kamu memiliki sebuah kedai buku. Ramai orang
berkunjung ke kedai kamu untuk membeli buku.
Lakonkan bagaimana kamu mengendalikan situasi
tersebut.

Situasi 3
Kamu baru membuka sebuah kedai cenderamata.
Ramai pelawat berkunjung ke kedai kamu.
Lakonkan secara spontan apakah yang patut kamu
lakukan untuk menyambut pelawat yang datang dan
memperkenalkan barangan kamu.

125

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

2014

Lampiran 3

Nyanyikan lagu ini.

LIRIK LAGU DUIT


Duit di mana kau duit
Jangan membazir duit
Amalan berjimat cermat
Untuk masa depan
gemilang
Ada duit jangan lupa
Jangan boros-boros
La-la-la-la-la-la-la-la-la-lala-la
Hidup kamu akan
selamat

126

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

TEMA

Pertanian

TAJUK

Syair Petani

2014

MASA

STANDARD
PEMBELAJARAN

4.4.1 Melagukan syair dengan sebutan dan intonasi yang


betul dan jelas secara didik hibur serta memahami
syair tersebut.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran, murid dapat:


i. menyatakan maksud syair dengan betul.
ii. melagukan syair dengan intonasi yang betul dan jelas
secara didik hibur.

PENGISIAN KURIKULUM

Ilmu : Sivik, Sains dan Teknologi, Pendidikan Moral


Celik kewangan
Nilai : Kasih sayang, Kesyukuran, Kerajinan, Kerjasama.
EMK : Keusahawanan, Kreatif dan inovatif, TMK
ENT : KB Banding beza, mengumpul dan mengelas,
Kontekstual

SISTEM BAHASA

Sebutan dan Intonasi


Kosa kata : gundah gulana, musibah, keringat

BAHAN BANTU BELAJAR

Slaid dan lembaran kerja

PENILAIAN PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

Menyatakan maksud dan melagukan syair secara didik


hibur

REFLEKSI

127

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

2014

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


PENGISIAN
KURIKULUM

AKTIVITI

CATATAN

Membaca syair
1. Murid melihat paparan slaid syair
atau lembaran petikan syair.

EMK : Keusahawanan,
TMK

BCB - Bacaan
mekanis

2. Murid membaca syair tersebut


dengan sebutan yang betul

Nilai : Kerajinan,
Kerjasama

KB - Banding beza
- Mengumpul
dan mengelas

Ilmu : Pendidikan
Moral, Sivik

Lampiran 1
Slaid: Syair

Perbincangan
1. Murid memahami dan berbincang
mengenai syair secara
berpasangan.

EMK: Keusahawanan

Teknik Perbincangan

Nilai: Kerjasama

2. Murid memberi pendapat


berdasarkan maksud tersurat bagi
syair yang dibaca.

llmu: Celik kewangan

KB - Banding beza
- Mengumpul
dan mengelas
Lampiran 1
Slaid: Syair

Melagukan syair
1. Murid mendengar syair daripada
cakera padat.

EMK : Kreativiti dan


Inovasi

Teknik Melagukan
Syair

2. Murid melagukan syair secara


beramai-ramai dengan bimbingan
guru dengan sebutan dan intonasi
yang betul.

Nilai : Bekerjasama

KP : Muzik
Lampiran 2
Slaid Syair

3. Murid melagukan serangkap syair


dalam kumpulan.
128

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

PENGISIAN
KURIKULUM

AKTIVITI

2014

CATATAN

4. Murid mewakili kumpulan


melagukan syair dengan membuat
gaya, sebutan, intonasi dan aksi
berdasarkan cerita dalam syair
dalam bentuk pertandingan.

Penilaian
1. Murid dibahagikan kepada
beberapa kumpulan untuk
menjalankan aktiviti Pertandingan
melagukan syair.

EMK : Keusahawanan
Kreativiti dan
Inovasi
Nilai : Kerjasama

2. Setiap ahli kumpulan melagukan


serangkap syair secara bergilir-gilir
sambil dinilai oleh ahli
kumpulannya.

Ilmu : Celik kewangan

3. Setiap kumpulan memilih seorang


pemenang bagi aktiviti tersebut
dengan mengisi borang markah.

Kontekstual
Verbal
linguistik
Muzik
Menilai
Mendengar
dengan
berkesan

Teknik Perbincangan
Slaid syair
Borang markah

129

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

2014

Aktiviti 1
Lampiran 1
Baca syair dan berikan maksud
tersurat syair di bawah.

Syair Petani

Ketika mentari menunjukkan diri


Petani bersujud menghadap Ilahi
Mengharap berkat atas rezeki
Hasil bakti kepada bumi

Kini petani tersenyum puas


Benih disemai menjadi emas
Pintu rezeki semakin luas
Usaha gigih telah berbalas.

Petani bekerja hingga petang


Menitis keringat membanting tulang
Bersawah padi menanam pisang
Namun pendapatan masih kurang
Petani menyahut seruan kerajaan
Pertanian adalah satu perniagaan
Teknologi moden kini digunakan
Bidang pertanian mula diluaskan

Sesekali musibah melanda


Padi di sawah diserang hama
Haiwan ternakan tidak terjaga
Hati petani gundah gulana
Petani tidak berputus asa
Dikerah tenaga luar biasa
Tekun bekerja tak kira masa
Rahmat diharap dari yang Esa
Kini petani tersenyum puas
Benih disemai menjadi emas
Pintu rezeki semakin luas
Usaha gigih telah berbalas.

130

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

2014

Aktiviti 2
Lampiran 2
Lagukan syair dengan gaya
dan intonasi yang betul.

Syair Petani
Ketika mentari menunjukkan diri
Petani bersujud menghadap Ilahi
Mengharap berkat atas rezeki
Hasil bakti kepada bumi

Sesekali musibah
melanda
Kini petani
tersenyum puas
Padi di sawah
Benihdiserang
disemai hama
menjadi emas
Haiwan ternakan
tidaksemakin
terjaga luas
Pintu rezeki
Hati petani
gundah
gulana
Usaha
gigih
telah berbalas.

Petani bekerja hingga petang


Menitis keringat membanting tulang
Bersawah padi menanam pisang
Namun pendapatan masih kurang

Petani tidak berputus asa


Dikerah tenaga luar biasa
Tekun bekerja tak kira masa
Rahmat diharap dari yang Esa

Petani menyahut seruan kerajaan


Pertanian adalah satu perniagaan
Teknologi moden kini digunakan
Bidang pertanian mula diluaskan

Kini petani tersenyum puas


Benih disemai menjadi emas
Pintu rezeki semakin luas
Usaha gigih telah berbalas.

Borang Pemarkahan Pertandingan Melagukan Syair Antara Kumpulan


Nama Kumpulan

Sebutan (5)

Intonasi (5)

131

Kelancaran (5)

Jumlah (15)

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Buku Panduan Guru Tahun 5


Sekolah Kebangsaan
Aspek Seni Bahasa

2014

Penilaian
Lampiran 3
Siapakah penyair yang terhebat?

Borang Pemarkahan Pertandingan Melagukan Syair Dalam Kumpulan


Bil.

Nama Penyair

Sebutan

Intonasi

Kelancaran

Jumlah

(5)

(5)

(5)

(15)

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

132

Anda mungkin juga menyukai