Anda di halaman 1dari 6

STRATEGI MENGELASKAN 3 PEMBOLEH UBAH DALAM SOALAN SAINS

BAHAGIAN B
1.

TAJUK

Kaedah Get Closer ScRooTem dapat meningkatkan pengguasaan

murid dalam mencari dan membina ayat pemboleh ubah dan merealisasikan murid celik
KPS di kalangan murid tahun 4 sekali gus dapat mewujudkan Rakan Sains di kalangan
mereka.

2.

PENGKAJI

Pn. Nuresmalia Binti


Ismail

3.

NAMA SEKOLAH

SK Ngah Ibrahim

4.

REFLEKSI KAJIAN
Pada hujung bulan 11, 2008, permohonan saya bertukar ke negeri Perak telah diluluskan.
Saya seperti tidak percaya apa yang saya lihat pada ruangan keputusan pertukaran secara online.
Bukan apa, selama ini apa yang saya perolehi sering mengecewakan saya. Ayatnya berbunyi
Permohonan pertukaran anda ke negeri Perak tidak diluluskan kerana kepentingan
perkhidmatan.Tetapi sekarang tidak lagi. Hati saya berbunga riang. Tanggal 5 Januari 2009,
hari pertama saya menjejakan kaki ke SK Ngah Ibrahim. Hatiku berdebar-debar seolah-olah baru
pertama kali menjadi seorang guru dan bagaimanakah reaksi pihak sekolah terutamanya muridmurid di situ. Sepanjang awal sesi pengajaran dan pembelajaran saya, saya tidak mengalami
banyak masalah.Tetapi apabila masuk minggu ke-dua, saya mula merasa tekanannya di mana
kebanyakkan muridnya tidak mahir berbahasa inggeris. Betulah kata orang, Pengajaran dan
pembelajaran Sains dalam Bahasa Inggeris memberi kesan negatif yang agak mendalam bagi
murid di luar Bandar. Untuk menyelesaikan masalah tersebut kaedah penyampaian dwi bahasa
dan ciptaan kamus sendiri diguna pakai. Selang beberapa minggu penggunaannya, murid-murid
sudah mula mahir dan berminat untuk mempelajari ilmu sains. Dalam proses tersebut,wujud pula
masalah baru. Murid-murid tidak tahu bagaimana mencari dan membina ayat pemboleh ubah
sedangkan mereka sudahpun mempelajari kemahiran tersebut semasa di tahun 3.Banyak sesi
perbincangan bersama murid telah saya jalankan. Tetapi keputusannya amat mengecewakan
saya. Oleh itu, adalah wajar saya mencari satu pendekatan untuk mengatasi masalah ini.

5.

PENYATAAN MASALAH

Situasi ini menyebabkan saya tidak berpuas hati dan rasa terpanggil untuk mengatasi masalah
tersebut. Pada pandangan saya keadaan tertekan yang tidak terkawal ini boleh mengakibatkan
kesan yang negatif dalam proses pendidikan. Penggunaan alatan ICT juga tidak banyak
membantu bagi mengatasi masalah ini bahkan hanya memberi tekanan kepada guru dan pelajar
itu sendiri. Ini kerana input yang diberi lebih berfokuskan kepada ilmu dan konsep sains sematamata tetapi tidak bagi kemahiran proses sains.
6.

RASIONAL KAJIAN

6.1

Untuk mengatasi masalah kemahiran proses sains di kalangan murid.

6.2

Memotivasikan murid untuk belajar dan minat terhadap subjek sains.

6.3

Meningkatkan keyakinan diri murid dalam mengatasi sesuatu masalah.

6.4

Mewujudkan dan merapatkan lagi hubungan semasa murid dan guru.

7.
7.1

OBJEKTIF KAJIAN
OBJEKTIF UMUM
Untuk meningkatkan pengguasaan murid dalam mencari dan membina pemboleh ubah ( KPS )
dalam subjek sains. Fokus bahagian B

7.2

OBJEKTIF KHUSUS
Menggunakan istilah-istilah sains yang mudah dalam bahasa inggeris dan mengumpul maklumat
dan jawapan dalam Jurnal murid.
Menggunakan pengurusan strategik, kemahiran berfikir dan masa dalam menyelesaikan masalah
tugasan sepanjang aktiviti.

8.

KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan murid-murid darjah 4 SK Ngah Ibrahim seramai 25 orang.

9.

PERMASALAHAN DAN FOKUS KAJIAN / ANALISIS TINJAUAN MASALAH

1.

Murid kurang berminat mempelajari Sains di dalam bilk darjah.

2.

KEMAHIRAN Proses Sains ( KPS ) iaitu menentukan pemboleh ubah merupakan

MASTERMIND
3.

dalam menjawab hampir semua soalan Sains bahagian B.

Tidak/kurang pandai/faham dalam mempraktikkan kaedah yang diberi oleh guru di dalam
mencari dan menentukan pemboleh ubah.

4.

Tiada penggunaan kaedah yang berterusan dalam mencari pemboleh ubah, hanya apabila ada
kelas Sains sahaja barulah digunakan.

10. BATASAN KAJIAN


1. Kajian ini terhad kepada 1 KPS sahaja iaitu mencari pemboleh ubah. Kebanyakkan murid
melaksanakan kaedah ini tanpa guru. Guru hanya menjadi pemantau sahaja.
3.

Fokus dan tumpuan kepada murid pandai dan sederhana sahaja.

11. INSTRUMEN YANG DIGUNAKAN


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Data HeadCount
Borang Soal Selidik
Set soalan Ujian Pra
Set soalan Ujian Pos
Jurnal Mentor/Protg
Data PKSR 1
Set soalan Ujian Akhir

12. METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini dijalankan mengikut jadual pelaksanaan yang telah dirancang berlandaskan langkahlangkah yang disarankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Aktiviti yang dirancang dijalankan sama ada di dalam sesi P & P atau di luar P & P secara tidak
formal.
12.1

MERANCANG
Mengenal pasti masalah;
Untuk mengetahui punca yang berkaitan dengan masalah terbabit secara mendalam.
Pendekatan yang digunakan ;
1. Mesyuarat bersama guru sains yang lain.
2. Soal selidik murid
3. Data headcount 2008 dan ujian Pra
Data yang diperolehi dikenal pasti, dikumpul dan direkodkan untuk langkah yang seterusnya.

12.2

BERTINDAK
Tindakan 1
Penggunaan Kaedah REDLLOW REEN dalam menentukan pemboleh ubah.

Ujian Pos kejayaan kaedah terbabit.


Pengumpulan data
Tindakan 2
Kaedah Get Closer ScRootem
Murid yang sudah mahir menjadi mentor kepada murid yang lemah protg ( ala program
Mentor TV3)
Dijalankan dengan 2 cara
P & P Aktiviti Round table dan Rotating Review
Dinilai selepas sesi perbentangan.
Di luar P & P Aktiviti Duduk Sekali masa terluang, ketiadaan guru subjek dan waktu rehat
Dinilai selepas 3 kali sesi perbincangan antara mereka dan diberi ganjaran.
Set soalan bahagian B mencari pemboleh ubah
Tindakan 3
Pertandingan Ala Pop Kuiz di antara kumpulan
Fokus mencari pemboleh ubah dan soalan KPS bahagian B.
Peperiksaan Pertengahan Tahun
Ujian Akhir
Analisa data Kadar tahap pencapaian kejayaan kaedah terbabit

REFLEKSI KAJIAN
Keseluruhan pendekatan ini, merupakan satu kaedah pembelajaran secara aktif di antara
responeden. Aktiviti Kajian Tindakan ini telah dapat memenuhi aspek seperti berikut :v Responden telah mahir dalam mencari dan mebina ayat pemboleh ubah dengan baik.
v Meningkatkan perolehan kemahiran Saintifik responden.
v Memotivasikan responden untuk belajar dan minat terhadap mata pelajaran Sains.
v Memperlihatkan sikap positif responden dalam menghadapi sebarang masalah dalam menentukan
pemboleh ubah.

Manakala pencapaian responden dalam Ujian Pra, Ujian Pos dan Ujian Akhir menunjukkan
peningkatan yang ketara dan konsisten. Pendekatan ini merupakan aktiviti yang dapat memenuhi
hampir keseluruhan keperluan responden. Penggunaan tenaga yang tinggi dalam pergerakan bagi
mencapai matlamat setiap aktiviti responden tidak menumpukan pemikiran mereka kepada
perkara-perkara luar dari aktiviti yang sedang dijalankan. Pemikiran responden tertumpu kepada
mencapai objektif setiap aktiviti, disamping mengejar ganjaran dan motivasi.

Setakat ini, kaedah yang telah digunakan mendatangkan kesan yang positif kepada 20 orang
responden yang mengikutinya. 5 orang lagi masih di tahap yang belum dikategorikan
memuaskan. Tetapi saya masih mengharapkan kaedah ini dapat membantu 5 orang responden
itu. Walaupun mengambil masa yang lama. Berdasarkan data yang telah diperolehi didapati
dengan menggunakan kaedah ini lebih ramai responden dapat menguasai kemahiran mencari dan
menentukan pemboleh ubah daripada yang tidak menguasai. Pendapat ini jelas dapat dilihat
melalui data yang telah dikumpulkan. Rujuk kepada data yang telah dikumpulkan Saya juga
telah menjalankan refleksi bagi setiap langkah pelaksanaan yang dijalankan untuk menilai
keberkesanan pendekatan tersebut. Data yang diperolehi disemak dan dinilai untuk membuat
penambah baikan.

Melalui kajian ini juga, saya dapati pendekatan ini sebenarnya lebih menarik minat responden.
Ini dapat dibuktikan melalui perlaksanaan aktiviti berkumpulan di mana mereka kelihatan
gembira semasa menjalankan aktiviti tersebut. Setiap responden tidak perlu meyelesaikan
sesuatu masalah pemboleh ubah itu secara bersendirian tetapi bersama-sama untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Aktiviti ini juga lebih menggalakkan responden memenuhi
masa yang terluang (waktu senggang) dengan perkara-perkara yang amat berfaedah.

Saya juga merasa terharu dengan sokongan daripada rakan-rakan sejawat yang banyak
membantu di dalam aktiviti yang dilakukan oleh responden terutamanya apabila waktu rehat.
Saya juga mendapati responden sentiasa bersikap ingin tahu untuk mencari jalan penyelesaian
masalah dalam setiap penyataan eksperimen yang diberikan. Rresponden juga sanggup
berkorban sedikit masa rehat mereka dengan dipenuhi aktiviti ini. Walhal pada waktu ini,
responden boleh menghabiskan masa mereka dengan bermain-main bersama rakan-rakan yang
lain.

SIGNIFIKAN KAJIAN

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :

a.

Guru Sains digalakkan mengubahsuai kaedah pengajaran dengan pendekatan ini dalam P & P
terutama bagi kumpulan murid yang lemah dan sederhana.

b.

Menggunakan kaedah perbezaan warna dalam menguasai Kemahiran Proses Sains.

c.

Pertandingan Ala POP Kuiz diserapkan dalam Bulan Sains di sekolah

d.

Mewujudkan Kelab Rakan Sains di sekolah untuk membantu rakan-rakan yang bermasalah
dalam mencari dan menentukan pemboleh ubah sekaligus secara tidak langsung dapat
meningkatkan lagi penguasaan responden dalam kaedah tersebut.

Hasilan daripada kajian tindakan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang amat
positif dari segi minat responden dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains.Semoga minat
responden dalam aktiviti ini boleh menjadikan titik tolak kepada pendekatan proses pengajaran
dan pembelajaran Sains yang menyeronokkan dan berkesan, seterusnya dapat menunjukkan
peningkatan prestasi akademik yang amat memberangsangkan. Diharap pada masa akan datang,
kaedah ini dapat diubah suai dan digabung jalinkan bersama-sama dengan kecanggihan teknologi
maklumat yang semakin hari pesat membangun. Sebagai seorang guru, kejayaan anak muridnya
merupakan hadiah yang tidak ternilai dan memberikan satu kepuasan yang tidak dapat diluahkan
dengan ungkapan kata-kata yang indah.

Anda mungkin juga menyukai