Anda di halaman 1dari 4

BUNGA ALAMANDA

Penggemar alamanda percaya bahawa tanaman yang berbunga kuning ini dapat dipakai
sebagai penolak bala jika ditanam di halaman rumah dan getahnya pula dapat digunakan untuk
meyembuhkan penyakit disetri.

         Pokok ini mempunyai batang yang bergetah putih, bunganya berbentuk tandan dan setiap
tandan terdiri daripada 8 hingga 10 kuntum bunga

Spesies Allamanda nerrifolia berbunga kuning cerah, Allamanda purpureceae berbunga kuning
keunguan dan Allamanda cathartica berbunga kuning. Ketiga-tiga spesies ini termasuk dalam
famili Apocynaceae.

BUNGA BAKUNG.

Bunga bakung Crinum asiaticum, famili Amarillydaceae, menurut kepercayaan Cina,


Mesir dan Arab

bunga ini dapat memberikan perlindungan terhadap penyakit wabak yang menular
sekiranya ditanam diperkarangan rumah atau kebun di sekitar rumah terutamanya bakung yang
berbunga putih ungu dan berdaun keunguan.

                   Bakung mempunyai ketinggian antara 0,5 – 1,25 m. Di Indonesia tanaman ini
biasanya ditanam di perkarangan rumah sebagai tanaman hiasan. Bakung juga tumbuh sebagai
tumbuhan liar. Bunganya berbentuk corong, mekar pada malam hari dan berbau harum.

2.3 BUNGA KERTAS.

                   Bunga kertas berasal dari Amerika Latin dan ditemui oleh Antonie de Bougainveille
pada tahun 1769-1776 di Brazil. Fasa pembungaan bunga kertas ini agak aneh kerana jika ianya
tumbuh di tempat yang kurang subur dan kering, pokok ini akan menghasilkan bunga yang lebat.

Pokok Bunga Kertas (bahasa Inggeris: "bougainvillea") mempunyai bunga berwarna-warni


yang berkembang sepanjang tahun dan oleh itu, telah menjadi pilihan tanaman hiasan tropika
yang sangat popular. Berasal dari Amerika Selatan, pokok bunga kertas sering ditanam di taman-
taman, kawasan perumahan, dan kawasan hiasan laman. Semasa pokok bunga kertas berbunga,
adalah kebiasaannya bahawa kebanyakan daunnya akan luruh dan meninggalkan bunga-bunga
dan dahan-dahan yang menarik. Nama botani bunga ini Bougainvillea spp.

Pokok bunga kertas mendapat nama disebabkan bunganya yang nipis dan mempunyai ciri-ciri
seperti kertas. Nama Inggeris bunga ini, iaitu Bougainvilla, pula dinamakan sempena nama Louis
Antoine de Bougainville, seorang Komander Laut Perancis.

Pokok bunga kertas tergolong dalam famili Nyctaginaceae yang mengandungi 28 genus dan 250
spesies. Terdapat tiga spesies utama bougainvilla di Malaysia, iaitu B. glabra, B. spectabilis, dan
B. Mrs. Butt. Banyak kacukan telah dilakukan daripada tiga spesies asal ini untuk menghasilkan
pokok bunga kertas yang mempunyai pelbagai warna kelopak, baik selapis mahupun banyak
lapis.

Pokok bunga kertas juga menjadi pilihan kacukan untuk menjadikan pokok bunga kertas yang
mempunyai pelbagai dahan dengan bunga yang berlainan warna. Pokok bunga kertas menjadi
pilihan ramai disebabkan bunga berwarna-warni yang cantik dan tahan lama, mudah dijaga, serta
pokoknya yang tahan lama sehingga melebihi 20 tahun (jika dijaga dengan betul). Pokok bunga
kertas kini juga menjadi pilihan bagi menghasilkan pokok bonsai renek.

 2.4 BUNGA MATAHARI

Bunga matahari Helianthus annuus, famili Compositae berbentuk bundar, kuning dan daun yang
runcing dengan diameter bunga sekitar 25 cm. Pokoknya setinggi  90 – 350 cm, berbatang kecil,
berbulu kasar dan hampir tidak bercabang.

          Tanaman asal Amerika Latin ini banyak ditanam oleh  masyarakat Jawa Barat di depan
rumah sebagai penolak bala kerana dianggap dapat mencegah bahaya. Orang Jawa juga percaya ,
dengan menanam bunga matahari di halaman rumah akan menimbulkan kedamaian, kabahagiaan
dan keharmonian rumah tangga bagi pemiliknya.

          Bunga ini juga merupakan salah satu bunga persembahan dalam upacara spiritual Kasada
bagi masyarakat Hindu di Tengger, Probolinggo dan Jawa Timur.

2.5 BUNGA KEMBOJA.          

Tanpa bunga kemboja Plumeria acuminata, famili Apocynaceae, tari Legong Keraton di
Bali pasti kurang menarik. Bunga ini selalu dipakai di telinga penari semasa upacara tarian itu
berlangsung. Bunga kemboja berwarna putih dengan pusat bunga berwarna kuning
keemasan.Pokok ini banyak ditanam di halaman candi dan kawasan kubur.

          Di Jawa, kemboja dilarang ditanam di halaman rumah kerana bunga ini boleh
menimbulkan kesan seram seperti suasana kubur dan juga boleh mengundang roh jahat yang
akan mengganggu ketenteraman penghuni rumah. Ada juga sebahagian masyarakat yang percaya
bahawa mereka yang berjaya menemukan bunga kemboja yang berkelopak genap (6 helai) akan
mendapat rezeki.

Di Hawaii, kalung bunga kemboja dipakai untuk menyambut tetamu.Di India, bunga
kemboja digunakan sebagai bunga persembahan kepada dewa untuk memenuhi nazar. Di Cina,
sari bunga kemboja dipakai sebagai pewangi setelah mandi dan juga sebagai penyegar badan.
2.6 BUNGA KENANGA

Bunga kenanga Canangium odoratum, famili Annonaceae sangat sesuai ditanam di


halaman rumah kerana ianya dapat menolak `black magic` seperti terkena buatan orang.
Bunganya yang berbau harum digunakan untuk membuat bunga rampai atau dipakai semasa
upacara adat tertentu.

Pokok kenanga merupakan pokok yang besar setinggi 38m dengan diameter batangnya
1m. Pokok kenanga yang ditanam untuk tanaman hiasan biasanya setinggi 1 hingga 2 m.

Bunga kenanga berwarna hijau kekuningan, tidak begitu menonjol dan tumbuh
berkelompok yang terdiri daripada 6 hingga 10 kuntum pada satu tangkai. Kelopak bunga ini
berbentuk pita yang agak terpilin sepanjang 5 - 10 cm.

2.7 BUNGA LILI

Bunga lili Lilium longiflorum, famili Liliaceae sering dianggap sebagai lambang
kemurnian oleh bangsa Mesir, Yunani dan Romawi kuno. Sebutan ‘lilium’ berasal dari bahasa
Yunani leirus yang bererti lembut dan licin. Bunga ini telah ditanam di daerah sekitar Laut
Tengah (Itali, Mesir dan sebagainya) sejak abad ke-9 SM. Bunga ini telah digunakan dalam
upacara keagamaan atau pengkebumian.

          Bunga lili berbentuk piala atau terompet panjang, besar, berwarna putih dan berbau harum.
Spesies Lilium speciosum dan  Lilium trigrinum juga banyak ditanam sebagai penghias kebun
dan taman. Masyarakat lebih menyukai Lilium longiflorum untuk membuat karangan bunga
kerana warnanya yang putih bersih dan sedap dipandang.

2.9 BUNGA MELATI

          Melati Jasminum sambac, famili Oleaceae telah dinobatkan sebagai puspa bangsa, maskot
bangsa Indonesia oleh Presiden Soeharto pada 5 julai 1990. Bunga ini merupakan simbol kepada
kesucian, ketulusan dan kebersihan hati.

          Melati sangat popular dalam kehidupan masyarakat Melayu, Betawi, Jawa, Sunda, Madura
dan Bali kerana ianya dianggap melambangkan kesuburan, kesejahteraan dan kemakmuran.
Pengantin tanpa lilitan untaian melati pada keris yang dipakainya akan dianggap kurang
sempurna pernikahannya.

Ibu-ibu yang mempunyai air susu yang kurang boleh menjadikan melati sebagai ubatnya.
Melati yang sudah digiling hendaklah disapu pada buah dadanya agar air susu yang dihasilkan
bertambah banyak.

Melati Jasminum sambac dapat dibezakan kepada 2 jenis berdasarkan kepada mahkota
bunganya, iaitu yang berbunga tunggal dan berkumpulan. Bunga melati berwarna putih dan
berbau harum.
 2.10 BUNGA KEMUNING.

Kemuning, Murraya paniculata, famili Rutaceae merupakan pokok yang setinggi 3 – 7


m, berbatang pendek, berdaun rimbun dan memberi manfaat sebagai tanaman pagar. Tanaman
ini berbunga terus-menerus sepanjang tahun. Warna bunga ini pada peringkat awal ialah kehijau-
hijauan dan setelah mekar penuh ianya bertukar menjadai putih bersih.

 Daun dan bunganya jika digiling halus dan disapukan pada badan, akan membuatkan
seseorang wanita lebih cantik dan berkulit kuning bersih. Kayunya yang berwarna kuning agak
kecoklatan merupakan bahan yang sesuai untuk membuat sarung keris.

Tanaman Bakung merupakan bagian dari genus Lilium, nama tanaman ini dalam bahasa Inggris
adalah lily. Ada sekitar 100 suku dalam keluarga bakung (Liliaceae).

Tanaman ini bisa menyesuaikan diri dengan habitat hutan, seringkali pegunungan, dan kadang-
kadang habitat rerumputan. Beberapa mampu hidup di rawa. Pada umumnya tanaman ini lebih
cocok tinggal di habitat dengan tanah yang mengandung kadar asam seimbang.

Bakung biasanya memiliki tangkai yang kokoh. Kebanyakan suku bakung membentuk umbi
polos di bawah tanah. Di beberapa suku Amerika Utara dasar dari umbi ini berkembang menjadi
rizoma.

Bunga bakung yang besar memiliki tiga daun bunga, acapkali wangi, dan terdapat dalam
berbagai warna dari putih, kuning, jingga, merah muda, merah, ungu, warna tembaga, hingga
hampir hitam. Terdapat pula corak berupa bintik-bintik.

Anda mungkin juga menyukai