Anda di halaman 1dari 1

C. Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Ahmad menendang bola itu ke pintu gol.

2. Hanis membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin.

3. Saya melukis gambar itu kelmarin setelah diminta oleh Farah.

4. Kamu perlu menyiapkan tugasan yang diberi pada hari ini juga.

5. Tuan hamba perlu menemui Panglima Garang segera.

6. Rakyat Malaysia sangat mementingkan perpaduan.

7. Irna mahu menyimpan raket badminton Iswan sebagai kenang-kenangan.

8. Pihak kerajaan akan memberikan insentif kepada mana-mana ahli sukan yang
berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

9. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu akan mengadakan mesyuarat
tergempar.

10. Jika saya berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang, saya akan memilih
jurusan perubatan.

D. Tukarkan ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.

1. Bola itu ditendang oleh Ahmad ke pintu gol.

2.Buku cerita kanak-kanak itu dibaca oleh Anis di kantin.

3.Gambar itu saya lukis semalam setelah diminta oleh Farah.

4. Tugasan yang diberi perlu kamu siapkan pada hari ini juga.

5. Ikan patin telah ditangkap oleh Ah Meng di sungai itu.

Anda mungkin juga menyukai