Anda di halaman 1dari 28

SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

1




Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

TAJUK 2 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH


Sinopsis

Tajuk ini memberi pendedahan mengenai kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran bagi mencapai kemahiran pemikiran sejarah berasaskan pendekatan
berpusatkan murid.



Hasil Pembelajaran:

1. Mengenal pasti kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
sejarah

2. Menjelaskan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran sejarah

3. Mengaplikasi kaedah dan teknik

4. Merekabentuk satu kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran



Sub Tajuk
(i) Kecerdasan pelbagai




DEFINISI ASAS
An intelligence is the ability
to solve problems, or to create
products, that are valued within
one or more cultural settings.
Kecerdasan ialah kebolehan
untuk menyelesaikan masalah,
atau mencipta barangan yang
bernilai dalam lingkungan satu
Atau lebih latar budaya.
MASALAH
BARANGAN
HOWARD GARDNER
FRAMES OF MIND

Kaedah
&
Teknik
Kecerdasan
Pelbagai
Pembelajaran
Masteri
Pembelajaran
Koperatif

Inkuiri
Penemuan

Pembelajaran
Kendiri

Simulasi

Bercerita
Belajar
Sambil
Bermain
Experiental
Activities
Planner
Theory of
Constrain
(TOC)

i-Think
Konstruktivism
e
Pembelajaran
Berbantukan
Komputer

Kajian
Masa Depan

Pembelajaran
Konstektual

SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
2





Bahagian-bahagan kecerdasan pelbagai
Verbal-Linguistik
Visual-Ruang
Muzik
Naturalis
Interpersonal
Intrapersonal
Logik-Matematik
Kinestetik
+
-

KECERDASAN
PELBAGAI
1
8 2
3
4
5
6
7
JENIS KECERDASAN PELBAGAI



SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH
3


Di bawah adalah Contoh-contoh
Pengintegrasian Unsur Kecerdasan
Pelbagai Dalam
Pengajaran & Pembelajaran
VERBAL-
LINGUISTIK
Merancang dan
menyediakan bentuk aktiviti
P & P yang merangkumi
menggunakan bahasa lisan
(pidato,ceramah,perbahasan)
bacaan(buku, surat khabar,
majalah) dan penulisan
(puisi, laporan, minit
mesyuarat)
LOGIK-MATEMATIK
Merancang dan
menyediakan bentuk aktiviti
P & P yang merangkumi
memasukkan nombor,
pengiraan, pengelasan atau
menggalakkan pemikiran
kritis.
VISUAL-RUANG
Merancang dan
menyediakan bentuk
aktiviti P & P yang
merangkumi peta minda,
garis ,visualisasi, warna,
seni, metafora atau lain-
lain borang pengurusan
grafik.
MUZIK
Merancang dan
menyediakan bentuk
aktiviti P & P yang
merangkumi
penggunaaan muzik,
bunyi-bunyian
persekitaran atau unsur
ritma dan melodi.
+
-


Di bawah adalah Contoh-contoh
Pengintegrasian Unsur Kecerdasan
Pelbagai Dalam
Pengajaran & Pembelajaran
KINESTETIK
Merancang dan
menyediakan bentuk aktiviti
P & P yang merangkumi
pengalaman pergerakan
seluruh badan atau aktiviti
hands-on(latihan amali,
penyiasatan,kajian luar)
INTERPERSONAL
Merancang dan
menyediakan bentuk aktiviti
P & P yang melibatkan
murid dalam perkongsian
rakan sebaya, pembelajaran
koporatif dan kolaboratif
atau simulasi kumpulan,
lawatan, amali, kerja
lapangan.
INTRAPERSONAL
Merancang dan
menyediakan bentuk aktiviti
P & P yang merangkumi
pilihan kepada murid
merangsang perasaan
kendiri(menulis journal,
dairi, membuat refleksi,
penilaian kendiri
NATURALIS
Merancang dan
menyediakan bentuk aktiviti
P & P yang melibatkan
penggunaan flaura dan
fauna, awan, sungai, gunung
(alam semula jadi ) ke dalam
bilik darjah atau membawa
murid ke luar ke alam
semula jadi, lawatan, amali,
kerja lapangan



4
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH








Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan bagaimana
anda boleh mengaplikasikan kecerdasan pelbagai dalam proses pengajaran
dan pembelajaran anda.


Aktiviti



Kenalpastikan kecerdasan pelbagai yang ada dalam kalangan rakan anda
berdasarkan senarai semak dibawah:-
Bil Personal Kecerdasan Pelbagai
1
2
3
4
5



Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.





































5
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

(ii) Pembelajaran Masteri

DEFINISI


MENGAPA PM ?
Kebolehan dan keperluan berbeza
Pendekatan P&P sesuai dan berkesan
Menguasai ilmu, kemahiran dan sikap
M
R
D






6
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH




Cuba anda renung dan fikirkan mengapakan sistem pendidikan dahulu selagi
tidak menguasai sesuatu topik tidak akan naik kelas.

Langkah-langkah melaksanakan pembelajaran masteri:-

1.Menentukan hasil pembelajaran

Hasil pembelajaran perlu ditentukan untuk memastikan apa yang perlu dikuasi oleh
murid. Melalui penentuan hasil pembelajaran guru boleh merancangkan pelbagai
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan disamping bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan hasil pembelajaran. Hasil
pembelajaran yang dibina juga akan membantu guru membina ujian formatif dan
sumatif.

2.Menentukan pengajaran dan pembelajaran

Pada peringkat ini guru harus memikirkan kaedah dan teknik yang digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancangkan. antara kaedah dan
teknik yang boleh digunakan ialah inkuiri penemuan, konstruktivisme, pembelajaran
koperatif dan lain-lain.

3.Menilai

Penilaian perlu dalam pembelajaran masteri kerana melalui ujian guru mengetahui
pencapaian pelajarnya,mengesan sama ada hasil pembelajaran telah dikuasai atau
belum, mengesan sebab-sebab kelemahan pelajar dalam sesuatu unit pembelajaran,
merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan
4.Merancang tindakan susulan

Tindakan susulan melibatkan aktiviti pemulihan dan pengayaan.

Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan bagaimana
anda boleh mengaplikasikan pembelajaran masteri dalam kelas sejarah
anda.


7
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH






Aktiviti

.
Jelaskan langkah-langkah pembelajaran masteri yang boleh dilaksanakan
dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah bagi kelas yang anda ajari.

Jangan lupa ekses laman web yang berkenaan untuk mendalami kaedah ini.











































8
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

(iii) Pembelajaran Kontekstual


Adakah anda mengerti apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran
konstekstual


Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isii
kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktivitii
hands on dan minds on.


Kaedah-Kaedah Pembelajaran Kontekstual

Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih
daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut , ia dapat diringkaskan menjadi
REACT

Relating (Menghubungkait)

Pembelajaran dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan
pengalaman hidup merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual yang biasanya
berlaku di kalangan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak membesar, adalah menjadi
lebih sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang bermakna. Kurikulum yang
cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mestii
menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian.
Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat
baru untuk penyelesaian sesuatu masalah.

Contoh murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam
sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktivitii
yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal
mereka setiap hari.


Experiencing (Mengalami)

Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan dan reka cipta -
merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh
dimotivasikan dengan strategi p&p seperti video, naratif, atau aktiviti berasaskan teks,
tetapi mereka masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara
bandingannya. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar dapat
memanipulasikan alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif.

Contoh murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demonstrasi serta membuat
latihan amali menyambungkan wayar kepada plug 3 pin. Pengalaman ini boleh
digunakan di rumah apabila berlakunya situasi wayar plug 3 pin seterika tertanggal.


Applying (Mengaplikasi)

Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam situasi yang
lain. Dalam kursus pembelajaran konteksual, aplikasi seringnya berdasarkan aktiviti
pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal dan amali. Kebanyakan
sekolah akan mengadakan lawatan kilang, mentoring dan latihan kerja. Contoh murid
mempelajari teori dan konsep tuas. Pengetahuan ini dapat diaplikasikan apabila
9
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH







bertemu sebuah kereta yang tayarnya pancit dan tidak mempunyai jek. Murid itu boleh
menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan
penukaran tayar.

Cooperating (Bekerjasama)

Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan
pelajar lain - merupakan strategi p&p yang utama dalam pembelajaran konteksual.
Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari
bahan pengajian, malah ia juga dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang
pengajaran konteksual. Majikan mementingkan pekerja yang boleh berkomunikasi,
berkongsi maklumat dan bekerja dengan selesanya dalam pasukan di tempat kerja.
Justeru itu, adalah penting bagi pelajar untuk melatih kemahiran bekerjasama di
sekolah. Contoh murid bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali makmal.
Penyelesaian amali makmal memerlukan delegasi, pemerhatian, cadangan dan
perbincangan. Lazimnya, kualiti data yang dikumpul oleh sesuatu pasukan bergantung
secara langsung kepada prestasi setiap ahlinya.


Transferring (Memindahkan)

Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau
memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan
ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan
diketahui. Secara tradisinya, kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran
yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh
membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan menyediakan panduan yang dapat
menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui
pelajar. Contoh murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan
menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga
bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat
garisan gelanggang permaianan.



Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan kaedah-kaedah
yang telah anda pelajari. Kenalpasti perbezaan dan persamaan kaedah-
kaedah yang telah anda pelajari.

Aktiviti

.
Dalam kumpulan anda, bincangkan bagaimana anda boleh menggabungkan
pengalaman lalu untuk menghasilkan sesuatu idea yang
baru.

Jangan lupa ekses laman web yang berkenaan untuk mendalami kaedah ini.
Juga hubungi pensyarah anda melalui e-mail untuk berbincang tentang
sebarang kemusykilan yang bermain di minda anda.
10
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH


(iv) Pembelajaran koperatif
Tak fahamlah apa maksud pembelajaran koperatif?


Pembelajaran Koperatif didefinisikan sebagai satu set proses yang membantu pelajar
berinteraksi satu sama lain untuk mecapai satu matlamat khusus atau mendapatkan
satu hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran.
Pendekatan berstruktur (structural approach) dalam pembelajaran koperatif oleh Kagan
hasil daripada proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasikan struktur (yang tidak
terikat kepada isi kandungan pelajaran) secara sistematik termasuk cara-cara
menguruskan interaksi sosial dalam bilik darjah.

Menurut Kagan (1998), dalam pembelajaran koperatif, aktiviti pembelajaran dikatakan
wujud apabila struktur koperatif yang disesuaikan dengan isi kandungan seperti yang
diwakili oleh hubungan di bawah.


Struktur pembelajaran + Isi kandungan = Aktiviti.


Kagan telah menyenaraikan sekurang-kurangnya sebanyak lebih daripada 50 contoh
struktur (dengan nama-nama yang tertentu) yang dapat disesuaikan dengan isi
kandungan. Struktur boleh digunakan mengikut tujuan tertentu team building
(kumpulan kecil), Classbuilding (satu kelas), Masteri, Kemahiran berfikir, Perkongsian
Maklumat dan Kemahiran berkomunikasi.


KELEBIHAN
Keistimewaan
k/sama
Menyeronokkan
Dinamik
Akauntibiliti
individu
Melibatkan pelbagai
TKP/Pembelajaran
Masteri
Pengurusan lebih efisen
Penglibatan aktif
dan
saksama
Penggunaan
masa berQ







11
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH








Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan struktur yang
digunakan oleh Kagan dalam pembelajaran koperatif yang
dikemukakannnya.


Struktur Pembelajaran Koperatif





Aktiviti

.
Dalam kumpulan, cuba anda laksanakan mana-mana struktur pembelajaran
koperatif yang disarankan oleh Kagan.


Jangan lupa ekses laman web yang berkenaan untuk mendalami kaedah ini.
Juga hubungi pensyarah anda melalui e-mail untuk berbincangkan sebarang
kemusykilan yang bermain di minda anda.







Struktur
Teams-
Games-
tournament
Pembelajaran
Bersama
Kajian
Berkumpulan

Kumpulan
Membantu
Individu

Think-Pair-
Square

Rotating
Review

Travelling File
Who am I
Gallery
Tour
Inside-Outside
Circle

Match Mine

Fan N- Pick

Showdown

Pairs
Compare


Jigsaw

12
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH


Selepas beberapa kaedah yang telah dipelajari, apa pula kaedah yang perlu
saya pelajari?

(v) Pembelajaran Inkuiri Penemuan

Menurut Arends (1994) dalam bukunya Learning to Teach, pengajaran inkuiri dan
pengajaran dan pembelajaran discovery ( penemuan) digunakan untuk membantu
pelajar belajar berfikir. Proses pengajaran inkuiri-penemuan bukan sahaja
dilaksanakan dalam pengajaran Sains dan Matematik tetapi dilaksanakan juga dalam
bidang Sains Sosial termasuklah mata pelajaran Sejarah. Arends juga menjelaskan
bahawa melalui kaedah inkuiri murid mempelajari cara menjana idea melalui soalan-
soalan, kemudian mendapatkan jawapan atau memecahkan masalah tentang perkara
yang ingin diketahui. akhirnya mereka membina idea atau teori sendiri berdasarkan
penemuan baru diperoleh. Pengajaran secara inkuiri dapat membentuk pemikiran aras
tinggi dan pemikiran aras tinggi adalah merupakan proses dan operasi intelek yang
abstrak


Terdapat beberapa model pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah inkuiri.
Antaranya ialah Model Inkuiri Sains Sosial dan Model Inkuiri Jurisprudential. Model
Inkuiri Sains Sosial diperkenalkan oleh Massialas dan Cox ( dlm. Joyce dan Weil, 1986)
bertujuan untuk mengajar murid bagaimana membuat refleksi ke atas masalah sosial.
Melalui inkuiri ini pelajar belajar mendefinisikan masalah dan bekerjasama antara satu
sama lain dalam melakukan penerokaan melalui pelbagai cara. Langkah pertama
dalam model ini ialah guru mewujudkan situasi yang membingungkan tentang isu
sosial dan menjelaskan tentang situasi tersebut. Contoh yang boleh diambil dalam
konteks negara ini adalah seperti isu rempit . Seterusnya murid membuat hipotesis
kenapa isu tersebut timbul. murid meneroka hipotesis dalam bentuk andaian, implikasi
dan logik. Aktiviti seterusnya murid mengumpul data bagi menyokong hipotesis yang
dibentuk. Akhir sekali murid membuat generalisasi dan penyelesaian masalah


Model Inkuiri Jurisprudential dihasilkan oleh Oliver dan Shaver (dlm. Joyce dan Weil,
1986) bagi membantu murid berfikir secara sistematik tentang isu-isu semasa.
Mengikut model ini murid menjadikan isu sebagai soalan umum dan menganalisisnya.
Model ini juga merupakan model pendidikan kewarganegaraan untuk mencari
kebenaran. Proses inkuiri jurisprudential adalah berlandaskan aktiviti perdebatan.
Mengikut model ini pengajaran dimulakan dengan orientasi kepada kes di mana guru
memperkenalkan bahan dan mengenal pasti fakta. Kedua, murid menganalisis fakta
kepada isu umum. murid memilih satu daripada isu tersebut untuk dibincangkan. Dalam
perbincangan tersebut murid mengenal pasti nilai dan konflik nilai. Melalui
perbincangan juga murid dapat memahami fakta secara mendalam dan dapat pula
mentakrifkan soalan. Langkah seterusnya murid mengambil bahagian dalam
perdebatan dan dalam perdebatan ini pelajar menyatakan pendirian mereka. Setelah
selesai perdebatan, murid akan merenung kembali isu yang telah dibahaskan dan
menentukan sebab-sebab mereka berpendirian sedemikian dan mengenal pasti
beberapa pendirian yang sama. murid kemudiannya menguji andaian fakta dan
menentukan sama ada fakta tersebut relevan atau yidak. Akhir sekali mereka
menentukan kesan ramalan dan memeriksa kesahan fakta.

Terdapat lima langkah yang perlu diikuti oleh guru dalam melaksanakan kaedah inkuiri-
penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah sekolah rendah.
13
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH



















Langkah-Langkah Pengajaran Pembelajaran Inkuiri Penemuan

Aktiviti

.
Secara berkumpulan sediakan satu Rancangan Persediaan Mengajar Harian
sejarah menggunakan kaedah inkuiri penemuan.

Jangan lupa hubungi pensyarah anda jika terdapat sebarang kemusykilan.














Mengenal Pasti Masalah
Merancang Cara
Penyelesaian
Mengumpul Maklumat
Mengkaji Maklumat
Membuat Rumusan
14
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH



(vi) Pembelajaran Berbantukan Komputer

Komputer selalu digunakan untuk facebook, layari internet dan sebagainya.
Apa pula Pembelajaran Berbantukan Komputer?

Mengikut Sander (1987), pembelajaran berbantukan komputer ialah satu situasi
pembelajaran di mana pelajar- murid berinteraksi dan dibimbing komputer melalui satu
proses pembelajaran terancang yang bertujuan untuk mencapai matlamat
pembelajaran tertentu. oursund (1980) menyatakan bahawa PBK merupakan
penggunaan komputer untuk menyampaikan pengajaran kepada murid-murid, iaitu
interaksi antara sistem komputer dengan murid - murid untuk membantu mereka
tentang bahan yang telah dipelajari.

Penggunaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)
secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu.
PPBK dikenali di Malaysia, namun begitu di negara lain dikenali sebagaimana berikut:

Computer-Assisted Instruction (CAI) - Amerika Syarikat
Computer-Aided Learning (CAL) - United Kingdom
Computer-Based Learning (CBL) - negara-negara lain
Computer-Aided/Assisted Language Learning


Rehat...


Apakah jenis atau teknik pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer?

Berdasarkan keberkesanan yang sedia diketahui maka, berikut ialah jenis atau teknik
PPBK yang diadaptasi dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran:

i. Tutorial

Berguna untuk mempersembahkan bahan pengajaran yang baru dan mempunyai
langkah-langkah penerangan yang tersusun (Alessi dan Trollip, 1991) dan bertindak
sebagai tutor yang menyampaikan pengajaran. Pelajar boleh belajar mengikut
kemampuan dan merekodkan aktiviti pembelajaran mereka jika tutorial dibangunkan
dengan baik.

Tutorial turut digunakan dalam latihan (Scheafermeyer, 1990), pengukuhan dan
penyelesaian masalah (Alessi & Trollip, 1985) serta untuk mengajar konsep-konsep
yang konkrit dan abstrak dengan menggunakan ilustrasi, animasi, soalan serta teks
juga video dan audio yang mampu merangsang pelajar.

ii. Latih Tubi

Latih tubi dilaksanakan untuk menilai pemahaman pelajar atau pengukuhan dan
dilaksanakan secara kendiri. Pelajar diberi beberapa soalan manakala komputer akan
memberi maklum balas berdasarkan jawapan mereka.

Alessi dan Trollip (1991) telah mencadangkan cara pemilihan yang sesuai secara
pilihan rawak


15
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH






iii. Permainan

PPBK yang semakin popular masa kini dengan mengguanakan pendekatan belajar
sambil bermain untuk menarik minat pelajar menjadikan pembelajaran sesuatu yang
menyeronokkan.

Dalam melaksanakan permainan dalam pengajaran, guru perlu berhati-hati agar
objektif permainan adalah sesuai dengan objektif pengajaran (MacFarlane &
Sparrowhawk, 2002).

iv. Simulasi

Didefinisi sebagai keadaan atau sistem yang dimodelkan melalui komputer yang
mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sistem itu berfungsi. Pelajar
berpeluang untuk menjalankan aktiviti untuk menguji hipotesis dan memahami kesan
sesuatu tindakan terhadap sesuatu sistem atau keadaan sebelum menghadapi sesuatu
keadaan sebenar.

Pengunaan simulasi selepas sesuatu pengajaran akan mengukuhkan pemahaman
pelajar dan dapat memperbetulkan kesilapan persepsi yang mungkin diperolehi
semasa pembelajaran sebenar.

v. Tunjuk Cara

Berguna untuk menunjukkan kepada pelajar sesuatu prosedur. Pelajar boleh
memahami sesuatu prosedur sebelum melakukannya dalam keadaan sebenar. Lebih-
lebih lagi melibatkan sesuatu proedur yang tidak boleh atau tidak sesuai dilakukan di
dalam kelas disebabkan kekurangan peralatan, berbahaya atau terlalu kompleks.


Aktiviti

.
Secara berkumpulan sediakan satu set soalan latih tubi secara online atau
tutorial.


Jangan lupa hubungi pensyarah anda jika terdapat sebarang kemusykilan.
Juga layari laman sesawang yang berkenaan untuk mendapat info lanjut tajuk
ini.















16
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Sub Tajuk:

( v ) K a j i a n M a s a D e p a n

Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan (KMD) merupakan strategi secara saintifik
yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai
cabaran hidup dan membuat keputusan. Dalam erti kata yang lain, KMD ini merupakan
satu disiplin ilmu untuk melihat masa depan melalui trend hinggalah kepada apa yang
dapat dibayangkan akan berlaku melalui pelbagai bentuk dan cara yang dikesan.


.

Rasional Pengajaran Kajian Masa Depan

Pembelajaran berasaskan KMD diperkenalkan untuk mendidik generasi baru bersedia
menghadapi cabaran dan perubahan. Pembelajaran berasaskan KMD dibina untuk
menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan
membuat keputusan untuk menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan,
berupaya dan bertanggungjawab. Menurut Kauffman dalam bukunya Teaching The
Future (1977):

What we can and must do is to give our students an understanding of the most
important issues, problems and opportunities they may face, teach them the skills they
will need to continue to look ahead on their own; and prepare them to cope successfully
with the dislocations and stresses of rapid change.








17
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH


Objektif Kajian Masa Depan

an
OBJ EKTIF KAJ IAN MASA DEPAN
Berkomunikasi
secara
berkesan tentang hal-
hal masa depan
Berfikir secara kritis dan
kreatif serta membuat
keputusan tentang hal-
hal masa depan
Membina sikap dan
nilai tentang masa
depan.
Mempunyai
pengetahuan dan
kefahaman tentang
kajian masa depan
Membuat kajian dan mengurus
maklumat tentang
hal-hal masa depan



Komponen Kajian Masa Depan

Komponen KMD terbahagi kepada dua iaitu Kemahiran Asas Kajian Masa Depan dan
Kemahiran Khusus Kajian Masa Depan.


OHP 13
Kemahiran Asas Kajian Masa Depan

Membuat ramalan
Mengawal dan
mengendalikan perubahan
Menjangka akibatnya
1
2
3
KEMAHIRAN ASAS KAJIAN MASA DEPAN


18
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH


Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan

PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN
KANDUNGAN MATA PELAJARAN
PANDUAN MATRIKS KAJIAN MASA DEPAN
KEMAHIRAN KHUSUS KAJIAN MASA DEPAN
BAHAN BANTU MENGAJAR/RANGSANGAN
NILAI-NILAI MURNI
KURIKULUM
Apa?
PERSPEKTIF:
PEMAHAMAN KONSEP MASA DEPAN
Masa depan memberi penekanan kepada
aspek-aspek ke arah membentuk generasi
baru yang boleh memandang dan berfikir
hala ke hadapan
AKTIVITI KAJIAN MASA
DEPAN
DI BILIK DARJAH
GENERASI MASA DEPAN
YANG BERKEYAKINAN
PELAKSANAAN
PENDIDIKAN
SEPANJANG HAYAT
PERSEDIAAN UNTUK
ALAM KERJA DAN KEHIDUPAN
Bagaimana ?
Mengapa ?


RANGKA PERANCANGAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Apakah yang
anda ingin
mengajar?
Bagaimanakah
saya boleh
mengaplikasikannya
dalam kelas?
1
2
3
Dari manakah anda mencari
bahan untuk mengajar
tajuk?
MATA PELAJARAN
Bagi mengembangkan tajuk
gunakan unsur-unsur matriks
Kajian Masa Depan :
PILIH KONSEP, ISU, TEMA,
APLIKASI DAN KEMAHIRAN
KHUSUS KAJIAN MASA DEPAN
KAITKAN DENGAN
KANDUNGAN MATA
PELAJARAN DAN
PEMAHAMAN KAJIAN
MASA DEPAN YANG
DIBERI FOKUS
TAJUK DAN TEMA
Cari
BAHAN DAN RANGSANGAN
yang sesuai
PILIH IDEA DAN
RANCANG AKTIVITI
YANG SESUAI
HASIL KERJA MURID
HASIL PEMBELAJARAN








19
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH







Perancangan Guru Dalam Pengajaran dan Pembelajaran KMD

a.Perancangan Strategik
b.Berpusatkan murid
c.Aplikasi sebagai projek, kerja kukurikulum atau sepanjang hayat
d.Isu dan tema yang relevan
e. Guru sebagai fasilitator



Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang telah
anda fahami berkenaan tajuk ini: Definisi KMD, Rasional Pengenalan
KMD, Objektif Kajian Masa Depan, Komponen Kajian Masa Depan dan
Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan.


Aktiviti


Berdasarkan pendekatan KMD, berikan gambaran bentuk perpaduan rakyat Malaysia
menjelang tahun 2020?
Apa yang berubah dan apa yang kekal pada masa depan ?
MASA DULU MASA KINI
MASA DEPAN ?

Apa yang berubah dan apa yang kekal pada masa depan ?
MASA DULU MASA KINI
MASA DEPAN ?

Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.



Peringatan

Semasa membuat latihan ini dan seterusnya, perkara-perkara berikut
hendaklah diambil perhatian;
(i) Semua aktiviti yang berkaitan dengan latihan hendaklah dicatatkan dan
disimpan dalam portfolio.
(ii) Bahan-bahan rujukan mestilah dikepilkan dalam sebuah portfolio.

(iii) Bahan-bahan rujukan disusun mengikut tajuk-tajuk yang dipelajari.

20
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH








(xii) Konstruktivisme

Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana
pengetahuan disusun dalam minda manusia. Konstruktivisme merupakan satu
kepercayaan bahawa pembelajaran bermula dari pengetahuan dan pengalaman yang
disimpan dalam storan memori atau struktur kognitif murid. Dalam proses
pembelajaran, maklumat baru diproses dan diserapkan untuk dijadikan sebahagian
daripada struktur kognitif di dalam minda. Dalam erti kata yang lain, pelajar membina
sendiri pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasinya kepada situasi baru dan
mengintegrasi pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia
wujud.

Ciri-Ciri Kaedah Pengajaran Konstruktivisme
Bebas mengemukakan pandangan
Menghormati pandangan alternatif rakan-rakan
Berpusatkan pelajar
Aplilasi kemahiran saintifik dan berfikir
Renung kembali proses pembelajaran yang telah dilaksanakan

Kelebihan Kaedah Pengajaran Konstruktivisme
Guru merupakan penolong, pemudah cara dan perancang
Menerapkan nilai koperatif dan kolaboratif dalam diri murid
Penekanan kepada alat bantu mengajar yang menarik
Penguasaan teknik lisan dan bukan lisan

Kelemahan Kaedah Pengajaran Konstruktivisme

Menjadi penghalang kepada kefahamn konsep dalam pembelajaran kerana tidak
selaras dengan pandangan saintifik
Ketidaksediaan murid untuk merancang strategi, berfikir menilai sendiri teori
pengajaran berdasarkan pengalaman sendiri

21
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH








Cuba anda renung dan fikirkan apa yang anda faham mengenai

pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran sejarah.




Mari kita rehat sebentar..cuba anda renung dan fikiran apa yang telah anda
belajar dan fahami dari pembacaan sebelum ini.



Aktiviti



Berdasarkan pembacaan dan pengetahuan anda, jelaskan langkah-langkah
kerajaan Malaysia dalam mewujudkan perpaduan Kaum selepas tragedi 13 Mei
1969.



Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.


































22
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH

Sub Tajuk:
(vii) Pembelanjaran Kendiri

Salam sejahtera. Untuk pembelajaran kali ini kita bertemu sekali lagi melalui
sub-tajuk Pembelajaran Kendiri. Adalah diharapkan agar para pelajar PPG
dapat mempelajari dan memahami s ub- t aj uk i ni dengan lebih
mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahami modul ini,
anda hendaklah berhubung dengan pensyarah yang berkaitan








Fasilitator

Jurulatih

Kaunselor
Guru
Galak murid berinteraksi sesama
sendiri
Wujud environmen pembelajaran
Bantu murid tentang pelbagai
strategi
Galak murid berinteraksi sesama
sendiri
Membantu dan membimbing murid
di mana perlu
23
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH






























Cuba anda renung dan fikirkan apa yang anda faham mengenai

konsep pembelajaran kendiri.



Mari kita rehat sebentar... Setelah mengetahui konsep asas ini, anda
dikehendaki merangka langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk
membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan.



Aktiviti



Berdasarkan pembacaan dan pengetahuan anda, huraikan faktor-faktor yang boleh
menyebabkan pembelajaran kendiri ini mencapai objektifnya.



Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.









Murid
Memperoleh kemahiran belajar untuk
belajar
Berusaha memperoleh pengetahuan dan
kemahiran secara berdikari
Mempunyai autonomi dan
bertanggungjawab ke atas pemeblajaran
sendiri
Belajar mengikut keperluan dan gaya
pemebelajaran sendiri
Mentaksir sendiri pencapaian mereka
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH




Sub-tajuk:
( ix ) Simulasi




Salam sejahtera. Untuk pembelajaran kali ini kita bertemu sekali lagi melalui sub-tajuk
Simulasi. Adalah diharapkan agar para pelajar PPG dapat mempelajari dan memahami
s ub- t aj uk i n i dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahami
modul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah yang berkaitan.

Kaedah Simulasi merupakan suatu kaedah pembelajaran yang memerlukan kecerdasan
penakkulan seseorang tentang sesuatu peristiwa sebenar di alam nyata tetapi
diimplementasikan dalam bilik darjah dalam bentuk yang seolah-olah situasi sebenar.















































Tujuan Simulasi
Untuk menguasai kemahiran
- Bertutur
- Menyusun ayat
- Sebutan yang tepat
Untuk membina pemikiran secara
analitis dan kritis
- Berfikir
- Menyusun idea
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH




























































Sebelum Simulasi
Objektif
ditentukan
Kemahiran yang
menjadi fokus
utama
Penerapan
nilai
Penilaian yang
akan digunakan
Pengukuhan dan
pengayaan
Alatan yang
digunakan

Semasa Simulasi

Set Induksi

Membina sikap positif

Kaitan isi pelajaran
dengan aspek afektif

Situasi sebenar dalam
bilik darjah
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH



















































Mempelbagai aktiviti
pembelajaran

Selepas Simulasi
Berbincang tentang masalah yang
dikemukakan
Menulis laporan tentang masalah yang
telah dikenalpasti
Menulis semula dialog yang digunakan
dalam simulasi
Menyediakan carta aliran untuk
menjelaskan konsep

Kelebihan Simulasi

- Memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian
secara spontan dalam situasi bermasalah yang diwujudkan.
- Murid-murid dapat mempertingkatkan kemahiran pertuturan
mereka.
- Menarik dan seronok, membawakan suasana pembelajaran yang
berkesan.
- Berlatih untuk berlakon dalam gaya yang betul.
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH













































Mari kita rehat sebentar...cuba anda imbas kembali dan fikirkan apa yang telah
anda belajar sebelum ini.






Kelemahan Simulasi

- Perasaan gugup dan gelisah bagi sesiapa yang tidak
berpengalaman berlakon.
- Prestasi pelakon yang kurang menarik boleh membosankan dan
kemungkinan akan menjadi bahan ejekan.
- Hanya murid-murid yang berlakon sahaja lebih memahami situasi
yang digambarkan
- Penilaian dan rumusan tidak mudah dilakukan.
SJH3106 KAEDAH PENGAJARAN SEJARAH





Aktiviti



Berdasarkan kepada pembacaan dan rujukan anda, rancangkan satu simulasi untuk
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tajuk yang sesuai.





Jangan lupa e-mail kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan.

Anda mungkin juga menyukai