Anda di halaman 1dari 2

KUIZ TATABAHASA BAHASA MELAYU TAHUN 4

1
HAFEEZ SHAFEEK BIN AHSOH / PISMP BAHASA MELAYU (SJKT) AMBILAN JANUARI
2014

NAMA :

KELAS :

SEKOLAH : SK NONGKOLUD, TUARAN


Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan
jawapan, iaitu A, B dan C atau empat
pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.
Antaranya ada satu sahaja jawapan yang
betul.

1. Berapakah harga robot ini? ______nya
canggih dan berteknologi tinggi, Tanya Adam
kepada lelaki itu.

A Buat
B Buatan
C Pembuat
D Pembuatan

2. Pelbagai jenis kereta solar telah ______
sempena Karnival Pendidikan Sains dan
Teknologi Peringkat Kebangsaan 2005.

A bertanding
B ditandingi
C menandingi
D dipertandingkan

3. Ada ______ yang mengatakan bahawa Aidil
Hakim akan mengetuai perbarisan sempena
sambutan Hari Kemerdekaan nanti.
A ura-ura
B usul-usul
C desas-desus

4. Pakaian pengemis yang diberkas oleh pegawai
Majlis Perbandaran Jitra itu_______ .
A corat-
coret
B kusut-masai
C compang-camping

5. Sambutan Malam Kemerdekaan yang
diadakan di sekolah saya berlangsung dalam
suasana ______ .

A huru-hara
B hingar-bingar
C gilang-gemilang
D terang-benderang

6. Peserta perbarisan yang pengsan itu ______
dengan tandu.

A dipapah
B diusung
C dikendong

7. Amirul ______ ke hadapan apabila namanya
disebut oleh pengacara majlis.

A muncul
B terpa
C terbit
D tampil

8. Majlis diteruskan dengan ______ Encik
Sofian naik ke pentas untuk menyampaikan
ucapan, kata pengacara majlis.

A mengajak
B menampilkan
C mengundang
D mempersilakan

9. Penunggang motosikal yang ______ di bawah
kereta itu telah disahkan meninggal dunia.

A terkepit
B tersungkur
C terselit
D terperosok

10. Sikap tolong-menolong yang ______ oleh
penduduk kampung mendapat pujian daripada
wakil rakyat.

A pertunjukan
B penunjukan



KUIZ TATABAHASA BAHASA MELAYU TAHUN 4
2
HAFEEZ SHAFEEK BIN AHSOH / PISMP BAHASA MELAYU (SJKT) AMBILAN JANUARI
2014
C ditunjukkan
D menunjukkan

11. Proses ______ produk berasaskan bahan
mentah itu mengambil masa selama
A keluaran
B pengeluaran
C mengeluari
D dikeluarkan

12. Walaupun hidup Pak Itam dan Mak Kiah
ibarat ______ , namun, mereka tidak pernah
mengharapkan bantuan orang lain.

A jauh bau bunga, dekat bau tahi
B enggang sama enggang, pipit sama pipit
C kais pagi makan pagi, kais petang makan
petan

13. Ibu ______ dulang minuman ke ruang tamu
lalu mempersilakan tetamunya minum.

A menatang
B menjinjing
C memegang

14. Kami dapat menyaksikan demonstrasi
______ tikar mengkuang semasa melawat ke
Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

A menekat B menenun
C menganyam D menyusun

15. Pilih ayat yang betul.
I. Hai! Apa khabar!
II. Wah, pergi engkau dari sini!
III. Syabas, kamu berjaya akhirnya!
IV. Amboi, cantiknya pakaian kamu ini!

A I dan II sahaja B III dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV

16. Walaupun Pak Harun penat menguruskan
kolam ternakan ikannya, dia tidak ______
mengeluh.
A harus
B mahu
C pernah
D hendak

17. Usahanya yang tidak mengenal erti jemu
selama ini ______ membuahkan hasil yang
lumayan.
A telah
B dapat
C pernah
D hendak

18. Pekerja-pekerja di ladang ternakan rusa itu
______ bekerja walaupun hari telah beransur
senja.

A telah B belum
C sudah D masih

19. Saya bercita-cita ______ melanjutkan
pelajaran dalam bidang Sains Pertanian di
Universiti Putra Malaysia.

A telah
B pernah
C hendak
D sedang

20. Bardin cuba ______ untuk keluar dari hutan
setelah tersesat.

A mati kutu B mati akal
C cari jalan D jalan tengah

Anda mungkin juga menyukai