Anda di halaman 1dari 1

Kata bantu bersama kata kerja

Kata bantu aspek tertentu boleh hadir bersama-sama tanpa menjejaskan makna


dalam binaan kata kerja. Sila lihat ayat contoh yang berikut ini.

1. belum + pernah
Muhammad Hanif belum pernah melawat ke Kuala Lumpur.
2. masih + belum
Harizah masih belum menjamah kuetiau tersebut.

Kata bantu tidak boleh hadir berderetan


Walau bagaimanapun, ada sesetengah kata bantu aspek tidak boleh hadir bersama-
sama atau berderetan, malah binaan ayat yang terhasil juga tidak gramatis. Sila lihat
ayat contoh yang berikut:

 Gadis itu akan belum berumah tangga lagi. (X)


 Banyak orang akan sedang mengikuti ulasan langsung pertandingan
bolasepak itu. (X)
 Melissa belum akan menyiapkan tugasan sekolahnya. (X)

Ayat di atas menyalahi rumus tatabahasa Melayu. Oleh itu, pengguna bahasa Melayu
baku perlu berhati-hati dalam hal ini.

Anda mungkin juga menyukai