Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN ULASAN

Frasa-frasa di bawah menunjukkan maklumat tentang amalan


serta panduan gaya hidup sihat yang harus kita praktikkan.

Tulis ulasan tentang amalan gaya hidup sihat dalam bentuk


perenggan berdasarkan maklumat yang disediakan.

Panjang ulasan kamu hendaklah antara 40 hingga 70 patah


perkataan.

PANDUAN DAN AMALAN


GAYA HIDUP SIHAT
 Berjoging, bersukan atau riadah
 Menjaga kebersihan tempat tinggal
 Tidur dan rehat yang secukupnya
 Menjalani pemeriksaan kesihatan

Frasa-frasa menunjukkan panduan dan amalan


gaya hidup sihat. Antaranya, kita mestilah
berjoging, bersukan atau beriadah supaya badan
kita sihat. Selain itu, kita haruslah menjaga
kebersihan tempat tinggal kita agar dihindari
penyakit yang berbahaya seperti denggi. Di
samping itu, kita patutlah tidur dan mengambil rehat
yang secukupnya untuk menenangkan fikiran. Akhir
sekali, kita mestilah menjalani pemeriksaan
kesihatan setiap enam bulan sekali untuk
memastikan badan kita sentiasa
sihat.Kesimpulannya,kita mestilah amalkan
panduan dan amalan gaya hidup sihat dalam
kehidupan seharian kita.

Anda mungkin juga menyukai