Anda di halaman 1dari 1

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah dua bahasa yang tidak asing lagi dalam negara kita.

Hal
ini demikian kerana Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan kita manakala Bahasa Inggeris
pula adalah bahasa perantaraan dunia. Sewajarnya rakyat Malaysia menguasai kedua-dua bahasa
tersebut kerana ianya sangat penting sebagai medium penyampaian mesej dan maklumat penting.
Tanpa penguasaan kedua-dua bahasa tersebut, banyak kesan yang mungkin kita hadapi seperti
mudah ditipu orang lain. Contohnya seperti dalam aktiviti jual beli. Kita akan mudah tertipu
sekiranya kita tidak memahami bahasa yang digunakan oleh si penjual. Ekonomi negara pula tidak
akan berkembang pesat kerana kegagalan kita untuk berhubung dengan baik dalam Bahasa Inggeris
dengan warga negara lain. Kesannya, negara kita akan dipandang rendah oleh negara-negara lain.
Anjakan kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Kebangsaan Malaysia (2013-2025) telah menyatakan
bahawa setiap murid akan dipastikan untuk menguasai kemahiran dalam Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris serta digalakkan untuk mempelajari bahasa tambahan. Hal ini demikian kerana
kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk
melahirkan murid yang menguasai kemahiran dalam lebih satu bahasa. Penyertaan murid dalam
sekolah rendah yang berlainan, mewujudkan perbezaan dalam keberhasilan murid mengikut etnik.
Murid Bumiputera menunjukkan pencapaian yang baiuk dalam Bahasa Malaysia iaitu 84% mendapat
minimum kredit dalam SPM, berbanding 63% murid Cina dan 57% murid India. Bagi matapelajaran
Bahasa Inggeris, hanya 23% murid Bumiputera, 42% murid Cina dan 35% murid India memperoleh
skor pada tahap yang sama minimum kredit pada kertas Cambridge 1119(semua keputusan ini
adalah berdasarkan peperiksaan SPM 2010). Ssebagai seorang guru, kita seharusnya bertindak agar
anjakan setiap murid profisien dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Terdapat banyak langkah
yang dapat kita lakukan untuk merealisasikannya.

Pertama, kita perlulah bersikap inovatif dan kreatif dengan memikirkan pendekatan baharu untuk
mengadaptasikan amalan dengan kehendak pelajar sebagai ‘knowledge worker’ dalam era revolusi
maklumat abad ke-21. Tanpa penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik, para pelajar
tidak akan dapat memperoleh pengetahuan dengan baik. Antara pendekatan baharu yang dapat kita
amalkan adalah dengan melakukan penilaian terhadap murid melalui perkembangan semasa mereka
dari segi intelektual, personality dan lain-lain. Melaksanakan pelajaran secara berpusat dan
berorientasikan peperiksaan sepatutnya diganti dengan penilaian-penilaian tersebut. Hal ini kerana,
pelajaran secara berpusat tidak berfokus secara keseluruhan aspek ke atas diri pelajar.

Kedua, kita seharusnya memberi latihan-latihan yang dapat memantapkan penguasaan murid dalam
Bahasa Mmelayu dan Bahasa Inggeris. Latihan adalah satu kaedah yang paling berkesan kerana ianya
dilakukan secara berulang-ulang kali sehingga di satu tahap kita sudah mampu mengingati dan
membuat sesuatu perkara tanpa membuat rujukan.

Anda mungkin juga menyukai